Wednesday

Rabu - 19122012


Pagi nih hujan lagi, tak lebat tapi renyai-renyai. Lepas breakfast aku pergi mengeteh, sesambil tunggu papers. Another long and boring day for sure. 

"Hai Ya Allah, hujan jer hari-hari, banyoklah makanan tak habih berjuei kang nih", makcik restoran tuh mengeluh, sesambil susun kerusi. Aku perasan yang kalau hujan, kedai tuh memang lengang, orang tak nak datang makan kalau hujan-hujan nih. 

Hujan ker, panas ker, salju ker, aku macam ini jugak, aku tak akan mengeluhnya lah. Aku akan tetap selamba dan bersykur yang aku tak pun meroyan tak tentu hala. Panjang umur, esok aku macam ini lagi. 

Aku turun jugak ke kebun dalam rintik hujan tuh, mencabut rumput kat batas. Kat Zone 2 ok jer, licin jer batas, tak ada pun sangat rumput-rumput tumbuh. Tapi kat batas Zone 1, ya ampun lah rumput bermaharajalela. Selang 3 hari aku cabut, rumput tumbuh semula. Macam cendawan tumbuh lepas musim hujan lagi gayanya. 

Bosan online (sebab connection lembab) aku mengopek kacang tanah, tinggal sikit jer lagi nih, buat alon-alon lah siap jugak akhirnya nanti tuh.

Lepas Asar pun masih hujan rintik-rintik tapi rintikan hujan tuh tak menghalang aku dari turun ke kebun. Aku nak membaja. Mulanya membaja kat Zone 1, mak pun tolong jugak, more kepada tunjuk cara macamana nak taruk baja, then kambus sekeliling anak kacang tuh. Mak aku kata, kalau Cina bertanam kacang, dibaring-baringkan pokok kacang tuh then dikambus, so that pokok tuh akan banyak berbuah. Itu yang aku kambus sekeliling pokok tuh, uko nak ampuh, uko nak cengkelik (sampaikan nak tenggelam) anak kacang tuh.

Dapat habiskan 5 batas aje kat Zone 1 sebab aku buat kerja sorang-sorang, tak apa, esok aku sambung semula kalau tak hujan. InsyaAllah. 

Long sekeluarga ada balik Maghrib tadi, sementara tunggu Isyak, sembang-sembang sama Long, Kak Long, mak. Tak pernah lagi aku bersembang rancak macam tuh, mungkin sebab persembangan pun di sekitar kisah-kisah aktiviti perkebunan aku.

Tak dinner pun tadi, aku bantai makan keropok leko aje, berlingkar-lingkar keropok yang aku makan.


Tuesday

Selasa - 18122012


Entah macamana aku boleh terlayan tengok tv malam semalam, aku pun tak tahu. Mulanya tengok Lonely Planet:Six Degrees China. Then terlayan Hot Guys Who Cook. I kind of like Oli Pettigrew's brand of humor.

Aku bukannya tengok apa sangat, aku dok kaji, apa pasal diaorang masing-masing tuh femes. masing-masing ada personaliti dan gaya tersendiri, ada kredibiliti tertentu, yang kadang tuh diaorang macam too big for their boots tapi generally diaorang ada tarikan masing-masing. Aku comparekan, katalah artis atau celebrities Melayu yang ambik bahagian dalam rancangan tuh, sure bosan, sure rancangan jadi macam slow, dan yang terutamanya, sure aku akan tak terralit tengok pun. 

Aku bangun pagi, kena selsema pulak. Bersahut-sahutan aku bersin. Hujan turun renyai-renyai so sebab tak dapat nak berkebun, aku ke kedai beli breakfast, laksam untuk aku, nasi kerabu untuk mak. Mak suka nasi kerabu.

Dalam 8 lebih hujan berhenti, tak lama tuh baru aku ke kebun, menanam kacang tanah. Ok, aku nak zone kan kawasan tanaman kacang tuh sebab ada tiga kawasan sebenarnya, mungkin akan datang akan ada lagi satu kawasan lain. Zone 1, yang batas mula sekali aku buat/tanam dulu tuh, ada 7 batas. Zone 2 yang kat depan rumah, ada 11 batas yang panjang dan pendek. Zone 3 yang buat sama Long tuh ada belasan batas panjang. 

So aku menanam di Zone 3 lah. Dah habis 4 batas, mak datang tolong sesikit. Selsema aku makin menjadi-jadi, mana nak kesat hingus lagi, pulak tuh mak aku suruh kambus kacang tuh guna tangan jer sedangkan biasanya aku guna cangkul. Dapat dalam 10 batas, aku dah k.o, aku terus blah aje, aku biarkan mak aku kerja sorang-sorang. Selama ini aku tak pernah biarkan, atau halang, mak aku dari tolong-tolong kerja. Mula dulu tuh ada jugak mak aku nak buat batas, aku tak kasi dia pegang cangkul, biar kerja yang berat-berat aku yang buat. Tapi biasalah orang tua kan, nak buat jugak, itu yang aku biarkan aje tuh sebab aku tahu, tak lama kerjanya pun, sekejap aje dah surrender. 

Aku rasa macam tak best jer tinggalkan mak menanam, menghabiskan menanam kacang (aku kata nak sambung petang nanti aje), sedangkan aku melepak baca paper. Kalaulah ada orang tengok, sure orang akan mengutuk aku, membiarkan mak aku kerja sorang-sorang, sedangkan aku rileks jer baca paper. Tapi aku tahu, tak lah seberat mana pun kerja mak buat tuh, takat campak-campak benih kacang then kambus. 

Eh, kalau kita selsema, elok kalau kita baring, ker? Aku pelik sebab tadi, bila aku baring kat sofa, rasa macam hilang selsema aku, tak ada pun aku bersin-bersin. Tapi, the moment aku duduk depan laptop, tak henti-henti aku bersin, berjurai-jurai hingus masin aku. Itu yang aku banyak baring kat sofa jer tuh, sementara menanti petang. 

Memang sunyi sepi rumah nih kalau aku berdua dengan mak jer, aku suka kalau adik beradik aku talipun mak sebab diaorang ada jer benda yang nak diborakkan. Perempuan, kan? Ida sama Ani yang selalu talipun. Aku perasan, sesehari dua nih, lepas "konvensyen" dua tiga hari lepas tuh, macam ada discussion yang berlanjutan. Mak pun selalu jugak dah kalau bercakap kat talipun tuh, macam berbisik jer. Mula-mula cakap kuat, then slow jer jadinya. Aku faham sangatlah tuh, itu sure bercerita pasal permasalahan kronik yang masih belum ada jalan penyelesaiannya tuh. Aku maintaian cool aku, aku tak nak ambik tahu, after all mak jugak yang suruh aku buat selamba dan tak peduli dengan alam sekitar, kan?

Macamana pun I have to admit yang sepanjang aku duduk di kampung nih aku rasa aman, tenang dan rasa macam ada pegisian hidup (amboi lah, perkataan sesedap rasa). Tak ada dah benda yang nak aku kejar pun, mungkin hidup aku dah berhenti seketika, which is good.

Masa berdoa pun, antara lain, aku mintak Tuhan permudahkan urusan-urusan dunia aku, doa yang aku amalkan dengan penuh rasa insaf, since aku di tahanan dulu. Tak ada lah aku mintak itu mintak ini, nak itu nak ini, Tuhan tahu, urusan-urusan dunia aku tuh merangkumi semuanya. Aku rasa "macam malu jer" nak berdoa lebih-lebih detail kan? Macam tadi tuh, aku berdoa biar aku sihat, then nak mintak sembuhkan selsema yang mencengkam aku nih. But then, tersengih pulak bila aku terfikir, hek eleh, itu pun nak berdoa? Or rather, selsema sikit tuh pun dah nak dimasukkan dalam intisari doa? Aku tidur pasang kipas full blast, sapa suruh? Itu yang selsema tuh. Benda-benda kecik macam tuh, itu biasalah kan? 

Tapi itulah, walaupun aku macam tak buat apa sangat pun nih, aku rasa tanggung jawab aku besar, aku takut sebenarnya. Takut tak dapat nak penuhi tanggung jawab aku. Takut jugak nanti adik beradik salahkan aku, kalau-kalau aku tersalah dan tak reti jaga mak. 

Ha, part tuh aku berdoa lebih sikit.

Monday

Isnin - 17122012


Merekah air liur basi aku sebab senyum, best rasanya bila aku online jer, connection laju, tak pernah lah selaju ini biasanya. Itu yang aku jadi bersemangat jer tuh. Awal lagi aku dah turun ke kebun, mengecheck the aftermath of Taufan Sandy versi Sungai Ruan semalam tuh. Tak lah teruk sangat, sawi-sawi yang ranap tuh boleh bangkit semula gayanya, dan air yang menenggelamkan sebahagian dari batas dah pun surut, so aku mulalah buat batas lain. Senang jer sebab tanah lembut, tak sampai 10 minit dah dapat satu batas yang panjang. 

