Wednesday

Day 16 - Rabu 16/11/2011

Awal pagi aku memorex harinih, busy mengadjustkan my positions yang aku entered semalam. Semuanya winning positions tapi aku tak closekan lagi, cuma adjust stop loss ke break-even points ataupun a little higher for some nice confirmed profits. Itu protection sekiranya price buat retracement dan reverse.

Macam tak percaya aje yang dalam 2 minggu aku memorex dengan modal cuma USD 5, account aku dah jadi USD 400 lebih. I'm going to protect that amount as if my life depended on it. Dan aku akan cuba besarkan account aku tuh dengan trade slow-slow macam nih. I know I was a litte aggresive at times, tu pasal dapat sebanyak itu dalam masa dua minggu tapi from now on aku kena hati-hati, jangan tamak. Sebab dalam sekelip mata aje kalau aku tamak dan salah perhitungan, that amount akan hangus begitu saja. 

Bukan senang nak dapatkan sebanyak itu. Aku akan tetap ingat apa yang Kathy cakap dulu tuh. (Ingat dak masa aku kerja jadi waiter kat Jacksonville, Florida? Ada waitress tuh namanya Kathy, minah yang tetek sampai ke pusat tuh. Tiap kali dia dapat tips dari customers, dia akan kata, "You know how many Niggers I have to fuck to get this much of money?". And I thought that was hilarious)

Jadi bersemangat aku pagi nih, not only aku potong rumput tapi aku turun ke kolam bersihkan akar-akar dan pokok yang menjalar. Kalau diaorang tak puji aku nanti, memang nasib badan lah kan? Masa aku mengaut sampah-sampah yang timbul tuh, aku terpegang benda panjang jer, tengok-tengok macam ular (belut kot), terus aku campak sampah tuh, terus lari naik. 

Bosan, aku ikut one of the Indians pergi balut buah cempedak, nun di atas bukit. Lawa gila pemandangan, too bad aku tak ada camera, kalau tak sure aku dah taruk kat blog. Then dia dapat call dari Thamby, rupanya semua Indians lain akan pindah kerja railway kat Ampang. Yang akan tinggal cuma dia, Joko sama bini. 

Tengah melepak kat stor (melepak jer kerjanya aku nih kan?), Mamat Lone Ranger datang tepi pagar, dia suruh aku kutip kepala paip yang berteraburan kat kawasan sekitar kolam, dia kata dia nak guna banyak kepala paip. Aku kasi aje lah sebab daripada menyemak kat kolam, baik kasi dia, kan?

Lepas Zohor aku tetap tak turun kolam, pasal apa aku malas sangat hari nih, aku pun tak tahu. Then again kalau aku turun kolam pun apa sangat yang aku buat, kan?Aku cuma standby kalau-kalau diaorang datang untuk tangkap ikan. Sesambil tuh aku melepak kat stor.

Bila melepak gitu tuh, mulalah fikiran melayang tah ke mana. Malaslah aku tulis panjang-panjang tapi aku rasa, at times aku nih lembab orangnya. Ker aku memang lembab tapi aku tak sedar pasal kelembapan aku tuh? 

Banyak answers to my life's lessons yang pass me by without me acknowledging them, or rather baru sekarang aku sedar. Ish, tak payah aku tulis lah sebab aku tak reti nak susun ayat. Lagipun banyak sangat benda yang masuk dalam otak aku tadi sampai aku lupa.

Dan aku tak tahu what transpired macamana 2 "events" nih yang buat aku terfikir harinih.

Aku baru terfikir, yang patutlah masa aku ditahan dulu, teruk betul aku disoal siasat. Lepas sorang, sorang siasat aku, tanya aku itu ini, the same bloody things. Rupanya dia orang nak tengok samada jawapan aku konsistent ker tidak. Dan yang pentingnya, diaorang ingat aku nih potential terrorist. Sebab aku speak fluent English. Sebab aku tak ada business to be in the US for such a long time. Sebab, kat rekod passport aku (diaorang dapat trace semua tuh walaupun without my passport) ada chop Arab Saudi, London, Paris dan Arab Saudi semula, within a month. (Sedangkan jawapannya simple aje, aku buat Umrah naik Saudi Air, then dari Jeddah aku ke London and Paris for a month (melawat kakak aku kat Norwich masa tuh), dan aku kena ke Jeddah semula daripada London sebelum balik Malaysia)

For sure lah kan orang akan ingat aku terrorist kan? Tu pasal plain-clothed Officers ramai jugak yang soal siasat aku. 

Ok, "event" kedua yang aku tiba-tiba terfikir, yang baru sekarang aku tahu sebab dan jawapannya. Patutlah Kathy (pasal asyik teringat Kathy aje nih?) ajak aku kawin bila aku kata yang untuk melegallkan diri aku, cuma kawin dengan American aje, dan dia kata, "I'll marry you" tuh kan? Ingat tak yang malam tuh lepas kerja, dia ajak aku temankan dia sebab boyfriend dia kerja shift malam? Yang dia kata kat aku, "Don't worry, I have a protection", then dia kasi aku handbag dia yang bila aku buka, tengok-tengok ada pistol. Yang pistol tuh aku hala ke muka dia, sampaikan dia kata, "What, you crazy?". 


Rupanya (baru sekarang aku tahu jawapannya) seminggu sebelum tuh masa sembang dengan dia, aku kata yang aku boleh beli second hand BMW kat used car dealer depan restoran Kelvin tuh secara cash sebab dalam pocket aku ada more than USD 6000, yang bila aku keluarkan gumpulan duit (aku duduk sana illegally, mana ada bank account), terkejut beruk dia. Patutlah! Itu jawapannya rupanya, pasallah dulu aku tak terfikir pun?

See, how lembab I was (and still am).

Sampai 4 ekor ikan aku tangkap petang nih, nak goreng aje. Aku kalau tangakp ikan untuk dimakan sendiri, aku tangkap ikan di Kolam 1. Sebab kat Kolam 2 tuh banyak aktiviti-aktiviti yang tak memberangsangkan berlaku.

