Pagi nih hujan lagi, tak lebat tapi renyai-renyai. Lepas breakfast aku pergi mengeteh, sesambil tunggu papers. Another long and boring day for sure.
"Hai Ya Allah, hujan jer hari-hari, banyoklah makanan tak habih berjuei kang nih", makcik restoran tuh mengeluh, sesambil susun kerusi. Aku perasan yang kalau hujan, kedai tuh memang lengang, orang tak nak datang makan kalau hujan-hujan nih.
Hujan ker, panas ker, salju ker, aku macam ini jugak, aku tak akan mengeluhnya lah. Aku akan tetap selamba dan bersykur yang aku tak pun meroyan tak tentu hala. Panjang umur, esok aku macam ini lagi.
Aku turun jugak ke kebun dalam rintik hujan tuh, mencabut rumput kat batas. Kat Zone 2 ok jer, licin jer batas, tak ada pun sangat rumput-rumput tumbuh. Tapi kat batas Zone 1, ya ampun lah rumput bermaharajalela. Selang 3 hari aku cabut, rumput tumbuh semula. Macam cendawan tumbuh lepas musim hujan lagi gayanya.
Bosan online (sebab connection lembab) aku mengopek kacang tanah, tinggal sikit jer lagi nih, buat alon-alon lah siap jugak akhirnya nanti tuh.
Lepas Asar pun masih hujan rintik-rintik tapi rintikan hujan tuh tak menghalang aku dari turun ke kebun. Aku nak membaja. Mulanya membaja kat Zone 1, mak pun tolong jugak, more kepada tunjuk cara macamana nak taruk baja, then kambus sekeliling anak kacang tuh. Mak aku kata, kalau Cina bertanam kacang, dibaring-baringkan pokok kacang tuh then dikambus, so that pokok tuh akan banyak berbuah. Itu yang aku kambus sekeliling pokok tuh, uko nak ampuh, uko nak cengkelik (sampaikan nak tenggelam) anak kacang tuh.
Dapat habiskan 5 batas aje kat Zone 1 sebab aku buat kerja sorang-sorang, tak apa, esok aku sambung semula kalau tak hujan. InsyaAllah.
Long sekeluarga ada balik Maghrib tadi, sementara tunggu Isyak, sembang-sembang sama Long, Kak Long, mak. Tak pernah lagi aku bersembang rancak macam tuh, mungkin sebab persembangan pun di sekitar kisah-kisah aktiviti perkebunan aku.
Tak dinner pun tadi, aku bantai makan keropok leko aje, berlingkar-lingkar keropok yang aku makan.