Awal aku bangun pagi nih, excited and a little nervous nak start new week of trading. Aku tak tahu pun harinih Public Holiday kat Jepun, balik dari Subuh aku tengok market macam tak bergerak aje, then bila check relevant websites barulah aku tahu. So another slow day lah.
Macam tak ada gangguan langsung masa berkebun, aku jarang check my cellphone, tak macam selalu tuh, every few minutes aku akan bukak MT4.
Banyak kerja yang kena dibuat so aku jadi serba salah gitu, tak tahu nak dulukan yang mana. Menyangkul sekejap then teringat yang aku kena isikan polybags dengan campuran tanah, sabut dan baja. So aku tinggalkan kerja menyangkul. Tak sampai 4 polybags aku isi campuran tanah, aku letih. Mana tak nya, nak kena gaul dulu semua tuh, itu tak kira dengan menyodok tanah masuk ke wheel barrow. Tak apa lah, buat slow-slow, sehari dapat 5 polybags pun dah ok, aku siap buat calculations lagi.
Then teringat yang aku nak semai dan tanam semua benih-benih yang aku ada, so dengan longlai nya berjalan lah aku ke shed mengambil plastik berisi segala macam jenis benih. Laaa, nak tanam kat mana nih, kawasan belum diclearkan lagi, polybags berisi tanah pun cuma ada beberapa aje, tanya aku dalam hati. Akhirnya tak tanam apa-apa pun, not even sawi atau kangkung yang aku taburkan benihnya ke tanah.
Daripada melepak kat kebun tak buat apa, dan daripada menensionkan diri berfikir apa nak buat, baik aku balik ke rumah. Lepas mandi dan buat a few things lain, aku tidur, dapatlah sejam. Awal aku ke masjid sebab nak makan dulu, biasanya kalau makan lepas sembahyang, makanan dah tak banyak, lagi teruk kadang tuh makanan dah habis, kedai dah tutup. Aku rasa tokay kedai tuh bosan agaknya tengok aku makan kat situ hari-hari, aku tak bosan pun makan benda yang sama day in day out, tak banyak choices pun. Alah, aku makan setakat nak isi perut aje.
Masa European session barulah ada movements sikit, tapi bergerak ke arah yang aku tak nak, most pairs semuanya pergi north sedangkan aku nak kan diaorang pergi south, so tak ada entries sangat yang aku masuk, setakat scalp every now and then aje. Looks like minggu ini memboringkan lagi, selagi aku tak dapat clearkan all my losing positions tuh, selagi itu lah tak ada peningkatannya akaun aku.
Aku even berfatbike lepas Asar tadi, menandakan yang punyalah aku tak pedulikan Forex, account aku, harinih. Kalau tak tuh asyiklah menengok screen laptop, tab, cellphones aje. Tak lama dan tak jauh aku pergi, entah-entah tak ada pun kalori yang aku bakar. Sebab aku nak cepat-cepat balik, nak praktis baca Quran, tak nak jadi macam minggu lepas, a few times kena tegur. Aku suka cara Ustaz yang ajar mengaji tuh, orang yang bacaannya salah banyak, dia tak tegur teruk sangat sebab takut orang tuh sentapz dan tak datang dah mengaji. Orang yang bagus bacaannya, yang itu dia banyak tegur. Aku nih in between, kadang ditegur, kadang tak.
Mula malam nih di surau ada kelas mengaji jugak, itu untuk yang nak start dari awal, diutamakan pada sesiapa yang tak reti mengaji. Dengar ceritanya sessi mengaji tuh akan dibuat setiap malam. Banyaklah pulak kelas mengaji nya, ada yang clash dengan Kuliah Maghrib kat masjid. Tengoklah macamana nanti.