Mak datang, dia kata yang tak payah buat bataslah kat situ pasal tanahnya akan keras macam batu once musim hujan dah berakhir nanti. Tunggu Long balik Rabu nanti, nak diracun kat kawasan lain, nak bertanam kat situ.So terbantutlah kerja aku jadinya.

Tak lama tuh aku sama Abang The (and Yaya & Ieqa) ke Pejabat/Kedai Peladang Sempalit. Tak ada jual benih kacang kat situ, disuruh ke Pejabat Pertanian Gali Hilir, tapi di situ pun tak ada jual apa-apa. Kerani tuh suggest pergi ke kilang kacang tanah kat Simpang Kallang, so kitaorag terus ke sana. Aku rasa arwah ayah aku beli benih kacang tanah baka harimau tuh kat sana dulu tuh kot. 

Tak ada pulak tokay kilang, puas bercakap dengan Manager kilang tuh, dia suruh datang lepas Krismas nanti bila tokay dia balik dari China. Dari perbualan talipun Manager tuh aku dapat tangkap dua tiga butir buah bicara dia, berapa banyak nak beli, nak buat apa, kitaorang nih orang apa, duduk kat mana, things like that. Cina memang busuk hati, diaorang takut gamaknya kitaorang tanam kacang secara besar-besaran, then kalahkan diaorang. Iyalah, kitaorang berempat semuanya pakai spek, semuanya nampak macam educated, macam ada gaya nak jadi tokay jer.

Frustrated, kitaorang balik, tapi sebelum masuk ke simpang hala Sungai Ruan, aku suruh Abang The berhenti kat Kedai Kacang Sempalit yang famous seantero Malaysia tuh. Mula-mula tanya kalau ada jual benih kacang tanah harimau (untuk ditanam), terus dikata tak ada. Yang ada pun cuma yang tak sesuai untuk ditanam, sesuai untuk direbus aje. Bila aku kopek kacang tuh dan tengok isinya, aku rasa macam tak ada beza pun dari benih kacang yang aku tanam dulu tuh, terus aku kasi signal kat Abang The yang aku nak beli. Beli 2 kilo. Beli jugak kacang tanah biasa 2 kilo. Mula cadangnya nak beli kesemua kacang tanah harimau yang cuma ada sebakul aje tuh tapi termakan jugak dek kata Cina tuh yang kacang tuh sesuai untuk direbus aje. 

Bila sampai ke rumah, lepas berbincang sama mak dan Akak The, kitaorang decide nak pergi semula ke kedai tuh, tukarkan kacang yang biasa tuh dengan kacang harimau (dan bayar perbezaan harga) dan borong semua kacang yang ada. Aku siap kelentong Cina tuh, aku kata yang ramai adik beradik ada balik, kacang harimau yang cuma 2 kilo tadi tuh memang tak cukup. Kitaorang nak beli lagi, nak rebus semuanya sebab dengar ceritanya kacang Sempalit tuh sedap. 

"Ini pun ada sikit-sikit boleh tanam", kata Cina tuh masa dia timbang kesemua kacang tuh, lebihkurang 5 kilo semuanya. 

Ma cibai, tadi kata tak sesuai untuk ditanam, sesuai untuk direbus aje. Bila aku terkelentong kata nak direbus, dia kata pulak kacang tuh boleh ditanam. Cina, kalau tak menipu memang tak sah, sampaikan aku pun terpaksa kelentong jugak sesikit tadi tuh. Walaupun harganya RM 12 sekilo tapi kitaorang rasa puas hati sangat. Arwah pak dulu jual RM 6 jer sekilo, menurut kata mak lah, yang aku tak berapa percaya sangat sebab tak kan sampai double harganya dalam masa sekelip mata kan? 

Macamana pun aku dah terfikir yang InsyaAllah bila kacang aku berhasil, akan aku simpan separuh darinya untuk buat benih. Siksa rasanya jadi macam pengemis kat Cina tokay kacang kat Raub nih.

Akak The sekeluarga balik ke Tanjong karang sebelum Asar, hampir siap diaorang mengopek kacang tanah tuh, lega rasanya sebab kalau nak diharapkan aku sorang, tentu memakan masa dua hari kot. Masa bersalam tadi ada Akak The hulurkan duit kat aku, RM 50, mulanya aku tak nak ambik sebab patutnya duit tuh untuk mak. Aku akan ingat mana-mana adik beradik yang hulur duit kat aku (hulur kat tangan atau kat bank), yang bermakna jugak aku akan ingat mana-mana adik beradik aku yang tak hulur apa-apa. Takat ingat jer lah, tak lebih dari itu. Mana yang hulur tuh aje yang aku akan ingat lebih-lebih, InsyaAllah kalau aku senang nanti, aku akan tetap ingat diaorang jugak kan?

Hujan lagi petang nih, so tak ke kebun lah. Aku bersemangat gila nak tanam kacang secara besar-besaran nih. By the way, tembikai yang aku tanam dulu, semuanya dah tumbuh. Yang mula-mula aku tanam sebelum tanam kacang, dalam 2 minggu lepas, satu pun tak hidup. Benih tu beli kat Sungai Ruan, yang tumbuh nih benih yang arwah pak simpan.

Sunday

Ahad - 16122012


Awal pagi lagi Ida dah ajak ke Pasar Minggu di bandar Raub, semalam hujan so tak payah menyiramlah pagi-pagi nih. Aku meraya-rayau nak mencari kacang tanah, kecik-kecik kacangnya so aku tak beli. Tengoklah esok, mungkin kat Pejabat Pertanian Sempalit ada jual kot. 

Balik dari Raub, pergi cari durian rosak pulak kat peraih. Lepas sorang, sorang yang datang so kitaorang mengeteh ramai-ramai. Best, tak pernah lagi buat macam tuh. We run this kampung, ok? Beli baja 2 guni, then decided nak ke Jelu untuk cari durian yang elok. Beli 30 kilo durian D24, then RM 10 worth of durian rosak yang elok untuk dibuat tempoyak. Sepuluh ringgit jer harganya tapi dekat penuh satu pickup Isuzu Nuar (adik) tuh. Lepas makan baru lah mula acara mengopek durian, ramai anak sedara yang tolong, semuanya untuk dibuat tempoyak.

Tengahari, sekali lagi ke bandar Raub, ingatkan bayak kedai yang bukak sebab tadi tuh awal sangat. Tapi, sebab bandar kecik, banyak kedai yang tak bukak (or rather tak banyak kedai yang bukak), so tak dapatlah kacang tanah. Aku singgah beli UMobile prepaid internet, aku punya DiGi tuh dah tak boleh diharap. 

Ok sikit jer UMobile nih daripada DiGi, so untuk waktu ini aku kena redha jer lah dengan apa yang ada. Ker memang kampung nih anti-pembangunan, anti-internet, dari satu ke satu internet provider yang aku guna, semuanya mengecewakan. Agaknya internet alah dengan bau durian dan petai yang melambak-lambak kat sini kot, tu pasal. 

Then Ida sekeluarga bertolak balik, anak sedara aku yang lain, last sekali Long. So yang tinggal, Akak The sekeluarga. 

Hujan lebat selebat-lebatnya petang nih. Bagusnya, aku tak payah menyiram, dan tak payah menyangkul (kawasan yang nak dibuat batas masih luas). Yang tak bagusnya, some of my anak sawi ranap, nasib baiklah pokok kacang dah besar. Then, anak sungai tuh melimpah airnya, uko ampuh  (uko=sehingga, sampaikan. ampuh=tenggelam) some of my batas.

Bila hujan dah sidang (berhenti), aku ikut Abang The (and Yaya & Ieqa) merempit, ikut Jelu, sampailah ke Pulau Chekas sama Lata Jarum. Kat kawasan Raub nih banyak jeram dan air terjun, mula cadang nak ke Jeram Besu tapi dah lewat.

Sabtu - 15122012


Adesss, tak lena langsung aku tidur semalam sebab "panas" dan banyak nyamuk. Raub nih kawasan pergunungan, memang sejuk jugak malam-malam, itu yang jarang dipasang kipas masa tidur. Aku pulak, tak boleh kalau tidur tak pasang kipas, itu yang tengah malam tuh aku terpaksa tukar port, tidur dekat kipas. 

Pagi-pagi lagi pergi Pekan Sari (Pekan Sehari), macam-macam benda ynag mak aku suruh beli. "Bawang besar kang jangan beli yang bulat, cepat buruk. Beli yang lonjong. Bawang kecik jangan beli yang kembar, beli yang sulas-sulas (seulas-seulas)", pesan mak aku. Itu yang rasa nak bawak sample bawang besar aje tuh ke Pekan Sehari. 

Ya ampun, sepanjang jalan balik, aku asyik mengira berapa yang aku belanjakan, tak sangka pulak dekat RM 200 yang terbang dalam masa sekejap jer tuh. Ayam seekor, ikan, udang, sotong, bawang, sayur-sayuran, satay (30 cucuk), petai. Adik beradik aku ramai yang nak balik, itu pasal aku beli banyak sikit tuh. 

