Breakfast pagi nih kat kedai Ameno, tokay nya dulu tuh orang kuat UMNO, sejak BN tumbang, aku dah "tak segan" makan kat situ. Kalau dulu memang aku tak berani langsung nak even jeling-jeling ke kedai tuh sebab dulu aku sama adik aku pernah "halau" perempuan tuh yang kempen kat emak sampai dah dekat nak Maghrib. Sejak dari itu, kalau terserempak dengan dia, dia buat-buat tak nampak jer. Tapi, now that BN dah jahanam, aku kerap jugak ke kedai dia, at least 2 kali seminggu.
Aku banyak choices untuk pergi breakfast.
Again, aku tak ke Pekan Sari Sungai Ruan, buat menghabiskan duit aje kalau pergi, so might as well buat kerja kat kebun. Ada dalam sesejam aku di kebun, mostly menyangkul kat kawasan yang dulunya dipenuhi jagung. Nak kena buat batas kat situ sebab tak lama lagi kacang tanah harimau akan cambah (InsyaAllah), dan anak-anak jagung akan beralih ke kawasan Parlimen lain.
Parlimen sawi, kangkung, kobis dan bayam tak berubah tapi kawasannya dah dibesarkan. Akan nampak meriah kebun aku nanti dengan penambahan kawasan dan jugak penduduk, cuma bila difikirkan yang aku akan tension nanti nya untuk menyiram, baru lah aku hentikan aktiviti menyangkul dan menerokai kawasan-kawasan yang sebelum ini tak aku sentuhi tuh.
Rasanya ini cycle terakhir aktiviti perkebunan aku kot, at least jagung dan kacang harimau, sebab awal tahun depan aku mungkin dah sibuk dengan aktiviti lain yang dah aku plan dan rancang. Aku balik ke kampung sekali sekala nanti pun, itu dah kira bertuah. Entah-entah aku tak balik dah.
Tadi aku ke kebun pukul 7 so pukul 9 tuh dah rasa macam lewat sangat dah, aku terus aje lah masuk rumah, mandi dan buat apa-apa yang patut. For the last few days aku berkurung kat rumah, pintu, tingkap tak dibukak. Itu semua saranan jiran aku, dia kata jangan bukak pintu, tingkap, kalau tidak, kucing-kucing tuh masuk. Aku tak tahu dari lubang mana kucing-kucing tuh masuk sebab pintu tingkap ditutup, kucing-kucing tuh tetap ada kat dalam rumah, bebas kat mana-mana.
Aku ada sediakan makanan kucing-kucing tuh, kat dalam dan luar rumah. Biasanya sebelum aku pergi masjid for Maghrib, aku pastikan semua kucing tuh tak ada kat dalam rumah, tapi bangun Subuh (balik dari masjid aku tak ke dapur dah), berantakan kat dapur, tunggang langgang barang-barang.
Yang best nya dengan aku nih, aku tak marah pun kat kucing tuh, aku tak rasa bengang pun, aku tak mencarut pun, even dalam hati. Aku tahu yang diaorang tuh binatang, tak ada akal. Macam semalam tuh, aku siap gelak lagi bila aku nak cuci sink, aku terpedap segerombolan taik kucing yang basah. Siap aku fikir, apa lah tangan aku buat dosa harinih sampaikan terpedap taik kucing.
Aku tak bengang pun bila aku tengok yang besen yang aku isi tanah untuk semai benih jagung tuh di icing kan dengan lingkaran taik kucing. Aku siap pelik lagi, biasanya taik kucing lurus, apa pasal kat sini taiknya bercorak, berlingkar-lingkar macam aiskrim kat MacD tuh? Terpijak taik kucing masa kat shed, itu dah jadi lumrah alam.
Aku tak pelik pun kucing-kucing tuh tak nak balik ke rumah tuan diaorang, seronok agaknya di kawasan rumah kitaorang, sunyi sepi. Atau pun mungkin diaorang kesiankan aku yang bersendirian, itu yang diaorang temankan aku tuh.
Truth is aku tak pernah pun manjakan kucing-kucing tuh, tak pernah aku sentuh, usap-usap. Dan aku tak halau pun diaorang. Tapi itulah, tuanpunya kucing-kucing tuh risau sangat kucing-kucing tuh kat rumah kitaorang. Ayoooo, tak kan aku nih nak liwat kucing-kucing tuh ekekekek. I'm better off pergi Pusat Tahfiz!
Ooppppsss jahat fikiran aku.
Ok, in all seriousness, jijik gila lah kisah-kisah Ustaz, Mudir yang meliwat budak-budak kat Tahfiz tu kan? Selalu sangat dah sekarang nih berita-berita macam tuh yang keluar, I'm sick and tired dah baca. Kita dah tak boleh kata "seekor kerbau yang membawak lumpur, semuanya terpalit'. Sebab sekarang nih banyak sangat dah kerbau, kerbau balau pun ada. Aku setuju sangat Kerajaan nak tutup Tahfiz yang unregistered, yang "illegal", kalau boleh biar ada satu badan khas yang memantau Pusat Tahfiz yang tumbuh berkeliaran tuh.
More often than not, orang-orang yang katanya nak menegakkan ugama, nak buat kerja-kerja ugama, diaorang tu lah yang memalukan ugama, menjatuhkan ugama sebenarnya.
Ok, berbalik pada kisah kucing, dulu jiran aku tuan punya kucing-kucing tuh ada kata yang dia ketuk-ketuk tong nak suruh kucing tuh balik (aku tak tahu pun that's the way nak panggil kucing), sekarang nih irama tuh sering berkumandang tak kira pagi, petang siang atau pun malam. Sampaikan aku rasa nak slow talk dengan jiran aku, nak cari jalan penyelesaian, I can't stand dengar bunyi ketukan tong tuh, setiap kali diketuk, aku rasa seolah-olah kepala aku yang diketuknya.
Kat masjid ada buat Asyura pagi nih, aku tak pergi pun, sebab aku seorang pekebun yang harus berkebun demi sesuap nasi ekekeke. Dah lah Ahad lepas aku tak pergi yang dibuat kat surau. And so tengahari nih aku keluar awal sikit, nak makan dulu before Zohor. Rupanya ada ceramah ugama yang dibuat kat luar, outdoor gitu. Aku tak join jamuan sebab aku dah makan.
Walaupun sekarang nih cuaca panas gila tapi aku tak menyiram pun, tak ada sangat yang nak disiram, kecuali anak jagung dan tembikai. Petang-petang aku dah tak ke kebun macam dulu, aku either memorex, update blog atau praktis baca Quran untuk malam mengaji.
Lepas Asar tadi ada pengumuman yang kata malam nih Ustaz Sekolah Sains ada datang untuk bagi Kuliah Maghrib, tapi mungkin ada emergency kot, dia tak datang. Aku berbelah bagi samada nak stay kat masjid atau ke surau sebab kat surau ada mengaji, tapi aku tak bawak Quran.
Aku perasan yang since ada banyak kelas mengaji, di masjid dan di surau (ada 4), yang ikut nya pun macam ada kumpulan-kumpulan tersendiri. Selain AN, ada sorang jemaah lain yang ajak aku join, dia tak pernah join mengaji di masjid. So far aku join 2 out of 4, mungkin hujung minggu nih aku join yang kat surau since kat masjid tak ada majlis apa-apa kalau weekend.
Lepas Isyak, on my way ke kedai makan, aku round-round kat kawasan surau, macam ramai jer orang melepak, tengoklah, one of these days aku nak join jugaklah.