Sunday

Sabtu6Oktober2018

Memang seronok tidur lepas Subuh, ditambah pulak semalaman aku tak dapat nak lelapkan mata (for whatever reason pun aku tak tahu), pukul 8-30 baru aku tersedar. Then terus bersiap-siap untuk ke Pekan Sari. Bersembang sama MN sesambil breakfast, tak ada pulak dia cerita pasal awek Melayu kat Australia yang ajak dia kawin tuh, tapi kali ini dia cerita pasal anak dia yang nak ambik SPM tahun nih, he has no hope, kata dia lah, so silap-silap sesetahun dua nanti dia nak suruh anak dia pergi Australia, kerja petik buah. 

Dah lama dah MN nih asyik bercerita tentang "keindahan" hidup kerja petik buah kat Australia, aku rasa dia macam terkilan sebab dia pun umur dah meningkat so tak ada harapan lah dia nak pergi, dia ada anak bini. Dulu aku selalu beritahu dan nasihat dia, aku kata yang semua cerita-cerita indah tuh tipu aje, tapi MN nih memang jenis yang tak dengar cakap orang, dia aje yang betul. Itu according to KN adik dia, dan a few others lah. 

Then aku ke stall tempat sedara aku berniaga tuh, memang ke situ lah hala tuju aku setiap minggu. Sebelum tuh aku beli kuih kat tempat MN, aku kasi kat makcik-makcik yang duduk bersimpuh bersila berjualan. Mengapa baru sekarang aku terfikir nak buat gitu, hah? Akan datang aku nak beli kuih muih lagi, dan nak kasi diaorang sepotong dua setiap orang, aku tak kenal pun diaorang tuh sebenarnya.

Aku order RM 100 worth of tanah Siam daripada sedara aku, ada lah dalam 30 bags kot. Malam esok diaorang ke Golok untuk beli bahan-bahan buat berniaga kat sekitar Raub nih. Semalam pun aku dah order 5 guni sabut kelapa hancur, so minggu depan kena beli tanah hitam pulak a few gunis. Ini zaman mengeluarkan duit lah pulak, untuk buat persediaan nak menanam. 

Mulanya cadang nak beli bahan-bahan memasak sebab aku plan nak memasak lah pulak minggu depan nih, dah lama dah tak memasak. Tapi, termalas lah pulak. Nasib baik lah termalas sebelum beli, jangan termalas lepas dah beli bahan-bahan, itu lagi haru dan menensionkan. 

Ada pulak orang jual kasut, beli lah sepasang kasut untuk buat jogging. Memang hajat aku pun nak beli kasut jogging, hajat sejak dua tiga hari lepas. Masa kat KL baru nih, kan ker aku duduk hotel? Kat hotel, kan ker banyak cermin yang full size gitu? Alkisahnya, aku tak suka menengok apa kat cermin tuh, bab perut aku yang menonjol. So aku kena buat sesuatu, kena jogging. Masa aku kat tahanan dulu aku jogging hari-hari, dan perut aku kempis sekempis-kempisnya, so aku rasa that's the only solution untuk kempiskan perut, berjogging. Dan aku kena lah ada kasut baru sebab kasut lama dah koyak, yang disebabkan koyak tu lah yang membuatkan aku tak pernah jogging. 

Ada lah dalam sejam aku di kebun pagi nih, usik sana usik sini gitu lah. Lepas tuh melepak, sambil tengok kawasan semak samun yang tak terusik-usik sejak dulu. Aduhai, banyak kerja kena buat nih tapi aku malas. 

Jenuh memakan tembikai yang aku petik ituhari, aku cadang nak buat jus tembikai, jugak smoothie. Dah siap potong, masukkan dalam blender, bila on kan power, nothing happened. Rosak ker blender nih? Aku guna blender lagi satu, pun sama, tak jalan. Nasib baik ada 3 blenders. Tapi, blender itu pun tak jalan. Aik, tak kan ketiga-tiga blenders rosak? Aku pernah guna dulu tuh masa berkecimpung dalam pembuatan carrot susu. Masa Mak balik baru nih pun rasanya ada blender tuh digunakan? Aku tukar power points pun still tak jalan. Apa kena nya, aku pun tak tahu. Macamana nih, macamana aku nak blend tembikai yang dah siap terpotong tuh? Tak kan aku nak pijak-pijak macam orang pijak anggur untuk buat wine? Apa lagi benda berputar selain blender yang boleh memutarkan pati tembikai tuh demi menghasilkan jus? Then aku teringat washing machine. Thank God for washing machine. Macamana aku boleh terlupa kat washing machine?

So aku on kan washine machine yang penuh dengan pakaian kotor, aku lupa nak on kan semalam tuh. Then aku pakai sarung tangan dan ramas-ramas kan aje lah tembikai tuh, then tapis, last-last dapatlah satu jug tembikai jus yang terus aku minum sampai kenyang jadinya. Sampaikan aku tak lunch pun lepas Zohor tadi.

Lepas Asar kan ker ada Kelas Tajwid, lepas Maghrib pulak ada Kelas Tasauf, so bererti akan lama lah aku berkelana di masjid harinih, dari pukul 4 sampai pukul 9 setengah gitu. Boleh ker aku tahan lapar sebab tak lunch? So sebelum ke masjid, aku hidupkan lampu etc, macam yang aku buat sebelum pergi masjid for Maghrib. Sampai di masjid, aku tengok macam tak ada gaya nak ada Kelas pun, ala, kesian lah kat Imam tuh nanti, tak ada sambutan Kelas yang dia nak buat tuh, kata aku dalam hati.

Sebelum sembahyang ada pengumuman, Kelas Tajwid ditangguhkan 2 minggu sebab Tok Imam ada hal lain harinih dan minggu depan pulak ada khenduri. Lepas jer sembahyang aku terus ke kedai makan, mulanya nak tapau tapi last nya makan kat situ, ada AF yang sentiasa berkeliaran tunggu orang belanja, aku ajak dia join.

Aku tak ke kebun pun, dah lewat, lagipun pagi tadi dah menyiram, petang nih tak payah lah kot. Ituhari aku tinggalkan selama 4 hari tak bersiram, ok jer jagung aku, takkan aku dah balik nih nak disiram 2 kali sehari pulak, kan? 

Chu nak tumpang ke masjid sebab nak dengar Kuliah Tasauf, ok lah Kuliahnya Ustaz tuh, dia nih dulu baik dengan arwah Pak, pergi Haji pun sama group dengan my parents. Dulu nya Guru Besar, lepas pencen dia sambung belajar kat UIA, dia siap tunjukkan Sijil dan Diploma yang dia dapat, masa dia kasi pengenalan diri sebelum mulakan pengajian. Siap ada attendance sheet lagi, dia kata memang style dia gitu, lagipun dia nih ditaja oleh Jabatan Agama Islam Pahang (or something) so itu yang kena buat macam tu tuh.


Saturday

Jumaat5Oktober2018

Lambat sikit aku breakfast harinih pasal nak settlekan accounts aku, kedua-duanya macam stuck gitu, account ETH ada 8 positions dan account BCH ada 4. Aku nih memang "market mover" betul lah, the moment aku masuk entry, price bergerak, melawan arus. Nak "merepair" nya bukan mudah, aku kena masuk another entry atau hedge dengan pair lain. 

Since aku tak banyak open positions jadi aku tak heran sangatlah whichever way the price goes, kalau against then I have to wait for a correction. Kalau price tuh goes to to my advantage then aku either take profit atau aku let it run. Dengan lain perkataan, aku tak payah nak monitor sangat accounts aku tuh.

Leceh jugak mencabut kacang tanah harimau sebab tanah keras, biasanya kalau aku nak cabut pagi, petang semalam aku akan siram batas so that tanah jadi lembut dan kacang senang dicabut. Since semalam aku tak siram, so berhempas pulas jugaklah aku nak mencabut 2 baris kacang, ada yang terputus dan tertinggal dalam tanah, terpaksa guna cangkul. Tapi aku bersemangat sebab isi/buah nya banyak, bergugusan. Terus aku pilih mana yang elok aku nak buat benih dan yang selebihnya nak direbus. 