Lepas tuh baru sambung buat batas, sama Long. Tak sempat lama, hujan pun turun. Then Ida sama 2 anak dia (Lukman, Izzati) pun sampai, then Akak The sekeluarga. Ngah pun ada balik sekejap dari Putrajaya, dia sorang jer.

Aku ke kebun, sebab nak kasi peluang diaorang berbincang. Pasal itu lah, pasal kereta. Tak ada penyelesaiannya rasanya sebab ada yang jenis jawab, "Kereta nya ada, kalau nak nanti, beritahulah". Tapi lepas tuh ada jugak aku terdengar Long sama Akak The berbincang pasal deposit kereta. Aku tak nak cakap apa-apa, aku nak peratikan aje, kalau ada jalan penyelesaian, itu sudah baik. Kalau tak ada penyelesaian, aku tak akan ralat, after all bukan aku yang initiate kan semua nih.

Teruja aku bila Ngah kata yang dia kemungkinan akan dilantik jadi Pengarah MSD Chicago, atau Registrar kat satu local University.

Malam nih ada mengaji lagi kat masjid, aku tak lah sernervous dulu, macamana pun banyak jugak salah yang aku baca. Aku tak lah rasa sangat sebab Imam masjid tuh pun banyak yang salah bacaannya.

Lepas Isyak terus ke Jelu, ada khenduri tahlil. Petang tadi, ada dapat sms dari Mak Ety sama Apak, rupanya diaorang pergi Jelu, makan durian. Kalau diaorang sound awal-awal, sure aku ajak datang rumah. 


Saturday

Jumaat - 14122012


Kuat angin pagi nih, langit pun gelap aje, macam nak hujan. Mak aku kata macam tanda-tanda panas days dah nak datang. "Macam nak hujan lama jer gayanya nih", aku kata macam tuh. 

Sebelum ke kedai nak beli paper, aku menyiram dulu, siram gitu-gitu jer sebab gayanya macam nak hujan. Betul pun, balik aje dari kedai, hujan renyai-renyai, so melepak baca papers jer lah aku. DiGi pulak buat hal, tak dapat nak connect, punyalah bosan jadinya. 

Lebat pulak hujan bila aku nak pergi sembahyang Jumaat. First time pergi sembahyang Jumaat sorang-sorang. Biasa pergi naik kereta, ini kena jalan kaki so aku tak reti bajet masa, tambah-tambah hujan yang kejap berhenti, kejap lebat. Aku tak ikut main road kampung sebab banyak kereta, tak ada lorong pejalan kaki pulak tuh ekekkeke. Aku ikut jalan belakang, sunyi jer jalan tuh, tak sampai 15 minit rasanya dah sampai. Aku orang pertama sampai kat masjid. 

"Terasa jauh ker awak berjalan?", mak aku tanya, bila aku sampai di rumah. 

"Tak lah. Sekejap jer, saya orang pertama sampai masjid", aku jawab gitu.

"Tak ada orang tumpangkan awak?", mak aku tanya lagi. 

Akan datang aku nak pergi awal jugaklah sebab kalau pergi lewat sikit, sure akan ada bertembung dengan orang naik motor, sure ada yang akan tumpangkan aku. Semalam ker atau hari sebelumnya, ada aku terdengar mak bercakap kat talipun, tah dengan sapa, nak mintak tumpangkan aku pergi sembahyang Jumaat.

Seriously, I'll never quite understand apa pasal benda kecik-kecik gitu pun nak mintak tolong orang. Semuanya nak mintak tolong orang. Nak pergi sembahyang Jumaat, nak mintak tolong orang. Tak ada kereta, nak suruh orang sediakan kereta. I'm a grown ass man, aku bukannya budak bercuti yang baru balik asrama. Ker memang gitu adat hidup di kampung? Lain sangat dari cara hidup kat New York. 

Tapi kan, kalau aku jadi mak aku, aku akan buat benda yang sama jugak ekekekkeke

Aku rasa hari nih kali pertama aku berjaya tidur di sebelah petang, adalah sejam lebih kot. Biasanya memang tak boleh lena. 

Long ada balik, sorang jer. Dulu kata nak beli sekilo benih maman tapi cuma RM 8 (8 sudu) jer yang dibelinya. So kitaorang tabur benih maman tu lah, jugak benih bayam (sepacket kecik jer). Kalau mengikut rate kitaorang menabur benih tu, we still need at least RM30 worth of benih maman. 

Long kata, kalau nak tanam something, baik buat dalam scale yang besar, untuk dijual. Si dia cadang nak tanam kangkung Cina, and so kitaorang mula menyangkul buat batas. Luas kawasannya so nak ditanam berperingkat-peringkat, selang seminggu. Jadi, akan berterusan ada bekalan kangkung Cina tuh nanti. Panjang batas yang kitaorang buat, aku dapat buat 2 batas, Long buat satu. Bermandi peluh kitaorang. 

Aku tak pergi Maghrib ikut Long, tak kan nak tinggalkan mak sorang-sorang, gayanya macam nak hujan lebat jer. Sampai ke sudah,internet connection tak ada, nak pinjam broadband  Long, dia nak guna, so melopong jer lah aku.

Khamis - 13122012


Harini breakfast laksam, boleh tahan lah rasa nya walaupun kuahnya cair dan terlebih masin. Entah, mungkin lidah aku rasa lain, mak aku selamba aje makan. 

Awal jugak aku turun menyiram, lepas tuh buat kerja sana sikit, sinit sikit gitulah. Tak ada kerja lain dah selain menyiram, selagi maman tak ditanam, selagi cili kat tapak semaian tuh tumbuh, tak ada lah kerja lain nampak gayanya. Malaslah aku nak mengerjakan tanah kosong di tempat lain tuh sebab aku nak concentrate kat projek kacang, cili dan maman jer lah dulu. Halfway nanti baru aku fikir untuk sediakan tempat nak tanam benda lain pulak. 

Ataupun mungkin tanam kacang tanah jugak sebab kalau boleh aku nak kacang tuh biar berterusan, biar sentiasa ada kesinambungannya. Lagipun, 18 batas tak sebanyak mana pun. Cuma masalah nak cari benih aje lah, mak aku kata yang kat bandar Raub memang susah nak dapatkan benih kacang tanah yang elok. Mak aku ada plan yang kacang tanah yang dah ditanam tuh nanti tak nak dimakan, instead nak dibuat benih aje. Mak aku cakap, arwah pak dulu, sekali musim kacang tanah, dapat seribu ringgit dia berjual. terbayang jugak aku yang nanti aku berjual kacang tanah, kacang rebus dan maman kat Pekan Sehari. Kalau aku ada kenderaan, senang sikit kot nak berjual.

Masa aku ke kedai (aku suka ulang alik ke kawasan kedai tuh, hilang bosan), aku terperasan yang library kampung tuh buka, aku intai dari dekat, nampaklah ada budak-budak. Kecik sangat librarynya, ada satu meja besar jer. Bila aku tanya budak perempuan kat luar library tuh (dia jadi macam tuanpunya library tuh, dia yang buka dan tutup library tuh), dia kata wi-fi kat situ slow. Aku boleh jamin yang tiga empat orang budak kat situ tuh fikir, ish orang tua mana pulak nih nak menyibuk kat library kitaorang nih?

Ada orang talipun beritahu yang kat masjid malam nih (malam Jumaat) tak ada orang buat makan-makan macam biasa sebab tak ada siapa yang nak volunteer. Mak aku tanya aku, nak ke kalau sponsor masjid, bagi RM 250 upah orang untuk sediakan masakan. Aku ok kan aje, aku suka kalau mak aku keluarkan duit untuk benda-benda macam tuh. 

Akak The talipun cellphone aku masa aku tengah menyiram, diaorang nak balik minggu depan, nak tengok petani moden nih bekerja. 

Since tak ada kerja sangat pun petang nih, aku mengeteh lagi. Saja jer lah nak kasi nampak muka. Masalahnya, tak ada orang yang nampak aku pun, ramai yang jenis tak kisah orang lain, yang diaorang nampak pun kawan diaorang jer. Mudah dapat susu murah gamaknya kat kedai tuh, teh panas kurang manis aku punyalah manisnya. Cuba order teh kat kedai tuh, bukan main manis lagi rasanya. 

Masa nak makan malam, Ida ada hanta SMS, dia kata ada satu konspirasi dan dia nak aku kind of play along. Aku tak boleh cerita kat sini apa dia sebab takut nanti adik beradik aku ada baca blog aku. Aku tanya mak aku pasal konspirasi tuh, jawapan-jawapan mak aku semuanya corner ke lain. Aku, macam biasa, sikit pun tak tunjukkan reaksi aku, aku buat muka selamba aje selalunya. 

Bosan pasal internet connection lembab, aku tengok tv. Orang lain semuanya tengok bola kot, aku jer yang tengok Globe Trekker sama Extreme apa tah, siri penjelajahan kedai-kedai makanan yang anih dan pelik-pelik di Amerika. Satu tuh Chip Shop yang kat Brooklyn, New York, aku dah pernah makan kat kedai tuh. 

