Tuesday

Isnin1Oktober2018

Aku ke Kemaman naik bas pukul 10 pagi, mulanya nak naik yang pukul 8 setengah tapi lepas Subuh aku sambung tidur sekejap, sedar-sedar dah lewat. Sampai Kemaman pukul 2 lebih, lepas check in hotel, terus aku ke ArRahnu, nak tebus balik barang yang dulu. Then melepak kat bilik aje lah, memorex. Akaun aku jadi semakin pulih so aku biarkan aje lah, what I noticed is, USD kuat dibandingkan dengan Yen, Euro dan British Pound. Apa yang aku nak, USD melemah dibandingkan Yen, dan menguat dibandingkan British Pound dan Euro. 

Punyalah kecik bilik walaupun I asked for double bed punya bilik, so aku ingatkan besar lah sikit dari bilik single bed yang aku pernah duduk dulu tuh. Mahal dari kat KL hotel kat Kemaman nih, aku pernah stay kat 3 different hotels kat Kemaman, semuanya macam tak berbaloi. 

Aku tak contact sesiapa pun kat Cherating, ada cadangnya nak surprisekan diaorang, nak naik Grab ke sana, melepak kat kedai BabyJ. Boleh bawak hantaran sekali kan, barang emas yang aku dah tebus tadi ekekekeke

Lepas Isyak baru aku keluar makan, singgah kejap kedai jual ubat-ubatan, buku ugama etc, beli a bottle of mixed apple cider + honey sebab itu minuman harian aku. Then beli buku Tajwid 2 buah. Balik hotel terus lahh aku baca buku-buku tuh, satu tuh aku tak faham apa pun sebab susunan pelajarannya macam untuk orang yang advanced. Bengaap nya lah penerbit buku nih, kata aku dalam hati. Iyalah, susunan bab dan jugak cara pembelajaran tuh tak sesuai langsung untuk orang yang tak tahu menahu pasal Tajwid. 

Aku pernah tanya Ustaz, dia kata, tak tahu Tajwid pun tak apa asalkan bacaan Quran betul. Aku, aku tahu baca Quran dengan sebutan yang betul, tapi aku tak tahu "theory" nya, maksud aku, aku tahu baca tapi aku tak tahu apa sebab dibaca macam tuh, that's what Tajwid is all about, memperelokkan bacaan. So aku rasa, dengan aku belajar Tajwid, aku akan lebih "alert" dengan bacaan aku nanti kot, InsyaAllah. 

Tak lama pun aku baca buku tuh, sedar-sedar dah pukul 4 pagi, dan lampu masih terpasang.