Tuesday

Isnin - 28102013

"Gampang sungguhlah babi terh, uko habih anak pisang kawaih disonderl (sondol) nyeh", kata S pagi nih masa aku terserempak dengan dia masa nak pergi breakfast.

"Yang peliknya, mat nyer kacang awak tak diusik langsung?", tanya S, bila aku tengok anak-anak pisang dia yang kena sondol tuh. Tak lah banyak, dalam 5 pokok jer yang diusik. 

"Kawaih nak suruh Selepek (anak Makcik Lijah) tembak jer babi-babi dalam hutan terh, dia handei (handal) memburu babi", kata S lagi.

Aku ada dengar cerita dari Selepek yang dia selalu memburu babi waktu Subuh, babi tuh dijual kat Cina. 

Aku meneruskan kerja semalam, mencabut kacang kat plot yang aku kata aku reservedkan untuk kawan AdikDin. Aku tinggalkan 4 baris aje untuk diaorang, so dapatlah a few kilos pagi nih. Lepas memotong akar pokok kacang, terus aku mula menanam, so dapatlah 10 baris kesemuanya. Best jer, pagi tadi plot tuh masih penuh dengan pokok kacang, an hour later, siap ditanam semula. 

Cadangnya nak ke Pejabat Pos sebab nak hantar orders, tapi aku batalkan niat pasal seboleh-bolehnya aku nak habiskan memotong akar pokok kacang, nak hantar sekali harung. Kalau aku tak habiskan potong, alamatnya akan dibuang aje lah nanti tuh sebab minggu ini dan minggu depan aku dah tak mencabut dah (dah tak ada sangat kacang yang ready untuk dicabut), aku nak concentrate menanam lah pulak. 

Lagipun petang nih ada Kelas Mengaji sama UstazM, so memang tak ada masa. Aku pergi awal sikit, pergi sorang jer sebab mak lambat bersiapnya, so mak kata dia akan jalan kaki aje. Memang pun, UstazM dah lama tunggu kot, aku masuk jer surau, kesian aku menengok Ustaz tuh, dia tidur di sebelah rehal. Bukan tidur-tidur ayam, tapi terkangkang-kankang sekali, macam orang baru lepas kena rogol jer gayanya. Kesian dia, keletihan sangat agaknya. Lama jugaklah aku nak mengejutkan UstazM.

Masa aku tengah mengaji tuh aku perasan yang sesekali dua dia bukak bag, makan jajan. Kesian sungguhlah menengoknya, macam gelandangan jer Ustaz tuh. 

Hujan turun rintik-rintik masa aku ke kebun lepas Aar, so cepat-cepat aku punggah pokok-pokok kacang yang nak dipotong akarnya, ke bawah garaj. Uko menimbun. Dan siap jer aku punggah semuanya, rintik hujan pun berhenti. Aku teruskan jugaklah memotong akar pokok kacang kat situ walaupun aku tahu yang akan bersepah larahlah dengan sampah, akan kotor garaj yang mak dah bersihkan tuh.

Mak asyik jeling jer aku sesambil buat pura-pura menyapu. I'm working my ass off, Ma!"

Selsesai Maghrib, aku nampak AdikDin ada, so dia mintak kunci rumah. Dia ada hal apa tah kat Pejabat Daerah, dia datang sama kawan dia, so malam nih bermalam kat sini lah. 

Since makanan sure nya tak cukup (diaorang tak beritahu pun nak datang), so "terpaksalah" aku makan kat luar, kan? Berfikiran jauh aku nih orangnya kan? Ekekekek.