Thursday

Rabu - 12122012


Tak payah menyiram lagi pagi nih sebab malam semalam hujan, yang walaupun tak selebat mana tapi tanah masih basah. So aku pun tak tahu nak buat apa, kawasan yang nak ditanam maman tuh dah Long sembur racun semalam tuh, baja pun dah ditabur petang semalam.

Tunggu Sabtu ni lah kot untuk tabur benih, itu aje. Lain-lain kerja tak ada sangat pun, nak membuang daun pisang pun basah semuanya. Macamana pun, lepas breakfast (roti sama telur), aku keluar jugak ke kebun, melawat kawasan.

Pokok-pokok, tanaman semua tuh makhluk Tuhan jugak kan, so aku tiap kali turun ke kebun, aku kasi salam. Aku kasi salam khas untuk kacang tanah aku. Mintak-mintak berhasil lah. Kalaulah tak menjadi, memang nasib badan lah, memang tak ada rezeki lah. I don't want to sound like I'm too attached to my nuts (lest I'll go nuts ekekek) aku tuh tapi kalau ada rumput yang tumbuh kat batas, aku akan cabut. Kalau ada semut, ada ayam yang mengendeng-ngendeng (datang dekat dengan niat tak baik) akan aku kejar. 

Then aku merayau-rayau jer lah kat kebun, tengok-tengok pokok pisang, pokok betik, pokok ciku, manggis, rambutan, semuanya lah. Aku terperasan yang sejak duduk kampung, aku macam lebih banyak bersyukur. Bila tengok pokok-pokok tuh, aku bersyukur, aku ingat Tuhan. Kalau duduk KL, tak ada peluang nak bersyukur macam tuh, mana tak nya, kalau nak makan buah, beli aje kan? Tapi kat kampung nih, jalan ke sana, ada rambutan, jalan ke sini ada ciku. Jalan ke situ ada betik. Jalan ke sana sini ada mangga. Itu yang asyik bersyukur, asyik teringat yang besarnya kuasa Tuhan aje tuh. 

Since tak ada kerja nak buat, aku ke kedai nak beli paper. Lambat pulak papers dihantar so sementara menunggu tuh aku mengeteh lah dulu. Sibuk kedai makan tuh, orang bertali arus yang datang. Aku tengok, perati kan jer orang yang minum/makan tuh. Most of them semua yang macam tergesa-gesa, either nak pergi kerja, nak pergi berniaga, atau ada urusan-urusan lain. Aku bandingkan dengan diri aku, dalam ramai-ramai tuh aku sorang jer yang tak tergesa-gesa, aku sorang jer yang paling selamba, yang tak ada apa nak dikejar. Masih ada sekelumit di otak aku yang bengap nih, anggapan bahawa orang yang tak kejar (or rather tak gaya mengejar) apa-apa nih, such a big loser. Aku sedapkan hati sendiri dengan kata yang I'm not sitting on my ass doing nothing but I'm waiting for things to happen. 

Lambat lori paper tuh datang so aku ralit peratikan orang aje lah kerjanya.

Tak lama tuh ada satu mercdes nih, plate number dia pun fancy, perempuan Melayu yang bawak. Dia punya dressing boleh tahan, terndy gitu, dengan topi bulu nya, scarf panjang yang dililit kat leher, dengan spek besar nya, dengan iphone di tangan. Memang style orang macam tuh agaknya, walaupun cuma satu kedai makan yang bukak, tapi dia tetap berdiri kat depan kedai tuh lama aje, as if nak memilih nak makan kat kedai yang mana satu. Kalau orang yang berfikiran negatif tentu dia fikir perempuan tuh nak menunjuk-nunjuk. 

Tapi that's not apa yang aku nak ceritakan nih. 

Ada 2 orang perempuan lain, sorang tuh mak dia kot, sorang lagi, I'm pretty sure orang Indon yang dah lama duduk malaysia, accent dia walaupun bahasa standard tapi masih ada bau-bau Indon nya. Then ada dua orang budak lelaki belasan tahun, anak perempuan bertopi tuh gayanya. Apa yang aku nak cakap, the moment aku tengok perempuan tuh, dan di sepanjang aku peratikan diaorang makan, bersembang etc, aku asyik teringat kat (arwah) Mona Fendey. Sebijik macam tuh penampilannya, set up nya. (Tempat kejadian dulu tuh pun tak jauh dari sini).

"Kalau mak tanya, tak apa ker?", mak aku tanya aku gitu masa aku tengah baca paper. Adess, mak aku nak tanya pasal apa ni, pasal kawin ker, fikir aku dalam hati. Lagi satu aku sempat fikir, yang how beralus nya ayat mak aku, tak nak aku terasa hati. Not that aku selalu terasa hati kan? Tak pernah pun aku tunjukkan yang hati aku terasa pun selama ini. Tak ada pun.

"Kalau deme-eh (diaorang, adik beradik, they all) bagi kereta, awak nak ker?", mak aku tanya. 

"Kalau kereta Lan, saya tak nak. Nanti dia balik, dia nak guna kereta, kalau rosak ker apa-apa ker, buat susah jer", aku jawab gitu, sambil terus baca paper.  

"Mak, penting sangat ker kereta? Pak dulu, tak ada kereta, ok jer", aku cuba-cuba pancing tanya.

"Tak lah, mak kesian ker awak tu, nak pergi sembahyang Jumaat, nak ke sana sini. Awak nak pergi sembahyang jemaah pun senang", mak aku jawab gitu.

Aku sebenarnya tak berapa setuju dengan alasan tuh, very ame bagi aku. Masa kat Bandar Tasik Puteri dulu, ok jer aku pergi sembahyang Jumaat, Tarawikh, jalan kaki. Lebihkurang sama jer jauhnya. Tapi, mak, dan orang lain, tak tahu semua tuh.

"Deme-eh ni gitu lah, dulu tu beria sangat nak bagi kereta, tapi, ini senyap jer masing-masing", mak aku kata lagi.

"Buat tak tahu jer lah mak, tak payah susah-susah fikir pasal itu lah, saya tak nak nanti saya macam menyusahkan adik beradik. Dah lah selama ini saya menyusahkan keluarga", aku kata gitu. Tah apa-apa dah yang aku baca, belek sana belek sini, and at the same time cuba tahan airmata aku dari keluar.

"Laaa, mat nyer? Benda dah lepas-lepas. Bukannya awak nak benda jadi macam tu", kata mak aku yang by that time dah duduk kat kerusi sebelah aku. Lagi lah aku gelabah nak cover macho, itu yang aku gelak-gelak aje kononnya tuh.

"Ada mak, ada adik beradik yang kata saya nih lah anak yang paling tak guna, yang paling menyusahkan keluarga. Tapi saya buat selamba jer lah, saya nak buat macamana lagi?", aku jawab gitu, terputus-putus. 

"Ish, tak kan lah sampai gitu", mak aku tak percaya.

"Ada", aku angguk-angguk gitu, sesambil gelak. Bagus jugak mak aku tak percya sebab aku tak nak dia jadi sedih.

"Awak buat tak tau jer lah.............", kata mak aku. Ada lah lagi benda lain yang mak aku cakap. Memanglah aku buat tak tahu jer so far tapi yang aku tak dayanya, masalah pasal kereta tuh selalu sangat aku dengar sampaikan aku dah rasa macam aku menyusahkan mak aku aje. Daripada aku menyusahkan mak aku, baik aku balik hidup kat KL kan?

Macamana pun tak ada ah aku ceritakan kat mak aku apa yang terbuku di hati aku nih, harap-harap kalau diaorang discuss pun pasal benda-benda tuh, bukan di depan-depan aku, To me, semuanya tuh macam hangat-hangat taik ayam jer, it's all baloney jer. Nasib baiklah dulu tuh aku menentang keras issue pemberian kereta tuh, kalau lah aku setuju dulu tuh, sure aku akan tertunggu-tunngu, kan? 

Tengahari sampailah petang sebelum Asar, aku asyik di depan laptop jer. Tentu mak aku fikir, apalah yang aku buat seharian mengadap laptop. Mak tak tahu yang most of the time aku cuba untuk connect to the internet, dan separuh masa lagi aku buat research (amboi!) pasal Forex. Bukan senang nak buat set-up, EU keeps creeping higher for no valid reason, fundemantal and tech analisa semuanya favor to the downside. I don't want to get there a little too early. 

So itulah, aku di depan laptop jer kerjanya, I'd rather tenung laptop yang kadang ada connection dan most of the time tak ada signal nih daripada membongkang kat sofa tengok tv.

