Monday

Ahad23September2018

Aku terralit online awal pagi ni, sedar-sedar dah pukul 8 sedangkan  aku belum breakfast. Semalam tuh beria-ia azam nak habiskan masa sehari suntuk kat kebun sebab banyak kerja yang nak dibuat. Tapi itulah, azam tinggal azam. Macamana pun banyak jugak kerja yang berjaya aku laksanakan pagi nih, aku pindahkan anak pokok jagung yang aku tanam dalam trays, ke tanah. Boleh kata semuanya tumbuh, it shows yang dulu tuh habis dimakan ayam jiran, kali ini trays yang berisi benih semaian, aku letak kat shed, bebas dari gangguan haiwan-haiwan yang tak berperi kemanusiaan.

Dapatlah dalam 30 lubang, maknanya ada 90 batang sebab setiap lubang ada 3 anak pokok. Semalam pun aku ada semai/tanam lagi, sebab nak buat berperingkat-peringkat. Jadi bersemangat sikit bila tengok anak-anak pokok yang harus aku belai dan jaga demi menghasilkan hasil. Terrer aku, harinih tanam terus tumbuh. Tapi tak boleh lawan Samy Vellu, dia, hari ini tanam, semalam dah tumbuh nya ekekekeke

Then pindahkan a few others, either ke tanah atau ke dalam polybags yang lebih besar. Ada a few anak tomato yang tertumbuh sendiri ekekeke. Entah but I don't remember planting tomato walaupun aku tengok ada packet benih tomato yang dah dibuka. I don't have any expectations dengan tomato nih, dulu pernah aku dikecewakan, pokoknya rimbun membesar, tiba-tiba daunnya bergulung-gulung dan akhirnya mati kering satu persatu. Hidup nih gitulah, kalau kita ada high expectations then get ready to be disappointed. 

Belimbing buluh yang aku cuba-cuba tanam dulu tuh pun hidup, out of 15 yang aku tanam, 11 batang yang hidup, so far. (Janganlah nanti orang panggil aku Mat Belimbing). Again, walaupun excited tapi aku tak nak expect tinggi sangat. Mungkin sebab 2 batang pokok yang aku ambik kat rumah Makcik Esah dulu tuh, macam hidup segan mati tak mahu jer keadannya sekarang nih. Tak tahu lah apa salah aku, dah ditaruk baja, dulunya disiram hari-hari tapi daunnya gugur satu persatu, dan yang tak gugur tuh kaler kuning. Aku rasa mungkin tak boleh air bertakung kot, sebab the last 2 weeks hujan turun lebat, almost every day. 

Tak apalah, aku punya motto berkebun, "tanam jer, nak hidup, hidup". Tak hidup kalu, aku tanam lagi. Tak hidup jugak, aku cuba tanam benda lain pulak.

Dalam aku berkebun, rasanya ada dua benda yang aku tak suka buat tapi terpaksa buat. Satu nya memetik cili, kalau pokoknya banyak. Tapi ada jalan penyelesaian nya, aku biarkan cili tak berpetik, atau aku offer kat orang, sapa-sapa nak cili, ambiklah tapi petik sendiri. Yang satu lagi, mengopek (macam lucah jer word nih, kat Pahang mengopek tuh maksudnya hisap tetek) kacang tanah untuk dibuat benih. Tapi itu tak ada jalan penyelesaian, terpaksalah dikopek jugak untuk dibuat benih. Kalau kacang tuh dah dijemur lama, seseminggu dua, senanglah jugak nak kopek tapi kalau yang baru dicabut dan nak dikeluarkan isinya, terpaksa guna plier. Kalau kacang rebus, ha, itu aku suka pulak mengopeknya. So tengahari, petang nih aku mengopek kacang lah, tak banyak yang dah tua, kalau aku tunggu for another week or two baru lah cantik untuk dibuat benih. Tapi nak buat macamana, kacang tuh dah aku cabut. Dapat 3 genggam benih, terus aku tanam, harap-harap tumbuhlah, tak banyak pun sikit. 

Pelik jugak, ini minggu ketiga Ustaz Pusat Serenti tuh tak datang kasi kuliah, kalau dua minggu lepas mungkin sebab long weekend, dia cuti, tapi minggu ini pun tak ada. Asar tadi tak ada pulak dibuat announcement, biasanya kalau Ustaz tak datang, akan diberitahu. Mulanya aku cadang nak ke surau lepas Maghrib tuh sebab di surau ada mengaji, tapi aku tak bawak Quran, aku tak "reti" baca Quran lain. Biasanya ada Quran kat dalam kereta, rupanya semuanya kat bilik, I have a few Qurans of different sizes tapi satu jer yang aku selalu guna pun, yang paling besar.

Jamuan pun tak ada lepas Isyak, maknanya AJK masjid tahu yang Ustaz tuh tak datang malam nih. So makan kat luar lagi lah aku. Terserempak lagi dengan AN, since dia belum makan, aku kata aku nak belanja dia.

"Apa nak balik cepat-cepat, lepak lah tengok orang menyanyi (kat tv)", kata AN bila aku mintak diri. Pelik dia agaknya sebab habis jer makan aku terus nak blah. Macam semalam tuh, aku rasa lama jugak bersembang dengan dia tapi lama aku tuh tak selama lama dia. Bagi aku, 10 minit tuh dah dikira lama sangat. 

Macam happy, berterima kasih sangat dia kat aku sebab belanja dia makan, aku macam nampak cahaya kehappyan tuh terpancar kat muka dia, sampaikan aku fikir, "dia nih tak pernah orang belanja dia makan ker, sampai gitu sekali berterima kasihnya"