Lama jugak aku kasi makan ikan petang nih, terralit menengok kelaku ikan. Ada yang berebut-rebut nak makan, ada yang asyik mengekor jer aku yang jalan sepanjang batas tuh. Ada yang buat tak layan jer kat makanan yang aku campak tuh sampaikan terasa hati aku tau dak? Ekekekek. Tapi, yang paling bestnya, aku mengekor ikan yang melepak sorang-sorang. Ikan yang outcast agaknya. Jenis ikan yang kera sumbang gitu. Tah-tah ikan tuh tengah tulis blog kot?

I'm lookin' forward to better times when I won't 
have to struggle to get by
Searchin' for some peace of mind, hard times got
me crossin' the line
And every difficult day I learn I'm not alone in the 
struggle to get by

Everybody's got their own fight
It's just a fact of life

And I know things don't come easy
But I know that I'll get by
But I know that things don't come easy
But I'll survive

So I'm takin' it as comes
I know I've got to stay on my feet
I've got to roll with the punches because I see that
it's up to me
And every day that that I fight temptation I know God is 
on my side
These are the lesson of life
And I will get by

And I know things don't come easy
But I know that I'll get by
I know things don't come easy
But I'll survive

And when I think back
It gives me strength inside
And I won't hold back
I take it all in stride
I will get by


(Madball - Lesson Of Life)

Day 15 - Selasa 15/11/2011

Awal pagi aku dah bersedia nak potong rumput walaupun setahu aku biasanya kalau nak potong rumput tunggu siang sikit pasal rumput masih basah kena embun, tapi disebabkan semangat yang membara aku tak kira.

Lama jugak aku memotong rumput tuh, dah macam dapat tune dia dah, dan aku tahu macamana dan apa nak buat kalau mesin buat hal. Macamana pun, walaupun rasa lama kerja tapi bila ditengok hasilnya, cuma sekangkang kera bunting. Sikit jer. Pasal hah kalau orang lain tuh kejap aje potong rumput? Rata pulak tuh. Aku, rasanya penat sangat dah, peluh sampai macam orang kena hujan turunnya, tapi hasilnya taklah memberangsangkan. Ayoo, nak mintak kerja jadi tukang kebun sekolah pun tak layaklah macam nih kan?

Sekali jer turun ke kolam harinih, itupun sebab nak sejukkan badan lepas letih memotong rumput. Pastuh rileks-rileks tepi kolam, sambil memikirkan masa depan ekekkeek. Tiba-tiba elektrik terputus, ada siren berbunyi kalau letrik mati. Kelam kabut aku, walaupun dulu Seng ada ajar macamana nak betulkan, tapi manalah aku ingat. So lari kejap ke rumah Mamat Lone Ranger, dia pun tak tahu sangat pasal letrik nih so aku lah cuba sana sini, last-last ok balik. Good experience lah so nanti kalau jadi lagi, aku dah tahu apa nak buat.

Masa pergi rumah Joko nak pinjam beras, dia pulak tanya kalau-kalau aku ada duit, dia nak pinjam lagi RM 20 nak buat beli phone card nak telpon Indo. Kasi aje lah, cuma ada RM 15 aje dalam poket aku, untuk 2 minggu lagi at least. Aku tak beli beras semalam tuh pasal kat kedai Cina tuh cuma jual yang 5 kilo, tak kan aku nak beli sebanyak itu sebab aku pun tak tahu selama mana aku boleh bertahan kerja di sini. Aku cuma guna sekilo beras seminggu. 

Aku sakit perut sebenarnya harinih, bahana makan pedas semalam tuh, aku taruk banyak sangat cili kat gulai ikan masak kicap aku tuh. Tapi, dalam sakit perut tuh pun, aku tetap buat sambal belacan/tomato yang aku macam mengidam tetiba. 

Ada lesung tumbuk sambal yang orang dulu tuh tinggalkan, so menyamballah aku petang nih, menumbuk sambal tepi pintu, siap pakai goggle nya sekali. Lawak gila aku nih sampai aku gelak sorang-sorang. 

Dari Maghrib sampai ke tengah malam, asyik tengok Forex Terminal MT4 aje, EURO masih down, dan aku tetap hold berbelas-belas positions. Tapi, towards London punya closing, ada a little rally so a few of my positions tuh kena hit, with some nice profits. Aku re-enter positions sebelum tidur.

Gila sakit perut nya tengah-tengah malam, penangan sambal belacan tadi tu lah kot. Jamban pulak nun jauh di pelosok kolam. Aku nih bukanlah penakut sangat orangnya tapi tak berbaloilah kalau terpaksa nak ulang alik kan? So aku buang kat mana yang patut aje lah kan? Dari tanah ia datang, ke tanah jugak ia kembali ekekeke. 

Teringat pulak kat kiasan/perumpamaan yang selalu aku guna kat blog Dendam Perantau dulu tuh. Cakap Berdegar-Degar, Taik Sangkut Di Gelegar. 

Jangan ada yang kata, "Eleh dia tuh, cakap aje berdegar-degar tapi taik sangkut kat gelegar". Asal usul kiasan tuh macam nih. Zaman dulu-dulu, jamban memang kat luar rumah, kan? Mamat yang suka cakap besar nih (cakap berdegar-degar) sebenarnya penakut orangnya, cakap aje yang boleh diharapkan. So bila malam, bila nak berak, dia takut nak keluar. As a result, dia tapau aje lah taik dia tuh dan disangkut kat gelegar rumah, untuk dibuang esok hari. 

By the way, walaupun aku nih penakut dan kadang tuh cakap besar tapi aku tak lah tahap cakap berdegar-degar, taik sangkut di gelegar macam tuh. 

Tuesday

Day 14 - Isnin 14/11/2011

Aku kat sini tak payah pakai alarm kalau nak bangun Subuh sebab reban ayam kat sebelah kongsi nih aje (reban ayam tuh lagi lawa dari rumah kongsi aku nih, reban diaorang reban konkrit, siap beratap genting, tangga konkrit lagi tuh) dan pagi-pagi memang diaorang berkokok untuk aku. Cuma kokokkan diaorang tuh way before Subuh masuk. 

Tapi tadi, since Monday morning Forex market bukak, terus aje lah aku bangun. Mulanya tak nak open apa-apa positions tapi ada peluang elok so aku taruk a few sell positions. Pagi nih buat nasi goreng, senang, tak makan tengahari pun tak apa nanti. 

