Sunday

Sabtu22September2018

Cadangnya nak pergi awal sikit ke Pekan Sari sebab pukul 8-30 ada kursus Umrah kat masjid. Tapi, Chu talipun, suruh jemput dia sebab dia pun nak pergi, then nak ke Sungai Ruan. Pelik jugak aku apa pasal Nyang, Pak Sedara aku yang duduk Lembah Klau tak datang harinih, biasanya dia lah yang datang jemput Chu. 

So kitaorang breakfast, then aku mengekor jer lah ikut Chu yang nak beli itu ini. Lelaki kena sabar kalau ikut orang perempuan membeli belah. Belek sana sini tapi tak dibeli jugak, then ke tempat lain pulak, belek-belek jugak. Then patah balik ke tempat mula-mula tadi, belek-belek, barulah beli. Then terjumpa kawan, bersembang. Then, "tunggu sekejap, Chu nak jumpa orang tu kejap, ada hal". Itu belum kira terpaksa patah balik sebab ada barang yang terlupa dibeli.

Kitaorang ke kedai peralatan pertanian di Sungai Ruan, Chu nak beli benih kangkung. "Macamana awak tanam, awak kambus ker awak tabur jer?" Chu tanya aku, pelik sangat Chu tengok kangkung aku yang subur tuh. Tak reti lah aku menjawab soalan yang basic sangat gitu tuh, dalam hati aku tanya, "tak kan tanam kangkung pun tak reti? Kangkung lah tanaman yang paling senang ditanam".

Katanya nak beli benih kangkung, tapi, rupanya macam aku jugak Chu nih, gelap mata bila masuk kedai peralatan pertanian tuh. Segala macam benda dibeli dan nak dibeli, sampaikan wheel barrow pun dibeli. Wheel barrow plastik, nak diguna untuk hantar kuih kat gerai depan rumah dia. Dalam sehari Chu buat about 300 bijik kuih of pelbagai jenis. Ooo patutlah Chu ajak aku, sebab kereta Nyang tak muat nak taruk wheel barrow. 

Sempat lagi kalau aku nak ke masjid untuk ikuti kursus Umrah tu tapi aku macam berbelah bagi, sebab Ustaz yang conduct kursus tuh sebenarnya nak memancing orang yang nak buat Umrah, ajak pergi ikut dia, or at least daftar dengan dia. Setiap tahun dia buat kursus, a few years ago MH suami itseri ada daftar dengan Ustaz tuh for a 12 days 10 nights punya package. Ingatkan pergi sama Ustaz tu, rupanya "tumpang" company lain, yang cuma pergi for 10 days and 8 nights. MH excited sangat nak pergi, dia tak percaya bila aku kata yang dia kena tipu short-changed.

Bukanlah aku nak pergi buat Umrah dalam masa terdekat nih tapi InsyaAllah kalau panjang umur, January tahun depan aku nak ke sana. Dan aku nih bukanlah jenis orang yang suka buat persediaan awal, aku buat last minute semuanya, bagi aku itu lebih mengujakan. Tak macam setengah orang tuh, nak pergi Bandung jer, tapi semua persediaan dah dibuat setahun lepas. 

Aku dah dibenarkan buat passport, tapi aku masih belum buat, simply sebab aku tak ada plan nak ke mana-mana pun sekarang nih. Dan aku masih belum clearkan nama kat LHDN, nama aku masih dalam no-fly list, maknanya aku tak boleh keluar negara. See, walaupun aku cuma seekor kera sumbang tapi I have something in common dengan Najib dan Kak Mah, tak dibenarkan pergi overseas.

Aku ingat lagi my first Umrah, di zaman Tok Kadok dulu tuh, dari hari yang aku buat keputusan nak pergi Umrah, sampailah ke hari bertolak ke Jeddah, tak sampai seminggu prosesnya. Travel Agent tuh gelak tak percaya bila aku kata nak pergi dalam masa secepat mungkin, paling lama aku boleh tunggu, seminggu. Tak kalu, aku tak jadi pergi, sebab cuti aku dah start. Tapi itu lah, dengan keizinan Tuhan, semuanya possible, seminggu kemudian aku dah di Saudi, sebulan di sana.

So, dengan lain perkataan, I'll cross the bridge when I get there. Aamin.

Aku ke kebun, petik kacang panjang, bendi dan kacang harimau, yang terus aku bersihkan, dan jemur. Aku rasa nak cabut lah pokok-pokok bendi, malu kat orang yang selalu tegur, "mengapa tak petik bendi tuh, dah tua-tua semuanya".

Sebelum Zohor, lepas Zohor, lepas Asar, aku terlagho online, one of those days bilamana aku terlayan internet like there is no tomorrow, bilamana aku kata dalam hati, "tak apa lah, sekali nih jer," Aku main games, aku tengok movie kat youtube, aku baca forum macamana nak dapatkan free Bitcoins etc. 

MH datang petang nih pun aku macam layan tak layan gitu, dia datang nak mintak belimbing (dia dapat tahu pasal belimbing dari Chu) so aku tolonglah dia memetik sesikit, dia guna galah. Then aku mintak diri, aku suruh dia kait sebanyak mana yang dia nak, aku kata nak buat kerja kat internet sikit.

Malam nih tak ada Kuliah Maghrib so aku melepak kat masjid aje, and since aku tak bawak cellphone (Forex market tak bukak) so tak ada lah gangguan, maka duduklah aku bersandar di tiang sambil menyesali keterlaghoghan aku siang tadi, sampaikan Quran pun aku tak baca.

Masa dinner terserempak dengan AN, dia baru balik mengaji kat surau. Rupanya setiap Sabtu dan Ahad (lepas Maghrib) ada mengaji kat surau, aku tak tahu tuh sebab aku sembahyang di masjid. AN nih dulu ikut jugak mengaji di masjid tapi dia sentapz akhirnya sebab tiap kali dia mengaji, one of the AJKs slowkan mikrofone. Memang kalau mengaji Isnin malam Selasa tuh, memang the whole kampung boleh dengar. AN nih pulak, dia dah lah baca nya kuat so orang kampung sebelah pun boleh dengar (I'm exaggerating there). Masalahnya, walaupun bacaannya berlagu elok tapi tajwid nya tunggang langgang, yang sepatutnya dibaca panjang dia baca pendek, yang pendek dibaca panjang, memang banyak salahnya, sampaikan aku selalu terfikir, "Ya Allah, orang kampung dengar nih dia baca tak betul walaupun berlagu sedap".

So itulah kisahnya, dia sentapz dan sekarang cuma datang masjid for Sembahyang Jumaat.

"Ramai orang-orang Tabligh jer dak?, aku tanya gitu bila AN ajak aku join mengaji malam hari Sabtu since kat masjid tak ada apa-apa majlis.

"Tak ada! Sekor pun tak ada, diaorang lari", kata AN. "Itu yang aku peliknya dengan diaorang nih, bila ada mengaji, ada Kuliah Maghrib, sorang pun tak nampak", kata AN lagi.

Lama jugak kitaorang bersembang, banyak dengar cerita dia aje lah, mengeluh pasal tak ada duit nak buat modal nak tanam Musang King. Dia ada 9 ekar tanah pusaka, nak tanam durian semuanya.

"Jual lah tanah tu sesekar dua, dapat jugak awak guna duit tuh", aku bagi cadangan gitu. 

Hidupnya kais pagi makan pagi tapi tanah ada 9 ekar, macamana tuh?

Saturday

Jumaat21September2018

Pagi nih breakfast kat rumah jer, roti selek kaya sama telur separuh masak, macam makan kat Kopitiam, kan? Lagi class dari Kopitiam infact sebab teh aku taruk cinnamon powder. Kelas gitu. 


Sekarang nih aku tak berkeinginan langsung nak tidur lepas Subuh, tak macam dulu. And so pagi aku sekarang nih memang pagi, macam pagi nih, pagi-pagi lagi aku dah ke kebun. Walaupun tanah masih becak tapi aku buat jugaklah apa-apa yang patut, membuang rerumput yang tumbuh menggila. Harap-harap tak hujan dah lah untuk masa terdekat, dan aku percaya yang mungkin akan datang nih akan panas lah pulak. Yang berterusan. 


