Monday

Day 7 - Isnin 7/11/2011

Masih bercuti lagi pekerja-pekerja dusun sama Indon kontrak tuh, itu yang buat aku pun tak bersemangat nak kerja harinih. Harapkan membuang air kolam/bukak empangan sama kasi makan ikan aje, cuma itu kerja aku seharian.

Biasanya pukul 12 aku dah balik ke rumah kongsi (daripada kolam atau stor tempat melepak) dan aku akan rileks sampai lepas Zohor baru turun semula, sambil bawak beg yang berisi laptop. Tapi tadi sampai pukul 3 aku melepak sebab tersangatlah malasnya nak buat apa-apa kerja yang patut.

So untuk menghilangkan bosan keseorangan, aku cadang nak jalan-jalan ke sekeliling dusun, mula dengan kat rumah pekerja India/Indon tuh. Tapi, elok aje aku sampai kat gate, tengok-tengok ada kereta Seng. 

"Mau pergi mana?", dia tanya aku.

Aku sure yang dia tak percaya cakap aku bila aku kata yang aku saja jalan-jalan kat situ. Tentu dia fikir, oooo ini rupanya kerja dia nih, melepak jalan-jalan. Seng datang sama Miss Leong, siapa tah, sedara dia agaknya. Miss Leong ni lah sebenarnya yang taruk iklan salah ituhari sampaikan aku tertipu dan terterima offer kerja Seng tuh. Itu yang dia macam malu-malu nak cakap dengan aku, tanya sikit-sikit gitu aje.

Banyak pulak kerja yang Seng suruh aku buat, aku macam dah mula bengang kat Seng nih, malas sangat aku melayannya, takat angguk-angguk kan aje. Dalam hati aku kata, cepatlah bertukar tokay, I am starting to feel uneasy dengan Seng nih.

Petang masa kasi ikan makan, aku tangkap dua ekor talapia, nak cuba rasa makan ikan lah pulak. Siksa nak menyiang ikan nih rupanya, dah lah pisau tumpul tak lut ke taik. Naik kesian pulak aku tengok ikan yang bila ditebuk perut, masih bergerak-gerak. Sampaikan aku mintak maaf kat ikan tuh, terpaksa korbankan dia untuk dimakan.Aku rebus aje ikan tuh guna rice cooker. Taruk garam aje. Masa meratah ikan tuh baru terperasan yang aku lupa nak buang sisik ikan, tadi tuh takat buang ekor aje. 

Petang nih pergi Pasar Malam sama Joko sama bini dia, singgah kat masjid kejap for Maghrib. Spent dalam RM 30 beli barang like beras, gula, mee segera, sardin, telor dan biskut. Lega sikit rasanya sebab untuk seminggu depan nih aku dah ada bekalan makanan. 

Sampai aje rumah, bila bukak Forex Terminal MT4, tengok-tengok keempat-empat sell positions EURUSD dah kena hit, dapatlah dalam 200 pips semuanya, lebihkurang USD 40.00 sebab semuanya USD 0.20 per pip. Kalau aku tak ke Pasar Malam tadi tuh sure dah aku tutup awal sikit positions aku, sure dapat untung lagi besar pasal masa aku sampai tuh price dah pun reversed. 

Susah nak tidur malam nih, asyik terbangun aje kerjanya. Yang best nya semua Trades aku asyik menjadi aje, thanks to EURUSD yang movement dia one way aje, so aku membontoti ajelah ke mana dia pergi. Dulu aku berbulu sangat kalau ada orang kata, "Trend is your friend", tapi aku dah mula percaya dengan statement tuh. Yang buat aku asyik untung aje lately, pasal aku ikut trend (yang happened to be downtrend sekarang nih), I keep selling and selling, dan kalau ada minor rally pun aku akan cuba taruk sell positions kat puncak.

Aku tak buat pun buy positions, unlike ramai Traders Melayu kat Forum-forum yang suka buat buy positions bila price dah turun banyak. Dulu-dulu aku banyak melepak kat Traders forum (Carigold for one) tapi tak berfaedah sangat bagi aku. Sekarang kalau I need a good laugh aje baru aku ke sana, just to see what those so-called Masta (Master kononnya, baru trade sesebulan dua dah kata diaorang Masta) have to say. Ada yang syok sendiri, ada yang have no clues whatsoever, itu yang asyik tanya, "Eur pergi mana malam ni Masta-masta sekelian?", "Dah boleh buy/sell Eur skrg ke?", "Dia akan turun sampai mana Masta". I mean, for fuck sake, nobody knows where the price is goin. Use your common sense lah, use your god-given brain lah, daripada nak tanya membabi-buta.

Tapi yang paling lawak nya, ada sekumpulan yang macam elite Masta yang konfiden gila, yang kasi trade signals, bila masa nak bukak positions either buy or sell. They know exactly yang they have 50-50 chances of being right (or wrong). Kalau ramalan diaorang betul, bersorak sakan. Kalau salah, terus senyap.

Forex Trading (or any other Trading for that matter, be it Commodities, Futures, Options, Indice etc) is a very lonely "game", you make your own decision, you execute your own trades, you untung atau rugi sendiri-sendiri. Itu pasal I'd rather trade on my own daripada dengar nasihat-nasihat orang lain when comes to entering a position. Aku dah terkena dulu tuh, aku "terpengaruh" dengan recommendation Forumer, last-last terpaksa cut loss. 

Lagipun aku tak reti baca charts, tak reti guna indicators, I'm more of a sentiment and fundamental Trader, aku banyak baca news sebab EURUSD nih more often than not, trades on headlines. Bila tak ada news aje barulah EURUSD tends to follow technical aspects. I am a semi naked Trader (bukannya Trader separuh bogel, tapi Trader yang tak gunakan indicators sangat. Naked Trader = Trader yang masuk position without using any indicators whatsoever)