Sunday

Sabtu - 18052013

Long nih, buat tension aku jer. Pagi-pagi lagi dia dah startkan mesin potong rumput sedangkan aku nak cuba-cuba lena semula lepas Subuh. Dan aku nak ke Pekan Sehari pulak tuh. Mak, biasalah, turun jugak ke kebun. Kalau ada adik beradik aku balik, memang gitu lah perangai mak. 

Aku jer yang maintain ikut cara dan kehendak aku, orang nak kata yang aku nih pemalas, by all means kata lah. Sebab memang aku malas pun kan? Masa malaslah. Kalau masa malas, memang aku malas tapi kalau masa terpaksa buat rajin, aku betul-betul rajin. tapi, malas-malas aku pun, aku supply kacang kat Cina Kacang Tanah Sempalit tuh kan?

Kau mampoo?

Kalaulah aku ada duit, dah aku beli anak ayam, anak itik, ataupun arnab, yang ada dijual tadi tuh. Memang Long nak sangat pelihara ketiga-tiga binatang tuh tapi tak ada reban, tak bercadang nak buat pun lagi. Kolam semulajadi kat kebun tuh pun penuh dengan lalang dan tumbuhan liar, dulu dah cadangnya nak dibersihkan elok-elok, then bela ikan, lepaskan itik. Long nih banyak idea dan cadangnya, masalahnya Long cuma balik sini sekali sekala aje.

Katalah yang aku decide nak duduk kampung nanti tahun depan nih, akan aku usahakan semua tuh. Sejak semalam lagi aku sama Long asyik bercerita pasal projek fertigasi yang Long nak sangat buat tuh. Long tanya aku samada aku sanggup atau tidak nak buat. Again, aku beritahu Long yang kalau memang confirm aku akan duduk kampung selamanya, aku akan buat projek secara besar-besaran, with or without him. 

"Kalau betul-betul awak serious, kita boleh sewa tanah sebelah tanah mak tuh, ada dalam 3 ekar gayanya, sewa sesepuluh tahun, pastu buat projek", kata Long lagi. 

Aku tak ada lah jauh sampai ke situ fikirnya, aku sekarang cuma fikir untuk masa terdekat nih aje, tahun depan. Sebab tahun depan lah yang aku akan buat keputusan, buat masa sekarang sehingga akhir tahun, aku nak peratikan aje keadaan persekitaran aku. Dah 6 bulan aku di sini, aku lebih cenderung kepada keputusan aku untuk tidak duduk di kampung. Dan tidak duduk di Malaysia. 

Apa-apa pun, kita hanya boleh merancang, kan? I wish I knew apa perancangan Tuhan untuk aku, itu pasal aku sentiasa redha aje dengan perjalanan hidup aku nih sebab aku tahu yang itu semua ketentuan Tuhan.

Cuti sekolah dah dekat nih, tentu ada adik beradik aku yang akan balik kampung, dan Ngah pun sure akan balik jugak sebelum diaorang pindah ke Chicago, so aku rasa aku nak beritahu diaorang rancangan aku, aku nak suruh diaorang buat persediaan untuk tahun depan. Saja jer lah, nak kasi adik beradik aku kena berfikirlah pulak, diaorang kena buat arrangement lain, siapa nak jaga mak, atau ke mana, di mana dan dengan siapa mak nak tinggal nanti. Kalau diaorang ada solution yang lagi elok, that's very well and good. 

Aku tak nak beritahu diaorang, tak nak kasi hints whatsoever yang katalah diaorang tak ada penyelesaiannya (mak berkeras tak nak duduk dengan anak-anak, mak tetap nak duduk di kampung), aku boleh teruskan duduk di kampung nih temankan mak. Yang by that time akan terconfirm lah keputusan aku untuk jadi orang kampung, dan aku akan buat projek pertanian secara besar-besaran. Dan aku akan kawin, dengan sapa-sapa aje yang Chu atau mak rekomen. Dengan aku nih, nothing is difficult, semua masalah tu ada jalan penyelesaiannya. 

Kalau aku tak suka, aku tak puas hati, lebih-lebih pun aku mengomel kat blog. Itu aje, kan? 

Lama sungguh lah Long memesin rumput, aku buat bodoh jer, lepas pura-pura buat kerja sesikit, aku pun balik. Walaupun berpura-pura tapi banyak jugak kerja yang aku buat, cabut rumput, pindahkan pokok kacang dari Zone 4 ke Zone-zone lain, menambun pangkal pokok kacang etc. Lain dari mak, sepagian mak di kebun tapi aku rasa kalau aku lah yang buat apa yang mak buat tuh, dalam masa 10 minit boleh siap. 

Apa pasal aku selalu sangat memerhatikan mak, I have no freaking idea why.

Lepas Zohor ada khenduri tapi mak tak nak pergi pulak, alasannya kat rumah banyak makanan. Malam nih pun ada khenduri lepas Isyak dan mak kata nak pergi, aku tak faham apa kriteria yang mak pilih untuk pergi atau tak pergi khenduri. 

Sebab tertarik dengan cerita aku agaknya, Long ajak aku ke Pusat Serenti (baru aku tahu yang sekarang nih orang tak guna dah term Pusat serenti nih, orang guna perkataan PUSPEN, atau kalau nak lebih glamer lagi, CCRC. Cuba korang goggle CCRC Sungai Ruan) nak tengok projek fertigasi SarjanK tuh. Aku ada beritahu Long yang aku sekarang dah dapat ramai kawan, orang-orang penting (Jabatan Pertanian, Pusat Serenti). What a snob lah aku nih kan sebab aku tak anggap pun yang tahanan-tahanan  yang aku kenal kat Pusat Serenti tuh, jugak pekerja-pekerja bawahan kat Jabatan Pertanian tuh sebagai "kawan".

Tak ada orang lah pulak kat kawasan pertanian SarjanK tuh, weekend punya pasal kot? Kat main gate Pusat Serenti tu pun tak sibuk, ada 3 buah jer kereta, pelik aku, diaorang tak kerja ker weekends? Habis, tahanan-tahanan tuh disuruh buat apa? sapa yang kawal? Disuruh tidur sepanjang hujung minggu ker? Masa aku kat BFDF dulu, weekends memang tak ada aktiviti tapi officers nya tetap kerja macam hari-hari lain. 

Lepas Asar aku terus bawak pam air, nak cuba sekali lagi. Uko berjera-jera peluh aku sama Long tapi air tetap tak keluar, pam tuh tak sedut air. Mak pun ada kat kawasan sayur/jagung yang dah clear, Long mesin pagi tadi tuh. aktif sungguh lah mak nih, kata aku dalam hati. Tapi, apa yang dibuatnya?, hati aku bertanya. 

"Moh bawak mesin nih ke Sungai Ruan, suruh Cina tu pasang', kata Long, bila dah give up sebab kitaorang tak berjaya nak membuatkan air anak sungai tuh disedut dek pam.

'Tinggalkan jer lah benda-benda connectors, tube nih, tak mahal mana pun, dalam sesepuluh ringgit jer. Malu ke Cina tu jer kang kalau dia kata, 'ayoo, ini pun lu tak reti pasang", aku kata gitu kat Long.

Kitaorang nak ke kedai tempat aku beli paip/connectors dulu tuh, tapi tak ada tempat nak park kereta, so terpaksa pergi jauh sikit.

"Eh, itu pun kedai repair mesin, jom tanya tokay tuh kalau-kalau dia tahu nak buat macamana dengan pam nih", aku kata kat Long.

Tak nak cakap banyak lah tapi tokay tuh terus dapat selesaikan masalah kitaorang. Banyak benda-benda yang dapat aku belajar dari tokay tuh harinih. Dang, susahnya nak jadi seorang pekebun nih, kan?

Laju jer aku menyiram lepas tuh, guna air anak sungai tu pulak, akan datang nih aku nak basahkan kawasan-kawasan kosong yang lain, so that senanglah aku nak menyangkul. Sebelum Puasa nanti aku kena pastikan yang semuanya siap, aku nak tanam kacang tanah sebanyak, seluas mungkin kali ini, tak dapat jual banyak pun tak apa (sebab kacang tuh nak dijadikan benih, dikitar semula) asalkan next round nih bekalan nya akan sentiasa ada. Mungkin akan datang nih round terakhir aku tanam kacang kot? 

Yang aku dah tak nak duduk kampung nih apa pasal nya? 