Aku test cabut kacang tanah harimau, boleh tahan lah isinya, cuma batch kali ini tak banyak sebab dulu tuh kan ker banyak yang mati kering sebab aku tersalah letak baja, aku letak baja kelapa sawit. Esoklah aku nak cabut banyak sikit, dan nak terus dibuat benih. Aku rasa sempat aku tanam untuk satu lagi cycle, kacang tanah harimau nih mengeluarkan hasil dalam 100 hari, so by end of Dec atau middle of Jan next year berhasillah, InsyaAllah.

Jiran aku sibuk pulak pasal kucing. Kucing empat ekor tuh kucing jiran aku, semalam dia tanya aku kalau-kalau kucing-kucing dia ada di rumah, aku katalah yang kucing tuh ada, melepak jer kat rumah. Awal minggu nih diaorang ke KL for a few days, so itu yang kucing diaorang lari ke tempat lain. Masalahnya pulak, kucing tuh dah macam tak nak balik ke rumah jiran aku tuh, suka agaknya diaorang melepak kat rumah kitaorang, mungkin sebab senyap sunyi keadaannya. Dan aku pulak tetaplah bagi kucing-kucing tuh makan. Jiran aku macam tak puas hati jer kucing dia tak nak balik, mungkin dia fikir yang kucing tuh menyusah dan mengacau aku. 

KN ada datang, jual madu kelulut kat aku, sebotol RM 180, tapi macam jernih jer kalernya, cair pulak. Madu Yemen yang aku selalu beli kat KL tuh tak secair dan semahal itu. KN masih hantar, forwardkan aku messages yang tak senonoh macam dulu. 

Terpanik jugak aku keluar dari masjid lepas Asar tadi sebab basikal aku "hilang", first time aku tak kunci basikal tuh, sebab aku park kat dalam area masjid. Kalau aku park kat luar masjid, memang aku tambat. Rupanya Pengerusi masjid pedajal aku, dia sorokkan basikal tuh kat luar pagar, lawak jugak, aku panik tapi diaorang terkekeh-kekeh gelak kat aku. 


Masa nak dinner tadi nasib baik aku dah order makanan, terserempak dengan MH, dia ajak aku makan kat Sungai Ruan. Aku tak nak lama-lama, aku nak balik sebab nak memorex. 


Minggu ini aku rugi, the whole of this week, account aku tak pernah hijau (untung), sentiasa merah (rugi, or floating loss). Tak pernah lagi jadi macam nih, biasanya ada merah hijau merah hijau tapi right from opening bell Monday lepas, sampailah closing time harinih, merah menyala. Macamana pun tak lah banyak lossnya, last Monday aku started with 3.376 ETH tapi sekarang account aku jadi 3.334 dan ada floating loss of about 0.5 ETH.

Rabu lepas akaun aku dah jadi 3.444 ETH tapi semalam dan harinih ada aku cut loss a few positions, tak sanggup aku tengok floating loss yang lebih dari 1.15 ETH. By the time market tutup, floating loss dan mengecut jadi 0.5 ETH. Monday akan datang tak tahu lah tapi by the pattern of price kat closing tadi, kemungkinan Yen pairs akan gap down, so akan mengecik lagi lah floating loss aku. And I don't mind untuk cut loss lagi dan start afresh untuk minggu depan.

Friday

Khamis20September2018

Aku pergi breakfast kat kedai depan rumah Chu pagi nih, tak lama tuh dia datang so bersembanglah sama Chu, dia tanya pasal rumah, pasal tanaman, pasal belimbing. Aku beritahu yang semalam masa hujan lebat, ada bumbung yang tiris, terpaksa aku tadah dengan mangkuk. 

Dulu aku dah beritahu Mak yang ceiling nak kena diganti baru, the whole house punya ceiling, sebab ada kesan tompokan sana sini, lagipun ceiling tuh dah lama sangat, it's about time tukar dan diganti baru. So ini projek yang akan didahulukan nanti, awal tahun depan lah kot. 

Tengoklah macamana, entah-entah aku dah tak duduk sini dah, lagipun aku dah malas nak  beria-ia sangat dah, kalau boleh aku nak  senyap-senyap, nak mendiamkan diri aje lah. The past few weeks aku banyak kali sentapz, saja jer aku tak tulis kat blog, nanti orang fikir yang aku nih sensitif sangat, dengan benda-benda kecik pun nak sentapz. Orang cakap macam nih, terasa hati. Orang cakap macam tuh pun terasa hati. Orang bergurau pun terasa hati. 

Aku selalu teringat apa yang Ani kata masa mula-mula dulu bila aku kata nak duduk kampung. Ani kata, "jangan duduk kampung lah Abang Tam, buat sakit hati jer", dia cakap gitu. Very true apa yang dia cakap. 

Hmmmm.... kat hutan mana lah kera sumbang sekor nih nak membawak diri next ekekekeke

Tengahari ke petang tadi panas, tapi bila nak ke Maghrib, hujan turun. Tak lama tuh KN datang, katanya nak tengok hasil kerja dia, so aku tunjukkanlah , nasib baik lah  sebidang dinding tuh aku belum cat, kalau tidak puaslah aku nak explain kat dia, sure dia ingatkan pekerja dia yang buat.

Dan hujan turun semakin lebat, dan KN kata dia nak tumpang berteduh sebab dia datang naik motor. Aku dah panik dah sebab janjinya nak ke rumah Chu, Chu nak ke masjid jugak sebab dia ada buat kuih untuk dijamu kan kat masjid, sempena genap 10 tahun Pak Chu meninggal. 

"Awak cakaplah ke dia, mintak maaf sebab nak ke masjid", kata Chu lepas lima kali Chu missed call aku, aku tak perasan sebab kat beranda sembang dengan KN sesambil menunggu hujan berhenti.

"Tak boleh lah Chu, tak kan nak suruh dia balik dalam hujan?", aku kata gitu.

"Alah, tak mati nya lah kalau kena hujan sesikit tuh. Halau jer lah suruh dia balik", kata Chu lagi.

"Lepas Maghrib jer lah saya datang, Chu", aku jawab.

Nasib baiklah hujan berhenti, dah tak sempat aku nak berjemaah kat masjid so sembahyang di rumah jer lah. 

Malam nih Kuliah Maghrib dikansel sebab ada majlis Bacaan Yassin, Doa Selamat anjuran Sekolah Kebangsaan Ulu Gali, sempena budak-budak nak exam. So ramailah kat masjid malam nih. Kat sini, pinggan mangkuk dicuci sendiri, so lepas makan tuh berbaris panjanglah orang nak guna sinki. So aku suruh diaorang letak setempat pinggan mangkuk kotor, biar aku yang bersihkan. Kalau nak tunggu sorang-sorang, sampai lewat malam lah, budak-budak nak kena tidur awal, kan? Lagipun, aku perasan yang kalau sendiri-sendiri yang bersihkan, guna air banyak, compared to sorang yang cuci semua. 

So lambat lah aku balik, aku kasi signal kat Chu suruh tunggu, so adalah peluang Chu membawang. Sempat jugak aku fikir, apalah bahan-baan yang dibawangkan, sure cerita pasal belimbing, pasal timun etc.

"Kak Yah tuh nak timun kalau awak ada lagi, tadi Chu kabor ke deme nya.......", kata Chu. Aku agak dah akan ada cerita pasal timun yang aku kasi kat Chu ituhari. Pagi tadi pun dah cerita kat aku, puji yang betapa sedapnya timun tuh sebab isinya tebal, kulit nipis. 

"Dia tanya, awak baca mende, semua benda hok awak tanam semuanya menjadi", kata Chu lagi.

Hmmmm.... sampai ke situ diaorang bercerita, kan? Orang kampung nih diaorang bergossip perihal setempat, tak ada lah nak bercerita pasal Kak Mah ker, pasal Najib ker.

