Sunday

Oct 2011:Setahun Sudah Berlalu

Aku mula menulis semula nih di bulan Oktober 2011. Exactly a year selepas aku dideport balik ke Malaysia.What took me so long to blog again? Well, ada jugak aku cuba-cuba tulis blog tapi sekerat jalan, entries nya semua aku privatekan, sebab aku nak mulakan blog baru nih.

Soalan kedua, apa pasal aku nak berblog semula? Entah, aku rasa macam rugi aje kalau aku tak menulis kisah aku sebab perjalanan kehidupan aku masih panjang (InsyaAllah) dan aku rasa ada baiknya kalau aku terus menulis pasal aku. At least aku kena sentiasa mencari idea untuk memenarikkan lagi jalan kehidupan aku nih.

Maknanya, dalam setahun aku tak menulis nih, maksudnya kehidupan aku tak menariklah kan? Ha ah, tak ada yang worth mentioning pun. 

The other day masa tengah melepak-lepak online, aku terralit dengar orang bersembang pasal harta kekayaan dan pencapaian dalam hidup masing-masing. Terfikir jugak aku, apa yang aku ada? Aku tengok sekeliling bilik aku, harta yang aku ada cuma lah hangers pakaian. Itu aje. 

Dan terfikir jugak aku, dah setahun aku balik Malaysia, apa pencapaian aku? Masih tak ada apa-apa, masih macam masa aku mula sampai dulu aje, malah lebih teruk. I have to do something, kata aku dalam hati. Setahun aku leka dalam kesusahan rupanya. Di US dulu, bertahun aku leka dalam kesusahan jugak. 

Orang boleh kata, even aku sendiri pun ada kata, lupakan kisah kehidupan aku di US dulu dan mulakan hidup baru di Malaysia nih. Aku cuba buat macam tuh, kalau ada berita (pasal New York especially) kat paper, atau kat tv, atau online, aku buat-buat tak tahu. Aku tak baca pun news tuh, aku tunduk ke bawah, tak tengok tv, aku buat-buat tak dengar. Sampai begitu sekali aku cuba nak lupakan New York. Sebab apa aku buat macam tuh? Sebab aku tak nak tersedih, aku banyak kenangan di New York. Di situ kisah aku bermula dan berakhir. 

The first few months lepas balik Malysia, aku sibuk untuk menyesuaikan diri aku dengan negara yang bertahun-tahun aku tinggalkan nih. Aku macam rusa masuk kampung jadinya. Rusa yang takut. Kalau nak melintas jalan, aku akan ke traffic light, melintas di situ. Tak berani nak melintas sesuka hati. Nak tahan teksi di tengah-tengah jalan pun aku takut. Nak ke MidValley pun aku takut. Takut terjumpa orang yang aku kenal, atau orang yang kenal aku. 

Took me a few weeks jugak untuk menguruskan segala masalah mendapatkan pengenalan diri (Surat Beranak, MyKad) dan cuma itu yang aku berjaya buat. Lesen Memandu, Passport, itu semua dah tak penting bagi aku. Aku tidak dibenarkan buat Passport sehingga Oktober 2013. Dan Alhamdulillah jugak, hasil pengorekan kat bank-bank (semua akaun aku dah lama ditutup), ASB etc, dapatlah jugak aku duit untuk menampung kehidupan aku yang masih blur on how to make a living. 

Untuk memenuhkan masa, jugak untuk menunaikan janji yang aku buat masa aku di tahanan kat Batavia, New York dulu, aku pun buatlah kerja-kerja volunteer di Rumah Anak-Anak Yatim. Banyak Rumah Anak Yatim yang aku talipun, semuanya setuju aku buat volunteer tapi bila aku ke sana, semuanya tak ada maklum balas.

Ada 3 tempat yang aku buat volunteer secara part-time tuh, tapi tak lama. Sebab I was not really welcomed. Senang cakap lah, diaorang lebih mementingkan/memerlukan pertolongan dalam bentuk wang ringgit. Diaorang tak peduli sangat, atau mungkin diaorang tak pentingkan sangat pasal kehidupan seharian anak-anak yatim tuh, tempat penginapan yang seadanya tuh. Walaupun aku ada offer kata, "dapat cuci tandas ker, bersih-bersihkan mana yang patut pun ok dah". 

Too bad diaorang tak tahu yang aku pernah kerja cuci tandas. Dulu masa kerja kat KFC Atlantic City, New Jersey dulu tuh, punyalah aku expert dalam hal-hal cuci tandas, sampaikan aku dapat buat analisa aku sendiri yang taik orang perempuan lebih besar/banyak dari taik orang lelaki. 

