Friday

Khamis27September2018

Since semalam hujan , aku tak ke kebun lah pagi ini, aku memorex sampai 8-30. I "cut loss" a few of my positions, mostly pairs EUR/USD dan GBP/USD, aku keep all Yen pairs. Tapi, memang story of my life sesangat lah, tak lama tuh, Euro sama British Pound turun, kalau aku tak "cut loss" awal-awal, tak lah rugi besar sangat. Akaun aku tinggal 2.710 ETH.

Tapi itulah, aku play safe, aku nak protect account aku. Ah well, hopefully a lesson well learned is never forgotten. Or rather I'll never learn, I'll be doing the same mistakes again. Bengap aku nih, daripada buat the same mistake over and over again, why don't I make a new one, kan? ekekekekek

Aku ke Sunai Ruan, cadangnya nak breakfast tapi macam ramai orang kat gerai tuh, so teruslah aku ke Raub. Kat TM Raub tuh aku cuba check no. account tapi Officer tuh tak dapat nak pastikan sebab account tuh dibukak tahun 1993 dan ditutup tahun 2001.2001 aku kat US masa tuh.

Macamana pun aku sure itu akaun lama aku sebab alamat tempat aku daftar dulu tuh sama, too bad dia tak dapat nak trace nombor, walaupun aku masih ingat nombor talipun aku dulu tuh. Aku nak terus aje bayar tapi dia suggests aku ke TM Bentong. Mulanya aku malas pergi tapi mengenangkan yang mungkin itu bukan akaun aku, buat apa aku membazir bayar RM 600 lebih tu, kan?

Lagipun minggu depan aku nak ke KL (nak potong rambut, rasa macam panjang sangat dah nih rambut aku, dah sebulan tak potong), settlekan nanti lah Dan aku kena settlekan kes nib sebelum hujung minggu, kalau tidak dapat lagi lah surat dari Lawyer keling tuh. Silap-silap aku kena jel ekekekeke.

Aku breakfast dan merayau-rayau sekejap, sempat lagi masuk kedai peralatan pertanian, terbeli a few packets benih, termasuk benih asparagus. 

Malang tidak berbau, kat TM Bentong pun tak dapat nak trace akar umbi account tuh, last-last aku bayar aje lah RM 100, lain kali aku bayar online. Malas lah pulak nak settlekan semuanya sekali, rasa macam banyak lah pulak.

Aku sampai rumah dalam pukul 12 lebih, masa masuk aje gate, aku nampak kelibat jiran aku, pakai tuala putih, berlari-lari anak ke rumah dia, dari arah belakang rumah kitaorang. Dia baru lepas memujuk kucing-kucing dia kot, suruh balik, aku notice yang semenjak dua menjak nih, jiran aku tuh selalu sangat buat buat-buat kerja kat belakang rumah kitaorang. Tapi, apa pasal pakai tuala jer? Lagi berkesan kalau pakai spender jer, kucing-kucing tuh sure akan datang, sebab ingatkan ada tikus mondok masuk spender tuan diaorang, kan? ekekekeke

Masa Asar tadi aku tengok bergelimpangan orang-orang Jemaah Tabligh tidur kat masjid, bukan kat main hall tapi kat kawasan yang open. Sah lah ada Jemaah nih, dan since kat surau ada majlis untuk kaum wanita, itu yang diaorang tak ada port nak melepak, itu yang tumpang tidur masjid. Kat masjid nih di ban orang Tabligh bermalam, sebab dah ditetapkan surau sebagai markas. Adalah dulu jemaah yang buat tak palat, itu yang sekarang nih tak dibenarkan tuh. 

Terus aku terfikir yang petang nih sure diaorang akan datang ziarah aku kat rumah, ke mana aku nak melarikan diri?, kat rumah tak ada apa-apa nak dihidangkan nanti tuh, so lepas sembahyang terus aku ke kedai beli cookies.

Cuaca gaya macam nak hujan, so aku tak menyiram. Tapi hujan tak turun jugak. Sebab aku tak panggil kot? ekekeke

Tak ada pulak diaorang Jemaah Tabligh datang ziarah, mungkin sebab diaorang masih belum balik semula ke surau sebab majlis kat surau tuh berlarutan sampai lewat, ada makan-makan lepas Asar tuh.

Sepanjang masa Kuliah Maghrib aku tak dapat check Forex aku, line tak ada. Aku perasan yang kalau kat tengah-tengah masjid, signal boleh dapat sebab masa mengaji biasanya aku tak ada masalah nak online. Habis tak kan from now on bila ada Kuliah Maghrib, aku nak tercatuk sorang-sorang kat tengah masjid, orang lain semuanya bersandar kat dinding.