Hujan lebat jugak turunnya malam nih, dan sessi mengaji pun lambat habisnya yang by the time Isyak, dah pukul 9-30 pm, dah lewat untuk orang masjid pergi jemputan khenduri. So masing-masing semuanya tak jadi pergi.

"Makan kat luar lah kita nampak gayanya", kata Long bila mak kata yang kat rumah nasi ada sikit, lauk pun habis, goreng telur jer lah kot? Ish, lambat lah nak tunggu nasik masak, kata aku dalam hati. Dan dalam hati aku tertanya-tanya, khenduri tengahari tadi tak nak pergi, nak pergi khenduri malam, tak kesampaian pulak.

"Makan kat luar jer lah', aku kata gitu.

"Awak selalu ker makan kat luar?", mak tanya aku.

Adess, menusuk kalbu dan banyak makna sungguhlah soalan mak tuh. Apasal mak tanya gitu sedangkan setiap malam, lepas aje Isyak, kitaorang terus aje balik ke rumah. Mana pernah aku menyusup keluar, kan? So, masa bilanya aku makan kat luar? 

"Awak selalu ker makan kat luar?", mak tanya lagi. 

Aku buat pura-pura tak dengar, aku kata kat Long yang aku nak makan maggi jer lah, lagi best. Mana tak best nya, taruk udang, sotong, sayur, cili, telur 2 bijik.

Saturday

Jumaat - 17052013

"Pakai lawa harinih, nak ke mana?", Samad tanya aku masa breakfast tadi.

Biasanya aku pakai pakaian kerja kalau pergi breakfast, dan kalau minum masa break, pakaian aku memang kotor, kadang tuh memang kotor sangat, kadang tuh pakaian jer nampak kotor, tapi aku tak buat apa pun sangat kat kebun. Pagi nih, sebab aku nak ke Jabatan Pertanian, dan sebab cuaca pun macam mendung semacam, gaya macam nak hujan sangat, itu yang aku decide yang aku tak nak ke kebun, aku nak settlekan urusan lain. Ke Pusat Serenti pun aku tak nak pergi.

Dalam sesetengah jam tunggu S tapi masih tak nampak muka dia, terus aku ke tempat peraih pisang tuh, Ngit orang panggil dia, mungkin singkatan dari perkataan "hangit, bingit, sengit, lengit atau langit". Dia kata dalam pepukul 11 dia akan datang ke rumah untuk jemput aku untuk ke setor Jabatan Pertanian tuh.

So melepak aje lah aku sementara tunggu Ngit tiba, masa tuh masih awal pagi, dan aku jadi macam serba salah, nak ke kebun atau tidak. Aku nampak mak tengah mengutip jagung, lagilah rasa bersalahnya aku. Tapi kan, aku ada urusan lain nanti nih, dan sebagai seorang pekebun, petani, tak semestinya kena sentiasa ada di kebun kan? Hujan turun the moment ngit sampai, ngam-ngam pukul 11.

"Kome ada dalam seseratus ekar tanaman, tak ada pun dapat bantuan", kata Ngit. 

"100 ekar? Tanam mende?", aku tanya, respect aku kat orang yang rajin berusaha nih.

"Macang-macang, pisang, sawit, tembakau, sayur", kata Ngit. "Kome nih pelajarannya rendah tapi sejak umur 15 tahun lagi kome dah buat kerja kebun. Tak lah kaya tapi boleh lah", kata Ngit lagi.

Hujan semakin lebat bila kitaorang sampai, dan setornya pulak di sana satu, di sini dua, so terpaksa redah jer lah hujan, mengangkat guni-guni baja, kapur tuh. Bukan semuanya baja yang aku dapat tapi dikasi jugak bekalan kapur. Now, what the heck is that kapur for? Sampai 10 guni. Setahu aku, kapur nih untuk kegunaan kalau nak buat kolam ikan, lepas dibuang air kolam, dasar kolam tuh ditabur kapur. Tapi, apa pulak kaitannya untuk pertanian? Tak apa, aku ada internet, aku akan cari semua jawapan tuh online. Buat masa nih, aku kena buat pura-pura tahu apa kegunaan kapur tuh, dan ambik jer apa yang Jabatan Pertanian tuh kasi, dua hari lepas dah ambik racun sama Clorox. 

Korang tau, Clorox tuh untuk apa? Tak apa, masa aku bodoh-bodoh dulu pun aku ingatkan Clorox tuh buat guna basuh pakaian kerja, and I was like, Ya Rabbi, baiknya kerajaan, sampaikan Clorox pun dikasi bantuan.


Mulanya cadang nak singgah kat Pejabat Pertanian di Pintu Padang sebab selain nak ucapkan terima kasih kat pegawai-pegawai yang tolong aku, aku nak perkenalkan Ngit kat dioarang jugak, Ngit tuh kalau sedari dulu dia berhubung dengan Jabatan Pertanian, tentu dah berjaya, tentu orang tak akan kenal Pak Mat Siam. 

"Kome nih bukan jenis orang yang suka jilat jubur, nak dapat bantuan nih kena ikut jer telunjuk diaorang', kata Ngit. Jangan kata aku pun jilat jubur jugak sebab aku ada dapat bantuan baja tuh. 

24 guni baja dan kapur, so nak simpan kat mana? Setor kitaorang memang tak boleh muat, lagipun setor tuh kan ker macam doll house, nak sentiasa cantik dan bersih as if Barbie tinggal kat situ? So, tempat yang paling sesuai untuk simpan baja-baja tuh semua, kat garaj baru. Aku ambik palet, dan kitaorang berdua punggah dan susun baja-baja tuh. Maka dengan ini hampalah harapan sesiapa untuk mengepark kereta di garaj yang baru itu.

Ngit kata upah semuanya RM 60, aku ada terfikir jugak yang aku pun patut dibayar upah jugak, so masa aku pulangkan duit belen kat mak, aku ambiklah a few kepings duit upah. 

Lepas Sembahyang Jumaat rupanya ada mengaji kat surau, Ustaz yang hari Isnin tuh sanggup mengajar dua kali seminggu. Aku dah lah tak praktis baca, so memanglah tak berapa lancar aku baca kali nih.

Aku tengah melipat canvas/plastik, pasang zink, dan tindihkan dengan tayar-tayar lama, baja tuh bila Long pun sampai, dia balik sorang jer.

"Mende nih? Simen?, tanya Long. Long sure ingatkan simen untuk buat lantai garaj tu. 

"Tak, baja', aku jawab gitu sambil terus betulkan plastik canvass tuh.

"Mat nyer buat gini?", Long tanya lagi. Pelik agaknya dia sebab dahlah dipasang canvass, diletak a few kepings zink di sekeliling, then letak tayar pulak tuh.

"Takut orang curi. Buat gini, kalau ada orang nak curi, kita boleh dengar sebab bising bunyi zink nih", aku kata gitu, selamberly.

"Argh, tak kan lah orang curi", kata Long sambil gelak. Lama jer Long gelak sampaikan aku dah terasa hati. Sampaikan aku terperasan yang benda aku buat tuh memang tak berapa masuk akal. Or rather is shows some of my bad traits.

Aku tak beritahu pun kat Long yang semua tuh adalah idea mak, mak yang suruh aku buat gitu. Walaupun mulanya aku nak menjawab, nak kata yang tak akan ada orang curi nya lah, tapi aku termakan jugak dengan idea bernas mak tuh bila mak kata yang (arwah) pak dulu  selalu kecurian baja. Aku tak terfikir pun, aku tercepat percaya, yang itu hanyalah ayat-ayat penyedap cerita yang mak rekacipta untuk mengukuhkan statement mak. i should have known better yang mana pernah (arwah) pak beli baja banyak-banyak, dan kalau beli dua tiga guni, sure disimpan dalam setor? Apalah aku nih, mudah sangat menerima hujah-hujah tak bernas dengan membabi buta. 

Aku rasa takat keparanoian aku nih dah melampau-lampau, Maghrib tadi aku ternampak En Bruno Marz, terus jer aku pergi sembahyang ke sebelah hujung sana. Bayangkan satu masa nanti, masa bersalam dengan dia lepas sembahyang tuh, slow jer dia kata, "Keeping The Dreams Alive'. Ha, apa aku nak kata?