Then memasukkan tanah + sabut+ tanah hitam ke dalam polybags, dapatlah 10 bags. Then menyangkul. Memang banyak kerja yang aku buat tapi sekejap-sekejap gitu, either sebab letih atau sebab tak tahu mana nak didahulukan. 

Masa sembahyang Jumaat tadi, Ustaz Pusat Serenti tuh duduk sebelah aku, kalau tak salah aku orang Pusat Serenti Sembahyang Jumaat kat surau diaorang sendiri, apa pasal Ustaz tuh terlepas kat masjid pulak? Antara pengumuman sebelum sembahyang, hari Sabtu malam Ahad akan ada Kuliah Maghrib bab Tasauf, by this Ustaz/Cikgu pencen yang berzikir, sembahyang kuat tuh. Dibaca kuat. Yang orang boleh dengar. Yang kadang tuh buat aku nak tergelak. Yang kadang tuh buat airmata aku turun tanpa aku sedari. Lantaran suara dia yang kuat tuh.

Lagi satu, lepas Asar petang Sabtu ada belajar mengaji,  Tajwid, untuk yang berminat. Ustaz nya, Tok Imam 1, yang mengajar mengaji hari Rabu malam Khamis tuh. Maknanya hari Sabtu nih pack lah dengan pembelajaran, kat surau pun ada kelas Tajwid, ayooo, mana satu nak pergi nih?

Too bad aku tak sempat sembang dengan Ustaz Pusat Serenti tuh sebab dia blah awal, aku nak berterima kasih kat dia, nak hulur jugak a few kepings duit as my token of appreciation sebab mengajar kitaorang walaupun tak lama, tapi ada a few things yang dia ajar tuh betul-betul masuk kat kepala hotak aku, dan ada yang aku praktiskan. Best jadi Ustaz nih kan, apa yang orang amalkan, dia tetap dapat habuannya. 

Tak apa lah, ada rezeki nanti sure jumpa, dia pun kerja  kat Pusat Serenti tuh aje, bila-bila aku nak masuk, aku boleh masuk. A few Officers yang kerja kat situ selalu tanya aku, bila nya aku nak masuk ke tempat tuh tapi aku tetap kata yang aku tak ada tujuan pun nak ke sana, kecuali kalau aku nak beli anak-anak pokok kat nursery diaorang, SarjanK ada kat sana. Truth is aku malu nak masuk sebab aku orang kampung jer. 

Laipun Pengarah dan Timbalan Pengarah nya orang baru, aku tak kenal. Kalau Pengarah dan Timbalan Pengarah yang dulu tuh, aku kenal, baik ngan aku, aku pernah belanja diaorang makan. Diaorang pun pernah beli kacang tanah dari aku. What I'm trying to say is, aku nih level Pengarah ekekekek

Badan aku rasa macam lesu aje, rasa malas gitu, banyak lemak ker aku nih? So, instead of ke kebun lepas Asar tadi, aku buat senaman sikit, buat kat dalam rumah. Keluarlah jugak peluh setitis dua sebab aku excercise pun seseminit dua jer .

Malam nih aku cadang nak tidur lewat sikit sebab hari terakhir trading for the week. Tapi itulah, bila aku nak tidur, mata tak nak lelap, so tergolek kiri kanan, bangun, check laptop kejap, then cuba semula untuk tidur. Last-last bila jam dah pukul 4, teruslah aku mandi etc untuk memulakan hari baru.


Khamis4Oktober2018

Kalau diikutkan hati memang aku nak extend my stay for another day tapi aku kena terima hakikat yang buat masa sekarang nih aku masih lagi orang kampung, so aku kena balik ke kampung, tanaman aku menanti.

Banyak benda yang aku tak sempat buat, ke Pasar Karat tuh aku tak pergi, ka KLCC area pun aku tak jenguk, KL Sentral pun aku tak jejak kan kaki. Dan aku lupa nak buat appointment untuk berbekam kat Kampung Baru. See, banyak benda yang aku tak sempat buat, dan aku patut buat sebab once aku balik kampung, aku dah plan tak nak turun KL dah until end of Nov, InsyaAllah. Lantak lah rambut aku panjang nanti sebab kat kampung, my head is always covered, either pakai kopiah atau topi.

Ataupun aku carilah alasan-alasan logik yang menyokong keterdatangan aku ke KL nanti, andaikata aku terberada di KL sebelum hujung bulan depan.

Eh, NekRock balik Malaysia bila hah? Hmmmm.... belum apa-apa dah ada alasan yang kuat ekekekeke

Aku siap plan lagi nak tinggalkan bag kat locker room hotel, ambik petang nanti, so that aku boleh merayau-rayau sementara tunggu nak balik. Aku belum pernah balik Raub waktu malam. Tapi, itu macam tak selamat jer, karang digoda Manager hotel, suruh stay lagi sehari, lagi parah, baik aku melarikan diri awal-awal dari hotel yang penuh pancaroba tuh.

Naik bas pukul 12 -30, sampai Raub sejam setengah kemudian. Patutnya lunch dulu tapi aku terus aje ambik teksi, rasa macam ramai orang jer kat kedai makan yang aku nak pergi tuh. Raub nih bandar kecik, everybody knows everybody, tu yang aku takut terjumpa sesiapa yang aku kenal. 

Aku tak pernah pun suruh teksi driver hantar sampai depan rumah, aku selalu suruh diaorang berhenti kat tepi jalan dan aku menyusur melalui semak samun, that way jiran tak nampak. Tak ada gaya pun macam ada hujan turun beberapa hari lepas, tanah kering kontang jer gayanya.

Kelaparan, terus aku buat omelet, goreng fries. Kepala aku macam pening-pening gitu, tak lah teruk tapi rasa tak selesa gitu, masuk angin ker sebab lambat makan? Ker sebab semalam makan daging kambing , orang kata kalau makan daging kambing, tekanan darah akan naik. Aku macam tak percaya jer sebab kat Arab nun, diaorang selalu makan kambing besar-besar lagi, rileks jer. Ker kambing Arab lain dari kambing Malaysia? Ker everything out of Arab tuh baik-baik belaka? Tak tahu lah tapi aku macam nak terpercaya yang makan daging kambing buat kepala jadi pening.

Lepas Asar ke kebun lah aku, kesian kat tanaman, tanah merekah-rekah, macamana pun tanaman aku semuanya ok, jagung dan cili aje yang perlu disiram, yang lain tuh tak payah kot sebab dah tua. Petik tembikai yang terakhir, ada 4 bijik lain tuh rasanya dah tak nak membesar sebab daun-daunnya dah mati kering. Esok lusa boleh petik jagung dan kacang tanah harimau, best nya jadi aku, "makanan kat fingertips".

Ada kesan disondol vavi jagung aku, ada dua batang yang patah ranap. Tak mengegarkan jantung hati aku pun kalau setakat 2 batang pokok, akan datang nih aku nak pasang tali rapia sekeliling kawasan, aku tak nak kasi chance kat vavi-vavi tuh menyentuh jagung aku sebab kali ini aku tanam banyak, berperingkat-peringkat gitu. 

Chu talipun, suruh jemput dia, dia nak ke masjid jugak. Tapi Ustaz tak datanglah pulak malam nih, digantikan dengan bacaan Yaasin dan Tahlil. Lebih setengah jam menunggu Chu, lepas makan tuh, biasalah kan, membawang. Tapi aku tak kisah sebab aku busy memorex. Sampai aje rumah, terus tidur pasal pening kepala aku tuh macam tak nak hilang.

Friday

Rabu3Oktober2018

Sebab aku tahu yang aku nak extend my stay for another day tu pasal aku bermalas-malasan dan berlingkar-lingkaran kat bilik, atas katil to be exact. Di kelilingi laptop, tab, cellphone, sebab aku memorex. Lapan setengah baru aku pergi breakfast, kat Food Court di Pudu Sentral, makan lontong.

Then sambung memorex. Aku akhirnya decided untuk transfer some of my ETH (Ethereum) ke account baru, account BCH (Bitcoin Cash). Since 1 BCH is about 2.1 ETH, kecik lah jadinya account BCH aku, dalam 0.53 BCH gitu, dan account ETH aku tinggal 1.45 ETH. Ada baik buruknya ada dua accounts of different currencies nih, aku boleh swap aje nanti. Untung atau rugi account BCH tu didarab 2.1 so aku kena hati-hati sikit sebab modalnya kecik aje tuh, macam aku mula dulu tuh, cuma 0.5 ETH.