Fikir lojik lah, kalau aku nak bagi something kat orang, sure aku akan bagi yang paling baik, paling bagus, tak kan nak kasi timun yang kemetot, bendi yang terlebih tua, kacang panjang yang tak sepanjang mana, jagung yang isinya dah boleh dibuat benih, kan? Dan diaorang tak tahu pun yang bukan semua tanaman aku menjadi, ada jugak yang tak menjadi nya, ada jugak yang tak menjadi-jadi. 

Macam lah aku memorex, ada masa untung, ada masa rugi. Macam harinih, a few times aku cut loss dan aku masih tak dapat nak recover, account aku dah mengecut. Tapi aku rileks jer, adatlah kan, tak semua yang kita hajatkan, kita plan kan  tuh akan tercapai. 


Thursday

Rabu19September2018

Banjir, air bertakung kat kebun, kat kawasan tanaman aku sebab hujan lebat semalam, yang membawak ke lewat malam. Aku nak mencabut sayur, kangkung pagi tadi, terpaksa bergayut kat daun pokok kelapa, tak kalu tergelincir, atau lebih teruk, terpelosok kat tanah lembik.

Habis semua kangkung aku cabut, dapat seguni, terus aku hantar ke rumah Chu sebab Mak Andak nak sikit. Belimbing yang semalam tuh tengah direbus, rupanya cousins aku ada datang tolong Chu dan Mak Andak membersihkan belimbing tuh. Aku beritahu yang harinih aku tak dapat nak memetik belimbing sebab basah lepas hujan. Mungkin aku buat weekends. Sebenarnya aku nak memorex, nak merepair my account yang banyak floating loss tuh. Aku tak nak lah berterusan menghabiskan hari aku untuk Chu, aku kena lah selang seli kan. I don't want to get too excited buat baik ngan orang, especially orang macam Chu.

Then mengeteh sama Pak Andak dan Mak Andak, diaorang dah nak balik Johor.

"Awak buat mende nya hari-hari, musim hujan ni pulak?",  Pak Andak tanya aku.

Nada pertanyaan tuh lain macam jer, as if nak tahu apa aku buat sebab tak ada apa nak buat. Aku dah lali dah dengan soalan gitu, dulu pun cousins dan Pak Sedara aku yang lain pun tanya benda yang sama jugak, so aku katalah yang aku ada buat kerja kat internet sesikit. That's all they need to know.

And so aku memerap kat bilik aje lah memorex, aku scalp sesikit, USD masih strong against Yen. Euro sama British Pound lagi lah. Sabar jer lah. Dan floating loss semakin besar, sampai cecah 0.65 ETH, record lah. Macamana pun aku tak panik sebab aku tahu yang tak kan price akan terus naik, akan ada masanya dia turun so mungkin masa tuh peluang untuk aku enter new positions. 

Petang nih adalah aku meround sesikit, cadangnya nak mengeteh, meroti canai, sebab lapar lah pulak, tengahari tadi aku makan fries sama omelete jer. Tutuplah pulak kedai tuh so minum petang kat rumah jer lah. Minum jer sebab tak ada apa yang boleh dimakan. Biasanya kalau rajin, aku buat cekodok sambal belimbing hitam tapi mengenangkan tadi dah ke dapur, tak kan lah sampai 2 kali nak memasak, kan? Nanti tumbuh tetek pulak, aku jugak yang susah.

Ramai jugak yang datang mengaji malam nih, biasanya 3 orang jer. Lepas Isyak ada Tahlil dan Doa Selamat, dan ada jamuan menyusul. Memang jarang sangat hari Rabu ada jamuan kat masjid so aku betul-betul bersyukur sebab tak payah ke kedai for dinner, hujan pun turun tak henti-henti sejak petang.


Wednesday

Selasa18September2018

Aku tak ke Pekan Sari Sungai Ruan pagi nih sebab tak ada apa nak beli pun, kalau aku pergi, takut nanti terbeli benda-benda yang aku tak perlu. Hidup aku nih tak banyak kehendak dan keperluan. On my way ke kedai Samad aku perasan yang banyak buah belimbing bergayutan kat pokok, jugak yang kat pokok di tanah arwah Mak Sedara aku. Besar kuasa Tuhan, rasanya dalam 2 bulan lepas dah dapat satu wheel barrow penuh, belimbing tuh berbuah lagi. Aku rasa guilty jer tak manafaatkan pemberian Tuhan, itu yang aku decide nak kutip belimbing tuh untuk dibuat belimbing hitam.

Ciku dan jambu batu pun berteraburan buah yang gugur tak dikutip, aku tak suka ciku, tak ada siapa pun yang suka ciku. So kedua-duanya terbiar gitu lah, tak dapat lah aku nak memenafaatkannya.

Lama jugak aku kat kedai Samad, minum sambal layan Forex, aku scalp a few positions, dan closekan mana-mana yang dah untung. Nampak macam tak selamat jer, Nikkei naik mencanak, USD pun strong sungguh dua tiga hari nih.

Tak sangka pulak banyak sayur yang dapat aku cabut dan petik, mula cadangnya nak naik basikal jer ke rumah Chu, tapi sebab banyak barang, bawak kereta lah. Niat aku nak bagi ke Chu, so that dia boleh agih-agihkan kat jiran dan BFFs dia, tapi Chu terus aje potong kangkung tuh, bersihkan dan diikat. Then dia ke kedai depan rumah, dijualnya kat tokay tuh. Dang, Chu nih, semua benda nak dijual.

Aku beritahu yang aku nak petik belimbing dan Chu suruh petik yang kat tanah arwah Mak Sedara aku sekali, aku katalah yang aku tak nak hasilnya nanti sebab macam tak banyak belimbingnya.Tapi, sebab utamanya, aku malas nak jadi hamba sahaya Chu, membersihkan belimbing tuh, macam dulu tuh.Dia setakat tunjuk-tunjuk juih- juihkan bibir (sebab tangan sibuk buat benda lain), aku lah yang buat semuanya sampaikan jari jemari aku jadi macam asam boi putih, kekecutan.

Silap besar, rupanya banyak belimbing yang bergayutan, nak mengutip yang dah jatuh kat tanah pun satu hal, nak memanjat lagi. Dalam 2 jam aku kutip, dapatlah satu wheel barrow, dan masih banyak yang kat pokok. Itu baru satu pokok. Aku nak sambung esok aje lah sebab nak hantar belimbing yang aku dapat tuh cepat, sementara Pak Andak dan Mak Andak masih belum balik Muar.

Mak Andak kata cara aku kutip belimbing tuh salah, patutnya aku guna galah yang dipasang botol kat hujungnya so tak lah terkial-kial nak mengutip yang kat tanah. Makes sense tapi tak berapa berkesan kot, rasanya aku nak bentang plastik dan gegar pokok tuh, itu lagi cepat kot.

Hujan turun selebat-lebatnya lepas Asar membawak ke Maghrib, there goes my tanaman, kata aku dalam hati. Akan banyak lagi lah pokok cili yang akan mati nampak gayanya. Dah terlambat dah nak buat cover, aku tak expect hujan akan turun selebat dan sekerap ini. Kalau ditanam kat polybags, bolehlah dipindahkan ke bawah shed, ini pokok cili aku semuanya di tanam kat tanah. 

Tak apa lah, tak ada rezeki lah kot, harap--harap ada yang kuat bertahan, janganlah semua pokok aku mati, tak kalu, hilanglah salah satu punca pahala aku, aku bertanam dengan niat nak sedekahkan aje hasilnya.

Tak ramai jemaah malam nih sebab hujan, dan untuk kali pertamanya sejak aku balikmduduk kampung, Ustaz Sekolah Sains Raub tuh ada datang bagi Kuliah Maghrib. 

Hasil dari scalping account aku dah jadi 3.423 ETH, cumanya floating loss semakin besar, tengoklah dua tiga hari nih kalau semakin parah, akan aku cut loss a few positions. Tapi buat masa ini aku akan bertahan aje lah. 

Tuesday

Isnin17September2018

Aku breakfast lepas Ani sekeluarga berangkat balik ke Taiping, dalam pukul 8-30 gitu. Terasa macam dah lama aku tak bersendirian, itu yang aku rasa macam nak cover balik tuh, and so aku melepak kat bilik aje lah sepanjang pagi. Aku tak panik pun bila all my positions merah-merah belaka, rugi. Harinih Public Holiday kat Jepun so market jadi macam slow gitu, tak ada arah tuju.