Gaya macam nak hujan so serba salah aku nak menyiram ker tidak, lagipun S ada meracun rumput so aku menyiram pokok kacang yang di sebelah kanan depan rumah aje lah. Tak guna paip, instead aku guna tong penyiram, ada anak sungai antara tanah mak dengan tanah mak sedara aku so ambik air dari situ aje. lenguh jugak tapi ada lah kelainan dari biasa. Hidup nih perlu variasi kan? Benarnya aku tak berapa berkenan dengan S tuh, dia nih tak boleh dibuat baik sangat. Patutnya dia kerjakan tanah tuh dengan duit sendiri, nak beli racun, upah nya etc. Sebab hasilnya nanti akan dibagi dua. Tapi, dia nih selalu mintak duit dari mak aku, nak beli racun lah, upah menebas lah, nak beli anak pisang lah. Even bapak sedara aku dah beritahu mak aku, jangan kasi duit kat S tuh tapi semalam aku nampak S tuh mintak duit dari mak. Mak pun kasi.

Petang Rabu biasanya ada orang jual sayur kat mini R&R, kat kawasan kedai tuh, so mak aku suruh pergi beli sayur, sama lada. Dua kali aku ulang pergi tapi tak ada pun orang jual sayur tuh, so kali terakhir tuh aku tunggu lama jugak, sambil mengeteh. Hmmm, dua kali aku mengeteh hari nih. Ada lah dua tiga orang yang tegur dan angkat tangan kat aku, baguslah tuh dah ada orang yang aku kenal-kenal. 

"Tak ada orang jual sayur hari ni gayanya", kata Makcik kedai tuh. "Kejap, biar makcik tanya orang kedai makan tu", kata dia lagi. Tak lama tuh makcik tu datang bawak sebungkus cili api, "Kesian ker aok tak berlada", kata dia. Biasalah aku, dengan makcik tu pun aku nak kasi upah sebab dapatkan lada untuk aku, dengan tokay restoran tu pun aku nak kasi double dari yang dia mintak. Tapi, ada duduk kampung, diaorang tak ambik pun duit aku tuh.

Minggu nih aku dah tidur lewat aje kerjanya, biasanya lepas isyak jer terus aku tidur tapi sesehari dua nih dekat pukul 11 aku tidur. Dan aku pun dah mudah tidur dah sekarang nih, bukan macam dulu, pusing kanan pusing kiri tapi tak tidur-tidur jugak. 

Wednesday

Selasa - 11122012


Pagi-pagi lagi Long ajak pergi Pekan Sehari di Sungai Ruan. Beli penyapu sama mop, one of the penyapus kat rumah tuh dah banyak gugur dah rambutnya. Beli ikan tenggiri sama bendi, then beli makanan untuk breakfast.

Since semalam hujan, so tak payahlah nak meyiram pagi nih. Tak buat apa sangat pun kat kebun, tengok gitu-gitu aje lah. Macam Wakil Rakyat meninjau kawasan Parlimen dia kaedahnya. Tinjau dari kejauhan, atau setakat menampakkan muka.

Then tolong Long memunggah durian ke kereta dia, lepas tuh pergi ambik another 2 loads of durian kat Cina peraih. Semuanya, campur yang semalam tuh, adalah dalam 160 bijik. 

Lepas Long balik, dan sebab hari pun redup aje, aku cabut-cabut rumput di batas kacang. Ya, banyaknya semut kecik yang bertali arus mengusung bangkai benih kacang, jugak daun kacang yang kering. Tak sampai hati aku nak bengang kat semut-semut tuh, rezeki diaorang kan? Tapi, lepas pada tuh aku sembur sebotol pesticide kat sekeliling batas-batas kacang tuh.

Nasib baik betullah aku tanam rapat-rapat dan ada yang aku tanam extra benih dulu tuh, so aku akan pindahkan nanti anak-anak kacang tuh, kat mana-mana lubang yang kosong.

Petang pulak aku menanam tembikai, banyak jugak lubang yang aku gali, dalam 20 lubang yang aku tanam. Entahlah, mak aku kata lama gila tembikai nak menunjukkan tanda dia hidup, sebab biji benih dia keras dan tebal. Aku dah korek-korek lubang tempat aku tanam tembikai dulu tuh tapi tak ada pulak benih-benihnya. Entah-entah dimakan dek ayam yang selalu berkeliaran kat kebun. Ayam siapalah tuh gamaknya. Ayam, semut, semuanya nak menyusahkan hidup aku.

Kira ok jugaklah internet connection aku harinih, dapat aku bukan MT4 Terminal, dapat jugak update blog. Yang tak dapatnya, nak main games kat FB. Punyalah bosannya malam nih (as if malam-malam lain tak bosan), aku tengok tv, aku layan Family Edition of Winter Wipeout. Itu jer rancangan tv yang elok untuk aku tengok. Rancangan bodoh sebenarnya, games bodoh-bodoh macam yang femes sangat kat Jepun tuh. Tapi tak kisah, bodoh-bodoh pun, Mat Salleh punya rancangan, itu yang buat ter-jadi macam best dan worth watching tuh. 

Isnin - 10122012



Setiap pagi, kalau mak aku tak buat apa untuk breakfast, aku akan ke kedai, belilah apa-apa yang patut. Biasanya selang sehari, kalau hari ini ada benda yang nak breakfastkan, esoknya pulak beli, either nasi lemak atau nasi kerabu. Aku tak nak sangat mak aku sediakan breakfast, kalau boleh aku nak beli aje. Tadi, nak ubah selera, mak suruh beli roti aje, boleh cicah dengan gulai sardin lebih dinner malam semalam. Dinner makan sardin jer? Tak, ada gulai dan masakan lain. Then rebus telur 2 bijik. So tak ada lah bosan sangat makan benda yang sama hari-hari, kan?

Lepas breakfast aku ke kebun, buatlah apa-apa yang patut. Dalam sesejam. Break sekejap lepas tuh, then pergi beli papers. Then sambung semula kerja, dalam pukul 10 berhenti, baca paper, melepak. Lepas tuh baru lah mandi pagi. 
Itulah aktiviti aku setiap pagi menyampai ke tengahari.

Masa aku tengah menyiram tadi aku terdengar bunyi siren, tanda ada kematian. Kat kampung nih, kalau ada berita kematian, masjid aku bunyikan siren. Tengah hari tuh baru aku tahu pasal kematian tuh, dekat dengan rumah mak sedar aku, tak berapa jauh dari masjid. Mat rempit yang meninggal tuh, accident masa merempit awal pagi tadi. Jalan kat kampung nih lurus, itu yang selalu motor/kereta bawak laju gila tuh. Dan budak-budak rempit pun selalu jugak berpesta. 

Aku menyangkul di kawasan yang berbonggol-bonggol, nak ratakan tanah, sebab Long kata tak tanam maman jer kat situ. Besarlah jugak kawasannya tapi tak payahlah nak menggembur tanah tuh beria sangat, cukup sekadar ratakan a few bonggolans biar kawasan tuh jadi sama rata. So itulah kerja aku sepagian, selain kerja-kerja wajib menyiram anak kacang tanah dan membuang rumput-rumput yang melukut di tepi batas tuh.

Long ada talipun mak, dia nak balik esok untuk ambik durian yang boleh dibuat tempoyak yang boleh kitaorang dapatkan dengan free dari Cina peraih kat simpang tuh. So aku dengan mak pergilah ke tempat peraih tuh, bertong-tong durian yang masih cantik tapi tak cukup piawaian untuk dijual, yang dilonggokkan setempat, kitaorang boleh ambik sebanyak mana kitaorang suka. So aku ambik wheel barrow, dan mulalah mengangkut durian-durian tuh, siksa jugak dibuatnya sebab tayar wheelbarrow tuh tak ada angin, dan jalan yang terpaksa dilalui tuh jauh dan berliku. Ada titi pulak tuh. So dapatlah 5 kali ulang alik bawak wheelbarrow tuh, ada dalam 100 bijik durian yang aku dapat. 

Petang tadi Long sampai, dia nak balik esok. Dia kasi aku guna broadband dia so dapatlah aku ambik nafas online. Maghrib kitaorang ke masjid, elok aje start kereta, hujan turun selebat-lebatnya, dan petir berdentum dentam. Long teruskan jugak. Terfikir aku, mak tinggal sorang-sorang kat rumah, buatnya black-out ker apa ker, macamana? Aku tak sepatutnya tinggalkan mak sorang-sorang dalam keadaan macam tuh, itu yang lepas sembahyang terus kitaorang balik walaupun ada kelas ugama sebelum masuk Isyak.

Aku dah nak tidur bila tengok Long tengah tengok tv, The Amazing Race Finale. Laaa, aku tak tahu pun ada kat TV, selama ini aku tengok latest episode pun kat youtube jer. Survivor, The Big bang Theory, Two And A Half Men ada main kat Malaysia jugak ker? So layan lah tengok Finale tuh, last leg tuh kat NYC, kat Coney Island, kat Brooklyn Yard, kat Lower Manhattan, semua tuh so very familiar dengan aku.


Tuesday

Ahad 09122012



Lena aku tidur semalam pasal malam aku di KL ituhari aku tidur pun kejap aje, itu yang ngantuk tuh. Long balik ke Bandar J right lepas Subuh. Terlupa pulak aku kalau Ahad, 2 kedai makan tuh tutup, nasib baiklah ada satu lagi kedai yang bukak, so beli nasi lemak aje lah for breakfast. 