Lambat aku keluar kasi makan ikan harinih, pasal aku sibuk memorex. Laju pulak Forex masa Asian session harinih, kalau setiap hari laju macam nih kan ker elok?

Dalam pukul 10, lepas kasi ikan makan, aku potong dan tebas pokok-pokok yang menjalar kat ban, guna pisau potong sayur aje. Bersih jadinya ban-ban tuh, kalau dulu sampai tak nampak apa, penuh dengan pokok-pokok menjalar. 

Awal jugak Pinky datang harinih, sebelum lunch time. Datang sama Sham, bawak banyak barang, termasuk grass cutter yang dah direpair tuh. Stationaries sama buku tulis pun ada dibawaknya, sebab aku nak kena rekodkan info pasal kerja, stock makanan ikan yang keluar masuk, things like that.

Silap-silap aku guna untuk tulis blog nanti tuh pasal buku tulis aku dah lunyai, dah nak penuh, nota harian, trade journal, kira-kira untung rugi forex, semuanya aku tulis kat situ. 

Aku tak layan sangat Sham, lantak dia lah nak arah aku itu ini. Dia yang lebih banyak cakap dari Pinky. Pinky cakap ngan aku elok aje, dan dia tanya aku apa yang aku nak kat rumah kongsi tuh. Terkejut dia bila dapat tahu yang aku tak ada tilam, dan walaupun aku kata ada toto kat kongsi Indon kontrak tuh tapi dia berkeras kata yang dia kena sediakan basic necessities macam tuh. Aku kata aku tak nak tv sebab aku memang tak suka tengok tv pun. Too bad dia tak tanya pasal internet, kalau tak nak aku suruh dia pasang streamyx.

Mamat Lone Ranger nak pinjam sepuluh ringgit, dia kata dia akan bayar balik bila abang ipar dia datang. Dia kata nak ke kedai, so aku kirim beli rokok.

Tangkap ikan 5 ekor, kasi Joko 2, aku goreng 3 ekor. Itupun sikit jer yang dapat makannya sebab ikan-ikan tuh tinggal tulang aje, isinya melekat kat kuali. Hopeless sungguhlah aku nih, nak goreng ikan pun tak reti. 

Lepas Maghrib aku sama Joko dan bini dia jalan ke pasar malam. Joko pinjam RM 20. Tengah jalan tuh, ada lori Cina berhenti, rupanya ramai Keling dusun tuh menumpang lori Cina tuh. Rasa sebijik macam dalam film Sin Nombre, dan aku asyik teringat yang aku pernah naik lori macam tuh masa kerja ladang jagung kat El Segundo, California dulu tuh. Besarnya kuasa Tuhan nih kan, tak pernah aku imagine akan berkeadaan macam tuh di negara sendiri. 

Tapi yang buat aku geleng kepala dalam hati (aku rasa aku sorang jer yang reti geleng kepala dalam hati) sebab aku masa tuh pakai t-shirt "I'd Rather Be Trading Forex". Dan aku tahu jugak yang EURUSD sell positions yang aku bukak pagi tadi
 keep on menguntungkan aku. Tak ada apa sangat yang aku beli sebab duit tak banyak, kat dalam hutan nih mana ada ATM kan? Diaorang yang pinjam duit tuh surenya bayar lepas dapat gaji nanti (then again Mamat Lone Ranger kerjanya tak ada gaji). So aku kena berjimat sampai 2 minggu. 


Tak ada apa sangat yang aku beli, cili, tomato, belacan, ajinomoto, carrot dan maggi mee. 

Aku tidur awal harinih sebab EURO masih downtrend dan aku ada a few sell positions di puncak sana tuh, aku nak hold aje lah sampai a few hundred pips untung setiap position. 

Day 13 - Ahad 13/11/2011

Aku tak cadang nak turun kolam pun harinih cuma aku kena standby kalau-kalau diaorang datang untuk tangkap ikan. Aku cuma kasi makan ikan, buka empangan air dan startkan generator. Then aku bersihkan kongsi yang ditinggalkan semalam tuh. Ituhari Jon ada suruh aku bersih-bersihkan kongsi tuh once Indons tuh blah, dan dia nak aku buat elok-elok pasal satu hari nanti dia akan datang dan bermalam di sini. Ha yer lah tuh. I'm not a kid yang takut dengan ugutan macam tuh. Don't bloody treat dan suruh aku macam tuh, I'm not that hard for your money. 

Tengoklah nanti, kalau cerewet sangat diaorang nih, aku blah aje. Dan sebelum blah, kasi tuang minyak dalam kolam ikan tuh kan? Tak pun, sebelum blah, buka empangan air. 

Bosan menunggu, aku melepak kat stor, sesambil tulis blog. Gila macam penulis jer aku nih kan? Sampaikan Mamat Lone Ranger, Joko, datang tanya aku apa yang aku tulis.

Gang India tuh tebang pokok, cantas dahan-dahan, so banyaklah daun-daun, ranting-ranting yang jatuh masuk kolam. Tension aku dibuatnya sebab aku terpaksa masuk kolam nak bersihkan semua tuh. Cerita pasal Keling India nih kan, dalam ramai-ramai tuh ada sorang nih yang aku selalu perhatikan, yang aku pelik. Dia nih pelik, kerja pakai kain pelikat yang dilipatkan ke paras lutut, style mamak gitu. Keling lain kata dia nih memang tak pernah pakai seluar, ke mana-mana pergi memang gitu. Itu yang masa dia kerja tuh, geram aku rasa nak telek, dia pakai spenda ker tidak? Ekekeke. Lagi satu yang buat aku pelik, dia tak takut kena gigit tungau ker? 

Biasanya, malas-malas pun lepas Zohor aku turun kolam lagi tapi tadi sebab malas turun lepas Zohor dan tak ada gayanya Pinky nak datang tangkap ikan, so aku check lah kolam untuk sebelah petangnya. Aku ternampak ada ikan yang nak mati, tercungap-cungap, dah terbalik dah badan dia. Ikan yang tinggal nyawa-nyawa ikan. Kesian aku menengoknya tapi ikan tuh jauh jugak ke tengah kolam so aku tak dapat nak tangguk guna net. So aku ikut jer lah ikan tuh, yang dibawak arus air ombak kipas, pusing keliling kolam. 

