Tuesday

Day 14 - Isnin 14/11/2011

Aku kat sini tak payah pakai alarm kalau nak bangun Subuh sebab reban ayam kat sebelah kongsi nih aje (reban ayam tuh lagi lawa dari rumah kongsi aku nih, reban diaorang reban konkrit, siap beratap genting, tangga konkrit lagi tuh) dan pagi-pagi memang diaorang berkokok untuk aku. Cuma kokokkan diaorang tuh way before Subuh masuk. 

Tapi tadi, since Monday morning Forex market bukak, terus aje lah aku bangun. Mulanya tak nak open apa-apa positions tapi ada peluang elok so aku taruk a few sell positions. Pagi nih buat nasi goreng, senang, tak makan tengahari pun tak apa nanti. 

Lambat aku keluar kasi makan ikan harinih, pasal aku sibuk memorex. Laju pulak Forex masa Asian session harinih, kalau setiap hari laju macam nih kan ker elok?

Dalam pukul 10, lepas kasi ikan makan, aku potong dan tebas pokok-pokok yang menjalar kat ban, guna pisau potong sayur aje. Bersih jadinya ban-ban tuh, kalau dulu sampai tak nampak apa, penuh dengan pokok-pokok menjalar. 

Awal jugak Pinky datang harinih, sebelum lunch time. Datang sama Sham, bawak banyak barang, termasuk grass cutter yang dah direpair tuh. Stationaries sama buku tulis pun ada dibawaknya, sebab aku nak kena rekodkan info pasal kerja, stock makanan ikan yang keluar masuk, things like that.

Silap-silap aku guna untuk tulis blog nanti tuh pasal buku tulis aku dah lunyai, dah nak penuh, nota harian, trade journal, kira-kira untung rugi forex, semuanya aku tulis kat situ. 

Aku tak layan sangat Sham, lantak dia lah nak arah aku itu ini. Dia yang lebih banyak cakap dari Pinky. Pinky cakap ngan aku elok aje, dan dia tanya aku apa yang aku nak kat rumah kongsi tuh. Terkejut dia bila dapat tahu yang aku tak ada tilam, dan walaupun aku kata ada toto kat kongsi Indon kontrak tuh tapi dia berkeras kata yang dia kena sediakan basic necessities macam tuh. Aku kata aku tak nak tv sebab aku memang tak suka tengok tv pun. Too bad dia tak tanya pasal internet, kalau tak nak aku suruh dia pasang streamyx.

Mamat Lone Ranger nak pinjam sepuluh ringgit, dia kata dia akan bayar balik bila abang ipar dia datang. Dia kata nak ke kedai, so aku kirim beli rokok.

Tangkap ikan 5 ekor, kasi Joko 2, aku goreng 3 ekor. Itupun sikit jer yang dapat makannya sebab ikan-ikan tuh tinggal tulang aje, isinya melekat kat kuali. Hopeless sungguhlah aku nih, nak goreng ikan pun tak reti. 

Lepas Maghrib aku sama Joko dan bini dia jalan ke pasar malam. Joko pinjam RM 20. Tengah jalan tuh, ada lori Cina berhenti, rupanya ramai Keling dusun tuh menumpang lori Cina tuh. Rasa sebijik macam dalam film Sin Nombre, dan aku asyik teringat yang aku pernah naik lori macam tuh masa kerja ladang jagung kat El Segundo, California dulu tuh. Besarnya kuasa Tuhan nih kan, tak pernah aku imagine akan berkeadaan macam tuh di negara sendiri. 

Tapi yang buat aku geleng kepala dalam hati (aku rasa aku sorang jer yang reti geleng kepala dalam hati) sebab aku masa tuh pakai t-shirt "I'd Rather Be Trading Forex". Dan aku tahu jugak yang EURUSD sell positions yang aku bukak pagi tadi
 keep on menguntungkan aku. Tak ada apa sangat yang aku beli sebab duit tak banyak, kat dalam hutan nih mana ada ATM kan? Diaorang yang pinjam duit tuh surenya bayar lepas dapat gaji nanti (then again Mamat Lone Ranger kerjanya tak ada gaji). So aku kena berjimat sampai 2 minggu. 


Tak ada apa sangat yang aku beli, cili, tomato, belacan, ajinomoto, carrot dan maggi mee. 

Aku tidur awal harinih sebab EURO masih downtrend dan aku ada a few sell positions di puncak sana tuh, aku nak hold aje lah sampai a few hundred pips untung setiap position.