Mungkin salah aku jugak sebab aku ceritakan kat diaorang yang aku baru aje keluar tahanan. Kat Amerika pulak tuh. Mana lah diaorang tak seriau kan? InsyaAlah kalau aku ada duit nanti, aku nak dermakan kat Rumah Anak-Anak Yatim tuh. Bukan nak menyindir atau balas dendam, but that's what they want kan? 

Aku mula belajar Forex jugak. Aku memang ada basic cuma belajar cara-cara nak bukak live account, macamana nak trade dan segala macam hal-hal Forex in general. Online Trading is my true calling sebenarnya, lama dah aku tahu tapi aku tak pernah ada duit untuk mula. Akaun tak besar mana, jadi ada masa nya aku jatuh dan bangun, tapi semua tu buat aku lebih faham apa itu Forex. 

Since Forex nih 24 hours punya business, so aku lebih banyak memerap di rumah aje. Sentiasa mengadap laptop, pagi, petang, siang dan malam. Memang jadi sangatlah dengan tanggapan aku dulu tuh yang aku bila balik Malaysia nanti, aku akan menyendiri dan menyepikan diri dari kawan-kawan. Aku terpaksa buat macam tuh, aku sedar diri aku yang jauh ketinggalan dari orang lain.

And so I cut ties dengan kawan-kawan aku. Aku tahu ada yang kata aku "tak mengenang budi", masa aku di New York dulu, masa aku susah dulu, dengan diaoranglah aku mintak tolong. Tapi bila aku dah di Malaysia, terus aku lupakan diaorang. 

Sebenarnya bukan aku lupakan diaorang, aku terpaksa buat macam tu. Sebab aku sedar aku nih siapa, unemployed and have no future, clueless and all that shit. Lagi satu, aku tak nak diaorang tahu yang aku nih susah. Susah kat New York dulu tuh lain, itu susah yang senang. Susah kat Malaysia nih, susah yang susah. 

See, bukan aje aku nih berself-esteem yang rendah, bukan aje aku nih kuat sangat rasa inferior nya, tapi aku nih such a selfish bastard, pasal aku tak nak orang tahu yang aku susah. 

Aku gunakan jugak masa menyendiri tuh sebagai healing time. Tapi most of the time aku asyik memikirkan pasal keluarga aku, persepsi diaorang tentang aku. Jugak pasal sedara mara aku. Then teringat kat Carter. Kat King Mongkut. Kat David. Macam yang Carter kata dalam email, "I have missed you in my life", macam itu lah, I have missed them in my life. Tapi apa boleh buat, kan?

I will shed tears instantly (sekarang pun masih macam tu jugak) bila teringatkan kali pertama jumpa mak aku after so many years. Masa tuh kat restoran adik aku di Shah Alam. Semua adik beradik aku dan family masing-masing, kecuali kakak (Melaka) dan abang aku (Pahang) yang tak ada. Mak aku kat bilik air, ambik air sembahyang. Terus aje aku tunduk, cium kaki mak aku. For a good few minutes. Puas mak aku, abang aku, suami adik aku, tarik badan aku tapi aku terus peluk dan cium kaki mak aku.

Alhamdulillah, aku bersyukur yang semua adik beradik aku berjaya, semuanya hebat-hebat belaka. But at the same time aku rasa rendah diri sangat bila memikirkan yang dalam ramai-ramai tuh, aku lah yang paling jauh (bukan paling tinggi. One of my kakaks tu yang paling tinggi) belajarnya dulu tuh dan sekarang nih (and for the last few years) aku lah yang paling tak berguna nya sekali. Yang bawah-bawah tuh, semuanya tak masuk University pun. 

Tapi, itu lah kuasa Tuhan kan, kita semua dikasi brain. I just happened to let my brain up my ass for such a long time. 

Walaupun aku macam tak kisah apa yang adik beradik aku fikir pasal aku but I'm dying to know what they think about me. Kalaulah aku ada duit, nak rasa nya aku spend some times dengan each and every one of them, untuk melepaskan rindu, untuk make up for the lost time. Tapi, they have their own family, lagipun aku tak nak diaorang fikir (diaorang tak fikir macam tu, aku jer yang lebih-lebih nya) yang aku nak mintak tolong dari diaorang to get back on my feet.

I missed a few years of anak-anak sedara aku punya life, that's the saddest part. 

"I have the feeling he's going to do it again (pergi overseas lagi lama-lama, tak balik-balik)", statement one of my siblings tuh tersampai kat pengetahuan aku. Terasa hati aku sekejap. Lepas tuh sengih ajelah aku bila memikirkan, "how does she know.......?"

Itu aje lah pasal family aku kot, I did tell my parents yang kasi lah aku masa dua tiga tahun ni untuk sort my messy life up, lepas tuh barulah tanya pasal kawin and stuff. Semoga Tuhan perkenankan doa aku untuk jadi a good son/brother once again. Amin.