Ya Rabbi, baru aku terperasan yang aku lupa nak tutup empangan tadi tuh, tu pasal aku tengok air macam kurang aje. Nasib baiklah aku cepat sedar, kalau tak mampos ikan. Bila ikan tuh dekat dengan tebing, aku tangkap, cadangnya nak kasi Joko aje. 

Tah dapat idea dari mana tah, sebab kesian tengok ikan tuh nak mati dan aku tak tahu nak buat benda lain dah, aku tiup ke dalam mulut ikan tuh. Bukan hembus, tapi tiup. Kuat dan banyak kali aku tiup. Kira macam buat CPR lah kan? Then aku cuba lepaskan ikan tuh, and to my surprise, by the grace of God, ikan tuh elok jer berenang.

Small things like that yang mengcompletekan my boring life.

Mewah aku malam nih, makan lauk ikan lebih yang semalam, sardin dan telur dadar. Malam nih susah pulak nak tidur sebab badan aku gatal-gatal sampai terpaksa aku taruk bedak. Then barulah kurang gatal, dan lena tidur. 

Day 12 - Sabtu 12/11/2011

Awal pagi aku turun kolam inihari pasal Pinky kata ramai yang nak datang untuk sama-sama tangkap ikan Kolam 2. Tapi the whole morning hujan so aku melepak kat stor ajelah. Tak online pun pasal connection teruk, lagipun weekend mana ada Forex market bukak, kan? 

Bila duduk sorang-sorang gitu tak ada kerja, mulalah mengelamun, mulalah fikir itu ini kan? Dah masuk 12 hari aku kerja, so far semuanya ok, tak ada masalah. Cuma aku tak berapa suka Seng yang kadang cakap kasar tuh, memang dia hati baik tapi with me, sebaik mana hati seseorang tuh tapi kalau cara dia kasar, itu masih tak diconsider berhati baik.

Pasal Sham driver tuh pulak satu hal, aku tak suka dengan dia yang pandang aku macam lah aku nih hina sangat. Again, I have lived long enough lah untuk menilai cara seseorang tuh, tergenang ikan di air, aku dah tau jantan betina nya (mentang-mentang kerja jaga kolam ikan, terus buat kiasan pasal ikan kan?). 

Ituhari, masa dia sibuk membodek Pinky, aku perhatikan aje dia, sambil fikir, "why can't he be humble like me? He's only a driver for fuck sake!" And now that aku akan selalu jumpa dia pasal Pinky selalu datang ke sini, aku dah macam sesak nafas nak teruskan kerja di sini. 

Aku suka Malik, the other driver. Cakap baik-baik jer dengan aku, ada rasa hormat dan respect, bukanlah aku nak dihormati dan direspecti tapi we all know yang kitaorang semua kuli bataks, kan? 

Aku, kalau dengan orang yang baik sama aku, aku pun baik jugak dengan dia. Ituhari Malik nak tumpang sembahyang bilik aku, siap aku kata kat dia, "pakailah, guna aje towel tuh, aku jarang guna towel tuh". Dan masa dia sembahyang, aku lap-lap kan kasut dia pasal kotor kena rumput, dia ada cuba guna mesin potong rumput sekejap masa tuh. Kalau dengan Sham, sorrylah aku nak layan dia, ituhari dia nak masuk bilik aku sebab katanya nak tengok kalau ada apa-apa yang perlu direpair, aku takat bukak sikit aje pastuh tutup cepat-cepat. Takat sempat dia jenguk sekejap, sambil kata, "Uish, ada laptop, ada Quran".

Tapi bila fikir yang belum apa-apa aku dah plan nak berhenti kerja, sebab hal-hal macam tuh, aku tersengih jer. Tersengih mengenangkan yang how sensitive nya aku nih. Tapi, aku suka aku yang overly-sensitive nih (sensitive  bertempatlah kan?) sebab aku percaya dan aku masih ingat cakap Carter/David kat New York dulu tuh. Dia kata dia pun sensitive gila punya orang. Dan orang yang sensitive nih hati dia lembut, caring, loving dan baik hati. Ada betulnya (memang banyak betulnya in this case) pasal 2 tahun lebih aku jaga King Mongkut yang cacat tuh kan? Hari-hari kerja. Walaupun aku kurang berkenan dengan cara dia (personality clash), hence aku kasi nama King Mongkut tuh, tapi sebab aku kesian kat dia (selain dari gaji yang ok), itu yang aku kerja lama jaga dia tuh.

Mungkin orang yang baca blog nih akan gelak, meluat dengan aku yang sensitive nih, yang fikir, "pasal itupun nak sensitif sangat mamat nih!", I can't blame them. Sebab diaorang bukan yang loving, caring dan baik hati, macam aku, kan?

Tapi bila difikir balik yang kerja sini pun ok (walaupun kerjanya berat dan aku buat sorang-sorang), aku free untuk buat Forex, Pinky sama Jon pun have high expectations dengan aku, diaorang percaya aku, what else do I want kan? And on top of that, Forex account aku yang cuma mula dengan USD 5 tuh dah sampai dekat USD 300 nih. Why don't I just stay put here for a bit longer, or at least sampai aku stabil, then alon-alon besarkan untung Forex. Tak kan aku lupa yang I can turn shit into roses kan? 

Lagipun, banyak benda pasal hidup, yang aku belajar kat sini. Banyak benda yang menginsafkan aku. Yang aku took for granted sebelum ini. 

Aku kasi one example jer:

Kat sini aku kena memasak sendiri. Kalau dulu asyik makan kat luar aje, lepas makan tak payah nak basuh apa-apa kecuali tangan (kalau boleh aku nak orang suapkan aku nasik), tapi sekarang nih aku kena masak. Nak masak, kena sediakan peralatan dan bahan-bahannya. Kat New York dulu masak guna garlic paste tapi sekarang kena kopek bawang. Lepas masak, lepas makan, kena basuh pinggan tuh. Sebab dah tak ada pinggan lain. See, semua tuh menyedarkan aku. Bila kita sedar pasal benda-benda kecik macam tuh barulah dapat peace of mind kan? 