And so malam nih aku menggoogle ajelah kerjanya, aku cuba guna word-word yang familiar, hmmm, kebanyakan words yang aku guna tuh meresultkan blog aku ada di page pertama atau kedua search engine tuh. Dan aku terjumpa jugak a few websites pasal tempat-tempat, cerita-cerita di sekeliling aku nih, dan aku terjumpa jugak gambar-gambar orang yag namanya ada aku sebutkan dalam blog aku nih. 

Kan ker aku dah kata yang internet world nih kecik sangat? 

Ini gambar kacang harimau yang aku tanam tuh, aku terjumpa gambar nih kat internet. Sedap kacang nih, mahal pun mahal. Jangan dicomparekan dengan kacang yang biasa tuh, memang tak boleh dibuat pengompare-ran.

Dan aku satu-satunya anak Melayu yang ada tanam kacang nih secara besar-besaran hehehhe



Friday

Khamis - 16052013

"Awak makan lah roti canai semalam tuh, mak Puasa", kata mak, balik dari Subuh tadi.

"Tak lah, saya nak makan kat luar, nak tunggu S, biasanya dia ada kat kedai Chu Bekam tuh pagi-pagi", aku jawab gitu.

On my way ke kedai, aku tengok yang pokok-pokok kacang aku semuanya macam kapal layar tengah belayar jer, semuanya herot ke satu arah jer. Dan banyak yang hampir tercabut, nampak akar. Kena tambun semula nih semuanya, kata aku dalam hati. Pelepah-pelepah kelapa, ranting-ranting kayu banyak yang menghempap tanaman aku, semuanya aku buang.

Tah apa-apalah aku nih, kat rumah ada roti canai (belen yang semalam), kat kedai pun makan roti canai. Lama jugak aku tunggu kalau-kalau ada S. 

"S ada tadi, awal pagi", kata Chu Bekam bila aku tanya dia kalau-kalau S dah datang. Since aku nih ringan mulut jugak orangnya so aku ceritalah kat Chu Bekam pasal S yang menipu tuh, manalah tahu kalau-kalau dia pun ada experience kena tipu.

"Dia tuh memang kuat mempedooh (menipu) orang, kome dah berapa kali kena pedooh (tipu) dengan dia', kata Chu Bekam.

Then pembuat roti canai pun cerita benda yang sama. Makcik Milah tokay kedai runcit lagilah banyak cerita pasal S.


Since semalam hujan lebat, tanah lecah, so tak ada lah kerja yang boleh aku buat, takat ke hulu ke hilir jer lah meninjau sana sini, ada a few pokok pisang yang tumbang, jagung sama cili pun sama. Kejap jer rupanya projek memasang tayar wheelbarrow aku tuh.

Aku pesan benda yang sama dengan mak, kalau S datang, beritahu dia yang aku di Pusat Serenti. Kalau tak ada jugak S harinih, maknanya aku kena cari lori sendiri. So sebelum ke Pusat Serenti tuh, aku singgah kat tempat peraih pisang, dia kata dia boleh tolong aku pergi ambik baja kat Jabatan Pertanian tuh, guna pickup dia. Tapi, kena lah pagi-pagi sebab by 9 dah ramai orang yang hantar pisang kat dia.

Berkunci pagar ke kawasan pertanian Pusat Serenti tuh, ker sebab aku awal sangat? Atau memang harinih diaorang tak ada sebab semalam kan ker hujan lebat? So aku ke main gate Pusat Serenti tuh, tunggu kat situ, kalau-kalau ada nampak muka-muka orang yang aku kenal. 

"Siva, ini hari tarak pergi kebun ka?", aku terperasan yang Keling semalam tuh tengah mengutip sampah. 

"Ini hari tarak lah Bang", kata Siva. "Abang ada bawak ka?", tanya Siva lagi. Bawak apa, tanya aku dalam hati. Nak suruh aku pergi minum lah tuh.

Then aku nampak Sarjan K keluar, terus aku tegur dia. Dia nak keluar minum, pukul 9-30 nanti diaorang nak buat lawatan sama taklimat kat Jabatan Pertanian, ramai yang akan turun, so dia kata kalau aku nak join, memang elok sangatlah. Memang kebetulan pun aku nak ke sana, so teruslah aku ke Jabatan Pertanian di Pintu Padang. Aku nak jumpa Puan Sh sebenarnya, nak beritahu dia yang kalau boleh nama (arwah) pak ditukar atas nama aku, dan cuma aku and only me yang berhak ambik apa-apa bantuan yang Jabatan Pertanian tuh keluarkan. Tapi sorang pun tak ada kat pejabat tuh, haruslah diaorang semua dah ke Setor, pejabat yang lagi satu di Gali Tengah tuh untuk acara lawatan Pusat Serenti tuh.

Officer tu kata yang S ada talipun dia semalam, beritahu yang dia akan datang dalam pukul 11 harinih untuk ambik baja. Elok sangatlah tuh. And so aku berceritalah dengan Puan Sh, tujuan kedatangan aku tu sebab nak join lawatan dari Pusat serenti tuh. Happy dia sebab dia kata susah dan jarang ada orang yang berminat, kalau ada pun, tak bersungguh-sungguh. 

"You'll see a lot of me here, tak pun di Pusat Serenti tuh", aku kata kat Puan Sh.

Timbalan Pengarah Pusat Serenti tuh, En Y pun ada turun, dan a few pegawai-pegawai lain, pelatih dari Pusat Serenti Benta pun ada, together with pegawai dari Jabatan Pertanian Raub (yang semuanya aku dah kenal, yang semuanya tahu nama aku, yang semuanya dah pernah datang ke rumah kitaorang either sebab melawat tanaman pisang atau kacang tanah)) so memang happening lah. Aku berbaris, berkumpul sama geng tahanan tuh, aku buat selamba jer sebab diaorang ramai yang kenal aku. Kan ker aku belanja diaorang minum, semalam tuh? 

Bagus jugak sessi tunjuk-ajar, taklimat dan lawatan tuh, Pak Mat Siam yang conduct. Memanglah Pak Mat Siam tuh orang kesayangan Jabatan Pertanian, berbakul-bakul puji yang Puan Sh kasi. Dalam hati aku kata, aku boleh jadi macam Pak Mat Siam nih satu masa nanti. Kalau aku nak, kalau aku serious. Tapi itulah, at the back of my mind, aku ada perancangan lain, dan katalah akhirnya aku decide untuk bertani, berladang, jadi Pengusaha, aku sure yang nama aku akan sentiasa bermain di bibir Officers kat Jabatan Pertanian tuh. Watch out Pak Mat Siam, your 15 minutes of fame is almost up ekekekek.

"Ramuan untuk bancuhan baja ni macamana?, aku tanya gitu bila tiba bab membancuh baja.

"Itu rahsia, ini resipi turun temurun dari Siam", kata Pak Mat Siam. 

"Dengar cerita you ada buat projek kacang tanah", kata EnY, sambil tepuk bahu aku, masa orang dah nak bersurai.

"Tak ada pun sangat, adalah sikit-sikit, tanam celah-celah pokok pisang", aku jawab gitu.

"Jom pergi tempat teduh sikit, boleh sembang-sembang", kata EnY.

So kitaorang bersembanglah. Sembang punya sembang, agaknya ada lah terserlah, terpancut, termenyusur kata-kata yang membuatkan EnY sedar yang aku nih bukan lah lekeh sangat orangnya. By then dia dah tahu yang aku pernah masuk tahanan kat New York (that alone dah buatkan yang aku nih tak ada tolak bandingnya kan? ekekekke) , by then dia dah tahu yang aku pernah buat kerja-kerja kuli, by then dia dah tahu yang berbelas tahun aku duduk di luar negara, by then dia dah tahu yang aku look at life very differently. banyaklah by then by then nya.

"Kalau kita panggil you untuk bagi ceramah motivasi untuk pelatih-pelatih ni, you nak tak?", tanya EnY.

Aku tak terkejut pun sebab aku tahu, hanya jauhari yang mengenal maknikam, whatever the fuck that perumpamaan means. 

"Betul nih, kita selalu panggil penceramaha luar untuk bagi ucapan motivasi, tapi sebenarnya kita ada local punya orang, itu lagi bagus", kata EnY.

Aku macam dengar tak dengar jer dah cakap EnY lepas tuh sebab fikiran aku dah melayang jauh. Move over Dr Fadzilah Kamsah, orang tak dengar dah syarahan ko sebab ko tuh cakap jer pandai nya. Eh, nanti kat intro ucapan aku, aku nak buat style Martin Luther King, nak guna that famous sentence, "I Have A Dream..."

