Monday

Isnin 11 Febuari 2019

Mula-mula jer bersemangat kat kebun, habis jer menyiram terus semangat aku jadi kering gitu bila mengenangkan yang betapa siksa nya nak menyangkul, menanam kacang harimau dalam keadaan tanah kering berbatu. Ada sekelompok lagi kacang yang belum dicabut, aku tak ada masa nak siram untuk kasi tanah nya lembut (so senang untuk cabut) sebab air yang dapat disimpan cuma cukup untuk menyiram. Semalam tuh hampir the whole day aku biarkan paip air on, tapi pressure tak kuat, setengah tong aje yang dapat. 

Mungkin aku kena berihat sekejap dari berkebun kot, rasa macam orang bodoh jer bercucuk tanam sekarang nih dalam keadaan cuaca panas terlampau, ditambah pulak bekalan air tak konsisten. Kadang tuh aku akui memang aku bodoh sebab bila tengokkan projek orang lain yang guna sistem fertigasi, elok aje tanaman diaorang. Dan tak payah nak susah-susah macam aku, yang setiap pagi dan petang kena menyiram. 

Ituhari MN ada tanya aku kalau-kalau aku nak pasang, buat sistem fertigasi, sebab dia sama adik ipar dia ada tanam cili guna sistem tuh. Aku suka berkebun cara tradisional, guna cangkul, menyiram sendiri. Lagipun, aku berkebun bukannya serious, just untuk buang masa, jugak untuk mengaburi mata orang kampung, at least ada yang tahu yang aku nih "berkebun", bukannya takat makan tidur aje, yang akan mengundang banyak persoalan lain. 

Bukan semua orang yang suka pergi memancing tuh nak kan ikan, kan? Sama lah macam aku, aku bukannya nak kan sayur tanaman sangat pun walaupun aku suka berkebun.

Aku sembahyang Asar kat surau aje (instead of di masid) sebab lepas tuh terus nak ke rumah ChuBekam. Aku nak bekam kat kepala jugak so kena dicukur dulu 2 spots kat kepala aku, alang-alang gitu, might as well cukur sampai botak licin, so aku suruh anak dia botakkan aku. Mesin cukur rambut rosak lah pulak, so terpaksa dicukur guna pisau cukur. Sampai luka-luka kepala aku sebab pisau cukur cuma ada 2, terus aku teringat pengalaman bercukur sampai botak masa kat Detention Center dulu, Dexter bapok Jamaica tuh yang botakkan aku sampaikan bertompok-tompok luka.

Aku mintak nak buat 10 cups aje, 2 kat kepala, 6 kat badan dan 2 kat tapak kaki tapi banyak pulak dibuat kat badan, masa nak bayar tuh baru aku tahu jumlahnya 17 cups. Ok lah tuh, dulu, bapak diaorang bekam aku sampai 36 cups, sampai pengsan aku, kan? Dia boleh tanya aku samada aku ada bela hantu pulak tuh ekekekek

Macamana pun aku rasa puas hati, kepala dan badan rasa ringan aje. 

Tak berapa ramai yang datang mengaji malam nih, dan bacaan aku kali nih ok pulak, lancar jer, macam tak ada pressure gitu bila baca.