Lepas menyiram kacang aku merepih, menyangkul di permukaan tanah, menggembur-gembur kan tanah. Then buat dan tanam sebatas sawi. Tak tahu lah macamana sebab banyak semut kecik di kawasan tuh, berbaris jer semut-semut tuh di sana sini. Bijik kacang aku pun banyak jugak yang dimakannya dek semut-semut keparat tuh, nasib baiklah dulu aku tanam rapat-rapat, dan ada lubang yang aku taruk extra benihs kan? 

Kawan mak/jiran ada datang, 2 orang, sembang-sembang bawah pokok. Aku nak lalu lalang buat kerja, nak pergi kedai beli paper pun rasa segan-segan gitu, tak biasa. Aku jeling-jeling jer kat diaorang, tegur-tegur gitu sesikit, muka-muka bakal pecari jodoh untuk aku nanti nih gamaknya.

Aktiviti-aktiviti menyangkul dah tak ada dah untuk petang nih sebab dah siap sebidang tanah tuh aku kerjakan. So aku repair batas kacang tanah aje lah (selain menyiram, Thank God ada paip panjang tuh kalau tidak memang siksa) sesambil mencabut rumput. Bukan main galaknya lagi rumput-rumput kat batas kacang tanah tuh, sama menjadi nampak gayanya. 

Malam, aku pasang jugak tv, tapi tak tengok pun Malaysia vs Thailand. Puas aku flip-flip channel, tak ada pun rancangan yang menarik perhatian aku. 

Sabtu 08122012


Ada aku beritahu mak yang aku nak balik Raub hari ini tapi aku rasa kalau balik esok pun ok jugak sebab Ida akan balik kampung rasanya. And so aku merayau-rayau ajelah masuk malls. Bukan apa, saja jer nak tengok Christmas decorations, jugak nak dengar holiday songs. 

Sejak duduk kampung nih tak pernah dengar music/lagu pun sebab tv tak pasang, internet tak ada, so telinga aku tak pernah berhalwa. Itu yang terlama aku kat Sungai Wang tuh sebab terralit dengar lagu. Dan tiap lagu tuh buat aku mengimbau kisah-kisah lama. Dengar lagu Last Christmas (Wham!) teringat masa muda-muda dulu. Dengar lagu White Christmas, teringat zaman masa aku kerja kilang di New Jersey dulu. Bila ada lagu Little Drummer Boy, terus aku teringat kat David/King Mongkut. Pasal ituhari dalam email ada kitaorang bercerita pasal favorite holiday song masing-masing. Itu lagu favorite diaorang dan diaorang pun tahu mine is Fairytale Of New York (The Pogues & Kristy McColl). 

Tapi itulah, kesemua lagu-lagu tuh buatkan aku teringat pasal kehidupan aku kat Amerika dulu. Yang akhirnya buat aku jadi ralit, dan sedih at the same time. So aku buat keputusan nak balik Raub aje lah. Itulah aku nih, bila di Raub, aku asyik teringat nak ke KL tapi dapat semalam jer kat KL, aku dah teringat nak balik Raub.

Sampai Raub dah hampir Asar, nasib baik lah aku balik harinih rupanya sebab Ida tak jadi balik dan Long pun nak balik ke Bandar J right after Subuh esok, sebab ada hal. Kalaulah aku balik petang esok, sure mak tinggal sorang-sorang the whole of pagi/tengahari esok, kan?

Aku masuk bilik, aku tengok ada almari baju baru, dan pakaian aku semuanya bersusun dan bergantungan rapi. Aku tengok beg aku, dah dikosongkan. Aku kurang berkenan kalau pakaian aku, barang aku, orang lain yang kerjakan, tolong basuh, susun etc. Since mak aku yang buat, aku cuba-cuba buangkan walaupun secubit rasa tak suka, sebab aku takut terberdosa kalau ada di hati aku perasaan tak senang tuh. 

Aku ingat lagi masa aku kat Bandar Tasik Puteri dulu, ada sekali tuh aku balik Bangsar. Malam tuh Kak Teh (bless her!) message aku, dia kata dia dah pasang shelves, dah cuci dan susun pakaian aku yang kat rumah tempat aku duduk tuh. Aku jadi uncomfortable, aku jadi tak syok jer, tapi bila Kak Teh balas balik kata memang gitulah naluri seorang kakak, dan mak pun would do the same thing, aku jadi kurang lah sikit bengangnya. Aku siap dah plan nak berhenti kerja dah tuh dulu tuh ekekekke.

Point is, ciri-ciri keselfishan aku nih tebal sangat kan? Ok, from now on, aku akan pastikan yang barang-barang aku, pakaian aku, keadaan bilik, sentiasa elok dan kemas so that tak ada orang lain yang akan cuba untuk menolong-kemaskan semua tuh. Sama lah macam aku jaga hati aku supaya orang lain tak sentuh.

Sepeninggalan aku semalam, Long ada tolong-tolong menyangkul so petang nih aku sambung semula kerja aku, siaplah kerja-kerja menyangkul tuh. Luas jugaklah kawasannya cuma aku tak tahu apa yang nak ditanam, rasaya nak tanam sayur tapi sayur apa? Sure kena banyak jenis sayur yang kena ditanam, luas kawasan tuh. Long kata elok ditanam maman aje, belasan tahun dah aku tak makan maman, aku pun dah lupa macamana rasanya, either pahit atau masam. 

Masa aku nak menyiram kacang tanah, aku terperasan yang dah ada a few yang cambah/tumbuh. Yang macam malu-malu nak menampakkan diri, yang tersipu-sipu berselindung di sebalik gumpalan tanah. Tak kurang jugak yang tunduk berkemaluan. Terus bersemangat aku jadinya. 

Aku ikut Long pergi masjid for Maghrib, kebetulan pulak malam hari Sabtu ada belajar mengaji lepas Maghrib. Jemaah yang sembahyang ada lah dalam 20 orang tapi yang sambung tunggu kelas mengaji cuma 8 orang. Itu pun termasuk aku sama Long. Itu pun termasuk 2 orang makmum perempuan. Ramai yang tak join pasal Ustaz tuh suruh baca sorang-sorang, guna mike pulak tuh. Mana lah ada yang berani, kan? Aku? Kecut perut, iyalah kali pertama. Orang lain siap dengan lagu nya sekali tapi bila turn aku, slow jer suara. Aku geram jugak sebab banyak pulak salahnya, gugup lah penyebab utamanya. 

Tapi, lepas habis aku baca,  baru aku rasa macam best jer dibuat style tuh (baca sorang-sorang), tahap kekonfidenan aku jadi semakin tinggi. InsyaAllah, kalau aku ada peluang, aku nak datang lagi hari Sabtu, aku rasa aku boleh baca dengan lebih baik, dengan tak ada sangkut-sangkut nya. 

Jumaat 07122012


Awal pagi aku turun ke kebun pasal aku nak ke KL nanti, kena lah teruskan jugak menyangkul. Aku nak ke Raub naik bas aje, mak dengan Long kena bersiap cepat-cepat sebab diaorang pun nak ke Raub jugak nak uruskan pasal duit Tabung Haji arwah pak. Kalau tak, sure aku naik bas aje sebab bas pun dalam 2 jam lebih sekali. 

Dalam perjalanan ke KL, Ida hantar message, dia kata dia ada masukkan RM 100 ke dalam account aku. Alhamdulillah. Dah RM 500 so far duit yang aku dapat, aku tak rasa akan dapat sebanyak itu bulan-bulan akan datang, so aku kena simpan, aku kena berkelimat (berjimat) dengan duit yang ada. 

Tapi, nak berkelimat macamana, aku nak ke KL nih, dan aku tak bermalam di Bangsar atau Rawang, instead aku akan bermalam di tempat mula-mula aku sampai Malaysia lepas di deport dulu tuh. Aku suka tempat tuh. 

Lepas Sembahyang Jumaat kat Masjid Jalan Pekeliling/Jalan Pahang, aku ke Bukit Bintang, nak settlekan a few things, bayar bill, pergi banks etc. Then aku ke EPF Building. Lepas pada tuh, sampailah ke pagi esoknya, aku terus tak keluar bilik, kat luar hujan pulak. Aku pulun berinternet.

Monday

Khamis 06122012


Moyok aku seharian harinih pasal tak dapat nak online walau sekelumit cuma. Dari pagi sampai malam langsung tak ada connection, biasanya adalah jugak timbul, after a few mintues of trying. Tapi harinih langsung tak ada signal yang datang menjengah. 

Itu yang aku buat keputusan nak ke KL hujung minggu nih, itupun kalau ada mana-mana adik beradik aku yang akan balik ke sini untuk gantikan aku temankan mak. Ada benda yang nak dibuat sikit, online. Nak update blog, nak update status kat FB, nak masukkan duit ke Forex account aku, nak buat payment P1 aku. Semua tuh boleh dibuat online jer kalau aku ada connection tapi sebab tak ada internet , tu yang aku nak ke KL tuh. Rasa macam dah lama jer aku tinggalkan KL, itu pun sebab utama jugak.