Aku nih, nak kata tak pandai simpan rahsia pun boleh jugak, nak kata yang aku nih banyak mulut pun boleh jugak TAPI bagi aku, aku nak settlekan permasalahan yang bermain di kepala otak aku. Aku tanya EnY, aku kata aku cakap terus terang, apa yang seharusnya aku buat sebab tahanan-tahanan tuh mintak rokok, suruh aku belikan diaorang tembakau. Is it ok kalau aku layankan aje, atau itu memang satu kesalahan?

"You ada bagi ker?", EnY tanya aku.

"Tak ada tapi diaorang asyik mintak jer, so ssya nak buat macamana, saya tahu saya akan selalu ada kat sana', aku kata gitu. 

Ish, gila ko nak kasi rokok, tembakau kat detainees tuh. Takut aku. Takat belanja minum boleh lah kan? Ekekekekek

"Abe maghi ko esok? Bui ko sayo soghe doh la, puok-puok tu susoh", kata one of the detainees yang semalam tuh.

So aku beritahu dia yang aku baru jer lepas sembang dengan Timbalan Pengarah, dia tak kasi aku hulur apa-apa kat detainees, tak nanti aku kena tangkap. A slight exaggeration there kan?

"Itu biasolah Abe, meme dia ghoyat hok itu sokmo", kata mamat tu lagi.

"Eh Sarjan, macamana ni?.....", aku tanya SarjanK.

"Apasal?", SarjanK tarik tangan aku ajak bersembang kat belakang greenhouse. 

So aku ceritalah pasal budak-budak tuh mintak rokok, suruh aku pergi beli tembakau etc.

"Kau ada bagi ker?", SarjanK tanya aku sambil senyum-senyum.

"Takkkkk!!!!', keras jer aku jawab. Hmmm, dah dua kali aku terpaksa kata "tak". By the way, aku tak suka cara SarjanK senyum tuh.

Sampai pukul 12 lebih tak ada pun bayang S, apatah lagi lori so aku beritahu Officer tuh yang aku akan cuba dapatkan alternatif lain untuk mengangkut 24 guni baja seberat 50 kg each tuh, esok atau lusa.

Letih aku sesehari dua nih, terkejar ke sana sini, dan aku kena pastikan yang aku ada di rumah sebelum waktu nak ke masjid for Zohor dan Asar. Waktu lain tuh tak ada masalah sebab memang aku ada di rumah. 

EnY sama EnRos-land ada berjemaah Zohor tadi, kebetulan diaorang nak makan kat kedai sebelah masjid, dan aku pun nak tapau nasi/lauk. 




Masa sembahyang Asar tadi, Mat Nor berdiri di sebelah aku, kat masjid nih biasanya jemaah akan bersalam dengan jemaah di kiri kanan dia. Tapi bila Mat Nor nak bersalam dengan aku tadi, dia senyum lebar. Sampai terpanik aku. Entah, aku macam rasa dia nak kata, "Awak tulis pasal kawaih dalam blog awak yer?".

Aku nih mudah jugak jadi paranoid. Mudah jugak dikejar bayang-bayang sendiri.

Aku terfikir yang selama aku berblog (sejak 2004), aku tak sensor pun nama-nama orang, aku guna nama sebenar, dan isi blog aku semuanya berkisar pasal aku dan orang sekeliling aku. Nasib lah sapa yang buat palat, kan? Akan selalu lah naik nama dia, beserta taik-taik palatnya sekali. Now, aku memang ada tulis pasal MatNor nih, dan aku ada terfikir, buatnya dia ada baca, atau sedara mara dia lambat laun akan terjumpa blog aku, then lambat laun dia akan ada baca pasal dia, apa aku nak buat? 

Sapa-sapa yang baca Dendam Perantau tentu ingat pasal Syed, this half American half-Malay guy yang menumpang sama aku masa di New York dulu. He was such a pain in the ass kan? Tapi aku tolong jer dia, aku support dia (sebab aku nih baik orangnya ekekeke) and at the same time aku tulis kat blog, macamana dia menyusahkan aku etc. Sampaikan readers blog aku yang lebih-lebih jadi marah kat Syed tuh. And nak dijadikan cerita satu hari Syed kata kat aku yang dia ada baca blog aku. Dan yang buat aku tersentaknya sebab dalam semua entries yang mengutuk dia tuh, dia kata yang dia sedih sebab selama ini tak ada pun orang kisah pasal dia, tak ada pun orang puji dia. Aku sorang jer yang tulis pasal dia, aku sorang jer yang puji dia. Aku pun pelik, sebab almost all pasal Syed tuh semuanya mengutuk dia, ada sesikit jer yang aku puji (aku kata dia ada 2 Degrees, aku kata yang kalau dia duduk Malaysia jer, ada harapan dia boleh jadi famous sebab dia ada rupa. Itu aje, seingat aku lah). Dia puji aku sebab aku puji dia. Dan semakin dia menyusahkan aku ekekekke

So, berbalik pada blog, and since aku pun dah macam ramai kenal orang luar, orang besar-besar, orang yang penting, aku rasa aku tak bolehlah nak guna nama sebenar diaorang kat blog nih lagi. Buatnya diaorang google nama diaorang tuh kan? Lagipun, Sungai Ruan nih kecik jer, everybody knows everybody. Internet world lagi lah keciknya.

So untuk itu, from now on, Mat-Nor jadi MatN, Puan Sh tetap Puan Sh, SarjanK tetap SarjanK, En Ros-land jadi Encik Ross, EnMaz-lan (Pusat Serenti) jadi En Marz, ataupun En Bruno-Marz. Yang lain-lain tuh macam biasa, tak tukar. Aku tak heran pun kalau S tau, pasal kemungkinan dia akan tahu tuh macam tak ujud lah kan? 

Oh shit, what if satu hari nanti Ustaz S tanya aku, "Mat nyer awak panggil kawaih (kawan/saya/aku - dia guna perkataan kawaih bila bersembang dengan aku) Ustaz Simon Cowell? Haruslah terpancut kencing aku masa tuh agaknya, sebab terkejut. 

In all honesty lah aku cakap, walaupun aku tahu ada orang baca blog aku nih (ada lah seseribu lebih sikit hits dalam sehari) tapi aku pretend like tak ada sapa baca. Tu pasal aku tak ada comment box, tak ada tagboard, dan aku pun tak baca blog orang lain, as if kat internet nih blog aku paling bagus dan what a waste of time lah nak pergi baca blog orang lain, kan? Itu yang aku bebas membebel sengsorang like a real selfish bastard tuh kan? 

Sesekali sekala jer aku tengok statistik pelawat ke blog aku sebab sebagai seorang artis pencen, kadang tuh blog aku nih naik kat a few forums, so far yang elok-elok jer tapi kalaulah ada yang tak eloknya nanti, biasalah, aku akan meroyan. 

Sapa-sapa nak baca blog aku, baca lah, all of me is beautiful kan? (OMG I can't believe I just said that!), nak link ke blog sendiri pun by all means link kan lah TAPI setakat tu jer lah, jangan nak memandai-mandai talipun sana sini buat report. 

Ingat tak dulu (blog Dendam Perantau) masa aku kerja resoran Pak Tua kat Hagerstown, Maryland, ada lah this one reader, dia google nama bandar tuh, last-last dia dapat locate dan agak, dan dia call restoran tuh. Sampai gitu sekali. 

Apa yang aku nak sampaikan, kalau kau suka aku, jangan susahkan aku.

It's possible to consider someone one of your closest friends without ever having met them, kan?

Oh and by the way, harinih aku pakai spender kaler hitam. 

Thursday

Rabu - 15052013

Since pagi nih aku akan sibuk, dan kebetulan pulak semalam Chu ada hantar rojak, aku breakfast kat rumah jer lah. Balik dari masjid semalam, Chu ada talipun ajak kitaorang ke Dong, makan "rojak sedap". Aku respect kat orang yang sanggup pergi jauh-jauh sebab nak cari makanan. Cuma aku tak faham, apa yang sedapnya rojak tuh, biasa-biasa aje rasanya bagi aku. 

Aku menyiram, sesambil mencabut a few more pokok kacang yang mati kering. Semakin subur dan merimbun dah kacang-kacang aku, makin aku jadi bersemangat. 