Tapi, yang selalu buat aku sengih sorang-sorang masa buat semua benda gitu tuh, aku terfikir dan tahu yang ini cuma sementara. Bukanlah aku nih zuhud orangnya, tapi aku terpaksa. Buat seketika. 

Eh, tahun berapa aku boleh buat semula passport aku hah? 

Oooppsss!!!!!!!!

Sampai petang aku tunggu, tak ada pun bayang diaorang pun, Pinky pun tak ada talipun so aku assume diaorang kanselkan plan nak tangkap ikan. Haruslah esok nih, sedangkan Ahad aku malas kerja, nak rileks aje.

Indons kontrak yang 3 orang tuh pindah petang nih, sorang jer yang pamit aku, yang berdua lagi blah gitu aje. Diaorang ada kontrak kat Ipoh pulak. Happy gila aku sebab sekarang aku jadi King Of The Pond (nasib baik bukan King Of Porn), aku akan duduk sorang-sorang sebebas-bebasnya. Terus aku tangkap ikan 2 ekor, nak memasak best sikit malam nih, untuk meraikan kemerdekaan aku. So malam nih aku makan lauk Talapia Masak Kicap. 

Sampai dua kali Joko datang, kononnya nak bersihkan kongsi peninggalan Indon Kontrak tuh, tapi aku tahu lah yang dia nak ambik apa-apa yang ditinggalkan. Aku kata aku akan bersihkan kongsi tuh, Seng marah nanti kalau Joko yang bersihkan. 

Walaupun minggu lepas aku pernah duduk sorang-sorang tapi rasa lain macam jer bila dah tak ada siapa pun kat kongsi nih. Jiran terdekat pun cuma Mamat Lone Ranger nun jauh di hujung sana tuh.

Day 11 - Jumaat 11/11/2011

Malam semalam hujan lebat,angin kuat, itu yang bila pagi nih aku ke kolam, aku tengok banyak pelepah dan buah kelapa tua yang terapung. Jadi satu kerja pulak nak buang pelepah-pelepah kelapa tuh. 

Walaupun banyak kerja yang boleh aku buat sebenarnya tapi aku macam tak tahu nak buat apa. Last-last merepair ban aje lah, kat tempat yang memang nampak obvious sangat. Ban-ban tuh banyak yang jatuh pasal ikan-ikan diaorang korek tanah, diaorang buat apartment diaorang sendiri. Kalau diseluk tangan dalam ban tuh, banyak ikan-ikan yang bermastautin. 

Dapat dalam sesetengah jam kerja pun aku terus melepak kat stor. Itu aje lah kot kerja aku untuk hari ini. Best kan? Kerja yang tak berapa kerja. Bukan apa, gaji nya sikit so kerja sikit aje lah kan? Tak fair lah dengan kerja Forex aku kan, dapat check Forex dua tiga minit aje sedangkan Forex lagi berbaloi.

So aku melepak kat stor aje lah, online. Mata sentiasa memandang ke arah gate, mana tahu ada kalau sesiapa datang. Diaorang tuh jenis yang tak boleh aku nak senang sikit, tak boleh aku nak merihatkan badan seseminit dua. 

Continuation dari semalam, most positions aku masih in the red, negative. Tapi aku selamba aje, aku biarkan floating loss tuh, selagi aku tak closekan positions tuh selagi itu tak akan loss, walaupun theoritically aku rugi. Tapi I have a very good feeling yang price akan go to other direction soon, semua fundamental indications dan traders sentiment ke arah itu. Sekarang price naik tuh sekadar correction, retracement. In a bigger picture, Euro is heading low. Stick a stick up my ass, tak akan aku bukak buy position nya lah, walaupun price dah naik. Aku akan tunggu dia ke atas and I'm going to open a few sell positions. 

Masa mandi untuk pergi Sembahyang Jumaat tadi, aku cuba godek-godek pam air, rasanya dah tahu macamana nak kasi air naik masuk ke pam. Kena guna a little common sense dan teknik rupanya. Aku ajak one of the Indons pergi sembahyang, pinjam motor Mamat Lone Ranger. Dia ada 2 kopiah, so beranilah nak merempit ke masjid kat main road sana tuh kalau pakai kopiah kan?

Masa balik, singgah kedai sekejap, beli barang. Beli 2 jenis biskut (kat sini banyak pulak aku makan biskut, especially masa memorex), sardin, mee cup (sebab aku nak kan cup nya), pengetip kuku etc. Habislah dalam 30 Ringgit. Tu way over dari bajet mingguan aku. Aku dulu plan untuk live on RM 15 a week, which is possible. 

Petang pun tak buat apa, hujan lebat. Melepak aje lah kat stor tunggu kalau-kalau Pinky datang. Habis aje kasi makan ikan terus aku melepak kat bilik. 

Punyalah bising Indon kontrak 3 orang tuh malam nih, terlalak-lalak menanyi sambil main gitar. Aku dah lah tension pasal internet tak ada connection, aku tak dapat nak access Forex terminal langsung. Berbelas kali aku merangkak ke laptop cuba-cuba online, bila tak dapat signal, aku tidur semula. Then a few minutes later merangkak lagi. Orang lain pun ramai jugak merangkak malam-malam kan? Aku nih merangkak sebab nak bersetubuh dengan laptop. Sampai dekat ke Subuh macam tuh. 

Monday

Day 10 - Khamis 10/11/2011

Bersemangat aku nak memotong rumput, itu yang pagi-pagi lagi aku dah kasi ikan makan dan terus isi minyak mesin, pasang tali. Pakai goggle. Malas aku guna pisau, takut aku pasal kali pertama guna mesin rumput, kan? Lagipun takut nanti terkena tayar ban, atau pun batu. 

Ya ampun, susah jugak rupanya memotong rumput nih, kejap aje berpeluh-peluh aku, sampai peluh yang keluar dari dahi tuh mengalir masuk mata, pedih jadinya. Dah lah tak rata, bertompok-tompok pulak tuh rumput (tanah) yang aku tarah.