Aku dah decide yang InsyaAllah awal tahun depan nanti aku nak bukak semula Forex journal aku, aku nak mula semula memorex. Patutnya aku buat style dulu, aku buat Journal on my first day kerja kat kolam ikan tuh dulu. Tapi sebab aku tak ada connection, dan aku rasa by end of this month aje baru dapat Streamyx, itu yang aku terpaksa hold dulu niat aku, come Jan 1st 2013 InsyaAllah, aku akan mulakan semula. 

So aku beritahu mak aku. Kebetulan masa aku di kebun, ida talipun so mak ceritakanlah plan aku tuh. Jadi macam satu masalah pulak bagi mak sama Ida, nak menyettelkan siapa yang seharusnya disuruh balik kampung sepemergian nya aku ke KL nanti. Aku simple jer, kalau ada yang balik this weekend, aku akan ke KL, kalau tak ada balik, tak jadi lah aku pergi. Bukannya ada hal penting sangat pun, so itu bukan lah masalah. 

Pagi nih menyiaptanamkan kacang tanah, ada 19 batas semuanya. Ada batas yang panjang, ada yang pendek. Ada yang lurus, ada yang panjang dan bengkok, macam kote Negro ekekekekk. Aku tanam tembikai jugak, dapatlah 6 perdu. 

Dah tak ada kerja lain so aku mula cari kawasan lapang yang lain, menyangkul untuk menggembur tanah, untuk tanam apa-apalah yang aku masih belum decide pun lagi. Luas kawasannya, tanahnya pulak keras, itu yang aku rasa macam termenyesal pulak menyangkul di situ, saja cari penyakit. Itu yang aku buat perlahan-lahan tuh, memang memenatkan, setiap 50 kali cangkulan, aku berhenti sekejap. Lepas tuh setiap 30 kali cangkulan, aku berhenti lagi. Dan akhirnya setiap 15 kali cangkulan.

Aku tak perasan pun yang Long ada balik, dia balik sorang jer. Bila Long kata yang dia akan ada sampai Sabtu, terus aku kata aku nak ke KL esok. Boleh pergi bank, boleh pergi ambik copy EPF statement, mana tahu itu boleh digunakan untuk apply streamyx (instead of slip gaji). 
   
Masa makan malam, mak ada beritahu yang Lan (Qatar) ada talipun. Selain bertanya khabar, ada jugak cerita pasal kereta yang ditimbulkan. Menurut mak, Lan nak suruh abang ipar dia hantarkan kereta Lan tuh ke Raub nih, untuk kegunaan aku. Bengkek jer aku dalam hati tapi aku tak kata apa-apa, aku terus aje makan, Long pun ada, nanti kalau aku tersalah cakap or even kata aku tersalah bersuara, dibuatnya dislow-talk kan aku masa tuh, macamana? Depan-depan rezeki pulak kan? So itu yang aku diam aje tuh walaupun nak rasanya aku bersuara pasal ketidakpuasan hati aku bila selalu dibukak cerita pasal kereta nih.

Siapa yang timbulkan issue pasal kereta, sampai kat Lan kat Qatar tuh? Itu satu. Keduanya, perlu sangat ker aku nih berkereta? Ketiganya, tak ker menyusahkan abang ipar lan yang aku rasa buat masa nih dia yang guna kereta Lan tuh. Keempatnya, bukan ker dulu lagi aku dah kata yang aku tak setuju?

Tapi, bila difikir balik, mak sama Lan memang cuba buat sesuatu yang rasional, yang kalau aku di situasi diaorang pun aku akan buat macam tuh. Kalaulah aku jadi Lan, atau adik beradik lain for that matter, akan aku berusaha dapatkan kereta. Mak pulak, kalaulah aku jadi mak yang ramai anak, dah tentu aku akan cuba pujuk anak-anak aku suruh sediakan kereta untuk anak yang duduk di kampung. 

Ok, I'm totally fine, aku boleh accept dah sekarang (cepatnya? ekekek) kalaulah adik beradik aku nak sediakan aku kereta, tapi yang buat aku rasa uncomfortable nya, segala usaha-usaha tuh dibuat right under my nose. Right infront of me, me eyes lagi. Itu yang aku kurang berkenan sikit tuh, itu yang buat kan aku terasa yang aku nih menyusahkan family aje, diaorang terpaksa berfikir dan berusaha untuk bagi aku senang. Itu yang buat aku terfikir yang kalaulah aku ada kereta, masalah sok-sek sok-sek kat talipun tak akan timbul.

Itu jugak yang buat aku berdebar jer bila talipun berbunyi sebab aku tahu sure cerita pasal aku yang akan timbul. Kalau talipun berbunyi masa aku kat kebun, aku tak kisah, tapi kalau masa aku ada di rumah, itu yang selalu buat aku terfikir, "ha, sure akan tanya pasal aku nih, macamana Abang Tam?". 

Tapi, aku kena fikir jugak (damn, I have to do lots of thinking lah) yang it's normal lah adik beradik akan talipun, dan sure benda-benda macam tuh akan ditanya, kan? Aku tak bolehlah jadi selfish bastard sangat sampaikan tak nak adik beradik ambik tahu langsung pasal aku, kan? Diaorang pun nak jugak ada shares masing-masing dalam projek untuk memastikan yang mak (dan penemannya) berada di dalam keadaan yang terbaik di setiap waktu dan ketika nya kan? 

And so from now on, aku akan diamkan aje, aku tak akan tunjukkan reaksi yang aku rasa tak comfortable kalau dibangkitkan issue-issue yang berkaitan dengan aku, aku nak buat macam tak ada apa-apa pun. Bukannya aku marah cuma aku nak tengok sampai ke mana perginya semuanya tuh nanti. Apa-apa pun I'm perfectly cool with it. Aku kena ingat yang tujuan utama aku duduk di kampung adalah untuk temankan mak, that's all that matters.

Friday

Berhenti Berdoa?


Petang Ahad kitaorang sibuk menerim pokok rambutan, buang dahan-dahan yang berjuntaian. Berbelas-belas guni rambutan yang dikutip. Kebetulan adik aku Pui ada balik sekejap sama kawan-kawan Fillipino dia, so dapatlah diaorang 3 empat guni buah.

Pui ada suruh aku tradekan Forex untuk dia (dulu ada aku buat duit dia dari USD 200 jadi USD 400 dalam masa a few months) tapi aku kata yang aku tak ada internet connection, so dia janji nak pasang Streamyx bila dia balik nanti, Aku kata yang Ida macam tak dapat nak tolong aku dalam hal nak pasang Streamyx nih, mungkin sebab kat rumah dia dah pasang, tak kan nak pasang another one guna nama dia jugak kan? See, aku bersangka baik. Lega lah jugak aku bila Pui kata macam tuh, harap-harap dia dapat settlekan masalah streamyx secepat mungkin. 

Dulu, kini dan selamanya, internet aje lah masalah aku kan? ekekekekke

Sunyi pulak rasanya bila semuanya balik petang tuh, tinggalah aku berdua dengan mak. Aku nih kan ker tak suka tengok tv, dah lah internet tak ada, perlahan nya masa berjalan rasanya. Lepas Isyak jer aku dah masuk tidur.

Subuh pagi pun sama, sebijik macam yang Madonna nyanyikan tuh dalam lagu Hung Up, "Time goes by so slowly, so slowly.... I don't know what to do..." So bukak tv, sebab rasanya banyak rancangan ugama time pagi-pagi. Aku tertengok 30 Minit Bersama Ustaz Don. Now, I have a bone to pick pasal Ustaz Don nih. (Aku ada banyak masa so dan tak ada benda lain dah nak dicelotehkan so aku layan aje lah benda yang ada kat fikiran aku nih. Mungkin boring to some tapi it makes me, me kan?)

Dengan beraninya aku kata, aku tak pernah "suka" dengan Ustaz Don nih. Bukan tak suka apa, aku tak berapa berkenan cara penampilan dia, bagi aku dia nih lebih pada penampilan untuk meraih glamer. (I'm entitled to my own stupid opinions, ok?) Tak nak lah aku kasi contoh-contoh takut nanti termengumpat pulak tapi aku memang kurang berkenan dengan penampilan dia, scripted jokes dia, banyak lagi lah. Tapi, tak bermakna aku tak suka dengan apa yang dia ajar. Aku dengar, aku terima apa yang dia ajar, cuma itu lah, there's something about him yang aku tak berkenan. There I said it.

Isnin, aku ke Bandar Raub, ada a few things yang nak disettlekan. pergi CIMB sebab nak check duit, berapa sen yang ada. Pergi Bank Islam, nak masukkan cek gaji bulan 11, pergi beli DiGi prepaid internet (slow nak mampos tapi at least ada jugak connection yang most of the time tuh aku rasa macam lebih elok sikit aje daripada tak ada langsung), jugak beli ayam, ikan dan sotong. Mahal jugak, sekor ayam, sekilo ikan kembung, sekilo sotong, ngam-ngam RM 50. 