"Kalau S datang karang, mak suruh dia talipun saya, sebab dia kata kalau tak harinih, esok nak pergi ambik baja tuh", aku kata kat masa aku nak blah pergi Pusat Serenti tuh.

Banyak pulak kereta, ramai pulak orang kat kawasan kebun tuh, so aku melepak jer lah kat luar. Aku tengok jer keadaannya, kadang teringat masa dalam tahanan, kadang teringat masa aku kerja kat ladang masa di Philadelphia, Boston, El Segundo.




"Ha, ini lah Pengarah kita, kalau nak apa-apa, mintak jer kat Tuan", kata Sarjan tuh perkenalkan aku kat En Rosland, yang rupanya Officer yang aku kenal, one of the jemaahs kat masjid.

"Dia nih saya kenal sangatlah', kata En Rosland.

"Kalau awak nak guna budak-budak ni nak mencabut kacang kat tempat awak, jumpa dengan Tuan kita ni lah", kata Sarjan tuh lagi. 

Sebenarnya kitaorang boleh employ orang-orang yang kat tahanan tuh untuk buat kerja-kerja luar, for a week, sebulan atau much longer. Cuma aku tak berapa pasti berapa gaji yang kena bayar. Kalau kat BFDF dulu, kitaorang dapat gaji sedollar sehari jer.

Pak Mat Siam sama 2 orang trainees tuh pun ada, tengah tunjuk cara pasang pam, paip. Yang lain tuh, para detainees, diaorang susun polybags, pasang salur etc. 8 orang semuanya, kebanyakannya yang dah ada uban walaupun semuanya botak. Ada sorang Cina dan sorang Keling.

"Paip ni, baja tu, semuanya dari Holland", kata Pak Mat Siam.

"Yer ker?", aku macam susah nak percaya. So aku tengok betul-betul paip tuh, biasa jer, kat Malaysia sure banyak paip macam tuh. Tapi tak tahu lah kalau paip tuh special sikit. 

"Betul, ini datang dari Holland", kata Pak Mat Siam lagi.

"Balakong, Holland ker?", aku kata gitu, melawak. Sebab aku terperasan ada chop nama kompeni Malaysia kat hujung paip tuh. 

"Holland, Belanda. Kat Eropah", En Roland kata.

Aku senyum jer lah tapi dalam hati aku ada terfikir yang aku nih nampak macam bodoh sangat ker sampaikan tak tahu Holland tu kat mana? Aku terfikir jugak yang tentu En Rosland nih fikir yang aku nih just a kampung guy yang dulunya tak lulus SPM. Kalau dia tahu aku pernah ke Holland a few times, kalau dia dengar cerita macamana aku spent a few hours kat tahanan di airport kat Amsterdam masa di deport dari New York dulu, sure dia akan kagum kat aku. Aku terfikir jugak yang one fine day aku akan bersembang dengan dia, dan aku akan ceritakan kat dia pasal aku sedikit sebanyak, dan masa tuh dia akan tahu yang I am not just a regular village idiot.

Macam 2 malam lepas masa aku makan sama Ariff, aku ada terbersembang dengan this one Consultant projek kampus uITM Raub. Tak payah aku ceritalah apa dia.

Bila ramai orang besar-besar blah, aku pun jalan-jalan tengok detainees tuh kerja, aku cuba-cuba jugak pasang paip macam yang diaorang buat tuh. Pelik gila aku, apa pasal aku orang luar nih, bebas jer, boleh buat apa yang aku nak buat, as if I am one of the staff kat Pusat Serenti tuh? Ataupun as if I am one of the detainees.







Seronok jugak bersembang dengan tahanan-tahanan tuh, kitaorang aje yang berjemur buat kerja, orang lain (pegawai-pegawai) semuanya melepak kat pejabat.

Aku ceritalah jugak kat diaorang yang aku pernah ada pengalaman duduk dalam tahanan, 6 bulan. tapi kat New York. Seronok agaknya diaorang dengar bila aku cerita macamana aku kena gari kaki, tangan dan perut, dan jalan terkedek-kedek. Jugak macamana kitaorang kena mencangkung sambil bogel lepas tuh Officer akan hulur kaki dia yang ada cermin, takut kalau kitaorang ada smuggle atau sorok apa-apa kat lubang jubur. Jugak macamana kitaorang smuggled out nota-nota, messages, stamps etc ke Unit-unit lain. Kalaulah diaorang ada internet acces, nak jer aku kasi alamat blog Kisah Seorang Banduan aku tuh.





Dah dekat tengahari, masing-masing (Officers) semuanya keluar, tinggalah kitaorang aje. Pelik aku, bebasnya kat Tahanan nih. And so aku pun pergi lah keluar minum. Panas kan kat dalam tuh? Adess, aku dah lah tak ada duit, Mahal pulak aku minum tuh. Macamana pun, aku tak ada pun ada rasa bersalah, sebab pergi minum, tempat mahal pulak tuh. So, aku rasa yang aku pergi minum tuh memanglah bukan satu kesalahan, bukanlah benda yang tak sepatutnya aku buat. Sebab guilty meter aku tak bergerak pun. 

Tapi, aku kan ker nak selalu datang ke Pusat Serenti tuh, tak kan tiap kali datang aku nak keluar pergi minum? Mamposlah kalau macam nih.

Dalam pukul 12 tuh aku balik, rasa happy semacam sebab aku dapat pengalaman baru, or rather menghidupkan pengalaman lama. 

Balik jer dari Asar terus aku menyiram, kali ini aku mulakan dekat kawasan play area mak, tempat mak tanam cili, dan a few baris kacang tuh. Aku buat gitu biar mak tahu yang aku ada menyiram di situ sebab masa mak balik dari surau, mak akan nampak yang aku ada menyiram. 

Tak kalu, mak akan tanya, "Kacang di sana terh (tu) awak siram ker?". Soalan macam tuh bagi aku memang menusuk kalbu, it shows yang penanya tak percaya. Then again, my mak is not the only mom dalam dunia nih yang tak susah percaya kat anak-anak sendiri, most orang tua memang macam tuh, so sabar jer lah semampu mana. 

Elok jer aku berhenti meyiram, hujan pun turun. Yang maha lebat, dengan petir dan kilat sabung menyabung, sampaikan panik jugak aku walaupun kat dalam rumah. Banyak pelepah kelapa yang berterbangan, aku asyik dok intai jer kereta yang aku park, takut jer kalau-kalau dihempap pokok rambutan. Aku dah mula rasa guilty, kalaulah ranap/rosak kereta tuh kena hempap dek dahan rambutan, memang itu balasan Tuhan sungguhlah. Sebab dah berkali-kali mak suruh aku park kat garaj baru tapi aku tetap park bawah pokok tu jugak, sebab aku masih lagi protes secara senyap pasal kes pembinaan garaj tuh. 

Jahat aku nih, walaupun aku bersyukur yang aku tak payah kena menyiram 2 hari (sebab hujan lebat gila) tapi hati aku macam berdoa biarlah Ustaz Simon Cowell tak datang malam nih. Saspen jer aku bila dah dekat nak Maghrib, hujan makin slow, ada harapan Ustaz tuh boleh datang mengajar mengaji. Bukanlah aku tak suka sangat tapi apa salahnya once in a while Ustaz tuh tak datang, Ustaz-ustaz lain selalu yang ada prgram lain tapi Ustaz Simon Cowell nih memang tak pernah miss. Tapi.....malam hari Rabu jer lah yang dia ada nya, malam lain jarang. Subuh langsunglah tak nampak muka. Oooppsss

Masa nak jemput Makcik Esah kat rumah dia tadi, aku ada sikit sentapz dengan mak, dan aku tahu, mak pun ada tak puas hati dengan jawapan aku, so both of us memendam rasa jer lah. Like mother like son lah sangat kan? Bukan apa, aku tak percaya ayat, "Anak-anak dia marah awak datang jemput sampai tepi pintu". 

Chu suruh aku pergi ambik roti canai yang dia order untuk jamuan malam nih, so lepas Maghrib tuh (hujan masih turun dan Ustaz tak datang, jemaah yang ada pun tak sampai sepuluh orang) aku ajak Ariff sama this one guy, ajak mengeteh. Kitaorang makan roti canai yang Chu order tuh sebab kitaorang tahu yang tentu banyak makanan berlebih nanti tuh, so daripada membazir order roti canai yang lain, baik makan roti canai yang dah sedia tuh. Mak pun ada bawak banyak kuih pau tadi tuh (kuih kukus rinti nyor) , dan orang lain sure ada jugak yang bawak makanan. 

