Sunday

Jumaat28September2018

Since aku cut loss a few positions semalam, barulah rasa bertenaga balik nak memorex sebab ada kalanya akaun aku ada floating profits, walaupun tak lama dan tak banyak. Dekat 2 minggu akaun aku asyik merah aje, itu yang mood nak memorex pun macam padam, aku just monitor gitu-gitu aje, takut jugak akaun jadi betul-betul nazak. Sekarang nih akaun aku cuma di level pening-pening lalat gitu, banyak kolestrol kot.

So pagi nih, aku concentrate online, terlagho pun kejap-kejap gitu, not really terlagho tapi aku bukak youtube dan cari info pasal menanam asparagus, nak tanam benih yang aku beli semalam. Ala, rumit rupanya nak tanam asparagus nih, aku macam biasa, ingatkan yang benih-benih nih tanam atau semaai then akan tumbuh. Tak semudah itu rupanya. Apa? It takes a year at least untuk asparagus memberikan hasil. Alaaaaaaa!!!!!!

Lama jugak aku di kebun pagi nih, mostly menyangkul, menitis-nitis peluh keluar, pedih rasanya bila masuk ke mata, sebab aku pakai kontek lens. Aku bersemangat tuh mungkin sebab aku ada terdengar jiran aku yang bersembang kat rumah sebelah, bukanlah nak tunjuk pada diaorang yang aku nih rajin tapi at least diaorang tahu yang aku nih ada buat kerja.

Aku mencabut kacang jugak, yang mati layu daunnya dimakan semut,  elok-elok lagi isinya. Dapatlah dalam sekilo kot, nak dibuat benih aje tuh, aku masih menahan hawa nafsu aku dari merebus kacang tanah aku, aku nak buat benih semuanya. Aku jadi bersemangat sekarang nih pasal InsyaAllah aku akan ada banyak benih kacang harimau nanti nih, aku nak pastikan yang benih akan sentiasa ada since benih tuh boleh tahan for years.

Aku plan nak tanam kacang tanah dalam polybags jugak (sekarang nih cuma ada a few) , so minggu depan, balik dari KL, aku nak kena order cocopeat, nak kena beli tanah hitam. Banyak jugak modal yang diperlukan kalau nak jadi pekebun nih rupanya.

Season baru 4 of my favorites tv programmes dah mula kat US, The Amazing Race, Survivor, Big Bang Theory dan Young Sheldon, so petang nih aku cuba-cuba nak tengok, tapi sebab internet slow, satu pun tak dapat. Aku tahu this one website yang upload semua US punya siri tv, dalam sesejam selepas ditayangkan kat sana. I've been with that free site for years now, memang aku tak pernah tinggal walaupun one episod. Biasanya weekend aku akan tengok semua series tu back to back, tapi nampak gayanya kali ini tak dapat lah. Tak apa lah, next week aku ke KL, aku boleh tengok. Suck kan kalau internet slow.

The rest of the day macam itulah, mostly memorex. Aku recovered some of semalam punya losses, aku pelik sebab USD/JPY liat sungguh nak turun, tak macam pairs lain. Untuk minggu depan aku still hold 16 open positions, mostly USD/JPY. Floating loss pun besar jugak tuh tapi kira kecik lah kalau dicompare dengan floating loss beberapa hari lepas. Macamana pun aku rasa macam positif jer.

Benarnya harinih aku rasa macam happy jer, rasa macam best aje, cuma aku tak dapat pinpoint apa sebab aku berperasaan happy nih, mungkin combinations of these kot,

1. Kerja kat kebun dah banyak yang selesai, dah terang dah kawasan yang for the last 2 weeks or so semak. Dah luas kawasan yang aku cangkul, next aku nak gembur pulak. 

2. Rumah aku dah bersihkan, aku rasa macam ada adik beradik yang nak balik dalam masa terdekat, Long dah lama tak balik, biasanya every week Long akan balik sekejap. 

3. Trading account aku dah bernafas semula dan aku konfiden yang minggu depan aku akan mula buat profits semula. Aamin.

4. Season baru siri tv kegemaran aku dah mula ditayangkan kat US so I'm really looking forward to that.

5. Sebab utama, Friday minggu depan aku nak ke KL.