Bila dah settled pasal accounts tuh, barulah aku keluar untuk cari makan tengahari. Alamak, kena bawak tab jugaklah nampaknya sebab aku malas nak log in, log off  MT4 aku, so tab digunakan untuk trade BCH account dan cellphone untuk ETH account.

Aku nak ke area-area Sogo sebab kat situ banyak restoran dan cafes yang sesuai jugak dengan jiwa raga aku, bolehlah sesambil makan tuh aku menengok orang, memorex dan menghabiskan masa. Aku tengah tunggu LRT kat Stesen Plaza Rakyat bila aku dapat WA dari nombor dan orang yang aku tak kenali, dia kata since aku nak belajar Tajwid, dia recommend aku cari buku-buku kat AlBaghdadi. AlBaghdadi nih pusat belajar Tajwid kalau tak salah aku, banyak cawangan di KL, semalam pun ada aku ternampak satu kat area Melawati. Bagus nih, kata aku dalam hati, so dalam perjalanan, aku googled alamat AlBaghdadi, so aku set nak ke sana lepas makan.

Aku ke Bangunan MARA, makan beriani kambing kat situ, sebab ingatkan yang kat Pertama Kompleks tuh mahal, dulu pernah makan kat situ sekali. Rupanya lebih kurang sama aje harganya. Aku naik teksi aje ke HQ AlBaghdadi di Taman Sri Gombak, Batu Caves, sebab banyak teksi, dah lama tak meneksikan diri, asyik bergrab jer. 

Ada sorang jer kat HQ tuh masa aku sampai, so bercerita dari luar grill aje lah walaupun perempuan tuh ajak masuk. Aku beli satu set, 2 buku, dapat this thing yang I have no idea untuk apa, but then aku ternampak tulisan "kaedah ketukan" kat one of the books. Doesn't make sense to me, patutnya bagi lah kayu penukul yang lebih besar, senang nak ketuk kepala, iyalah kan, dah tua-tua baru nak ambik tahu pasal Tajwid.

Hujanlah pulak masa aku nak balik, so naik Grab jer lah, mulanya nak turun kat LRT terdekat tapi bila fikirkan yang "itupun nak berkira", teruslah aku book untuk ke hotel. Ambik jalan mudah jer aku nih kan? Panik jugak mula tuh sebab driver nya perempuan, nasib baik dia kensel kot akhirnya. 

Driver Grab tuh (Melayu) sepatah haram tak cakap apa-apa sepanjang perjalanan yang jauh jugak tuh, aku jugaklah yang terkebil-kebil tengok kat luar, macam orang yang tak pernah datang KL. Aku kasi dia RM 25 (tambang RM 20), dia kata, "Dua puluh jer Encik", aku kata, "tak apa, tak apa". Aku terperasan Mamat tuh rasa macam "bersalah" jer nak ambik, at least riak muka dia gitu. Mungkin dia fikir, "alaaa, apa pasal aku tak ajak dia nih bersembang dengan aku tadi? Baik rupanya dia nih, tapi itulah, tadi muka dia serious semacam, tu yang aku seriau nak ajak sembang" 

So petang nih melepak baca buku tu jer lah, dah ada 4 buku nih, kalau tak reti jugak nanti memang sah lah aku nih bengap. Aku reti baca Quran cuma aku tak tahu details, as opposed to orang yang terrer Tajwid tapi baca Quran masih salah.

Again, lepas Isyak baru aku keluar merempit ke Bukit Bintang. I don't usually bagi duit kat pemintak sedekah yang bergelimpangan kat Bukit Bintang tuh sebab aku tahu yang most of them tuh adalah part of a syndicate, tapi tadi aku macam terkesian lah pulak kat this one family yang ada banyak budak kecik, apalah salahnya bagi seseringgit dua, kan? So, sesambil satu tangan mengecheck cellphone, aku seluk poket, kasi 2 keping kat diaorang, perempuan tuh pandang jer aku, aku fikir, "ker sikit sangat 2 Ringgit nih, mana cukup" Ayoo perempuan nih, aku dah bagi tuh pun kira ok lah, bukan nya aku sorang kat Bukit Bintang nih, kalau orang lain bagi, silap-silap boleh dapat 2.6 Billion.

"Eh, aku rasa kat poket sebelah kanan nih tadi ada duit 50 Ringgit, dua keping", aku fikir gitu bila nak bayar masa order makanan kat Subway di Pavilion. Laaaa, rupanya aku tersalah seluk poket, kat poket kiri tuh yang sebenarnya ada duit seringgit-seringgit. Memang style aku kat KL nih, aku sediakan duit seringgit-seringgit kat poket kiri, iyalah kan, ramai pemintak sedekah. Makna nya aku tersalah bagi duit lah kat perempuan tuh tadi? Aku terkasi RM 100. Patutlah dia pandang aku semacam.Tak apalah, nak buat macamana, dah rezeki dia. Damn, keclumsyan aku nih selalu terserlah.

Dekat tengah malam jugak baru lah aku balik ke hotel, all in all aku happy sebab tak ada terbeli apa-apa. Kalau macam nih bolehlah aku selalu turun KL kan? ekekekek

Wednesday

Selasa2Oktober2018

Aku ambik Grab jer dari hotel ke Stesen Bas Geliga/Chukai, RM 10 termasuk tips, kalau naik teksi, double the amount. Breakfast sekejap sementara tunggu bas pukul 9. Sampai TBS dalam satu setengah, then lunch kat Kenny Rogers Roasters.

Sekarang aku tak ada masalah dah nak mintak special rate kat Citin Hotel, aku just beritahu nama, diaorang check record, then diaorang terus setuju kasi rate. Tapi tadi masa aku nak check in, Manager tuh ada, then dia kata Valentino kasi aku special rate of RM 90. Ish, rezeki nih, orang lain kena RM 130 tapi aku cuma RM 90.

So aku spent the whole afternoon, evening memorex. Alhamdulillah, akaun aku dah cecah 3.1 ETH, berkat separuh kesabaran aku. Kalau aku cut loss awal dulu tuh, tinggal dalam 2.3 ETH aje, itupun ada yang aku ambik loss awal jugak, tak kalu besar gak lah untungnya. Apa pun aku bersyukur, letih rasanya memorex nih, nak mengejar prices yang turun naik. 

Tengoklah sesehari dua nih, kalau semua positions aku clear, aku nak transfer kan ke account Bitcoin Cash pulak, ataupun split dua, Ethereum dan Bitcoin Cash. Dan aku janji (ekekekek yer lah tu) untuk trade dengan lebih hati-hati, berhemat dan berjimat cermat. Tak nak gopoh gapah, meletihkan lah, it drains my energy. Aku nak masuk just a few entries, tak nak sampai dalam 20 ke 25 positions macam yang aku buat for the last few weeks. Dapat untung dalam 20% at least, sebulan pun dah ok. Sekarang nih aku nak untung 100% setiap bulan, mana boleh, sekali dulu boleh lah, untung quadraple dari modal, dalam masa 2 minggu.

Punyalah ralit aku, tak perasasan pun yang hujan turun lebat kat luar. Harap-harap kat Raub pun hujan (malas lah aku menalipun Chu, tanya dia samada kat Ulu Gali hujan atau tidak), tak lah mati tanaman aku, dan bolehlah aku extend aku punya stay sebab kalau boleh aku nak ada one full day kat KL nih. Sunday lepas half day jer, semalam just a few hours, harinih half a day, so kalau boleh esok nak one full day, walaupun aku tahu yang aku akan spend masa kat bilik hotel aje. Then again, the thought yang aku di KL dah cukup. 

Malam baru lah aku keluar, pergi potong rambut kat Sungai Wang, dinner kat Pavilion then menyusur jalan Bukit Bintang tu lah menengok orang. Tak masuk LowYat Plaza pun, takut terbeli sesuatu. 