KN ada messaged aku tanya kalau-kalau kerja dah siap, dia nak balance harga kontrak. Semalam dah siapnya, cuma tikar getah yang tak dikemaskan lagi tapi aku boleh buat sendiri. Aku tunggu sampai tengahari sikit barulah aku WA Long, suruh dia bank in kan balance. Tak sampai setengah jam, selesai, Long banked in kan duit then aku beritahu KN. Aku beritahu group keluarga, nak tutup dah file kisah rumahtangga, jangan pulak nanti, rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi. 

Tak lama lepas tuh pekerja KN call aku beritahu yang gaji dah lama tak dibayar, so aku beritahu yang duit dah dibayar semuanya dan kalau ada apa-apa masalah, itu antara diaorang sama KN. Tapi aku rasa itu helah jer, sebab dia ada tanya kalau-kalau aku nak suruh dia buat kerja pasang tile kat kolah bilik air. Too soon lah nak buat pun.

Masa nak ke masjid for Zohor, aku tengok ada 4 ekor kucing yang cute-cute tengah melepak kat dapur, diam jer memasing. Kucing siapa? Since tak ada makanan kucing, aku kasi ikan bilis, tapi bila aku balik dari masjid, tak ada pun kesan macam dimakan, tak luak pun. And so aku ke kedai, beli 4 pek makanan kucing. Terserempak dengan MN yang gaya macam nak ke kebun, aku tegur dia tapi dia blah gitu aje naik motor. Laaa, apasal nya? Aku bukan nak mintak dia bayar hutang pun, saja nak sembang sebab dah lama tak jumpa.

Pun tak dimakan dek kucing-kucing tuh, pelik aku, diaorang melepak jer bawah meja. Aku bagi cheese pun takat dicium nya aje, pastuh blah. Menyeramkan lah kucing-kucing tuh, tak pernah aku jumpa kucing-kucing baik macam tuh.Tapi oklah, at least ada jugak makhluk Tuhan yang nak berbaik dengan aku. 

Aku ke kebun sekejap petang nih, menengok-nengok keadaan. Esoklah petik sayur-sayuran, timun, kacang panjang, bendi dan kangkung. Jagung pun masih ada tapi banyak yang dah tua. Petik tembikai sebijik. Aku perasan yang a few of my pokok cili macam nak mati, aku lupa yang pokok cili tak boleh selalu kena air, atau ada air bertakung. Besar kuasa Tuhan kan, Tuhan jadikan sebahagian tanaman yang nak kena selalu disiram (tembikai for example) dan tanaman yang tak boleh kena air yang banyak, pokok cili. Too bad pokok yang nak mati tuh pokok Cili Bali dan Cili Bangla (bell pepper)

Banyak lah pulak salahnya mengaji malam nih, ada 3 kali Ustaz tegur, sedangkan sebelum ke masjid aku dah baca a few times. Syukur jugaklah ada jaamuan lepas tuh, minggu lepas asyik makan luar aje, sampaikan aku dah tak tahu nak order apa. Balik-balik nasi daging merah atau paprik atau nasi ayam goreng kunyit, aku rasa pelayan kedai tuh dah boleh baca apa aku nak order.

Sempat jugak aku memorex masa mengaji tadi, aku sorokkan cellphone dalam beg pastuh letak bawah rehal yang besar tuh, sekali sekala jenguk. Aku ada masuk a few positions pun. Tapi harinih bukan hari aku, banyak entries aku yang salah. Price naik tapi aku tetap sell, aku macam refuse to accept the fact yang I am wrong so semua positions aku berlawan arus. Pagi tadi aku started my day dengan 3.376 ETH, by noon dah jadi 3.402 ETH tapi by tonight account aku turun ke 3.330 ETH. Maknanya pertama kali aku rugi. Nasib baik tak banyak. Tapi aku masih carry positions yang semuanya ada floating loss and they are not at all looking good.


Monday

Ahad16September2018

Awal aku keluar minum pagi nih sebab nak tapau makanan untuk yang masih belingkar kat rumah. Semuanya lelaki so tak ada yang nak kepoh-kepoh suruh bangun awal.

Aku rasa disappointed bila tengok sekumpulan orang kampung kat kedai kopi yang aku pergi tuh, aku buat-buat tak nampak, dan diaorang buat-buat tak perasan kat aku kot sebab biasanya aku akan tegur. Cuma tadi diaorang tengah gelak sakan sambil hisap rokok. Takkan meraikan Hari Malaysia, kot?

Kalau budak muda biasa, atau orang kampung yang lain, aku tak lah rasa disappointed gitu tapi kumpulan tuh, orang-orang nombor 1, 2 dan 3 dalam bab ugama, i.e Imam-imam kampung dan kampung sebelah. Aku rasa macam tak percaya jer, especially yang sorang tuh, orang nombor 1. Dulu-dulu aku macam "pelik" jer bila terserempak dengan dia yang rugged tak berketayap dan pakai jeans koyak lutut masa kat Pasar Minggu Bandar Raub, adalah a few ocassions lain yang buat aku rasa macam pelik, yang bagi aku, tak sepatutnya orang nombor 1 buat macam tuh. So hari inih macam mengonfirmkan yang kepelikan aku itu memang bukan sesuatu yang pelik. Mengonfirmkan yang setiap orang tuh ada taik palat nya masing-masing.

Tak tahulah, mungkin expectations aku terlalu tinggi. Sebagai orang kuat ugama, orang nombor 1, 2 dan 3, aku expect diaorang akan maintain perilaku semasa di khalayak ramai, jangan serlahkan ketaikpalatan masing-masing. Kalau kat masjid boleh pakai serban sebesar sarang tebuan, apa salahnya ke kedai kopi at least pakai ketayap? Ok, tak pakai ketayap pun tak apa, tapi janganlah bersorak-sorak macam orang lepas jolok sarang tebuan, kan?

Awal Akak De sekeluarga tiba dari Tanjung Karang, mungkin sebab diaorang ada program lain, nak melawat Long di Jerantut is one of them. Pui sama cousin aku dan kawan dia, diaorang sempat ke Lata Jarum, mandi air terjun, sementara menunggu untuk pergi khenduri. Aku ke kebun untuk petik jagung, dapatlah puluhan tongkol, terbanyak yang pernah aku kutip. Aku rasa happy hasil tanaman aku dapat dikongsi dengan adik beradik lain.

Tukang pasang grill ada datang untuk mengecat grill, aku suruh dia cat kat bahagian dalam dulu sebab nanti kitaorang nak pergi khenduri, takkan nak tinggalkan dia sorang-sorang kat rumah. Ada sebidang dinding yang tak dicat, yang dia tak nak buat sebab katanya takut dimarah dek KN sebab memandai-mandai, so aku suruh dia tinggalkan sedikit cat, aku akan cat sendiri nanti, bila dah confirm yang KN tak akan datang lagi, since projek dah siap. Aku hulur RM 50 katMamat tuh, sebagai duit kopi, aku pesan kat dia, jangan beritahu KN, dan aku pun tak nak beritahu KN jugak. Aku tak nak jadi macam dulu, kes nasi lemak dulu tuh, Mamat tuh yang beritahu KN (dia pun makan jugak) , then KN sindir-sindir aku.

"Tokay Bitcoins dah sampai.....", one of my cousins kata gitu bila aku sampai. Tak tahulah apa maksud dia, bergurau atau sindir sebab dia nih dulu berdebat dengan aku, dia ajak aku join BitnetworkClub tuh (dia tak tahu aku dah lama tahu pasal Bitcoins dan aku memang anti dengan MLM tuh), agaknya sekarang baru dia tahu kebenaran kata-kata aku dulu tuh. 