Aku ajak that guy tuh pasal aku nak pancing dia biar dia suka datang masjid. Dia nih baru jugak berjinak dalam aktiviti berjemaah kat masjid (malam aje lah), so itu yang aku ajak dia mengeteh tuh, biar dia rasa dia ada kawan, biar dia rasa yang seronok datang berjemaah kat masjid. 

Chu suruh aku hantar dia sekejap balik ke rumah, nak betulkan fuse letrik rumah dia, so aku yang memang tak boleh diharap langsung bab-bab DIY nih terpaksalah ikut. Aku rasa aku macam hero jer bila dua tiga kali aku ketuk-ketuk, aku hogah-hogah (goyang) apa-apa yang patut, tiba-tiba lampu menyala. Tak terperi-peri keterreran aku nih kan? Terserlah dan memancar di mana-mana.

"Chu, apasal mak macam tu?", aku tanya Chu. Mulalah nak mengadu, aku nih. Bukan mengadu apa pun sangat cuma aku nak tahu dari Chu, macamana mak nih sebenarnya, sebab Chu kan ker adik mak?

"Mat nyer?", kata Chu sambil gelak-gelak.

Terus aku tahu yang there's something yang not quite right bila Chu gelak-gelak gitu. Betul pun tekaan aku sebab lepas tuh Chu terus jer kata, "Mak awak tu memang gitu, susah sikit. Dia tu keras kepala, dia tak nak dengar cakap orang, dia ingat dia jer yang betulnya", kata Chu. 

"Tapi Chu, orang tua memang semuanya gitu kan?", aku cuba nak menyedapkan hati.

"Alah, awak sabar jer lah", kata Chu lagi. 

"Saya rasa tahun depan saya tak nak duduk kampung dah", aku kata gitu masa kitaorang masih dalam kereta, sampai aje kat masjid.

"Lah, mat nyer? Sapa nak jaga mak awak?", tanya Chu.

"Alah, biar lah adik beradik saya yang lain pulak jaga mak. Tak pun biar mak duduk dengan sapa-sapa jer lah kat KL", aku kata gitu.

"Awak nih apa pendapatannya?", terkejut jugak aku bila Chu tanya macam tuh.

"Mana saya ada pendapatan. Tak ada!", serious jer aku jawab.

"Lah, tak kan adik beradik awak tak ada hulur duit sesikit.? Deme nyer kan ker kaya, Ngah awak tu kan ker pakai kerete mende, Posay? Foser?", kata Chu.

"Porsche", aku membetulkan cakap Chu.

"Ada lah yang hulur saya sesikit, tapi tak tetap, ada masa ada, ada masa tak ada. Tapi, seseratus dua tu mana lah cukup Chu", aku kata gitu.

"Eh, awak ni bila nak nikahnya? Awak tak boleh sorang-sorang gini, awak kena nikah jugerk", kata Chu.

"Benda-benda gitu saya nak fikir tahun depan, sekarang ni saya tak nak fikir sebab saya memang tak ada duit", aku kata lagi.

"Chu ada anak angkat, sebaya Lina (sepupu aku), dulu cikgu swasta. Baik budaknya, padan sangat dengan awak", kata Chu lagi.

"Ker awak dah ada calun? Chu suka sangat kalau awak nak ke dia tu", kata Chu lagi. 

"Eh, moh lah, dah nak masuk waktu", aku kata gitu. Tak boleh dilayan sangat kalau cerita bab kawin nih, kang tersalah cakap kang, kang kalau Chu tercakap kat mak kang, silap-silap ada rombongan pergi merisik pulak.



Wednesday

Selasa - 14052013

"Saya nak ke Pejabat Pertanian karang dalam pepukul 10, diaorang suruh datang ambik baja', aku beritahu mak masa balik dari Subuh.

So aku tak sambung tidur, cuma baring-baring aje, then S datang, nak mengingatkan aku yang kitaorang kena ke Pejabat Pertanian tuh harinih. Lepas breakfast terus aku ke kebun, menyiram kat Zone 1 sebab semalam tak sempat. 

Mat Nor ada datang sama wife dia, nak ambik duit belen upah buat garaj.

"Garaj dah lawa-lawa tuh, mat nyer letak kereta bawah pokok?", Mat Nor tegur aku.

Kalaulah aku nih Azwan Haji Ali, tentu aku dah jawab, "Lawa kau kata? Mahal nak mampos, tak kuasa aku nak park kat garaj "mahal' kau tuh". 

Ha, tak semena-mena nama Azwan Haji Ali naik ekekekek

"Agak-agak berapa harga garaj tu?', saja jer lah aku tanya S, masa kitaorang nak bertolak. 

"Dalam seseribu, paling-paling pun seribu dua', kata S.

Semalam aku ada sembang dengan Majid, dia buat kerja kampung jugak, dia kata kalau setakat 6 batang tiang konkrit, zink dan 6 batang kayu, paling mahal pun seribu harganya, itupun dah untung banyak.

"Patut dia pakai lawa, bawak bini sekali, nak ke Raub lah tu shopping, sebab untung besar', kata S bila aku beritahu harga sebenar garaj tu. 

Kitaorang ke setor Pejabat Pertanian di Gali Tengah, bukan kat pejabat yang di Pintu Padang tuh. S kata yang esok atau lusa dia akan cari lori untuk ambik baja-baja tuh semua, harinih cuma datang nak tengok sebanyak mana baja yang diaorang nak kasi. 

"Yang mana satu nama awak?", officer tu tanya S, sambil check nama-nama yang dalam senarai. 

Tak ada nama dia, so S ambik kertas tuh, dia tengok satu persatu.

"Ha, yang nih", kata S, ambil tunjuk nama (arwah) pak. Terkejut aku sebab aku tak tahu pun nama (arwah) pak ada dalam senarai penerima baja. Aku dah mula rasa tak sedap hati. 

"Bang tunggu sini jer lah, saya nak ke setor tu sekejap, nak tengok-tengok', aku kata kat S, aku tak kasi dia ikut aku sama Officers 2 orang tuh. Sebab aku ada benda nak tanya Officers tuh.

'Memang dari dulu ker nama (arwah) ayah saya ada dalam senarai tu? Selalu ker S datang ambik baja bantuan?", aku tanya Officers tuh.

"Lama jugak dah, dah bertahun dah, memang S yang datang ambik baja, dia bawak lori', kata guy Officer tuh.

"Yer ker? Masalahnya, ayah saya dah meninggal, tapi, setahu saya dia tak pernah dapat bantuan dari sini. S tu pulak, selalu mintak duit dari mak saya sebab dia kata nak beli baja, racun. Rupanya dia ambik dari sini', aku kata gitu.

"Laaaaaa......', itu jer lah yang terkeluar dari mulut kedua-dua Officers tuh.

So sekarang memang confirmed lah yang selama ini S dapat bantaun baja (atas nama arwah pak0, dan baja tuh mungkin dia jual. Kemudian, dia mintak duit dari mak, alasannya nak beli baja sama racun. Sepatutnya, kalau mengikut kata Pak Andak, Chu, S tak ada hak nak mintak duit, dia sepatutnya guna duit sendiri untuk beli apa-apa, sebab hasil pisang tuh dibagi dua. 

Aku tak ada lah marah tapi, bloody hell, hidup-hidup dia tipu mak, mati-mati kitaorang percaya.

Sebelum balik kitaorang singgah tengok projek cili fertigasi kat depan setor tuh, sembang-sembang dengan 2 pekerja yang sebenarnya askar yang tengah buat praktikal. Fikir punya fikir, aku buat keputusan nak ke tempat this one Pengusaha yang tokay projek tuh. Selalu sangat orang Jabatan Pertanian suruh aku ke tempat tuh, and by the look of things, Pengusaha tuh ada bergulung-gulung "kabel" dengan orang-orang besar Jabatan Pertanian. 

Kebetulan tempat tuh tak berapa jauh, dekat kampung Durian Sebatang, Dong. Tapi, jalan ke ladang Pak Mat Siam tuh jauh ke dalam lagi, jalan sempit, dalam hutan, jalan hala ke tempat kes Mona Fendy dulu tuh. Kalau aku sorang, potong kote lah aku nak lalu jalan sempit berliku-liku tuh. 

