Monday

Ahad30September2018

Lama jugak aku terralit online tadi, mungkin sebab out of boredom sebab Forex tak bukak Sunday. Aku dok melayan youtube, aku tengok Bon Jovi Live In Concert, yang aku pergi dulu, masa kat Central Park dan jugak yang kat Madison Square Garden, New York. Aku tengok betul-betul sebab manalah tahu kot ternampak muka aku, sebab on both concerts aku kat depan. Tak apa lah, sekali sekala. Damn, semalam aku kata kat AN yang baru lepas mengaji, nak tengok orang menyanyi kat tv, rupanya aku pun sama jugak. 

Macamana pun awal jugak aku ke kebun, before 8. Dan tak lama tuh Long pun tiba. Ya ampun, jenis rajin lah orangnya Long nih, sanggup tuh drive pergi balik Jerantut. Since awal ke kebun, awal jugaklah aku masuk rumah, sempat tidur jugak seround. Then terdengar bunyi kereta, terdengar suara Ida. Laaa, Ida ada balik rupanya, dia sorang jer. 

Long balik sebelum Zohor then tiba-tiba aku dapat idea, what if aku ke KL harinih, tumpang Ida? Aku nak ke KL, then nak ke Kemaman sebab nak tebus harta karun aku kat ArRahnu ekekekek. Cadangnya nak pergi Jumaat nanti tapi best jugak tukar schedule gini nih, it shows yang aku nih is so unpredictable, even to my own self. Tak ada apa pun yang outstanding, yang aku kena selesaikan. Tanaman tak bersiram? Big deals, mati kering kalu, aku tanam lain. Balik dari KL nantilah aku meroyan sebab kena tanam semula jagung-jagung yang dah sekaki tinggi tuh. 

Tak sempat pulak aku nak tinggalkan pesan kat one of the jemaahs lepas Zohor tadi, nak suruh beritahu AN yang malam nih aku tak ada, aku "janji" nak belanja dia makan lepas mengaji. Tak apa lah, lain kali aje lah, bukan rezeki dia, dan bukan rezeki aku jugak. 

So pukul 2 kitaorang bertolak ke KL, singgah Kolej Vocational Bentong sekejap melawat anak sedara, anak Ida. Ida turunkan aku kat Mangsa Maju LRT, bila Ida tanya, aku kata nak ke rumah lama di Bangsar tapi Bangsar aku kat Jalan Pudu, Citin Hotel. Manager hotel tak ada lah pulak, Valentino pun tak ada tapi bila aku suruh Front Office guy tuh check nama aku, baru lah dia kata yang aku boleh dapat special rate which is RM 100 a night. Dia siap mintak maaf sebab terpaksa buat-buat serious sebab dia tak nak guest yang ada kat lobby tuh tahu aku dapat special rate, orang lain bayar RM 130 a night.

Lepas Isyak baru aku keluar sebab sepanjang petang sibuk online, internet laju.  Melepak gitu-gitu lah, ke tempat-tempat wajib macam Low Yat Plaza, Sungai Wang, Fahrenheit dan Pavilion. Tak ada beli apa pun, tak ada apa nak beli pun. Cuma masa kat Low Yat tuh jer aku rasa macam bergetar sikit jiwa aku, aku teringat yang kawan aku kata aku patut beli camera. Atau dia merely suggest aku beli camera. Damn, aku mudah teringat apa yang orang suggest beli, nak harapkan aku sendiri nak fikir, memang tak lah kan, aku nih jenis yang bersyukur dengan apa yang ada. Ini lah susahnya dapat kawan yang boleh baca apa yang ada kat kepala hotak aku ekekekeke