Tuesday

Day 11 - Jumaat 11/11/2011

Malam semalam hujan lebat,angin kuat, itu yang bila pagi nih aku ke kolam, aku tengok banyak pelepah dan buah kelapa tua yang terapung. Jadi satu kerja pulak nak buang pelepah-pelepah kelapa tuh. 

Walaupun banyak kerja yang boleh aku buat sebenarnya tapi aku macam tak tahu nak buat apa. Last-last merepair ban aje lah, kat tempat yang memang nampak obvious sangat. Ban-ban tuh banyak yang jatuh pasal ikan-ikan diaorang korek tanah, diaorang buat apartment diaorang sendiri. Kalau diseluk tangan dalam ban tuh, banyak ikan-ikan yang bermastautin. 

Dapat dalam sesetengah jam kerja pun aku terus melepak kat stor. Itu aje lah kot kerja aku untuk hari ini. Best kan? Kerja yang tak berapa kerja. Bukan apa, gaji nya sikit so kerja sikit aje lah kan? Tak fair lah dengan kerja Forex aku kan, dapat check Forex dua tiga minit aje sedangkan Forex lagi berbaloi.

So aku melepak kat stor aje lah, online. Mata sentiasa memandang ke arah gate, mana tahu ada kalau sesiapa datang. Diaorang tuh jenis yang tak boleh aku nak senang sikit, tak boleh aku nak merihatkan badan seseminit dua. 

Continuation dari semalam, most positions aku masih in the red, negative. Tapi aku selamba aje, aku biarkan floating loss tuh, selagi aku tak closekan positions tuh selagi itu tak akan loss, walaupun theoritically aku rugi. Tapi I have a very good feeling yang price akan go to other direction soon, semua fundamental indications dan traders sentiment ke arah itu. Sekarang price naik tuh sekadar correction, retracement. In a bigger picture, Euro is heading low. Stick a stick up my ass, tak akan aku bukak buy position nya lah, walaupun price dah naik. Aku akan tunggu dia ke atas and I'm going to open a few sell positions. 

Masa mandi untuk pergi Sembahyang Jumaat tadi, aku cuba godek-godek pam air, rasanya dah tahu macamana nak kasi air naik masuk ke pam. Kena guna a little common sense dan teknik rupanya. Aku ajak one of the Indons pergi sembahyang, pinjam motor Mamat Lone Ranger. Dia ada 2 kopiah, so beranilah nak merempit ke masjid kat main road sana tuh kalau pakai kopiah kan?

Masa balik, singgah kedai sekejap, beli barang. Beli 2 jenis biskut (kat sini banyak pulak aku makan biskut, especially masa memorex), sardin, mee cup (sebab aku nak kan cup nya), pengetip kuku etc. Habislah dalam 30 Ringgit. Tu way over dari bajet mingguan aku. Aku dulu plan untuk live on RM 15 a week, which is possible. 

Petang pun tak buat apa, hujan lebat. Melepak aje lah kat stor tunggu kalau-kalau Pinky datang. Habis aje kasi makan ikan terus aku melepak kat bilik. 

Punyalah bising Indon kontrak 3 orang tuh malam nih, terlalak-lalak menanyi sambil main gitar. Aku dah lah tension pasal internet tak ada connection, aku tak dapat nak access Forex terminal langsung. Berbelas kali aku merangkak ke laptop cuba-cuba online, bila tak dapat signal, aku tidur semula. Then a few minutes later merangkak lagi. Orang lain pun ramai jugak merangkak malam-malam kan? Aku nih merangkak sebab nak bersetubuh dengan laptop. Sampai dekat ke Subuh macam tuh.