Pak Mat Siam nih memanglah seorang usahawan yang berjaya, dia tanam tembikai untuk dieksport ke Singapore jugak, tanaman lain pun ada. Yang peliknya, dia tak ada pekerja lain (kecuali askar 2 orang tuh), pekerja Indonesia yang pernah kerja di situ semuanya lari, tak tahan asyik kena pau dengan polis.

Bila aku beritahu tujuan kedatangan aku, nak tengok-tengok macamana cara dia buat cili fertigasi tuh, Pak Mat Siam kata yang in like an hour dia nak ke Pusat Serenti (Pusat Pemulihan Dadah) di Sungai Ruan (yang cuma sepelaung dari rumah mak) sebab nak tunjukkan cara buat fertigasi tuh kat inmates di situ. Dia kata kalau aku nak join, tak ada masalah. 

Terus aku kata aku nak join, the thought yang aku akan berada dalam pusat tahanan yang di sekelilingi barb wire, itu punca utamanya. Deja vu all over again lah kan, ini jer peluang untuk aku masuk pusat tahanan, walaupun aku tahu yang kat Pusat Serenti tuh tak ada apa lah yang boleh dicomparekan dengan tempat aku kena tahan dulu, Buffalo Federal Detention Facility, New York.

Punyalah bosan masa balik tuh, aku senyap jer. 

'Diaorang tak buang-buang lagi poster Pilihanraya nih, bersepah larah uko menyemak jer", kata S, membukak cerita.

'Eh, Datuk Ariff tu sapa sebenarnya hah?', aku tanya S, pasal ahli Parlimen Raub (DAP) yang baru. Seriously, aku tak tahu apa-apa pun pasal Datuk Ariff tapi adalah sesikit info yang aku baca kat internet pasal dia nih. Masa aku di US dulu, mana lah aku ambik port pasal ahli-ahli politik Malaysia, aku sibuk ambik port pasal sapa yang buat konsert kat Madison Square Garden jer kan? heheh.

So S ceritalah dari awal sampai akhir pasal Datuk Ariff. Makin aku respect kat Datuk tuh jadinya.

"Saya "kenal" bekas isteri Datuk tu, bukan "kenal' apa pun sangat tapi saya pernah bertukar-tukar mesej dengan dia kat internet, itupun ada kawan yang beritahu", aku kata gitu.

Puaslah pulak aku nak explain pasal blog kat S tuh, tujuan blog, konsep, dan apa yang ditulis. 

"Macam diary lah, dia tulis pasal diri dia, keluarga dia, benda-benda gitu. Lama dah dia tulis rasanya, dari tahun dua ribu lapan kalau tak salah", aku kata lagi.

"Sebelum deme nyer bercerai lah dak? Banyaklah cerita dalam kelambu nya dak?", tanya S.

Ya Rabbi, ke situ pulak perginya. 

Lepas turunkan S, aku singgah rumah kejap, nak beritahu mak. Mak baru lepas mengajar mengaji, tinggal sorang jer mak budak yang belum balik.

"Selama ini kita kena tipu jer dengan S tuh, mak', aku kata gitu. Then teruslah aku cerita kat mak.

"S tu memang gitu, deme jer yang percaya ke dia", kata mak budak tuh.

Masa menunggu Pak Mat Siam kat depan Pusat Serenti yang sibuk dengan pelawat tuh, bersembang sekejap dengan En Mazlan, orang besar kat situ. Aku kenal dia nih sebab dia selalu berjemaah di masjid, jadi Imam pun pernah, best bacaan dia. Ada sorang lagi orang besar Pusat Serenti tuh yang aku kenal, jugak jemaah masjid, cuma aku belum pernah sembang dengan dia. Aku tau tu pun bila aku tengok kereta dia kat tempat parking khas tuh. 

Bila Pak Mat Siam sampai, dia ajak aku ikut dia, rupanya bukan masuk ke dalam Pusat Serenti tuh tapi ke kawasan lain, kat belah belakang Ibu Pejabat Polis/Kuarters Sungai Ruan. Itupun kawasan larangan jugak tapi sebab aku sama Pak Mat siam, so tak ada masalah lah. Ada 3 orang inmates yang tengah kerja menyusun polybags, ada 3 Officers, tempat tuh macam kebun aku jer, banyak tanaman, cuma projek cili tu aje yang kat tengah-tengah, baru nak dimulakan. 

"Diaorang ni tak lari ker?", aku tanya Sarjan Officer tuh. Cuak jugak aku bila tengok inmates tuh bebas aje ke sana sini.

"Diaorang nih ada yang tak nak balik, duduk sini sedap, makan sedap, semuanya sedap", kata Sarjan tuh. 

Pak Mat Siam tu dilantik Pusat Serenti tu untuk tunjuk ajar cara-cara tanam secara fertigasi, macam dia dapat kontrak lah untuk pasang peralatan, jugak tunjuk ajar mana yang patut. So aku tanyalah Pak Mat Siam tuh, berapa belanjanya untuk pasang semuanya tuh. 

Sepuluh ribu Ringgit untuk seribu bags, kalau tak salah aku. Fikiran aku dah berkecamuk dah masa tuh, penuh dengan info dari pak Mat Siam nih. Selain dari masalah kos, aku fikir jugak pasal timing. Sekarang dah dekat bulan 6, aku kena fikir betul-betul pasal timing sebab tahun depan aku akan ada banyak projek. Aku kena susun projek-projek tuh ikut kesesuaian masa. Aku terfikir jugak, ada harapan aku ubah plan aku. Iyalah, mana lah tahu kot-kot ada orang yang nampak keexistan aku nih, dan aku buat keputusan nak kawin, even dengan janda sekali pun (asalkan bukan janda lucah ekekeke) Ha, kalau macam tuh aku kena ubah sikit plan aku. Ataupun, entah-entah ada orang Ecuador yang sanggup duduk Raub, kan? Itu pun ada terlintas di kepala aku nih. 

Aku ada a few options nih tapi semuanya tahun depan lah. I'm dying to know kat mana I will end up tahun depan nih, InsyaAllah, kalau panjang umur. Tu pasal, walaupun sekarang nih aku tak kerja, duit tak ada, duduk kampung, tak ada prospek, tak ada future, tak ada yang menarik nya pasal aku, tapi aku maintain keselambaan aku. And I don't give a fuck pun apa yang orang fikir pasal aku.

Aku puas hati dengan tunjuk ajar, jugak maklumat yang aku dapat dari semua diaorang tuh, tak sangka pulak yang semua nya tuh kat depan mata aku. Sarjan tuh kata kalau aku nak datang join diaorang, bila-bila masa aje, so aku kata yang aku akan datang lagi esok pagi, nak tengok macamana diaorang pasang peralatan tuh. 

"Mak, sebelum ni pernah ker (arwah) pak dapat bantaun dari Jabatan Pertanian?", aku tanya mak masa nak pergi Zohor. (Aku baru jer noticed yang aku bercakap dengan mak, selalunya masa dalam kereta, masa pergi atau balik masjid. Masa-masa lain tuh tak ada masa kot. Masa yang tak ada masa hehehe)

"Tak pernah pun tapi dah bertahun Jabatan Pertanian kata nak bagi bantuan baja, racun. Tak ada pun', kata mak.

'Dapat sebenarnya mak, tapi nya ambik di S tuh", aku kata gitu.

"Tak apa, akan datang nih, kalau dia mintak duit nak beli baja ker, racun ker, jangan bagi. Suruh dia guna baja bantuan tu jer, 24 guni yang kita dapat', aku kata gitu.

"Dia tahu ker yang awak tahu dia menipu?", mak tanya lagi.

'Entah, dia tak tahu', aku jawab macam tuh.

Masuk jer masjid, aku perasan ada muka baru, orang tua. Bawak beg 2 bijik. Lepas sembahyang sunat, teruslah aku tegur pakcik tuh, tak sampai hati aku tengok orang berumur macam tuh hidupnya berkelana. Rupanya pakcik tuh datang dari Narathiwat, Thailand. Dia datang nak pungut derma untuk pembinaan Pusat Tahfiz. Dia akan berada di kampung nih selama 3 hari, datang dari sana tuh bertiga. Menurut kata dia lah. 