Tuesday

Isnin1Oktober2018

Aku ke Kemaman naik bas pukul 10 pagi, mulanya nak naik yang pukul 8 setengah tapi lepas Subuh aku sambung tidur sekejap, sedar-sedar dah lewat. Sampai Kemaman pukul 2 lebih, lepas check in hotel, terus aku ke ArRahnu, nak tebus balik barang yang dulu. Then melepak kat bilik aje lah, memorex. Akaun aku jadi semakin pulih so aku biarkan aje lah, what I noticed is, USD kuat dibandingkan dengan Yen, Euro dan British Pound. Apa yang aku nak, USD melemah dibandingkan Yen, dan menguat dibandingkan British Pound dan Euro. 

Punyalah kecik bilik walaupun I asked for double bed punya bilik, so aku ingatkan besar lah sikit dari bilik single bed yang aku pernah duduk dulu tuh. Mahal dari kat KL hotel kat Kemaman nih, aku pernah stay kat 3 different hotels kat Kemaman, semuanya macam tak berbaloi. 

Aku tak contact sesiapa pun kat Cherating, ada cadangnya nak surprisekan diaorang, nak naik Grab ke sana, melepak kat kedai BabyJ. Boleh bawak hantaran sekali kan, barang emas yang aku dah tebus tadi ekekekeke

Lepas Isyak baru aku keluar makan, singgah kejap kedai jual ubat-ubatan, buku ugama etc, beli a bottle of mixed apple cider + honey sebab itu minuman harian aku. Then beli buku Tajwid 2 buah. Balik hotel terus lahh aku baca buku-buku tuh, satu tuh aku tak faham apa pun sebab susunan pelajarannya macam untuk orang yang advanced. Bengaap nya lah penerbit buku nih, kata aku dalam hati. Iyalah, susunan bab dan jugak cara pembelajaran tuh tak sesuai langsung untuk orang yang tak tahu menahu pasal Tajwid. 

Aku pernah tanya Ustaz, dia kata, tak tahu Tajwid pun tak apa asalkan bacaan Quran betul. Aku, aku tahu baca Quran dengan sebutan yang betul, tapi aku tak tahu "theory" nya, maksud aku, aku tahu baca tapi aku tak tahu apa sebab dibaca macam tuh, that's what Tajwid is all about, memperelokkan bacaan. So aku rasa, dengan aku belajar Tajwid, aku akan lebih "alert" dengan bacaan aku nanti kot, InsyaAllah. 

Tak lama pun aku baca buku tuh, sedar-sedar dah pukul 4 pagi, dan lampu masih terpasang. 

Monday

Ahad30September2018

Lama jugak aku terralit online tadi, mungkin sebab out of boredom sebab Forex tak bukak Sunday. Aku dok melayan youtube, aku tengok Bon Jovi Live In Concert, yang aku pergi dulu, masa kat Central Park dan jugak yang kat Madison Square Garden, New York. Aku tengok betul-betul sebab manalah tahu kot ternampak muka aku, sebab on both concerts aku kat depan. Tak apa lah, sekali sekala. Damn, semalam aku kata kat AN yang baru lepas mengaji, nak tengok orang menyanyi kat tv, rupanya aku pun sama jugak. 

Macamana pun awal jugak aku ke kebun, before 8. Dan tak lama tuh Long pun tiba. Ya ampun, jenis rajin lah orangnya Long nih, sanggup tuh drive pergi balik Jerantut. Since awal ke kebun, awal jugaklah aku masuk rumah, sempat tidur jugak seround. Then terdengar bunyi kereta, terdengar suara Ida. Laaa, Ida ada balik rupanya, dia sorang jer. 

Long balik sebelum Zohor then tiba-tiba aku dapat idea, what if aku ke KL harinih, tumpang Ida? Aku nak ke KL, then nak ke Kemaman sebab nak tebus harta karun aku kat ArRahnu ekekekek. Cadangnya nak pergi Jumaat nanti tapi best jugak tukar schedule gini nih, it shows yang aku nih is so unpredictable, even to my own self. Tak ada apa pun yang outstanding, yang aku kena selesaikan. Tanaman tak bersiram? Big deals, mati kering kalu, aku tanam lain. Balik dari KL nantilah aku meroyan sebab kena tanam semula jagung-jagung yang dah sekaki tinggi tuh. 

Tak sempat pulak aku nak tinggalkan pesan kat one of the jemaahs lepas Zohor tadi, nak suruh beritahu AN yang malam nih aku tak ada, aku "janji" nak belanja dia makan lepas mengaji. Tak apa lah, lain kali aje lah, bukan rezeki dia, dan bukan rezeki aku jugak. 

So pukul 2 kitaorang bertolak ke KL, singgah Kolej Vocational Bentong sekejap melawat anak sedara, anak Ida. Ida turunkan aku kat Mangsa Maju LRT, bila Ida tanya, aku kata nak ke rumah lama di Bangsar tapi Bangsar aku kat Jalan Pudu, Citin Hotel. Manager hotel tak ada lah pulak, Valentino pun tak ada tapi bila aku suruh Front Office guy tuh check nama aku, baru lah dia kata yang aku boleh dapat special rate which is RM 100 a night. Dia siap mintak maaf sebab terpaksa buat-buat serious sebab dia tak nak guest yang ada kat lobby tuh tahu aku dapat special rate, orang lain bayar RM 130 a night.

Lepas Isyak baru aku keluar sebab sepanjang petang sibuk online, internet laju.  Melepak gitu-gitu lah, ke tempat-tempat wajib macam Low Yat Plaza, Sungai Wang, Fahrenheit dan Pavilion. Tak ada beli apa pun, tak ada apa nak beli pun. Cuma masa kat Low Yat tuh jer aku rasa macam bergetar sikit jiwa aku, aku teringat yang kawan aku kata aku patut beli camera. Atau dia merely suggest aku beli camera. Damn, aku mudah teringat apa yang orang suggest beli, nak harapkan aku sendiri nak fikir, memang tak lah kan, aku nih jenis yang bersyukur dengan apa yang ada. Ini lah susahnya dapat kawan yang boleh baca apa yang ada kat kepala hotak aku ekekekeke

Sabtu29September2018

Pukul 4 aku terbangun, biasanya aku sambung tidur tapi pagi nih aku terus aje mandi etc, lepas Subuh aku sambung tidur sampai pukul 8-15 pagi. Then ke Pekan Sari, ramai orang sebab baru gaji kot. Masa breakfast, ternampak Long, so ajak dia makan sekali. Long baru sampai rupanya. Bersyukur aku sebab semalam aku dah bersihkan rumah sesikit. Macamana pun aku tak adalah risau sangat pasal Long tak cerewet orangnya, Long faham, lelaki nih biasanya kitaorang tak nampak sampah. Unlike perempuan yang bila balik aje, melilau mata mencari apa yang nak dikomplen. 

Aku ke spot tempat MN berniaga, terus dia mintak maaf sebab tak ada duit nak bayar hutang. Laaa, aku datang bukan nak mintak hutang, aku nak bersembang dengan dia sebab masa tuh dia tak sibuk.

"Eh aku baru nih ada main apps nyanyi-nyanyi, aku ada kenal satu awek ni, dia duduk Australia....." MN bukak cerita. 

"Dia di San Fransisco sekarang, ada theatre, bulan depan balik Malaysia sekejap, lepas tuh balik semula ke Australia. Dia ajak aku kawin.....", kata MN lagi.

And so dia sambung cerita, aku geram jer nak tanya, "Bini ko tahu ker?", tapi aku senyapkan aje. Parah nampak gayanya, that word parah keluar dari mulut MN sendiri. Oooo patutlah masa dia datang ke rumah dulu, asyik menyanyi aje, time-time itu dia tengah angau bercinta dengan awek tuh. Macam-macamlah manusia nih.

Long memesin rumput yang dah lama tak disentuh, aku tak ke kebun pun, instead aku cuci pakaian, bersih-bersihkan apa yang patut. Lepas Zohor aku pergi lunch sorang-sorang sebab Long kata dia masih kenyang. Long asyik bercerita pasal dia sakit baru nih, macam wake up call lah katanya. 

Biasanya Long balik sebelum Asar tapi harinih lewat sikit. Ada a few things yang dia nak bawak balik, so aku tolong dia menyekop pasir etc, sesambil tuh aku bersihkan sekeliling shed yang dah bersemak tuh.

