Lena aku tidur semalam pasal malam aku di KL ituhari aku tidur pun kejap aje, itu yang ngantuk tuh. Long balik ke Bandar J right lepas Subuh. Terlupa pulak aku kalau Ahad, 2 kedai makan tuh tutup, nasib baiklah ada satu lagi kedai yang bukak, so beli nasi lemak aje lah for breakfast.
Lepas menyiram kacang aku merepih, menyangkul di permukaan tanah, menggembur-gembur kan tanah. Then buat dan tanam sebatas sawi. Tak tahu lah macamana sebab banyak semut kecik di kawasan tuh, berbaris jer semut-semut tuh di sana sini. Bijik kacang aku pun banyak jugak yang dimakannya dek semut-semut keparat tuh, nasib baiklah dulu aku tanam rapat-rapat, dan ada lubang yang aku taruk extra benihs kan?
Kawan mak/jiran ada datang, 2 orang, sembang-sembang bawah pokok. Aku nak lalu lalang buat kerja, nak pergi kedai beli paper pun rasa segan-segan gitu, tak biasa. Aku jeling-jeling jer kat diaorang, tegur-tegur gitu sesikit, muka-muka bakal pecari jodoh untuk aku nanti nih gamaknya.
Aktiviti-aktiviti menyangkul dah tak ada dah untuk petang nih sebab dah siap sebidang tanah tuh aku kerjakan. So aku repair batas kacang tanah aje lah (selain menyiram, Thank God ada paip panjang tuh kalau tidak memang siksa) sesambil mencabut rumput. Bukan main galaknya lagi rumput-rumput kat batas kacang tanah tuh, sama menjadi nampak gayanya.
Malam, aku pasang jugak tv, tapi tak tengok pun Malaysia vs Thailand. Puas aku flip-flip channel, tak ada pun rancangan yang menarik perhatian aku.