Lagi satu yang buat aku tak berapa berkenannya, pasal duit upah meracun dulu tuh, yang aku bayarkan guna duit aku, untuk tanah arwah Mak Sedara aku tuh. Semalam masa kat rumah cousin aku, adalah aku beritahu one of them (yang aku dah advanced kan dulu guna duit sendiri), tak ada lah aku mintak, cuma memberitahu diaorang. Tapi harinih, tiap kali aku bersembang dengan cousins aku, adalah sorang nih yang akan mencelah, "dia nak duit meracun....". Sekali sekala tak apa, aku boleh hadam, tapi kalau selalu sangat, benganglah jugak aku, macamlah aku hadap sangat dengan RM 105 tuh. Tau lah aku duduk kampung, tak kerja, kan? Mungkin jugak cousin aku tuh bergurau, tapi, kalau nak bergurau pun berpada-pada lah, masa kecik-kecik dulu bolehlah bergurau kasar-kasar, dah tua gini, orang mudah sentapz, tau tak? ekekekekeke

Mak dan ahli keluarga aku yang lain sampai serentak, Ngah dari Melaka, Ani dari Taiping. Lama lah jugak melepaknya kat dewan sebab sedara punya wedding, kalau tak, lepas aje makan sure dah blah. Lepas berbincang sesikit, adik beradik aku buat keputusan untuk balik ke rumah sekejap, nak tengok keadannya rumah yang dah siap direnovate. Then lepas Asar masing-masing balik kecuali Ani sekeluarga yang akan bermalam di sini. Mak, terus dihantar balik ke Pondok Pengajian di Kerdau, Temerloh, anak sedara yang hantar, anak Long.

Aku tengah melayan anak sedara main game bila dapat Wassap message dari Long, yang bunyinya keras tapi dalam bahasa yang lembut, bahasa menyindir. Long tak tanya apa-apa, terus dia salahkan aku sebab dulu aku kata jangan bank in kan duit balance selagi Kontraktor tak siapkan kerja. Tapi sekarang apa pasal dia dipersalahkan? Dia tak nak jadikan alasan sakit, sebab tuh tak dapat bank in kan duit, dia boleh suruh anak dia untuk buatkan. Gitulah maksud Long, tapi ayatnya pedih, yang bila aku baca, terus aku jawab....."Laaa, ini apa pulak ni?" Then aku kata, "kerja belum siap".Tak lama tuh aku tengok kat WA, Long is typing....... Pastuh senyap. Pastuh ada lagi Long is typing.....Pastuh senyap. 

Taip taip, dok tubik. Taip taip dok tubik.

Aku dah bersedia untuk berperang saraf, then Long kata, "Mungkin Long salah faham...." in which terus aku jawab, "Memang pun". Then aku tulis lagi, aku pulang paku buah keras, aku kata "lain kali tanya dulu, jangan dengar cerita sebelah pihak jer lepastuh maki orang bertali arus, kan ker hari-hari forwardkan Tazkirah panjang lebar kat group". 

Tapi aku tak send, aku delete. 

Again, my expectations is high, Long selalu forwardkan Tazkirah dan message berunsur keugamaan kat group so aku tak expect dia boleh memvavi vuta hentam aku macam tuh. 

Aku ada join group masa belajar dulu, ada lah this one guy yang selalu forwardkan nasihat, doa, amalan, benda yang baik-baik. Pendek kata, semua benda-benda yang baik-baik tuh akan diforwardkan sampaikan aku fikir, "waraknya member sorang nih, kalau aku boleh jadi macam dia, alangkah bagusnya. Tapi......bila ada events, ada majlis-majlis yang melaghokan, ada bola, dia pun sakan post kan kat group. Masa World Cup ituhari, aktif dia, sampaikan aku terfikir, nasib baiklah aku dah tua-tua gini tak ambik port langsung pasal bola.

I mean.....DEFAQ?

Masalah Long tadi tuh terjadi bilamana Akak De datang melawat Long kat hospital Jerantut, aku tak tahu lah ayat yang Akak De sampaikan tuh macamana bunyinya, pagi tadi ada aku beritahu Akak De yang aku bimbang sebab Kontraktor dah nak siap kerja sedangkan Long kat hospital. Aku tak sampai hati nak mintak duit dalam keadaan Long tengah sakit. Tapi, Kontraktor tak nak tahu itu semua, bagi dia, jelaskan balance bila kerja siap. Gitu lah lebih kurang apa yang aku cakap kat Kak De, tak terfikir langsung yang ayat aku tuh mungkin akan ditambah sesedap rasa, ataupun disalaherti kan.

Aku tunjukkan conversation aku dengan Long tuh kat Ani since dia ada di rumah, aku forwardkan kat Kak De biar dia tahu yang satu kemalangan yang mengguris hati telah terjadi so that dia akan rasa guilty aku forwardkan kat Ida sebab Ida nih kepochi ekekeke, biar Ida tahu what's going on behind the scene gitu. 

Ani kata, "Laaaa.....ngapanya? Akak De kata "Long salah faham, Akak De tak ada niat apa pun. Dan Akak De mintak maaf". Dan aku pulak terasa guilty sebab Akak De rasa guilty, so aku kata, "Tak apa, tak apa, tak apa". Ida pulak asyik tanya itu ini sampai malas aku melayannya.

Mungkin sebab cuti, malam nih tak ada Kuliah Maghrib, so aku melepak jer lah kat masjid. Sambil melayan perasan. Aku ada perasaan, tu pasal aku layan kan aje, mulanya aku gelakkan bila memikirkan apa yang terjadi. Then bila teringat yang that very same person lah yang dulu tuh kata yang aku ni lah anak yang paling tak guna, anak yang paling menyusahkan mak bapak, airmata aku gugur jugak.

Aku tak salahkan Akak De, aku tak nak salahkan Long tapi itulah, it is what it is. Mungkin Long terlebih meroyan sebab dia sakit. Mungkin dia menyesal habis tersend that message kat aku. Macamana pun aku sebagai seorang yang classy, aku rasa he owes me an apology but I doubt it lah yang dia akan mintak maaf, tak macam Akak De yang awal-awal lagi mintak maaf dengan aku. 

Since tak ada jamuan, kitaorang makan kat Dataran Sungai Ruan, jarang sangat kitaorang makan besar macam tuh, tak pernah ada kesempatan. 

Sabtu15September2018

Since hari nih tak memorex, lepas Subuh tadi aku bantai tidur, dah lama tak buat macam tuh, dah sebulan lebih kot. Sedar-sedar dah 8-30 pagi, masa untuk ke Pekan Sari. Aku beli a few kilos of buah-buahan yang aku pernah makan masa kecik-kecik dulu, yang sekarang nih memang dah susah nak jumpa, buah Taban dan buah Perah. Makanan Orang Asli tuh semuanya.

Aku tak sure lagi siapa yang akan balik sebab masing-masing ada program tersendiri, tambahan pulak ada yang nak ke Jerantut melawat Long. Baru semalam kitaorang adik beradik dapat tahu yang Long dimasukkan ke hospital sebab demam Denggi. Mak akan balik esok dan adik beradik lain ada yang akan terus ke tempat wedding anak sepupu aku di Dewan Simpang Kallang, Raub, lepas tuh mungkin ada yang akan balik ke rumah sekejap kot untuk tengok kerja-kerja renovations yang dah hampir siap. 

Tengahari nih barulah pekerja datang, sorang jer, nak habiskan kerja-kerja mengecat grill. Then Pui sama anak dia sampai, tak lama tuh anak Pak Andak sama kawan dia tiba, nak tumpang bermalam sebab kat rumah Chu penuh dengan anak-anak kecik. 

Lepas Maghrib kitaorang ke rumah sepupu kitaorang kat bandar Raub, ada majlis Tahlil dan Doa Selamat. Syukurlah ada kelainan sikit Saturday night kali ini, biasanya aku sorang-sorang. Esok akan jumpa ramai adik beradik, jugak Mak, so harap-harap semuanya berjalan lancar.

