Wednesday

Jumaat 15 Febuari 2019

Since pagi nih lambat sikit selesainya sembahyang (Surah Sajdah), aku melepak aje dalam kereta lepas tuh, bila dah cerah aku terus ke gerai roti canai nih yang memang bukak awal pagi. Too bad diaorang layan regulars jer, aku yang tak pernah-pernah makan kat situ, dibiar melangut sampai dekat setengah jam.

Then ke kubur, terakhir aku ke sana, masa pengkebumian Mak MN hari Selasa lepas, masa tuh aku tengok yang pokok-pokok yang aku tanam kat kubur (arwah) Pak, dah layu semacam. Tapi syukurlah Selasa petang tuh hujan, bernyawa balik pokok-pokok tuh.

Aku tak tahu apa pasal tapi aku jadi termalas lepas balik ke rumah, dah siap nak tukar pakaian untuk ke kebun, aku boleh baring kat sofa, then tidur. Sedar pun masa Ita bini Ipin datang, hantar nasi lemak, dia mintak benih kacang harimau, Mak dia nak cuba-cuba tanam.

Masa Sembahyang Jumaat pun aku ngantuk semacam, balik rumah pun aku tidur lagi, alasannya kat luar panas sangat, memang seronok layan tidur. Lepas Asar aku rasa macam lemau aje badan, ke kebun sekejap takat buat syarat jer.

Masa tengah mandi, Jemaah Tabligh ada datang ziarah, bukan Jemaah dari luar tapi orang tempatan. Biasalah, ajak aku turut sama majlis diaorang malam nih, too bad kat masjid pun ada Kuliah Maghrib. Kalau tak ada majlis pun aku tak pergi jugak. 

Terfikir jugak aku, ada jugak orang datang ziarah aku. Dua kali Jemaah Tabligh datang kampung, tak ada pun datang ziarah, aku pun pelik sebab apa. Biasanya memang sini lah yang mula-mula dituju. Agaknya diaorang dah berpatah arang sebab aku tak pernah pun join diaorang kat surau.

MamatPaki yang jual kain tuh pun dah lama tak datang, ada sesekali sekala aku ternampak dia kat masjid, so aku ingatkan dia akan datang ke rumah macam biasa, jual kain. Tapi, tiap hari aku intai melalui tingkap, bayang MamatPaki tak nampak jugak. Ker sebab dia dah kaya, dah tak nak layan aku yang cuma beli satu kain pelikat? 

Ada Kuliah Maghrib malam nih sebab Ustaz/Imam HuhaHuha tuh free, program dia yang lain dikansel. Aku tunggu jugak, sambil fikir, lagu apa lah dia nak nyanyi malam nih, bergelek macam dulu jugak ker kali ini? Tapi, tak ada lah pulak. Tapi ada dia mentioned nama-nama lagu yang masuk Anugerah Juara Lagu dulu tuh, aku tertahu tuh sebab dulu ada member se reban diskuss, so bila Ustaz/Imam tuh sebut satu-satu nama lagu, itu yang aku rasa macam respect jer kat dia sebab dia knowledgeable

Tak cukup lah pulak makanan yang disediakan, mee goreng. Aku dah nak kaut mee goreng tuh, tengok-tengok ramai lagi jemaah yang tengah ambik pinggan, so aku simpan balik pinggan dan gelas, aku pergi makan kat kedai aje lah.