Tak sempat 20 minit kerja, berhenti sekejap. Mamat Lone Ranger datang tepi pagar, dia kata salah cara aku potong tuh, mesin tuh kena dihayun-hayunkan kuat sikit. Dan dia suruh aku pakai skirt guni dan boots sebab getah rumput tuh tak akan hilang, kejap aje akan jadi hitam seluar dan kasut aku. So aku ambik guni, belah, dan pasang tali, jadilah macam apron. Nak potong rumput kena pakai apron jugak rupanya. 

Tak sempat lama, mesin buat hal pulak, tak sampai 2 minit berhenti, tak sampai 2 minit, enjin mati. So panggil semula Mamat Lone Ranger, suruh dia tengok-tengokkan. Since dia pun tak ariff pasal mesin rumput so dia tak boleh tolong, so terpaksalah aku buat kerja tersemput-semput. Yang buatkan aku jadi semakin letih. Dapat dalam 50 meter potong, terus aku berhenti aje lah.

Terfikir aku, azabnya orang yang kerja jadi tukang kebun, tukang potong rumput, nampak macam senang aje tapi sebenarnya tak semudah yang kita tengok. 

Pinky datang lagi, pukul 4, sama Sham, driver yang lain. Amboi, hari-hari datang dia nih. So pusing-pusing kolam sambil tengok-tengok apa yang kena dibuat. Aku perhatikan Sham tuh lagaknya ada lebih sikit. Aku rasa dia driver aje tapi lagaknya mengalahkan tokay lagi. Jalan seiring dengan Pinky, sambi suruh aku buat itu ini. 

"Kayu-kayu ni, kumpulkan setempat, buang", kata dia. 

"Tak, kayu ni untuk tahan ban, tengok tuh, setiap ban ada aku pacak kayu", aku jawab gitu. 

"Daun-daun, akar-akar ni potong, menyemak aje", kata dia lagi. Aku dah hangat hati dah masa tuh tapi aku diamkan aje.

"Itu semua kena mesin ka?", dia tanya Pinky sambil tunjuk belukar kat Kolam 2 dan 3. 

"Ya lorr, Boss mau itu macam", kata Pinky. 

So aku tahulah yang semua semak samun tuh kena ditebas. Mamposlah, sedangkan rumput pun dah terkial-kial aku nak memotongnya, inikan pulak semak samun yang kat tebing-tebing kolam tuh. 

"Kau angkat nih", kata Sham sambil bukak bonet kereta, ada 7 pellets makanan ikan. Haram dia nak tolong aku mengangkat guni-guni tuh ke stor.

Lepas diaorang blah, mulalah aku fikir, nampak gayanya dah ada satu penyebab untuk aku berhenti kerja nih. Biasanya aku boleh buat apa aje kerja tapi kalau bab peel dan kelaku orang, aku tak boleh tahan. 

Internet connection aku teruk gila malam nih, kejap ada kejap tak dapat. Dah lah banyak positions aku yang against. Puncanya, aku ikut signal orang, aku macam teruja nak cuba signal-signal Forex yang dikasi, so aku masuk aje GBPJPY, EURCAD, GBPUSD sama USDCHF. Yang EURUSD aku tak ikut signal tu pun, aku memang dah ada open positions. Last-last rugi, nasib baik lah tak banyak sebab aku closekan awal, bila nampak macam nak against aje. Nasib baiklah semua positions yang semalam tuh dah aku closedkan tengahari tadi. And so aku janji yang from now on aku tak nak sekali-kali guna signal orang, dan aku tak nak main pair yang aku tak tahu menahu. 

Susah pulak aku nak tidur malam nih, asyik-asyik bangun, on kan laptop. Then after a few minutes, cuba-cuba tidur. Tapi tak nak lena jugak. Itu aje kerjanya, sampailah ke pagi.

Day 9 - Rabu 9/11/2011

Rasa macam bersemangat pulak kerja sebab dapat boss baru nih but it's too early to tell lah kan? Macam Seng dulu tuh jugak, makin lama (walaupun cuma seminggu) makin aku tak berapa suka kat dia. Seng akan tetap datang ke sini tapi jarang-jarang, dia akan ajar macamana nak tangkap ikan, macamana nak cuci kolam dan macamana nak taruk anak ikan. 

Tapi, semakin banyaklah pulak kerja aku, mana nak repair ban, mana nak potong rumput, mana nak jaga ikan lagi kan? Semalam Jon ada kata yang kalau boleh dia nak ada 3 orang kerja kat sini sebab akan jadi mudah sikit kerja kalau dibuat ramai-ramai. 

Lepas kutip ikan yang mati (4 ekor), aku ke Kolam 2, gali tanah yang kat situ untuk tambunkan kat masa-mana kawasan yang runtuh. Senang sikit kerja kat Kolam 2 sebab air nya tak berapa dalam.

Berhenti sekejap masa hujan turun, so melepak kat stor sambil mengecheck Forex. Tak lama tuh Mamat Lone Ranger datang dekat pagar, dia kasi nasi ayam yang dia kata ada lebih. Adus, agaknya dia kesian tengok aku makan maggi mee dalam jug semalam tuh kot? 

Masa memorex tuh, aku cuba lagi bukak position GBPUSD sebab semalam punya tuh dah aku closekan. Tapi stop loss yang aku taruk tuh tight sangat, kejap aje kena hit dan rugi a few dollars. And so aku taruk 4 EURUSD sell positions (GBPUSD nih selalunya correlated dengan EURUSD), masa tuh London session dah nak mula. Thank God, Euro dropped like a stone, dan walaupun aku belum closekan positions tapi aku confirm dapat at least 500 pips profits (USD 100) sebab aku dah lock kan untung, just in case price akan reverse. Terus tak jadi buat kerja lain, every 30 mins aku akan online just nak check status untung aku. 

Ngam-ngam aku tutup laptop, Pinky pun sampai, bawak mesin pemotong rumput dan barang-barang yang aku mintak semalam tuh. Malik, driver dia, yang ajar aku macamana nak operate mesin tuh. Rasa nya seumur hidup aku, itu kali pertama aku pegang mesin rumput, and now aku yang akan gunakan mesin tuh, I'm a little nervous. 

Pinky tanya aku pasal internet, dia kata boleh tak pinjam laptop aku sekejap sebab dia ada nak check hal penting online.

"Apa pasal you bawak bag?", dia tanya aku bila aku terus keluarkan laptop. 