Saturday

Jumaat14September2018

Lambat aku pergi breakfast harinih pasal nak menguruskan satu hal yang aku tak tahu hujung pangkalnya. Semalam aku dapat surat Lawyer bagi pihak TM yang mengatakan aku ada bil tertunggak, yang kalau aku tak settlekan sebelum akhir bulan, tindakan mahkamah akan dibuat, all that shit lah. Now, aku mana ada TM account, dan setiap bulan for the past few months, aku dapat reminder untuk settlekan bil. Aku abaikan aje messages tuh sebab aku tahu aku tak ada account dengan TM

Tapi kali ini dah sampai dapat surat Lawyer, aku kena buat sesuatu. So itu yang aku talipun TM Service Centre, aku explained yang terakhir aku ada akaun dengan TM was like 18 years ago, aku kat US 10 tahun, dan balik Malaysia dah nak masuk 8 tahun (damn how time flies). Officer tuh suspect akaun lama tapi sebab dia tak boleh nak check, dia suruh aku ke pejabat TM terdekat, check kat sana. 

Mulanya aku ingatkan ada orang guna nama aku untuk bukak account TM tapi aku rasa mungkin akaun lama tu lah. Damn, apasal baru sekarang diaorang "terjumpa" aku? Tak apa lah, minggu depan akan aku settlekan, kalau betul itu balance akaun lama, then aku bayar, nasib baiklah amount nya tak besar. Kalau tak, atau ada masalah lain, aku akan fight, sampai ke titisan darah yang terakhir.

Bila difikir balik, lawak rasanya sebab semalam aku jadi macam sugul gitu mengenangkan yang aku berkemungkinan masuk court pastuh dihumban masuk jel ekekeke

Cuaca elok harinih dan ditambah dengan aku tak busy memorex, dan ditambah dengan kemungkinan ada ahli keluarga yang akan balik esok lusa, aku pun ke kebun. Dah lama tak keluar peluh so pagi nih sakan aku membersihkan mana-mana yang patut, menyangkul sana sini. Jugak buang, cabut benda-benda yang boleh mendatangkan gossip i.e bendi, timun yang tua buahnya. Jagung ok sebab tak sempat tua aku dah petik. Lagi satu, aku asyik membilang dan mengecheck tembikai-tembikai yang semakin membesar, ada 8 bijik semuanya, tak pernah tembikai yang aku tanam sesubur itu. Cuma ada sebijik yang terbantut pembesarannya, yang dulu, aku agung-agungkan, yang dulu aku belai sepenuh jiwa raga aku, yang disebabkan tak bersiram for a few days, dia sentapz dan membantut. Sama lah jugak macam kehidupan manusia nih kan, kalau kita ada anak-anak, jangan mudah dan cepat sangat puji, sanjung anak-anak kita tuh, anak kita terrer lah, anak kita best lah, anak kita baik lah etc. Besar nanti ada yang jadi penyangak nya lah.

Hujan turun lebat gila lepas Asar, aku tetap sambung membersihkan apa-apa yang patut, especially buat laundry, tak habis-habis sejak semalam. Aku ingatkan masa aku kerja volunteer kat Tahfiz dulu paling banyak pakaian aku cuci, rupanya kali ini lebih banyak. Teringat zaman-zaman aku jadi laundry boy kat Philadelphia, New York dulu, berguni-guni pakaian gagak yang aku basuh, kena kikis taik kering kat spender diaorang lagi tuh ekekekeke

Another quiet day harinih, sejak pagi membawak ke malam. Aku tak aktif sangat memorex harinih sebab banyak positions aku yang negative, aku just tunggu prices turun (sebab aku seller) tapi banyak yang terus naik. Aku tak risau pun sebab equity aku besar dan aku tak ada banyak positions. Aku macam rasa nak take a back seat, nak slow down sebab harinih untung cuma 35K of EIT (0.035 ETH) sedangkan petangnya profits aku dah dalam 100K of EIT (0.1 ETH), ada a few positions yang tak sempat aku closekan sebab aku di masjid masa tuh. 

Tapi tak apa, adatlah berniaga kan, itupun dah untung pun sebenarnya walaupun kecik. Kalau Isnin lepas aku mula trade dengan 2.998 ETH, masa market tutup harinih, balance dah jadi 3.378 ETH, not bad lah kan?  So Monday nanti aku akan start with that amount, ada floating loss jugak tuh, dan ada 12 open positions yang semuanya naked, tak ada Stop Loss atau Take Profit. Hmmm.....harap-harap gap down lah masa opening bell. Kalau gap up, aku redha jer lah.


Another day is ended
And I still can't sleep
Remembering my yesterdays
I begin to weep
If I could have it over
Live my life again
I wouldn't change a single day

I wish that I could turn back the clock
Bring the wheels of time to a stop
Back to the days when life was so much better

Lying here in silence
Picture in my hand
Of a boy I still resemble
But I no longer understand
And as the tears run freely
How I realize they were the best years of my life

I wish that I could turn back the clock
Bring the wheels of time to a stop
Back to the days when life was so much better
You might say it's just
A case of giving up
No
But without these memories where is the love
Where is the love

If I could have it over
Live my life again
I wouldn't change a single day
I wish…

(Turn Back The Clock - Johnny Hates Jazz)

Friday

Khamis13September2018

Hujan turun rintik-rintik sejak awal pagi so aku lupakan hasrat untuk ke kebun. Terpaksa drive for breakfast, lama jugaklah melepaknya. Then MP datang, dah lama tak terserempak dengan dia. Dah tak ada cerita pasal projek ayam kampung lagi dah, agaknya dia faham yang aku tak nak join. Kitaorang tak sembang lama, aku pun sibuk dengan memorex sesambil minum tuh, dan dia pun nak ke Raub katanya. 

So dia blah dulu, aku mati-mati ingatkan dia dah bayarkan breakfast aku sebab seumur hidup dia, dia belum pernah belanja aku, memang tiap kali aku yang bayarkan harga makan. Rupanya dia cuma bayar harga teh yang dia minum aje, sampaikan geleng kepala si Samad tokay kedai, sambil kata, "Ada jugak manusia macam tu kat dunia nih".

Aku sambung kerja semalam, mengemas bilik. Bahagian lain, living, masih tak boleh dikemas, lagipun Ida nak balik this weekend, biar dia yang kemas dan susunkan. Aku nak kemaskan bilik aku aje. Aku pindahkan semua barangan aku, nak beroperasi kat bilik aje lah from now on. View luar pun cantik.

Aku keluarkan semua pakaian, aku masukkan dalam kotak-kotak, nak dibasuh semuanya. Barang-barang yang dari Cherating dulu pun barulah aku keluar dan kemas kan. Dah 3 bulan aku pindah duduk kampung, baru sekarang aku bukak kotak-kotak tuh. So sibuklah aku pagi nih, sesambil tuh tetap memorex.

Then pekerja nak pasang grill pun sampai, one of them is such a chatter box, rimas aku. Dari semalam dah aku tak layan dia sembang sebab banyak sungguh cakapnya, tapi dalam tak sembang dengan dia tuh pun aku rasa annoyed sangat dengar dia bercakap, beri pendapat, mengomen etc dengan sorang lagi tuh. Nak pasang grill jer pun tapi discussionnya panjang lebar, lama pulak tuh.

Pak Sedara aku, Pak Andak, yang duduk Muar ada datang, he's back for the wedding. Sembang-sembang sesambil tengok mamat yang mengukur tingkap untuk pasang grill, that chatterbox tuh bila tahu Pak Sedara aku duduk Johor (dia pun orang Johor), mulalah bukak cerita. Bosan, aku tinggalkan diaorang, masuk bilik, mengemas apa yang patut, memorex etc.

Walaupun kat bilik tapi aku boleh dengar dengan jelas, dengan mata kepala aku lagi,yang sakanlah diaorang membawang. "Apa nama dia, berapa umur, dia buat kerja apa, sebelum nih dia kerja apa, takkan tak pernah kawin, berapa kali bertunang, berapa kali putus, ....."Mamat tuh tanya Pak Andak. Bengang, aku keluar bilik senyap-senyap, tengok diaorang kerja.

"Dia nih sebab lama duduk obersi, belajar pun di luar negeri", kata Pak Sedara aku.

Tak settle jugak akhirnya, ada besi yang kena dipotong, kalau tak, tingkap atas tak boleh dibukak. Tapi tak apa, at least Mamat tuh dah nak blah.