Dalam seminggu ada 3 petang rasanya orang datang belajar mengaji sama mak. Petang Isnin, Selasa sama Khamis kalau tak salah aku. Aku pulak cuba lelapkan mata bila petang-petang sebelum Asar tapi susah rupanya nak lena, itu yang buat terasa macam lama sangat dalam sehari, duduk kat kampung nih.

Lepas Asar aku terus buat kerja apa-apa yang patut. Aku lebarkan longkang kat belakang rumah tuh sebab air bertakung, dah jadi hijau airnya banyak lumut. Settle pasal tuh. Then sambung menyangkul buat batas, dapatlah another 3, by that time aku dah basah berpeluh. Teh sekeluarga ada balik so terus aku berhenti buat kerja. 

Tak lah bosan sangat malam nih pasal aku dapat jugak online walaupun connectionnya slow bagai nak rak. FB tak boleh bukak, websites lain pun takat first page jer, so awallah jugak aku masuk tidur. Nak kata letih, tak jugak, tapi walaupun aku masuk tidur pukul 8-45 malam, pukul 12 tuh aku masih belum tidur, asyik tergolek sana, tergolek sini. Then pukul 2 lebih terbangun pulak tuh. Lepas Subuh aku sambung tidur. 

"Awak letih ker?", mak aku tanya bila aku ke dapur, aku terlajak tidur rupanya. Pergi kedai jap beli nasi kerabu, nasi lemak, untuk breakfast. Then sambung menyangkul, dah siap 7 batas panjang, mak aku tunjuk cara nak tanam kacang tanah, so kitaorang berdua mulalah bertanam. 

"Jangan letak rapat sangat", kata mak aku, sebab aku tanam benih kacag tuh rapat-rapat. Aku rasa nak tersengih sebab it shows my peribadi, yang aku nih tamak. Tanam rapat-rapat, banyak sikit dapat hasilnya kan? Lagi satu, patutnya taruk 2 bijik jer setiap lubang, tapi ada jugak lubang yang aku taruk sampai 3 bijik. Bukan apa, aku fikir yang dengan aku nih benda yang mudah pun kadang tuh tak menjadi, so itu yang aku letak extra tuh, takut-takut ada yang tak tumbuh. Bukan senang nak berkebun nih, kena fikir jugak what if, kena ambik jugak precaution, kena jugak fikir pasal incase. 

Arwah ayah aku ada buat perjanjian dengan this one guy (S), suruh S tuh kerjakan tanah yang kat depan rumah tuh, tanam pisang. Hasilnya dikongsi dua. So dah dua kali aku terserempak dengan S nih, takat tegur-tegur gitu jer lah. Tapi tadi since aku buat batas lain tak jauh dari tempat dia tanam pisang tuh, so adalah benda yang dia tanya aku. 

"Berapa lama cuti?", S tanya aku.
"Terus duduk sini dah", aku jawab gitu. 
"Kerja mender?", dia tanya lagi.
"Tak buat mender, berkebun gini lah", aku jawab sambil gelak-gelak.
"Anak bini punggah sini lah?", S tanya lagi.
"Tak nikah lagi...", aku jawab gitu.
"Ooo, aok lah hok yang tak nikoh-nikoh lagi tu?", kata S. By that time aku dah malas melayannya dah. Terfikir jugak aku, siapa yang bercerita kat dia pasal aku (yang tak nikah-nikah lagi nih) kan? Ah, what the heck. 


Ada orang datang nak meraih rambutan, dia nak tanya berapa harga sepokok rambutan kitaorang tuh. Dia nak bayar RM 50 ke RM 60 sepokok, kitaorang mulanya tak setuju pasal murah sangat harganya. Ituhari ada Bangla nak beli borong, 50 sen sekilo, tapi bagi kitaorang murah sangat so tak jadi. Tapi, kalau dikira sepokok, lebih untung kalau dijual kat Bangla dulu tuh. But then kalau dibiarkan saja, rambutan tuh akan buruk gitu aje, so mak aku setuju lah nak jualkan sepokok rambutan. 

Peraih tu akan datang panjat dan kutip sendiri rambutan tuh. Aku bawak peraih tuh tegok pokok rambuatn lain, mak sedara aku yang punya. Peraih tuh mintak RM 160 untuk kesemua rambutan tuh (ada dalam 6 tujuh pokok, tapi tak berapa lebat buahnya), tapi mak aku mintak RM 200.

"Itu keno tanyo abe loh", kata peraih tu. 
"Nok ko dua ratoh, abe?", peraih tu tanya "anak/cucu lelaki" dia. Lelaki tuh angguk.
"Ini sapa, anak ke cucu?", mak aku tanya peraih tu. 
"Ini loh suami sayo", kata peraih tu sambil gelak, suami dia (yang aku ingatkan anak atau cucu dia) senyum jer. Macam susah nak percaya tapi itu lah hakikatnya. peraih tuh aku rasa umur dia dalam awal atau pertengahan 50an, suami dia tuh mungkin awal 20an. Kalau pun awek muda sangat, mungkin awal 30 an. 

Petang nih memang sejarah hidup aku lah, aku tanam kelapa! Ha ah, aku tanam pkok nyor! Mak aku suruh, ada 5 bijik kelapa yang elok ditanam so aku tanam aje lah. Terbayang yang suatu masa nanti aku akan beritahu anak cucu aku, "pokok nyor tuh atok lah yang tanam". Satu jer yang aku malu nak tanya mak aku, kena siram ker benih/pokok kelapa tuh? Macam tak masuk akal jer nak kena siram kan?

Memang murah sangat rezeki kitaorang, atau memang gitu kaedahnya duduk di kampung nih, setiap hari ada jer orang hantar durian. Bukannya sebijik dua tapi satu bonet kereta. Memang mewah dengan buah-buahan kat kampung nih, rambutan, durian, manggis, ciku, cempedak. 

Selasa, pagi nih menyediakan tempat untuk menyemai benih, sebab dah siap semuanya 18 batas kacang tanah yang ditanam. Berdoa aku, hidupkanlah Ya Allah tanaman aku, aku nih dah lah tak ada jasa pada keluarga dan masyarakat, at least bagilah aku berjasa kepada tanah yang sekangkang kera tuh. Amin.

Teh ada jugak tolong aku menyekop tanah baja, best kerja macam nih sebab tak ada pressure sangat, macam main-main gitu aje, takat nak keluarkan peluh. 

Tengahari pulak kitaorang mengopek durian yang berbakul-bakul tuh, untuk buat tempoyak. Aku yang tukang mengopek durian, bukan guna parang tapi guna gunting besar tuh, senang jer. Lama tuh Teh petik rambutan untuk dibawak balik esok. 

Mak aku kata, Lan adik aku yang kat Qatar ada masukkan duit dalam bank aku, penasaran gila aku nak tahu berapa banyak sebab aku tak dapat nak check online (connection slow), aku fikir sure Lan bank-in banyak, iyalah, dia duduk kat Qatar kan? Malam baru aku dapat bukak CIMBClicks, ada Lan masukkan RM 100, syukur Alhamdulillah, aku terima aje sebanyak mana orang nak kasi. Mintak-mintak biarlah berterusan setiap bulan. Dengan ada peningkatan jumlah ekekeke

"Teh bagi mak dua ratus, awak ambiklah separuh", kata mak aku masa aku nak masuk bilik mandi. Aku berkeras tak nak ambik, aku suruh mak aku simpan jer duit tuh, aku kata yang aku masih ada duit, lagipun Ani sama Lan dah kasi duit.

"Ambik lah, nanti deme nyeh (diaorang) marah ke mak sebab tak bagi duit ke awak', kata mak aku lagi. Berkeras aku tak nak ambik, makin mak aku suruh ambik jugak, banyak pulak alasan mak aku, dia kata yang pagi-pagi aku selalu pergi beli makanan lah, macam-macam lah. 

"Mak letak atas meja nih, awak ambik", kata mak aku. 

Bila aku fikir yang P1max aku masih aku hold dan Teh pun masih guna lagi (aku ada beritahu dia yang aku tak nak terminatekan service nya sebab aku rasa aku akan perlukan P1 tuh lagi nanti walaupun kat Raub nih tak ada coveragenya), itu yang aku ambik jugak tuh. Aku rasa macam sedih jer, and at the same time rasa bersyukur, bila mengenangkan yang ramai adik beradik aku yang prihatin. 

Itu yang malam tuh masa berdoa, aku rasa jadi macam insaf aje, sampai aku tertanya-tanya, apa lagi yang aku nak? Tak payah aku mintak-mintaklah, Tuhan kasi aku apa hajat aku. Tuhan murahkan rezeki aku, Tuhan permudahkan hidup aku, Tuhan tunjukkan jalan bagi aku. Sampaikan aku rasa malu dan rendah diri dengan diri aku sendiri, now that aku dah dibantu, patut ker aku berhenti berdoa? Macam tak sedar diri jer rasanya berdoa mintak benda lain bila benda-benda "basic' gitu Tuhan dah makbulkan.