Aku tak perasan pun kat WA group berlambak messages pagi nih, masa nak ke Pekan Sari baru aku tersedar. Since tak payah jemput Chu, aku jalan kaki aje lah ikut jalan pintas. Berita terbaru, Mak akan balik bermalam di kampung sebab Long offer diri nak datang jemput Mak esok untuk hantar balik ke Pondok.
Semalam katanya tak free, alih-alih harinih free pulak. So, Lan/Rozi akan jemput Mak, bawak ke Budu untuk pergi khenduri, dan hantar Mak balik ke rumah nih.
"Ya Rabbi.....", itu jer yang aku tulis kat WA, maksud aku, terkejut sebab banyak sangat perubahan plan sejak semalam.
"Ngapa Abang Tam? Awak pergi KL ker?", Ida tanya gitu.
"Ida nih bagi idea aku nak buat drama lah pulak", kata aku dalam hati.
"Haah......", aku kata gitu.
Terus lah Ida talipun aku, membawang pasal Long yang tukar plan di saat akhir. Masalahnya, aku, Ida dan Long aje yang ada kunci baru rumah. So aku terpaksa "patah balik", batalkan hajat untuk ke KL, plan yang aku buat semalam sebab ingatkan Mak tak jadi nak balik.
Long, bila tahu yang aku dah dalam perjalanan ke KL, terpaksa lah buat keputusan untuk balik sebelum petang.
So, Lan/Rozi jemput Mak, pergi khenduri dan balik sini, petang pulak Long akan sampai, bermalam di sini. Dan aku tak jadi lah nak ke KL sebab aku dah "patah balik".
Kelam kabut jugaklah aku dibuatnya, ingatkan boleh lah lepak lama kat Pekan Sari, tapi lepas beli a few things terus aje lah balik, mengemas apa yang patut dikemas, yang penting-penting aje lah.
Lan/Rozi sekeluarga, Mak, sampai masa aku kat masjid. Tak lama lepak nya, sebelum Asar diaorang dah nak balik, masa tuh jugak Long/Kak Long pun sampai.
"Lama dah tinggal nya, lupa nak bawak balik", aku terdengar Kak Long kata gitu kat Mak sambil belek-belek, bukak a few karung barang dalam kabinet.
Laaa, rupanya Kak Long yang punya barang kelengkapan kahwin tuh, so terungkailah mister selama ini. Aku punyalah nak tergelak tapi bila tengok yang barang tuh banyak, aku boleh faham yang itu buat Mak curious nak tahu siapa yang punya. Sampaikan Mak ingat barang tuh aku yang punya, aku nak kawin tapi tak kasi tahu orang lagih. Gitu.
Ok, so selesai lah satu permasalahan. Permasalahan kedua yang nak aku settlekan, kes aku sama Long pulak. Panik jugak Long bila aku kata aku ada nak cakap something dengan dia, the moment aku masuk kereta Long untuk ke masjid for Asar.
Since aku dah cool, dan aku pun tak nak fikir sangat pasal apa yang Long cakap kat Mak pasal aku, so aku cuma beritahu Long yang aku kurang puas hati dengan cara Long tuh, akan datang, kalau ada apa-apa yang nak aku buat, just let me know, InsyaAllah akan aku buat. Dari jawapan Long, aku tahu yang Long ada mengadu kat Mak pasal aku. Macamana pun, kira settle lah problem tuh, dan aku pun dah tak ada rasa marah dan bengang kat Long.
Mulanya aku nak ikut Long berbekam lepas Isyak tadi tapi sebab malas nak tunggu turn, aku suruh Long book kan slot untuk aku, lepas Asar Isnin nanti.