Nyah kau dari sini, aku tak suka orang yang banyak cakap mengalahkan Mak Nyah, bitch!

"Letih melayan dia bersembang, tak habis-habis", kata Pak Andak bila diaorang ke workshop untuk hantar besi grill. Ada dalam setengah jam diaorang bersembang kat kereta Pak Andak sebelum tuh, aku dok intai dari dalam bilik, diaorang dah blah baru aku keluar.

Aku selongkar kabinet sebab nak bersihkan isi dalam, nak letak kat bilik aku,then aku ternampak a few albums gambar, aku yang punya. Gambar-gambar masa aku student dulu, masa kat UK. Apa lagi, terralitlah aku membelek satu persatu gambar-gambar tuh. Damn, boleh tahan hensemnya aku suatu ketika dulu.Tapi, hensem-hensem pun, apa pasal tak ada awek yang "nampak" aku? Kalau dulu masa aku muda belia, hensem, tak ada awek yang nampak, maknanya sekarang nih lagilah orang tak akan nampak aku kan,sebab aku dah tua bangka, dah berkerepot sana sini.

Tak apa lah, life goes on. Ada aku kisah?

Album-album tu my parents simpan, masa aku tak ada dulu, infact itu ajelah barang yang ada nya. Adik beradik aku yang lain, memang tak ada apa-apa barang kat rumah nih simply because they have their own house(s) kan?





Dalam banyak-banyak gambar tuh aku terralit tengok gambar masa Umrah Ziarah yang terakhir sebelum aku ke US. Banyak gambar aku dengan budak kecik nih (satu rombongan) yang masa tuh jadi rapat dengan aku, ke mana-mana aku pergi, dia nak ikut.

Terakhir aku bersama keluarga budak nih kat Heathrow Airport, masa diaorang nak balik Malaysia. Aku tak ikut sama sebab aku merempit kat UK for another month. 

Aku nak cari balik budak nih, kalau boleh jumpa semula memang miracle lah. Umrah Ziarah Tahun 2000 (atau mungkin 1999) , Saudi-London-Paris. Keluarga budak tuh duduk area Damansara, rasanya diaorang Cikgu sekolah dulu tuh.

I have to admit yang masa Kuliah Maghrib tadi aku tak betul-betul concentrate apa yang Ustaz tuh ajar, aku macam terleka dengan Forex aku yang jadi a bit tricky, itulah padahnya kalau masuk a few pairs of different currencies. 

Since connection tak berapa laju, aku tak dapat nak buat apa-apa transactions, setakat boleh aksess akaun aje. Sebelum tuh floating profits dah dalam 100K of EIT (0.1 ETH) so aku konfiden lah yang kalau pun data yang keluar out of the US pukul 8-30 pagi tuh negative, aku masih untung. Betul, both readings tuh negative so USD turun banyak, some of my positions automatically liquidated, some masih running. So far so good.

Dalam pukul 10 lebih, market jadi macam kucar kacir, volatile, dan USD jadi strong sedangkan aku masih lagi jadi seller. Berlarutan sampai ke sudah, account aku akhirnya jadi banyak "floating loss", dalam 50K of EIT. Kalau dulu-dulu, apalah sangat 0.05 ETH tu kan?, aku pernah ada about 0.5 ETH floating loss, tapi sekarang sejak akaun aku dah membiak nih, aku jadi lebih berhati-hati dan takut aje, what if the price keeps moving satu arah aje? Sure aku jadi tak tentu arah, kan? 

And so malam nih aku masuk tidur dengan perasaan tak berapa sedap hati, rasa macam tak best jer. Ada lagi satu benda yang buat aku macam down jer harinih, InsyaAllah esok aku cerita.

Thursday

Rabu12September2018

Aku sedar masa alarm berbunyi tadi tapi aku sambung melepak, sambil fikir, Subuh lambat lagi. Tak nak cakap banyak lah, last-last pukul 6 baru aku tersedar. Grrrrr!!!!!!!

Balik dari breakfast aku terus ke kebun yang aku rasa macam dah lama aku tinggalkan. Tak menyiram, sebab tanah masih basah, malam semalam hujan, walaupun tak selebat mana. Aku cuma menyangkul buang rumput sana sini, macam semak dah kebun aku. Then mencabut rerumput sesikit, tak boleh buat kerja yang mengotorkan tangan sangat sebab cellphone dan tab sentiasa di sisi, aku kan ker Forex Trader?

KN ada singgah sekejap nak tengok grill yang belum dipasang, dia janji akan siapkan secepat mungkin. Aku ok kan aje, aku biarkan dia sorang-sorang kat rumah, aku tetap di kebun, aku tahu yang dia tak akan ikut turun ke kebun yang tanahnya masih becak, sebab dia pakai smart jer, iyalah kan, kontraktor yang berjaya dan berwibawa.

Zohor tadi ada segerombolan Jemaah Tabligh yang sembahyang kat masjid, aku tengok, tak ada pulak local guys yang turut sama so lepas makan, aku ke surau jap, nak tengok samada ada jemaah atau tidak sebab kat kampung nih, surau tuh dijadikan Markas, Jemaah Tabligh tak dibenarkan bermalam di masjid. Tak ada lah pulak tanda-tanda macam ada jemaah, so aku rasa "selamat"lah, tak kalu, sure petang nih akan ada yang datang ke rumah untuk ajak aku join diaorang.

Walaupun renovation works tak siap sepenuhnya tapi aku dah start membersihkan apa-apa yang patut, aku dah mula mencuci apa-apa yang perlu, weekend nih ramai yang balik kot pasal ada sedara kawin kat Raub, so aku tak nak nanti ada yang komplen. So lambatlah aku ke kebun lepas Asar tadi, nak tunggu betul-betul redup baru nak menyiram.

Tapi, the moment aku nak keluar, KN sama pekerja dia datang, nak pasang tikar getah. Dan aku teruskan pemorexan aku. Sesambil tuh melayan KN sembang, dia nak sangat tahu pasal Forex dan cryptocurrency tapi aku jawab macam nak tak nak jer sebab aku tahu yang kalau aku ajar pun, tak ke mana perginya. Dengan lain perkataan, tak masuk kat otak dia. So why waste time, kan?

"Tekun sungguh awak buat kerja, memang kena sentiasa mengadap komputer ker?", KN tanya aku.

"Tak lah tapi dari melayan ko sembang, baik aku memorex", aku jawab gitu. Dalam hati.

Risau sebab dah nak Maghrib tapi diaorang tak ada gaya nak balik (KN siap baring-baring lagi tuh), aku pun tolong-tolong diaorang (why in the world nak pasang tikar getah jer pun tapi ambik masa lama sangat? Berdua pulak tuh), then aku kata aku akan siapkan sendiri, potong mana-mana yang perlu dipotong.

Masa mengaji aku selamba jer on kan cellphone, sorok kat rehal. Malam nih memang sessi tak menarik, mengaji malam Selasa tuh yang grand nya, malam nih cuma bertiga. So sesambil mengaji, sesekali sekala aku jengok cellphone aku.

Ok, Forex punya cerita. Pagi tadi masa Nikkei mula, USD/JPY naik, sepanjang hari naik, sedangkan Nikkei turun. Since dia tak turun masa Asian session yang maha slow tuh, aku pun mula lah pasang sell positions. By the time European session mula, semua positions aku dah menguntungkan tapi towards Maghrib, ada correction so almost all positions ditutup automatically, dapatlah untung seciput cipet. 

Lepas Isyak masa nak pergi makan, aku on kan cellphone, tengok-tengok semua positions dah untung, dalam 100K of EIT (0.1 ETH).  Aku close kan a few dan tinggalkan some untuk esok, patutnya untung lagi besar tapi aku kantoi pairs EUR/USD dan GBP/USD Macamana pun account aku dah jadi 3.255 ETH, semalam 3.145 ETH. 

Das ist ok, mehr als einhunderttausent ist gut genug, kata orang Jerman.