I'm sure Long ada tengok kacang tanah harimau yang aku cabut semalam sebab kacang tuh aku letak atas meja. Now, aku tahu yang Long sekeluarga suka sangat kacang tuh, who doesn't kan? Then again aku nak buat benih, kacang tuh, dan aku sendiri pun pun belum rebus pun lagi kacang yang dah dua kali aku cabut. Tapi bila teringatkan yang kalau kita nak bagi something kat orang, lebih elok kita bagi benda yang kita sayang, teruslah aku offer kat Long, dan aku sempat cabut a few more perdus. Tak apa lah, masih ada kacang yang boleh dijadikan benih.

Long kata esok mungkin dia balik lagi sebab nak siapkan memesin rumput, minggu depan dia dah susah nak balik sebab kelas pengajian ugama dia dah nak start. 

Aku tak ke masjid malam nih, instead aku ke surau sebab nak join kelas mengaji. Oklah kelas nya, more lively gitu sebab Ustaz tuh guna whiteboard untuk mengajar tajwid, lepas tuh sesiapa yang nak baca, barulah bergilir-gilir baca. Tak semua baca, cuma bertiga termasuk aku.

Aku ke KL minggu depan, nak cari buku tajwid lah. Ha, itu baru lah alasan kukuh untuk ke KL kan? Bukannya alasan nak pergi potong rambut. 

Dan aku baru tahu yang Ustaz Pusat Serenti tuh dah berhenti bagi Kuliah Maghrib kat masjid, sebab nya aku tak pasti, mungkin sebab sentapz kot ekekeke Biasanya sebab-sebab yang menjurus ke arah gitu lah. Damn, I'm gonna miss that Ustaz, banyak pesanan dan ajaran dia yang masuk sangat kat kepala hotak aku, yang aku amalkan. Patutlah dah 3 minggu (3 kali) dia tak datang, apa pasal AJK masjid tak beritahu? Kuliah terakhir Ustaz tuh, masa dia beri idea suruh masukkan seringgit ke tabung masjid setiap kali sebelum sembahyang, jugak buat Dhuha dan Tahajjud at least 2 rakaat. Alhamdulillah aku masih praktiskan apa yang Ustaz tuh sarankan.


Aku dinner sama AN, aku beritahu dia yang selagi aku ada duit, aku akan belanja dia makan lepas habis mengaji. Kat surau tak ada jamuan. Kalau nanti suatu masa aku dah tak belanja dia, makna nya aku tak ada duit lah tu. Again, tak lama aku di kedai tuh, lepas aje makan, bayar, aku mintak diri. 


"Ko nak buat apa balik awal-awal?", AN tanya aku sambil gelak-gelak.

Geram jer aku nak jawab, "Ko nih, baru lepas mengaji dah nak tengok orang menyanyi kat tv".



Sunday

Jumaat28September2018

Since aku cut loss a few positions semalam, barulah rasa bertenaga balik nak memorex sebab ada kalanya akaun aku ada floating profits, walaupun tak lama dan tak banyak. Dekat 2 minggu akaun aku asyik merah aje, itu yang mood nak memorex pun macam padam, aku just monitor gitu-gitu aje, takut jugak akaun jadi betul-betul nazak. Sekarang nih akaun aku cuma di level pening-pening lalat gitu, banyak kolestrol kot.

So pagi nih, aku concentrate online, terlagho pun kejap-kejap gitu, not really terlagho tapi aku bukak youtube dan cari info pasal menanam asparagus, nak tanam benih yang aku beli semalam. Ala, rumit rupanya nak tanam asparagus nih, aku macam biasa, ingatkan yang benih-benih nih tanam atau semaai then akan tumbuh. Tak semudah itu rupanya. Apa? It takes a year at least untuk asparagus memberikan hasil. Alaaaaaaa!!!!!!

Lama jugak aku di kebun pagi nih, mostly menyangkul, menitis-nitis peluh keluar, pedih rasanya bila masuk ke mata, sebab aku pakai kontek lens. Aku bersemangat tuh mungkin sebab aku ada terdengar jiran aku yang bersembang kat rumah sebelah, bukanlah nak tunjuk pada diaorang yang aku nih rajin tapi at least diaorang tahu yang aku nih ada buat kerja.

Aku mencabut kacang jugak, yang mati layu daunnya dimakan semut,  elok-elok lagi isinya. Dapatlah dalam sekilo kot, nak dibuat benih aje tuh, aku masih menahan hawa nafsu aku dari merebus kacang tanah aku, aku nak buat benih semuanya. Aku jadi bersemangat sekarang nih pasal InsyaAllah aku akan ada banyak benih kacang harimau nanti nih, aku nak pastikan yang benih akan sentiasa ada since benih tuh boleh tahan for years.

Aku plan nak tanam kacang tanah dalam polybags jugak (sekarang nih cuma ada a few) , so minggu depan, balik dari KL, aku nak kena order cocopeat, nak kena beli tanah hitam. Banyak jugak modal yang diperlukan kalau nak jadi pekebun nih rupanya.

Season baru 4 of my favorites tv programmes dah mula kat US, The Amazing Race, Survivor, Big Bang Theory dan Young Sheldon, so petang nih aku cuba-cuba nak tengok, tapi sebab internet slow, satu pun tak dapat. Aku tahu this one website yang upload semua US punya siri tv, dalam sesejam selepas ditayangkan kat sana. I've been with that free site for years now, memang aku tak pernah tinggal walaupun one episod. Biasanya weekend aku akan tengok semua series tu back to back, tapi nampak gayanya kali ini tak dapat lah. Tak apa lah, next week aku ke KL, aku boleh tengok. Suck kan kalau internet slow.

The rest of the day macam itulah, mostly memorex. Aku recovered some of semalam punya losses, aku pelik sebab USD/JPY liat sungguh nak turun, tak macam pairs lain. Untuk minggu depan aku still hold 16 open positions, mostly USD/JPY. Floating loss pun besar jugak tuh tapi kira kecik lah kalau dicompare dengan floating loss beberapa hari lepas. Macamana pun aku rasa macam positif jer.

Benarnya harinih aku rasa macam happy jer, rasa macam best aje, cuma aku tak dapat pinpoint apa sebab aku berperasaan happy nih, mungkin combinations of these kot,

1. Kerja kat kebun dah banyak yang selesai, dah terang dah kawasan yang for the last 2 weeks or so semak. Dah luas kawasan yang aku cangkul, next aku nak gembur pulak. 

2. Rumah aku dah bersihkan, aku rasa macam ada adik beradik yang nak balik dalam masa terdekat, Long dah lama tak balik, biasanya every week Long akan balik sekejap. 

3. Trading account aku dah bernafas semula dan aku konfiden yang minggu depan aku akan mula buat profits semula. Aamin.

4. Season baru siri tv kegemaran aku dah mula ditayangkan kat US so I'm really looking forward to that.

5. Sebab utama, Friday minggu depan aku nak ke KL.


Friday

Khamis27September2018

Since semalam hujan , aku tak ke kebun lah pagi ini, aku memorex sampai 8-30. I "cut loss" a few of my positions, mostly pairs EUR/USD dan GBP/USD, aku keep all Yen pairs. Tapi, memang story of my life sesangat lah, tak lama tuh, Euro sama British Pound turun, kalau aku tak "cut loss" awal-awal, tak lah rugi besar sangat. Akaun aku tinggal 2.710 ETH.

Tapi itulah, aku play safe, aku nak protect account aku. Ah well, hopefully a lesson well learned is never forgotten. Or rather I'll never learn, I'll be doing the same mistakes again. Bengap aku nih, daripada buat the same mistake over and over again, why don't I make a new one, kan? ekekekekek

Aku ke Sunai Ruan, cadangnya nak breakfast tapi macam ramai orang kat gerai tuh, so teruslah aku ke Raub. Kat TM Raub tuh aku cuba check no. account tapi Officer tuh tak dapat nak pastikan sebab account tuh dibukak tahun 1993 dan ditutup tahun 2001.2001 aku kat US masa tuh.

Macamana pun aku sure itu akaun lama aku sebab alamat tempat aku daftar dulu tuh sama, too bad dia tak dapat nak trace nombor, walaupun aku masih ingat nombor talipun aku dulu tuh. Aku nak terus aje bayar tapi dia suggests aku ke TM Bentong. Mulanya aku malas pergi tapi mengenangkan yang mungkin itu bukan akaun aku, buat apa aku membazir bayar RM 600 lebih tu, kan?

