Saturday

Jumaat - 01112013

Masa nak pergi Subuh tadi aku beritahu Long (dan mak sekali, pasal mak ada dalam kereta) tentang pemergian aku ke KL nanti, Long kata tak ada masalah sebab masa tuh dah cuti sekolah pun. So settledlah masalah yang satu tuh, looks like I'll be away for at least 10 days. Yummi!

Lambat aku ke kebun pagi nih, sibuk melayan mimpi. On the way ke kedai, terserempak dengan geng budak Kelantan yang kerja memanjat kelapa (bukan diaorang yang panjat tapi beruk-beruk diaorang), diaorang tengah menurunkan kelapa kat tanah NgahRaub. Ituhari dengar ceritanya banyak kelapa kat situ hilang, tapi bila dengar cerita lain pulak, S yang jual kelapa tuh kat geng Kelantan tuh. Dan duitnya tak dikasi kat NgahRaub pun.

Biasanya aku tak kasi diaorang ambik kelapa kat tanah mak pasal Selepek dah booked, tapi tadi tuh aku kata kat diaorang yang kalau diaorang nak ambik, ambiklah. Pandailah nanti aku jawab kalau Selepek terperasan yang kelapa dah tinggal sikit.

So dapatlah RM 50 pagi nih, hasil jual kelapa.

Bengang jer aku bila aku tengok Long asyiklah membuang daun-daun pisang, menebang pokok pisang sana sini, aku merepih sesikit. Then bila dia tanya, aku katalah yang banyak kerja berkaitan cili yang nak dibuat, patutnya Long tolonglah aku. And so kitaorang menyiram air baja kat semua pokok cili kat polybags. Dah 3 minggu tak taruk air baja, ada aku kisah?

Long sebenarnya dah patah semangat bila tengok pokok cili yang daunnya kekuningan, ada yang mati kering, ada yang terbantut.

"Susah menanam lada nih rupanya, tak semudah yang kita sangka", kata Long.

And so aku kata lah yang jangan menaruh harapan sangat bila berkebun nih, buat setakat yang termampu aje, jangan ada high expectations sebab you'll end up disappointed. Palar kan aje (biarkan aje) mana yang dah tumbuh tuh, ada rezeki kalu, menjadilah. 

Aku ada cerita kat Long pasal kisah aku jual kacang Selasa lepas, masa di Pejabat Pos tuh, and Long got excited, dia kata lebih baik tanam kacang aje lah, tanam seluas mungkin.

"Kalau ada anak babi (mini tiller) tu, Long berani sewa tanah sebelah tanah Ri tuh, lepas tuh kita buat projek kacang", kata Long.

Hampir aku terkata yang tunggu aje tahun depan, akan aku rembat sebutir anak babi. Tapi nasib baik aku tak kata gitu sebab aku terfikir yang kalau aku cepat sangat kata macam tuh, then Long akan fikir yang aku akan still duduk kat kampung.

Sedangkan misi aku sekarang, nak cari penyelesaian macamana aku dapat keluar dari kampung and at the same time ada orang jaga mak. Ada jugak aku tanya Kak Long, dia kata Long memang suruh AdikDin duduk kampung sebab AdikDin pun tak kerja, at least boleh kerjakan tanah mak nih. 

"Tapi boleh (sanggup) ker dia duduk sini?", Kak Long tanya aku.

"Tak boleh gayanya, kalau dia sorang-sorang memang tak ada can gayanya, budak-budak, mana dia sanggup duduk ikut cara orang tua-tua", aku kata gitu.

Kadang-kadang aku rasa aku macam dalam Survivor, mencari jalan keluar, tanya orang itu orang ini, apa reaksi diaorang. By the look of things, there's no way out, I'll end up duduk kampung jugak temankan mak. Gilir-gilir dengan AdikDin. Tengoklah macamana nanti, I'll make sure there will be a few "syarats" kalau aku nak duduk di kampung. Selama ini aku ikut aje, aku senyapkan aje, tapi akan datang, kalau nak aku duduk di kampung lagi, pihak-pihak tertentu dikehendaki memenuhi syarat-syarat yang akan aku tetapkan nanti. Tak kalu, pandai-pandailah adik beradik aku cari penyelesaiannya.

Sekejap jer aku di kebun petang nih, aku biarkan Long merepih sorang-sorang. Ada jugak aku cabut kacang sesikit untuk direbus, Kak Kong tanya aku apa pasal jual murah sangat (RM 6 sekilo) sebab kacang yang biasa, yang kecik-kecik tuh, dijual 7 lapan ringgit sekilo, kat Jerantut. 

Lantaklah, untuk kesekian kalinya, aku makan kat kedai lagi malam nih, makan burger. Ajak Shakir temankan aku. 

I really need to get away, semua yang di sekeliling aku, semuanya membosankan sekarang nih.