Kuat angin pagi nih, langit pun gelap aje, macam nak hujan. Mak aku kata macam tanda-tanda panas days dah nak datang. "Macam nak hujan lama jer gayanya nih", aku kata macam tuh.
Sebelum ke kedai nak beli paper, aku menyiram dulu, siram gitu-gitu jer sebab gayanya macam nak hujan. Betul pun, balik aje dari kedai, hujan renyai-renyai, so melepak baca papers jer lah aku. DiGi pulak buat hal, tak dapat nak connect, punyalah bosan jadinya.
Lebat pulak hujan bila aku nak pergi sembahyang Jumaat. First time pergi sembahyang Jumaat sorang-sorang. Biasa pergi naik kereta, ini kena jalan kaki so aku tak reti bajet masa, tambah-tambah hujan yang kejap berhenti, kejap lebat. Aku tak ikut main road kampung sebab banyak kereta, tak ada lorong pejalan kaki pulak tuh ekekkeke. Aku ikut jalan belakang, sunyi jer jalan tuh, tak sampai 15 minit rasanya dah sampai. Aku orang pertama sampai kat masjid.
"Terasa jauh ker awak berjalan?", mak aku tanya, bila aku sampai di rumah.
"Tak lah. Sekejap jer, saya orang pertama sampai masjid", aku jawab gitu.
"Tak ada orang tumpangkan awak?", mak aku tanya lagi.
Akan datang aku nak pergi awal jugaklah sebab kalau pergi lewat sikit, sure akan ada bertembung dengan orang naik motor, sure ada yang akan tumpangkan aku. Semalam ker atau hari sebelumnya, ada aku terdengar mak bercakap kat talipun, tah dengan sapa, nak mintak tumpangkan aku pergi sembahyang Jumaat.
Seriously, I'll never quite understand apa pasal benda kecik-kecik gitu pun nak mintak tolong orang. Semuanya nak mintak tolong orang. Nak pergi sembahyang Jumaat, nak mintak tolong orang. Tak ada kereta, nak suruh orang sediakan kereta. I'm a grown ass man, aku bukannya budak bercuti yang baru balik asrama. Ker memang gitu adat hidup di kampung? Lain sangat dari cara hidup kat New York.
Tapi kan, kalau aku jadi mak aku, aku akan buat benda yang sama jugak ekekekkeke
Aku rasa hari nih kali pertama aku berjaya tidur di sebelah petang, adalah sejam lebih kot. Biasanya memang tak boleh lena.
Long ada balik, sorang jer. Dulu kata nak beli sekilo benih maman tapi cuma RM 8 (8 sudu) jer yang dibelinya. So kitaorang tabur benih maman tu lah, jugak benih bayam (sepacket kecik jer). Kalau mengikut rate kitaorang menabur benih tu, we still need at least RM30 worth of benih maman.
Long kata, kalau nak tanam something, baik buat dalam scale yang besar, untuk dijual. Si dia cadang nak tanam kangkung Cina, and so kitaorang mula menyangkul buat batas. Luas kawasannya so nak ditanam berperingkat-peringkat, selang seminggu. Jadi, akan berterusan ada bekalan kangkung Cina tuh nanti. Panjang batas yang kitaorang buat, aku dapat buat 2 batas, Long buat satu. Bermandi peluh kitaorang.
Aku tak pergi Maghrib ikut Long, tak kan nak tinggalkan mak sorang-sorang, gayanya macam nak hujan lebat jer. Sampai ke sudah,internet connection tak ada, nak pinjam broadband Long, dia nak guna, so melopong jer lah aku.