Lagipun minggu depan aku nak ke KL (nak potong rambut, rasa macam panjang sangat dah nih rambut aku, dah sebulan tak potong), settlekan nanti lah Dan aku kena settlekan kes nib sebelum hujung minggu, kalau tidak dapat lagi lah surat dari Lawyer keling tuh. Silap-silap aku kena jel ekekekeke.

Aku breakfast dan merayau-rayau sekejap, sempat lagi masuk kedai peralatan pertanian, terbeli a few packets benih, termasuk benih asparagus. 

Malang tidak berbau, kat TM Bentong pun tak dapat nak trace akar umbi account tuh, last-last aku bayar aje lah RM 100, lain kali aku bayar online. Malas lah pulak nak settlekan semuanya sekali, rasa macam banyak lah pulak.

Aku sampai rumah dalam pukul 12 lebih, masa masuk aje gate, aku nampak kelibat jiran aku, pakai tuala putih, berlari-lari anak ke rumah dia, dari arah belakang rumah kitaorang. Dia baru lepas memujuk kucing-kucing dia kot, suruh balik, aku notice yang semenjak dua menjak nih, jiran aku tuh selalu sangat buat buat-buat kerja kat belakang rumah kitaorang. Tapi, apa pasal pakai tuala jer? Lagi berkesan kalau pakai spender jer, kucing-kucing tuh sure akan datang, sebab ingatkan ada tikus mondok masuk spender tuan diaorang, kan? ekekekeke

Masa Asar tadi aku tengok bergelimpangan orang-orang Jemaah Tabligh tidur kat masjid, bukan kat main hall tapi kat kawasan yang open. Sah lah ada Jemaah nih, dan since kat surau ada majlis untuk kaum wanita, itu yang diaorang tak ada port nak melepak, itu yang tumpang tidur masjid. Kat masjid nih di ban orang Tabligh bermalam, sebab dah ditetapkan surau sebagai markas. Adalah dulu jemaah yang buat tak palat, itu yang sekarang nih tak dibenarkan tuh. 

Terus aku terfikir yang petang nih sure diaorang akan datang ziarah aku kat rumah, ke mana aku nak melarikan diri?, kat rumah tak ada apa-apa nak dihidangkan nanti tuh, so lepas sembahyang terus aku ke kedai beli cookies.

Cuaca gaya macam nak hujan, so aku tak menyiram. Tapi hujan tak turun jugak. Sebab aku tak panggil kot? ekekeke

Tak ada pulak diaorang Jemaah Tabligh datang ziarah, mungkin sebab diaorang masih belum balik semula ke surau sebab majlis kat surau tuh berlarutan sampai lewat, ada makan-makan lepas Asar tuh.

Sepanjang masa Kuliah Maghrib aku tak dapat check Forex aku, line tak ada. Aku perasan yang kalau kat tengah-tengah masjid, signal boleh dapat sebab masa mengaji biasanya aku tak ada masalah nak online. Habis tak kan from now on bila ada Kuliah Maghrib, aku nak tercatuk sorang-sorang kat tengah masjid, orang lain semuanya bersandar kat dinding.


Thursday

Rabu26September2018

Chu talipun ajak breakfast kat kedai depan rumah dia, aku pun pergilah. Aku dah agak tentu ada benda yang dihajati etc, rupanya dia nak suruh aku tanam keledek dan ubi kayu kat tanah Pak Andak di depan rumah kitaorang. Aku iya kan aje, diaorang nih ingatkan aku nih rajin sedangkan aku rasa aku lah pekebun yang paling malas yang pernah ujud di dunia ini. 

Tak lama aku melepak kat kedai tuh, aku mintak diri sebab nak menyiram. See, patutlah orang kata aku rajin ekekek. Sebenarnya aku tak suka melepak lama-lama, dan excuse untuk berkebun memang satu excuse yang padat dan jitu. Aku nak ke Raub sebab nak settlekan pasal bill tertunggak TM aku tuh, so aku nak menyiram dan buat apa yang patut lah sebelum aku pergi. 

Terralit pulak aku kat kebun, petik jagung, petik kacang, menyangkul, cabut rumput etc, sedar-sedar dah sepuluh lebih. Aku melepak kejap lepas mandi, baring-baring, then terfikir, esok aje lah pergi Raub, cuaca macam mendung aje nih, kalau dapat tidur kan ker best? And so tidur lah aku. Seronok jadi aku nih kan, buat something ikut suka.

Dah jadi terbiasa pulak keluar awal untuk lunch, dapat aku lepak lama sikit kat masjid. 

"Dengar ceritanya nak buat Tahfiz di kampung ni, di mana?", Haji apatahnamanya yang baru balik dari buat Haji, tanya aku. Dia nih yang langgar kereta aku dulu tuh, dia ada kasi aku tasbih yang di beli di Madinah, sebelum dia pergi dulu adalah aku hulur duit sesikit, itu yang dia ingat aku tuh.

Aku rasa macam nak tergelak aje sebab baru semalam aku cerita pasal Tahfiz, tup-tup hari nih ada orang bukak cerita yang sama. 

"Nak buat (Tahfiz) tu bagus, tapi biar betul-betul", aku kata gitu.

Lama lah jugak kitaorang bersembang, Haji tuh bersependapatan macam aku jugak, nak buat tuh kena lah ikut rules nya, jangan gunakan alasan ugama untuk bypass all the requirements etc.

Aku macam dah hilang sabar dah dengan Forex aku nih, tak ada gaya nak retrace, nak buat corrections. Aku, kalau boleh nak clearkan all my positions yang nazak tuh then aku nak convert ETH (Ethereum) aku ke BCH (Bitcoin Cash), masalahnya floating profits aku walaupun semakin kecik tapi still merungsingkan aku. Kalau aku cut loss aje semua positions, aku akan rugi dalam 0.8 ETH dan akaun aku akan tinggal 2.5 ETH (modal mula-mula dulu cuma 0.5 ETH jer kan, so dari situ boleh nampak kegreedyan dan keegoan aku, tak nak rugi sikit dan tak nak mengaku kalah, tak nak mengaku yang aku salah)

Tengoklah, sebelum minggu berakhir aku akan closekan all my positions, tak kisahlah rugi sebanyak mana pun. Minggu depan aku nak start with a clean sheet. Tapi kalau boleh sesehari dua nih aku nak clearkan, redha jer lah dengan jumlah kerugian. Itulah, dulu macam senang jer aku dapat kumpul Eth bebanyak, sekarang I have to give back some of my profits tuh.

Aku turun menyiram petang nih, tapi, tak sampai 10 minit lepas tuh, hujan turun. Aku nih reti "memanggil hujan" rupanya ekekeke. Tak lebat tapi esok tak payah menyiram dah. 

Mengaji malam nih ok jer, tak ada masalah, lancar bacaan aku, Ustaz tak tegur pun. Sesambil tuh aku jenguk-jenguk dalam beg aku, macam ada improvement account aku, ada a few positions yang ditutup automatically, that's ok as long as it goes to the direction yang aku nak. 

Keluar dari masjid, aku ternampak MH, sure ada hal nih kalau dia datang masjid, kata aku dalam hati. Betul pun, dia panggil aku, dia ajak aku makan kat Pintu Padang, depan Sekolah Sains. Tapi bila dia kata dia nak jumpa orang dulu sebelum makan, terus aku kata aku tak dapat join dia sebab aku nak memorex. He knows yang aku trade online, so aku tunjukkan cellphone aku, dia faham yang aku trade bila dia tengok graf-graf kat screen.

Aku malas melepak sama dia kalau weekdays sebab aku tahu, kalau melepak dengan dia, sure lama, dia nih biasanya banyak agenda lain, nak ke sama sini, nak jumpa orang itu ini, tu pasal dia suka ajak aku sebab aku mengikut jer. 

Sorry, not tonight, bitch! Aku sibuk nak memorex ekekekee


Wednesday

Selasa25September2018

Breakfast pagi nih kat kedai Ameno, tokay nya dulu tuh orang kuat UMNO, sejak BN tumbang, aku dah "tak segan" makan kat situ. Kalau dulu memang aku tak berani langsung nak even jeling-jeling ke kedai tuh sebab dulu aku sama adik aku pernah "halau" perempuan tuh yang kempen kat emak sampai dah dekat nak Maghrib. Sejak dari itu, kalau terserempak dengan dia, dia buat-buat tak nampak jer. Tapi, now that BN dah jahanam, aku kerap jugak ke kedai dia, at least 2 kali seminggu. 