Masalahnya, dia tak ada pun surat-surat sokongan yang menyatakan pasal kutipan derma tuh, cuak jugaklah aku pasal aku bayak sangat dah baca cerita-cerita pasal penyelewangan yang melibatkan Rumah Anak Yatim dan Pusat Tahfiz. So aku beritahu dan tunjuk kat dia, siapa yang dia patut jumpa (imam dan bendahari), bila masa yang sesuai (malam), things like that. Sesambil tuh aku peratikan jugak pakcik tuh, aku kalau bab-bab memerhati orang memang nombor satu. 

Tak banyak dapatnya pakcik nih gayanya, mana orang nak percaya kalau tak ada surat sokongan, kata aku dalam hati. Terlintas kat kepala aku, yang tadi sebelum ke masjid, aku buat sesuatu yang aku jarang, or mungkin tak pernah buat. Memang aku sentiasa bawak wallet kalau ke masjid tapi tadi tuh, aku selongkar meja, selongkar bag (dah 6 bulan aku balik kampung, masih ada bags aku yang aku tak keluarkan isinya), aku nak cari duit merah, just incase aku nak guna duit sebab yang ada dalam wallet aku cuma a few kepings duit RM 50. Now, dua tiga hari lepas I was on my last fifty kan, tapi itulah, Tuhan Maha Pemurah, ada jer lah rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka. 

So aku jadi macam berbelah bagi gitu, nak percaya atau tidak kat pakcik tuh? Orang sembahyang sunat, dia tak sembahyang sunat. Mata dia liar jer tengok sana sini. Dan mata aku pun liar jer menengok pergerakan pakcik tuh. Seliar dia mengejar imam Simon Cowell, siap jer sembahyang Zohor tuh. 

Aku tak tidur pun lepas Zohor, lepas hantar mak ke surau petang nih pun aku tak tidur. Entah, aku rasa macam excited jer hari nih. Aku online jer lah sepanjang petang.


Tengah sedap menyiram (sesambil berangan melayan perasaan), ada kereta berhenti depan rumah, ada a few guys di dalamnya, yang aku tak kenal, aku tak tahu siapa. Then turun this one guy, kereta tuh pun blah. 

Sapa pulak nih, setahu aku kitaorang tak ada sedara segemuk ini, kata aku dalam hati.

"Makcik (mak) ada?", mamat tu tanya bila aku menyahut salam dia.

"Dari mana ni? Ada apa hal?", aku tanya, sambil pergi tutup paip.

"Dari Perak, ada hal sikit nak cerita dengan makcik", kata mamat tuh. Puas aku cuba baca tag nama dia tapi dia macam tahu, dia hadang-hadang dengan tangan. 

Tak kan orang nak berkempen, pilihanraya dah siap. Ker berkempen untuk Filipina punya election?, tanya hati aku.

Mamat tuh macam tak nak jer bercakap dengan aku, dia tunggu jer aku blah, baru lah dia bercakap dengan mak. Gayanya macam mak kenal mamat tuh. So aku teruslah sambung menyiram.

"Ada orang datang jumpa makcik tak baru-baru ni, bawak kotak hitam?", aku terdengar Mamat tuh tanya mak. Saja jer aku patah balik, buat pura-pura nak betulkan paip yang berlipat, aku nak dengar keyword dari mamat tu jer. Aku nih pandai orangnya, dapat keyword satu tuh, aku dah boleh agak dah benda seterusnya. 

Bila kawan mamat tuh datang semula, diaorang keluarkan satu kotak, sah lah ini salesman, dan aku macam tahu jer yang akhirnya mak akan terbeli benda yang dijual tuh. 

Lama jugak mamat tuh kasi penerangan, mulanya kat luar rumah, then terpaksa masuk dalam rumah sebab nak pasang alat tuh, nak tunjukkan cara nak guna. 

Gayanya macam water filter, sebab aku ada terdengar mamat tuh kata yang air nya baik untuk kesihatan blah blah blah, dia siap sebt nama Ustaz yang rekomen penggunaan alat tuh, dia boleh dihukum penjara kalau jual benda tipu, shit like that. 

He's a salesman alright.

Tegak-tegak telinga aku mencuri dengar, aku intai-intai dari celah-celah daun pisang, aku buat jer pura-pura menyiram tapi paip air tuh aku biarkan atas tanah, biar tak ada bunyi air yang keluar. Aku saspen jugak, banyak yang aku baca kes-kes yang mengerikan dalam paper. Itu yang aku intai betul-betul tuh. Yang kalau mak aku tahu how concern nya aku masa tu, sure mak akan respect aku, sure mak akan kata, "Ha, that's my boy".

At the same time aku prepare soalan, jawapan, nas-nas yang aku akan kata kat mak, incase mak terbeli benda yang dijual tuh.

"Kalau benda ni baik untuk kesihatan, pasal mak tak tanya dia apasal dia gemuk semacam jer?'. 'Ada orag tu kena tangkap sebab mengaku dia anak Ustaz Pusat Rawatan Islam tuh'. Itu contoh-contoh benda yang aku fikir, dan aku nak beritahu mak.

Dah nak Maghrib baru diaorang balik, aku tengok tak ada pun water filter tuh ditinggalkan, aku pun tak tanya mak, aku macam redha jer kalau mak beli. Mengikut kata mak, diaorang akan datang lagi nanti untuk bawak water filter tuh (kalau mak nak beli) sebab yang dia bawak tadi tuh hanya untuk buat demo. And so aku beritahu mak yang apa perlunya water filter baru yang canggih, kitaorang dah ada satu.

Ustaz Tab tak ada malam nih, aku kalau tak ada Ustaz nih mula lah buat plan nak melepak kat luar. Kebetulan pulak aku memang lapar, tadi makan jagung jer sebab mak ada rebus jagung dan since mak tak larat nak makan (gigi dah tak lut), so terpaksalah aku makan 3 tongkol. After all aku yang tanam jagung tuh. Tapi, dah 2 malam berturut-turut aku makan kat luar, mengalahkan orang yang ada income lagi, so aku cadang nak perkena burger jer lah, itu tak diconsider as makan berat kot? 

Tapi, the moment aku nak ke kereta, Ariff dah jeling-jeling aku sambil tanya, "nak pergi minum ker?'. Now, Ariff ni lah yang selalu jadi peneman aku kalau aku makan kat luar, tapi aku tak berapa berkenan dengan cara pengapproachan dia tuh. Kalau aku yang ajak dia, that's fine, memang aku ikhlas nak belanja dia. Tapi, kebelakangan nih, dia pulak yang lebih-lebih, macam semalam tuh, dia siap tunggu depan kereta, sebab dia nampak aku keluar dari masjid. Tak kan aku nak tipu dia bila dia tanya, "nak pergi minum ker?", kan? 

So tak jadi lah aku keluar makan. Aku ke kedai sebelah masjid yang dah tutup tuh, aku melepak dalam gelap kat kerusi di situ. Sambil memerhati orang. Best, orang dalam gelap memanglah boleh nampak orang dalam terang, tapi orang dalam terang tak nampak orang dalam gelap, kan? macam dalam kehidupan seharian jugaklah, orang senang mana nampak orang susah, orang susah jer yang boleh nampak orang senang.

Lelaki kan, sekor ke sekor, memang tak senonoh perangainya. Tak kira sapa, kecuali aku hehehe. Sebab tak ada orang tengok, keluar masjid tuh, selamba jer ada yang garu telor, ada yang bela parking kote, ada yang lepaskan kentut kuat-kuat. Diaorang tak tahu pun yang aku memerhati dalam kegelapan. Aku terpaksa buat tak nampak, duduk senyap-senyap, takut diaorang terperasan keujudan aku. Tak kalu, besarlah kemaluan diaorang, kan?  

Tapi, ginilah story of my life, tak boleh langsung tengok aku senang, ada jer benda yang mengacau. Adalah satu van nih, berhenti betul-betul depan masjid, dipark melintang, lampu high beamnya tak dipadamkan, so sebijik menyuluh aku. For a good 10 minutes lebihkurang. Sampaikan aku terpaksa berfikir, ker ini signal suruh aku masuk ke masjid dan buat benda-benda yang patut? Instead of duduk dalam gelap kat luar masjid tuh? 

And so aku pun masuk semula ke masjid. Aku suka dengan cara aku, aku mudah rasa bersalah, mudah rasa guilty, bila buat benda-benda yang tak sepatutnya aku buat. Ataupun bila ada benda lain yang lebih baik, yang patut aku buat.

Life is a lesson imperfectly learned, kan?