Terus aku kata yang aku takut nak tinggalkan laptop kat kongsi, sebab geng-geng Indians sama Indons tuh kadangnya masuk bilik aku. Tak pasal-pasal aku memburukkan diaorang.

Bila diaorang balik aje, terus aku check balik web history folder, rupanya Pinky ke indiaparenting.com (Suami dia, Jon, orang India)

Aku tengah dalam kolam masa Joko lalu so aku tanya dia kalau-kalau dia nak ikan. Sambil meranduk air tuh aku nampak ada seekor ikan berkeliaran kat tepi, slow jer aku pergi, aku kepung, pastuh aku tangkap. 

"Hebat kamu", kata Joko. 

Aku pun rasa yang I'm such a manly man sebab tangkap ikan guna tangan. Survivor pun kalah kalau macam nih kan?

Dekat nak Maghrib, Joko sama bini dia datang, so jamu kan diaorang biskut. Tapi gak ada airnya, gak punya cangkir sih. Walaupun aku tak reti cakap Jawa tapi aku boleh tangkap a few words diaorang. Bini dia tegur Joko pasal makan nya gelojoh sangat, dan Joko kata kat Indon mahal biskut tuh. So aku tapaukan diaorang biskut tuh. 

Sebenarnya Joko nak kerja dan duduk kat kongsi aku duduk nih sebab dia kata, enak dan nyaman. Selesa gitu, gak repot. Tapi masalahnya dia kerja under Thamby sedangkan kongsi nih kepunyaan Seng.

Malam biasalah, memorex aje, walaupun aku tak dapat sesen pun harinih (pasal aku tak closekan positions) tapi memang confirmed yang aku akan dapat untung at least USD 100 sebab aku dah lock kan profits. Nasib baik lah buat gitu awal-awal sebab pukul 9 tuh connection langsung tak dapat, sampailah ke awal pagi.  

Day 8 - Selasa 8/11/2011

Kat sini air paipnya dipam dari telaga tapi aku masih tak faham cara nak kasi air masuk pam sebab selama ini Indon kontrak tuh yang penuhkan tong air, dan aku selalu guna timba aje untuk ambik air dari telaga konkrit yang maha dalam nya tuh. Tadi, masa nak Sembahyang Subuh, kepala tengah senoneng lagi, masa nak menimba air, terlucut tali pengikat timba, jatuh ke dalam telaga lah timba tuh. Memang tak dapat nak kait dah sebab dalam sangat, nasib baik ada baldi dan tali lain, cepat-cepat aku buat yang baru. Dan nasib baik Indon kontrak tuh tak ada, masih cuti, kalau tidak sure bising nya diaorang kat aku. 

Awal pagi tadi aku sold GBPUSD for the first time untuk account Forex aku nih. Selama ini aku cuma trade EURUSD dan USDCHF aje tapi tadi macam teruja nak try GBPUSD. 

Harinih genaplah seminggu aku kerja di sini, aku belum dapat menyesuaikan diri sangat lagi, dan aku harap cepat-cepatlah Indon kontrak 3 orang tuh pindah, senang aku nak bermaharajalela kat sini.

Keluar kerja awal harinih pasal Seng kata yang owner baru, Pinky dan Jon nak datang, cuma dia tak beritahu pukul berapa nak datang nya. So terpaksa bersedia awal-awal. Kasi makan ikan, buka empangan air dan buang ikan yang mati. Air nya dalam so kena berenang.

Break for lunch pun kejap aje, tak makan pun, lepas Zohor terus melepak kat stor. Sementara menunggu tuh, barulah makan magggi yang dimasak dalam jug. Mamat Lone Ranger nampak aku makan, dia jerit tanya aku, "Tak ada mangkuk ker?".

Pukul 4 baru Seng datang, pukul 4-30 Pinky sama Jon tiba. 

"From now on you just take instructions from me. Not from anyone else", kata Pinky kat aku. 

Lama jugak diaorang tanya aku itu ini, Seng dengar aje, kadang-kadang dia mencelah sambil kata yang aku nih hard working dan very reliable. Tak tahu nak kata macamana tapi aku rasa Pinky sama Jon impressed dengan aku kot sebab aku walaupun baru seminggu kerja tapi dah boleh dan tahu apa yang dikerjakan. 

"I need the area to be clean and tidy at all time, saya pantang kalau kawasan ini kotor, rumput-rumput has to be cut", kata Jon. Pinky tanya aku apa barang yang aku perlukan so aku kata yang aku nak tali, grass cutter, cangkul, skop, torch light, boots, raincoat dan gloves. 

Then bila diaorang tanya pasal tempat tinggal, apa yang aku nak, aku kata lah I'm comfortable dengan apa yang ada, cuma aku nak tunggu Indons kontrak tu blah aje then everything's mine. Dan selagi diaorang ada kat sini, selagi itulah 
aku tak dapat nak sesuaikan diri. Mulanya Jon nak suruh Seng halau aje diaorang tuh tapi Seng kata itu bahaya, nanti diracunnya ikan-ikan kan?

Bila diaorang tanya aku apa lagi yang aku nak then aku kata lah yang aku nak cuti at least sekali sebulan pasal I have some personal stuff yang perlu diselesaikan macam bayar sewa rumah, bayar bill internet etc. Diaorang tak faham apa pasal aku masih nak menyewa sedangkan aku dah duduk di sini tapi bila aku berkeras kata yang that's my style selama ini, I need a place of my own walaupun tak duduk kat situ. Then Jon suruh aku sewa rumah kat perumahan yang kat depan jalan masuk ke area kolam nih dan dia akan bayar separuh, aku bayar separuh. Terus aku kata tak nak. 

"I respect your firmness", kata dia. 

"I want to have a word with you one day but basically I want you to manage not only these 3 ponds but other ponds as well. I want you to be the Supervisor and you have to teach new people", kata Jon.

Dia tanya aku kalau aku ada lesen kereta so aku beritahu yang lesen aku dah lama mati dan aku kena buat yang baru, start dari bawah all over again. Dia kata dia nak aku dapatkan lesen secepat mungkin sebab dia ada Jeep khas untuk projek kolam ikan dia nih. Whatever lah, aku pun tak tahu selama mana aku akan kerja di sini so aku senyapkan aje.