Wednesday

Selasa11September2018

One of my resolutions untuk Tahun Baru Hijrah, nak bangun lebih awal, so semalam aku set kan jam ke pukul 4-45 pagi, instead of pukul 5. Alhamdulillah tak ada masalah pun nak bangun pagi nih. Dan biasanya aku spend dalam 15 minit untuk mandi, check MT4 etc so apalah sangat yang boleh aku buat sebelum Subuh masuk. Sekarang aku nak make sure yang by 5 aku dah siap sedia untuk buat benda-benda lain yang lebih berfaedah.

Lagi satu, aku dah tak masukkan duit ke dalam Tabung Masjid setiap kali sembahyang, instead aku masukkan sekali aje, sebelum Subuh, untuk semua sembahyang-sembahyang setiap hari. Mengapa tak masukkan sebulan, setahun sekali? Terasa "macam banyak" lah pulak kalau buat gitu, RM 5 sehari nih tak terasa sangat bagi aku yang tak kerja nih.

Awal aku ke Pekan Sari Sungai Ruan, iyalah sebab minggu lepas aku tak pergi. Tak ada nak beli apa pun cadangnya, cuma se tin benih jagung. Nak tunggu jagung aku tua jadi benih, lambatlah sebab tak ada pun yang aku simpan, semuanya dipetik. 

Masa breakfast tererempak dengan EL (blog entries dulu-dulu aku panggil dia BrunoMarz), Pegawai kat Pusat Serenti/Bilal/Ajen Takaful. Dia nak ke kebun, tanam durian. Again, aku rasa kecik nya diri aku bila memikirkan yang betapa orang lain ada harta banyak, tanah berekar-ekar, sedangkan aku nih apa lancau pun tak ada. True yang setiap kali berdoa aku bersyukur dan redha dengan apa yang ada, dengan ketiadaapaan aku, tapi kalau aku banyak harta macam diaorang mungkin aku akan lebih bersyukur kot?

Balik dari Sungai Ruan, aku ke kebun sekejap, musim hujan nih rumput dan pokok-pokok renek cepat betul tumbuh. Sawi, maman, kangkung yang baru aku tanam tetap tak tumbuh jugak. Aku menyemai, menanam benih-benih yang ada jugak, buat kat shed, malas buat kat kebun, nanti dimakan ayam-ayam jiran. Mamat yang meracun semak yang dulu tuh ada datang meracun kat  tanah kitaorang dan jugak tanah Mak Sedara dan Pak Sedara aku, so aku bayarlah dulu sebab nanti aku boleh claim. Kalau dulu aku kasi tips RM 25 tapi tadi aku tak kasi apa-apa pun, just bayar RM 220 (racun dan penyembur, dia punya). Dia expect aku kasi lebih agaknya, itu yang dua kali dia kira duit yang aku kasi tuh. Aku tak kasi tips tuh sebab tak ada duit kecik, lagipun aku tak berapa puas hati sebab dia kerja cuma 3 jam. Lagipun, mengapa meracun di musim hujan macam nih? Dia meracun kat tempat kitaorang dua bulan sekali.

Bila aku tanya apa pasal tergesa-gesa, dia kata nak ke Raub, nak membersihkan kawasan pejabat.

"3 jam kerja, dapat juga RM 30, deme nyeh bayar sepuluh ringgit sejam", kata Mamat tuh. 

Long tak balik pulak, biasanya Selasa Long ada balik sekejap. Aku nak duit balance untuk bayar KN, nak standby, Long tak reti nak buat online transaction. Dulu, Ida yang maintain account tapi sekarang dengar ceritanya Long yang ambik alih, buat sementara kot. 

The rest of the day macam biasa, buat benda yang sama, ke kebun sekejap, then memorex. Malam nih tak ada Kuliah, masa makan kat kedai, terserempak dengan MH, dah lama tak nampak dia. Sibuk berkebun kata nya. 

Account aku bertambah jumlahnya ke 3.145 ETH, di sepanjang hari nih ada positions yang aku untung dan rugi tapi keseluruhannya tetap untung. 

Tuesday

Isnin10September2018

Bangun aje pagi nih, sebelum mandi etc, terus aku on kan laptop, bukak MT4 dan masuk a few positions, long USD/JPY, EUR/JPY dan GBP/JPY. Lepas tuh barulah buat benda lain.

Memang tak ada niat pun nak ke kebun, tanah becak, so aku melepak lama jugak kat kedai Samad masa breakfast tadi. Harinih cuti so tak berapa ramai orang, biasanya kalau hari bekerja, ramai rombongan-rombongan pekerja yang datang makan. Kadang tuh aku pelik, sanggup diaorang datang dari Raub, just untuk breakfast, macamlah kat bandar tuh, atau di tempat lain, tak ada kedai makan. Staff Hospital Raub, Klinik Kesihatan, TM, dan staff jabatan-jabatan kerajaan yang lain. Memang orang kerja kerajaan, memang gitu ker perangainya, keluar minum ramai-ramai, jauh-jauh, lama-lama. Aku rasa memang macam tuh sebab masa aku kerja dulu pun, kalau nak deal dengan government officers, janganlah datang before 10, office lengang.

Pelik jugak aku, Nikkei naik tapi USD/JPY turun, so account aku ada flaoting loss, dalam 135K max, membawa ke tengahari. Sebelum European session mula, aku masuk a few more positions, aku nak scalp. Walaupun equity aku semakin besar, tapi aku jadi macam takut-takut, tak konfiden nak beli lot yang besar, atau banyak. Aku tahu yang betapa susahnya Forex nih so aku nak protect profits yang aku dapat selama ini. Dengan lain perkataan, untung ataupun rugi nya tak besar. Mungkin sekali sekala akan dapat untung yang besar tapi basically aku akan ambik profit sikit-sikit.

Syukur, petang nih hujan lagi, tak lebat, sekadar membasah bumi. Dan aku tetap memorex jugak walaupun sebelum tuh aku berkobar-kobar untuk bersiar-siar petang. By Maghrib all my positions dah menguntungkan, patutnya aku masuk a few more tapi aku rasa malas melayan perasaan yang surenya bergelora the moment aku masuk new entries, cukuplah dulu degan positions yang ada tuh. Forex is so meletihkan sebenarnya.

Malam Tahun Baru Hijrah, majlis mengaji dibatalkan dan digantikan dengan Tahlil dan Doa Selamat. Sebelum Maghrib ada majlis baca doa penutup tahun dan lepas tuh doa awal tahun. Ramai jemaah, macam malam Raya jadinya. 

Syukur, untung harinih dalam ratusan K of EIT jugak, pagi tadi 29980360 EIT (2.9980360 ETH) dan malam nih sebelum aku tidur, account dah jadi 30360000 EIT (3.0360 ETH), esok tak tahulah sebab aku dah takut untuk long USD/JPY sebab harga dah naik, it's about time dia turun pulak, aku lebih suka jadi buyer daripada jadi seller.

Ahad9September2018

Lama dah rasanya tak buat kerja di kebun, sejak hujan yang turun every other day nih. Bersyukur sungguh aku sebab aku dapat concentrate untuk memorex. Dan weekend pulak aku dapatlah berihat dengan buat apa-apa yang patut, online.

I spent my morning harinih online, bila bosan, aku ke luar rumah membersihkan apa-apa yang patut, banyak sampah sarap yang ditinggalkan pekerja. Bosan, aku petik rambutan. Itu aje lah aktiviti aku sepanjang hari. 

Sampai ke petang aku tunggu kot-kot Mamat pasang tikar getah tuh datang tapi nan hadoo. Very quiet Sunday harinih. Petang bila aku nak berfatbike, gaya macam nak hujan so terus aku kunci basikal. Lama sungguh aku tak bersiar-siar menengok dunia luar, sejak memorex nih. Patutnya weekends aku luangkan masa untuk buat macam dulu, berbasikal sekeliling kampung di sebelah petang. 

Mungkin sebab cuti panjang kot, malam nih tak ada Ustaz Pusat Serenti tuh, macamana pun digantikan dengan Tahlil dan Doa Selamat, yang bermakna jugak, adalah jamuan makan menyusul selepas itu.

Awal aku tidur malam nih, sebab tak sabar nak tunggu esok, aku lebih suka menunggu dalam tidur.