Aku banyak choices untuk pergi breakfast. 

Again, aku tak ke Pekan Sari Sungai Ruan, buat menghabiskan duit aje kalau pergi, so might as well buat kerja kat kebun. Ada dalam sesejam aku di kebun, mostly menyangkul kat kawasan yang dulunya dipenuhi jagung. Nak kena buat batas kat situ sebab tak lama lagi kacang tanah harimau akan cambah (InsyaAllah), dan anak-anak jagung akan beralih ke kawasan Parlimen lain.

Parlimen sawi, kangkung, kobis dan bayam tak berubah tapi kawasannya dah dibesarkan. Akan nampak meriah kebun aku nanti dengan penambahan kawasan dan jugak penduduk, cuma bila difikirkan yang aku akan tension nanti nya untuk menyiram, baru lah aku hentikan aktiviti menyangkul dan menerokai kawasan-kawasan yang sebelum ini tak aku sentuhi tuh.

Rasanya ini cycle terakhir aktiviti perkebunan aku kot, at least jagung dan kacang harimau, sebab awal tahun depan aku mungkin dah sibuk dengan aktiviti lain yang dah aku plan dan rancang. Aku balik ke kampung sekali sekala nanti pun, itu dah kira bertuah. Entah-entah aku tak balik dah. 

Tadi aku ke kebun pukul 7 so pukul 9 tuh dah rasa macam lewat sangat dah, aku terus aje lah masuk rumah, mandi dan buat apa-apa yang patut. For the last few days aku berkurung kat rumah, pintu, tingkap tak dibukak. Itu semua saranan jiran aku, dia kata jangan bukak pintu, tingkap, kalau tidak, kucing-kucing tuh masuk. Aku tak tahu dari lubang mana kucing-kucing tuh masuk sebab pintu tingkap ditutup, kucing-kucing tuh tetap ada kat dalam rumah, bebas kat mana-mana.

Aku ada sediakan makanan kucing-kucing tuh, kat dalam dan luar rumah. Biasanya sebelum aku pergi masjid for Maghrib, aku pastikan semua kucing tuh tak ada kat dalam rumah, tapi bangun Subuh (balik dari masjid aku tak ke dapur dah), berantakan kat dapur, tunggang langgang barang-barang. 

Yang best nya dengan aku nih, aku tak marah pun kat kucing tuh, aku tak rasa bengang pun, aku tak mencarut pun, even dalam hati. Aku tahu yang diaorang tuh binatang, tak ada akal. Macam semalam tuh, aku siap gelak lagi bila aku nak cuci sink, aku terpedap segerombolan taik kucing yang basah. Siap aku fikir, apa lah tangan aku buat dosa harinih sampaikan terpedap taik kucing.

Aku tak bengang pun bila aku tengok yang besen yang aku isi tanah untuk semai benih jagung tuh di icing kan dengan lingkaran taik kucing. Aku siap pelik lagi, biasanya taik kucing lurus, apa pasal kat sini taiknya bercorak, berlingkar-lingkar macam aiskrim kat MacD tuh? Terpijak taik kucing masa kat shed, itu dah jadi lumrah alam. 

Aku tak pelik pun kucing-kucing tuh tak nak balik ke rumah tuan diaorang, seronok agaknya di kawasan rumah kitaorang, sunyi sepi. Atau pun mungkin diaorang kesiankan aku yang bersendirian, itu yang diaorang temankan aku tuh.

Truth is aku tak pernah pun manjakan kucing-kucing tuh, tak pernah aku sentuh, usap-usap. Dan aku tak halau pun diaorang. Tapi itulah, tuanpunya kucing-kucing tuh risau sangat kucing-kucing tuh kat rumah kitaorang. Ayoooo, tak kan aku nih nak liwat kucing-kucing tuh ekekekek. I'm better off pergi Pusat Tahfiz! 

Ooppppsss jahat fikiran aku.

Ok, in all seriousness, jijik gila lah kisah-kisah Ustaz, Mudir yang meliwat budak-budak kat Tahfiz tu kan? Selalu sangat dah sekarang nih berita-berita macam tuh yang keluar, I'm sick and tired dah baca. Kita dah tak boleh kata "seekor kerbau yang membawak lumpur, semuanya terpalit'. Sebab sekarang nih banyak sangat dah kerbau, kerbau balau pun ada. Aku setuju sangat Kerajaan nak tutup Tahfiz yang unregistered, yang "illegal", kalau boleh biar ada satu badan khas yang memantau Pusat Tahfiz yang tumbuh berkeliaran tuh.

More often than not, orang-orang yang katanya nak menegakkan ugama, nak buat kerja-kerja ugama, diaorang tu lah yang memalukan ugama, menjatuhkan ugama sebenarnya. 

Ok, berbalik pada kisah kucing, dulu jiran aku tuan punya kucing-kucing tuh  ada kata yang dia ketuk-ketuk tong nak suruh kucing tuh balik (aku tak tahu pun that's the way nak panggil kucing), sekarang nih irama tuh sering berkumandang  tak kira pagi, petang siang atau pun malam. Sampaikan aku rasa nak slow talk dengan jiran aku, nak cari jalan penyelesaian, I can't stand dengar bunyi ketukan tong tuh, setiap kali diketuk, aku rasa seolah-olah kepala aku yang diketuknya.

Kat masjid ada buat Asyura pagi nih, aku tak pergi pun, sebab aku seorang pekebun yang harus berkebun demi sesuap nasi ekekeke. Dah lah Ahad lepas aku tak pergi yang dibuat kat surau. And so tengahari nih aku keluar awal sikit, nak makan dulu before Zohor. Rupanya ada ceramah ugama yang dibuat kat luar, outdoor gitu. Aku tak join jamuan sebab aku dah makan.

Walaupun sekarang nih cuaca panas gila tapi aku tak menyiram pun, tak ada sangat yang nak disiram, kecuali anak jagung dan tembikai. Petang-petang aku dah tak ke kebun macam dulu, aku either memorex, update blog atau praktis baca Quran untuk malam mengaji.

Lepas Asar tadi ada pengumuman yang kata malam nih Ustaz Sekolah Sains ada datang untuk bagi Kuliah Maghrib, tapi mungkin ada emergency kot, dia tak datang. Aku berbelah bagi samada nak stay kat masjid atau ke surau sebab kat surau ada mengaji, tapi aku tak bawak Quran. 

Aku perasan yang since ada banyak kelas mengaji, di masjid dan di surau (ada 4), yang ikut nya pun macam ada kumpulan-kumpulan tersendiri. Selain AN, ada sorang jemaah lain yang ajak aku join, dia tak pernah join mengaji di masjid. So far aku join 2 out of 4, mungkin hujung minggu nih aku join yang kat surau since kat masjid tak ada majlis apa-apa kalau weekend.

Lepas Isyak, on my way ke kedai makan, aku round-round kat kawasan surau, macam ramai jer orang melepak, tengoklah, one of these days aku nak join jugaklah.

Tuesday

Isnin24September2018

Awal aku bangun pagi nih, excited and a little nervous nak start new week of trading. Aku tak tahu pun harinih Public Holiday kat Jepun, balik dari Subuh aku tengok market macam tak bergerak aje, then bila check relevant websites barulah aku tahu. So another slow day lah.

Macam tak ada gangguan langsung masa berkebun, aku jarang check my cellphone, tak macam selalu tuh, every few minutes aku akan bukak MT4.


Banyak kerja yang kena dibuat so aku jadi serba salah gitu, tak tahu nak dulukan yang mana. Menyangkul sekejap then teringat yang aku kena isikan polybags dengan campuran tanah, sabut dan baja. So aku tinggalkan kerja menyangkul. Tak sampai 4 polybags aku isi campuran tanah, aku letih. Mana tak nya, nak kena gaul dulu semua tuh, itu tak kira dengan menyodok tanah masuk ke wheel barrow. Tak apa lah, buat slow-slow, sehari dapat 5 polybags pun dah ok, aku siap buat calculations lagi.


