Mak ke Majlis Baca Yaasin, Long entah buat apa pun kat kebun, aku ke nursery beli a few gunis sabut kelapa. Since dah tak ada kerja berkaitan kacang tanah untuk seseminggu nih, aku nak concentrate pasal cili lah pulak, lagipun Nuar nak balik kot, mungkin dia nak beli a few bags cili kitaorang tanam tuh, so aku kena lah pastikan cili-cili yang ada tuh elok untuk dijual. At least dapatlah sikit duit kan, Long pun asyik mengeluh kata yang tak pulang modal menanam cili nih. Ish, mudah sangat menyerah kalah Long nih sedangkan kebanyakan pokok cili dah pun berbuah, dua tiga minggu lagi banyaklah yang masak. True yang kebanyakan pokok cili tuh tak lah secantik yang disangka, daunnya kerinting, pucat, tapi bagi aku, as long as pokok tuh menghasilkan buah, that's good enough.
Balik aje dari nursery, aku tak ke kebun dah, walaupun masih awal. Semangat bercuti gamaknya, it's a long holiday weekend kat Pahang, Isnin nanti cuti jugak (cuti bola), disambung Selasa (Awal Muharram). Letrik tak ada pulak tuh (air pun sama ), lama pulak, sampai ke Asar. So melepak kat beranda aje lah aku, then Long sekeluarga balik ke Jerantut.
Again, lepas Asar tuh aku ke kebun macam buat syarat jer, membaja sesikit, belum pukul 6 aku dah balik masuk rumah.UstazM tak ada malam nih, so tak ada lah Kelas Mengaji, dan aku makan kat luar lagi, tapi kali ini ke kedai yang dekat Pekan Sehari, makan tomyam.
Aku belum tahu lagi apa plan mak untuk esok, anak AkakTheRaub (sepupu) kawin esok kat Lurah Bilut so mak kena lah pergi, kan? Cuma tak didiskuss lagi macamana caranya, tumpang Chu atau aku yang hantar.
Teh ada hantar message kat FB (cellphone aku tak ada credits, sejak berbulan lepas so melalui FB jer lah kitaorang communicate), dia assume yang aku akan tiba kat Bandar Tasik Puteri on the 17th, and dia tanya, "ada kunci?". Maknaynya Teh ingatkan aku akan melepak kat rumah tempat kelas tusyen tu lah, tempat aku melepak masa aku mengajar tahun lepas tuh. Aku tak kisah, walaupun mulanya aku ingatkan aku nak lepak rumah Teh/Kak Teh ajelah seseminggu tuh, senang nak ke sana sini, nak makan. Mungkin Teh tahu yang aku tak comfortable duduk rumah diaorang kot, aku lebih suka duduk kat rumah kosong pusat tusyen dia tuh. Tengoklah macamana nanti, seminggu jer kan, so tak kisahlah duduk mana-mana pun.
Aku tengah fikir jugak nih, ada masa nanti, nak terus buat passport ker now that aku dah boleh buat passport baru. Atau buat kat Raub nih aje? Apa-apa pun aku kena ke Immigration di Putrajaya, kena tanya diaorang pasal kes aku dulu tuh.
Cepat masa berjalan, kan, sekejap aje dah nak masuk December. Then tahun baru 2014. Looks like my blog akan jadi lebih "lively" lagi lah kot nanti? Ker dah tiba masanya aku "private" kan blog aku nih? Korang cuba-cuba lah hafal Twitter aku, FB aku, email aku, mana tahu tiba-tiba aku pergi tanpa pesan? Hehehehe