Since aku tak dapat nak monitor Forex (sebab melayan diaorang tadi tuh), banyak positions aku yang against, floating loss aku jadi besar. Tapi, instead of closekan semua positions, aku bukak a few more positions with a very tight stop loss. Sebab aku yakin yang Euro dan GBP can't go up too much what with Italy sama Greece ada masalah ekonomi dan politik. Market memang choppy dan erratic harinih. 

Day 7 - Isnin 7/11/2011

Masih bercuti lagi pekerja-pekerja dusun sama Indon kontrak tuh, itu yang buat aku pun tak bersemangat nak kerja harinih. Harapkan membuang air kolam/bukak empangan sama kasi makan ikan aje, cuma itu kerja aku seharian.

Biasanya pukul 12 aku dah balik ke rumah kongsi (daripada kolam atau stor tempat melepak) dan aku akan rileks sampai lepas Zohor baru turun semula, sambil bawak beg yang berisi laptop. Tapi tadi sampai pukul 3 aku melepak sebab tersangatlah malasnya nak buat apa-apa kerja yang patut.

So untuk menghilangkan bosan keseorangan, aku cadang nak jalan-jalan ke sekeliling dusun, mula dengan kat rumah pekerja India/Indon tuh. Tapi, elok aje aku sampai kat gate, tengok-tengok ada kereta Seng. 

"Mau pergi mana?", dia tanya aku.

Aku sure yang dia tak percaya cakap aku bila aku kata yang aku saja jalan-jalan kat situ. Tentu dia fikir, oooo ini rupanya kerja dia nih, melepak jalan-jalan. Seng datang sama Miss Leong, siapa tah, sedara dia agaknya. Miss Leong ni lah sebenarnya yang taruk iklan salah ituhari sampaikan aku tertipu dan terterima offer kerja Seng tuh. Itu yang dia macam malu-malu nak cakap dengan aku, tanya sikit-sikit gitu aje.

Banyak pulak kerja yang Seng suruh aku buat, aku macam dah mula bengang kat Seng nih, malas sangat aku melayannya, takat angguk-angguk kan aje. Dalam hati aku kata, cepatlah bertukar tokay, I am starting to feel uneasy dengan Seng nih.

Petang masa kasi ikan makan, aku tangkap dua ekor talapia, nak cuba rasa makan ikan lah pulak. Siksa nak menyiang ikan nih rupanya, dah lah pisau tumpul tak lut ke taik. Naik kesian pulak aku tengok ikan yang bila ditebuk perut, masih bergerak-gerak. Sampaikan aku mintak maaf kat ikan tuh, terpaksa korbankan dia untuk dimakan.Aku rebus aje ikan tuh guna rice cooker. Taruk garam aje. Masa meratah ikan tuh baru terperasan yang aku lupa nak buang sisik ikan, tadi tuh takat buang ekor aje. 

Petang nih pergi Pasar Malam sama Joko sama bini dia, singgah kat masjid kejap for Maghrib. Spent dalam RM 30 beli barang like beras, gula, mee segera, sardin, telor dan biskut. Lega sikit rasanya sebab untuk seminggu depan nih aku dah ada bekalan makanan. 

Sampai aje rumah, bila bukak Forex Terminal MT4, tengok-tengok keempat-empat sell positions EURUSD dah kena hit, dapatlah dalam 200 pips semuanya, lebihkurang USD 40.00 sebab semuanya USD 0.20 per pip. Kalau aku tak ke Pasar Malam tadi tuh sure dah aku tutup awal sikit positions aku, sure dapat untung lagi besar pasal masa aku sampai tuh price dah pun reversed. 

Susah nak tidur malam nih, asyik terbangun aje kerjanya. Yang best nya semua Trades aku asyik menjadi aje, thanks to EURUSD yang movement dia one way aje, so aku membontoti ajelah ke mana dia pergi. Dulu aku berbulu sangat kalau ada orang kata, "Trend is your friend", tapi aku dah mula percaya dengan statement tuh. Yang buat aku asyik untung aje lately, pasal aku ikut trend (yang happened to be downtrend sekarang nih), I keep selling and selling, dan kalau ada minor rally pun aku akan cuba taruk sell positions kat puncak.

Aku tak buat pun buy positions, unlike ramai Traders Melayu kat Forum-forum yang suka buat buy positions bila price dah turun banyak. Dulu-dulu aku banyak melepak kat Traders forum (Carigold for one) tapi tak berfaedah sangat bagi aku. Sekarang kalau I need a good laugh aje baru aku ke sana, just to see what those so-called Masta (Master kononnya, baru trade sesebulan dua dah kata diaorang Masta) have to say. Ada yang syok sendiri, ada yang have no clues whatsoever, itu yang asyik tanya, "Eur pergi mana malam ni Masta-masta sekelian?", "Dah boleh buy/sell Eur skrg ke?", "Dia akan turun sampai mana Masta". I mean, for fuck sake, nobody knows where the price is goin. Use your common sense lah, use your god-given brain lah, daripada nak tanya membabi-buta.

Tapi yang paling lawak nya, ada sekumpulan yang macam elite Masta yang konfiden gila, yang kasi trade signals, bila masa nak bukak positions either buy or sell. They know exactly yang they have 50-50 chances of being right (or wrong). Kalau ramalan diaorang betul, bersorak sakan. Kalau salah, terus senyap.

Forex Trading (or any other Trading for that matter, be it Commodities, Futures, Options, Indice etc) is a very lonely "game", you make your own decision, you execute your own trades, you untung atau rugi sendiri-sendiri. Itu pasal I'd rather trade on my own daripada dengar nasihat-nasihat orang lain when comes to entering a position. Aku dah terkena dulu tuh, aku "terpengaruh" dengan recommendation Forumer, last-last terpaksa cut loss. 

Lagipun aku tak reti baca charts, tak reti guna indicators, I'm more of a sentiment and fundamental Trader, aku banyak baca news sebab EURUSD nih more often than not, trades on headlines. Bila tak ada news aje barulah EURUSD tends to follow technical aspects. I am a semi naked Trader (bukannya Trader separuh bogel, tapi Trader yang tak gunakan indicators sangat. Naked Trader = Trader yang masuk position without using any indicators whatsoever)