Then teringat yang aku nak semai dan tanam semua benih-benih yang aku ada, so dengan longlai nya berjalan lah aku ke shed mengambil plastik berisi segala macam jenis benih. Laaa, nak tanam kat mana nih, kawasan belum diclearkan lagi, polybags berisi tanah pun cuma ada beberapa aje, tanya aku dalam hati. Akhirnya tak tanam apa-apa pun, not even sawi atau kangkung yang aku taburkan benihnya ke tanah. 

Daripada melepak kat kebun tak buat apa, dan daripada menensionkan diri berfikir apa nak buat, baik aku balik ke rumah. Lepas mandi dan buat a few things lain, aku tidur, dapatlah sejam. Awal aku ke masjid sebab nak makan dulu, biasanya kalau makan lepas sembahyang, makanan dah tak banyak, lagi teruk kadang tuh makanan dah habis, kedai dah tutup. Aku rasa tokay kedai tuh bosan agaknya tengok aku makan kat situ hari-hari, aku tak bosan pun makan benda yang sama day in day out, tak banyak choices pun. Alah, aku makan setakat nak isi perut aje.

Masa European session barulah ada movements sikit, tapi bergerak ke arah yang aku tak nak, most pairs semuanya pergi north sedangkan aku nak kan diaorang pergi south, so tak ada entries sangat yang aku masuk, setakat scalp every now and then aje. Looks like minggu ini memboringkan lagi, selagi aku tak dapat clearkan all my losing positions tuh, selagi itu lah tak ada peningkatannya akaun aku. 

Aku even berfatbike lepas Asar tadi, menandakan yang punyalah aku tak pedulikan Forex, account aku, harinih. Kalau tak tuh asyiklah menengok screen laptop, tab, cellphones aje. Tak lama dan tak jauh aku pergi, entah-entah tak ada pun kalori yang aku bakar. Sebab aku nak cepat-cepat balik, nak praktis baca Quran, tak nak jadi macam minggu lepas, a few times kena tegur. Aku suka cara Ustaz yang ajar mengaji tuh, orang yang bacaannya salah banyak, dia tak tegur teruk sangat sebab takut orang tuh sentapz dan tak datang dah mengaji. Orang yang bagus bacaannya, yang itu dia banyak tegur. Aku nih in between, kadang ditegur, kadang tak.

Mula malam nih di surau ada kelas mengaji jugak, itu untuk yang nak start dari awal, diutamakan pada sesiapa yang tak reti mengaji. Dengar ceritanya sessi mengaji tuh akan dibuat setiap malam. Banyaklah pulak kelas mengaji nya, ada yang clash dengan Kuliah Maghrib kat masjid. Tengoklah macamana nanti.

Monday

Ahad23September2018

Aku terralit online awal pagi ni, sedar-sedar dah pukul 8 sedangkan  aku belum breakfast. Semalam tuh beria-ia azam nak habiskan masa sehari suntuk kat kebun sebab banyak kerja yang nak dibuat. Tapi itulah, azam tinggal azam. Macamana pun banyak jugak kerja yang berjaya aku laksanakan pagi nih, aku pindahkan anak pokok jagung yang aku tanam dalam trays, ke tanah. Boleh kata semuanya tumbuh, it shows yang dulu tuh habis dimakan ayam jiran, kali ini trays yang berisi benih semaian, aku letak kat shed, bebas dari gangguan haiwan-haiwan yang tak berperi kemanusiaan.

Dapatlah dalam 30 lubang, maknanya ada 90 batang sebab setiap lubang ada 3 anak pokok. Semalam pun aku ada semai/tanam lagi, sebab nak buat berperingkat-peringkat. Jadi bersemangat sikit bila tengok anak-anak pokok yang harus aku belai dan jaga demi menghasilkan hasil. Terrer aku, harinih tanam terus tumbuh. Tapi tak boleh lawan Samy Vellu, dia, hari ini tanam, semalam dah tumbuh nya ekekekeke

Then pindahkan a few others, either ke tanah atau ke dalam polybags yang lebih besar. Ada a few anak tomato yang tertumbuh sendiri ekekeke. Entah but I don't remember planting tomato walaupun aku tengok ada packet benih tomato yang dah dibuka. I don't have any expectations dengan tomato nih, dulu pernah aku dikecewakan, pokoknya rimbun membesar, tiba-tiba daunnya bergulung-gulung dan akhirnya mati kering satu persatu. Hidup nih gitulah, kalau kita ada high expectations then get ready to be disappointed. 

Belimbing buluh yang aku cuba-cuba tanam dulu tuh pun hidup, out of 15 yang aku tanam, 11 batang yang hidup, so far. (Janganlah nanti orang panggil aku Mat Belimbing). Again, walaupun excited tapi aku tak nak expect tinggi sangat. Mungkin sebab 2 batang pokok yang aku ambik kat rumah Makcik Esah dulu tuh, macam hidup segan mati tak mahu jer keadannya sekarang nih. Tak tahu lah apa salah aku, dah ditaruk baja, dulunya disiram hari-hari tapi daunnya gugur satu persatu, dan yang tak gugur tuh kaler kuning. Aku rasa mungkin tak boleh air bertakung kot, sebab the last 2 weeks hujan turun lebat, almost every day. 

Tak apalah, aku punya motto berkebun, "tanam jer, nak hidup, hidup". Tak hidup kalu, aku tanam lagi. Tak hidup jugak, aku cuba tanam benda lain pulak.

Dalam aku berkebun, rasanya ada dua benda yang aku tak suka buat tapi terpaksa buat. Satu nya memetik cili, kalau pokoknya banyak. Tapi ada jalan penyelesaian nya, aku biarkan cili tak berpetik, atau aku offer kat orang, sapa-sapa nak cili, ambiklah tapi petik sendiri. Yang satu lagi, mengopek (macam lucah jer word nih, kat Pahang mengopek tuh maksudnya hisap tetek) kacang tanah untuk dibuat benih. Tapi itu tak ada jalan penyelesaian, terpaksalah dikopek jugak untuk dibuat benih. Kalau kacang tuh dah dijemur lama, seseminggu dua, senanglah jugak nak kopek tapi kalau yang baru dicabut dan nak dikeluarkan isinya, terpaksa guna plier. Kalau kacang rebus, ha, itu aku suka pulak mengopeknya. So tengahari, petang nih aku mengopek kacang lah, tak banyak yang dah tua, kalau aku tunggu for another week or two baru lah cantik untuk dibuat benih. Tapi nak buat macamana, kacang tuh dah aku cabut. Dapat 3 genggam benih, terus aku tanam, harap-harap tumbuhlah, tak banyak pun sikit. 

Pelik jugak, ini minggu ketiga Ustaz Pusat Serenti tuh tak datang kasi kuliah, kalau dua minggu lepas mungkin sebab long weekend, dia cuti, tapi minggu ini pun tak ada. Asar tadi tak ada pulak dibuat announcement, biasanya kalau Ustaz tak datang, akan diberitahu. Mulanya aku cadang nak ke surau lepas Maghrib tuh sebab di surau ada mengaji, tapi aku tak bawak Quran, aku tak "reti" baca Quran lain. Biasanya ada Quran kat dalam kereta, rupanya semuanya kat bilik, I have a few Qurans of different sizes tapi satu jer yang aku selalu guna pun, yang paling besar.

Jamuan pun tak ada lepas Isyak, maknanya AJK masjid tahu yang Ustaz tuh tak datang malam nih. So makan kat luar lagi lah aku. Terserempak lagi dengan AN, since dia belum makan, aku kata aku nak belanja dia.

"Apa nak balik cepat-cepat, lepak lah tengok orang menyanyi (kat tv)", kata AN bila aku mintak diri. Pelik dia agaknya sebab habis jer makan aku terus nak blah. Macam semalam tuh, aku rasa lama jugak bersembang dengan dia tapi lama aku tuh tak selama lama dia. Bagi aku, 10 minit tuh dah dikira lama sangat. 

Macam happy, berterima kasih sangat dia kat aku sebab belanja dia makan, aku macam nampak cahaya kehappyan tuh terpancar kat muka dia, sampaikan aku fikir, "dia nih tak pernah orang belanja dia makan ker, sampai gitu sekali berterima kasihnya"