Bersemangat aku nak memotong rumput, itu yang pagi-pagi lagi aku dah kasi ikan makan dan terus isi minyak mesin, pasang tali. Pakai goggle. Malas aku guna pisau, takut aku pasal kali pertama guna mesin rumput, kan? Lagipun takut nanti terkena tayar ban, atau pun batu.
Ya ampun, susah jugak rupanya memotong rumput nih, kejap aje berpeluh-peluh aku, sampai peluh yang keluar dari dahi tuh mengalir masuk mata, pedih jadinya. Dah lah tak rata, bertompok-tompok pulak tuh rumput (tanah) yang aku tarah.
Tak sempat 20 minit kerja, berhenti sekejap. Mamat Lone Ranger datang tepi pagar, dia kata salah cara aku potong tuh, mesin tuh kena dihayun-hayunkan kuat sikit. Dan dia suruh aku pakai skirt guni dan boots sebab getah rumput tuh tak akan hilang, kejap aje akan jadi hitam seluar dan kasut aku. So aku ambik guni, belah, dan pasang tali, jadilah macam apron. Nak potong rumput kena pakai apron jugak rupanya.
Tak sempat lama, mesin buat hal pulak, tak sampai 2 minit berhenti, tak sampai 2 minit, enjin mati. So panggil semula Mamat Lone Ranger, suruh dia tengok-tengokkan. Since dia pun tak ariff pasal mesin rumput so dia tak boleh tolong, so terpaksalah aku buat kerja tersemput-semput. Yang buatkan aku jadi semakin letih. Dapat dalam 50 meter potong, terus aku berhenti aje lah.
Terfikir aku, azabnya orang yang kerja jadi tukang kebun, tukang potong rumput, nampak macam senang aje tapi sebenarnya tak semudah yang kita tengok.
Pinky datang lagi, pukul 4, sama Sham, driver yang lain. Amboi, hari-hari datang dia nih. So pusing-pusing kolam sambil tengok-tengok apa yang kena dibuat. Aku perhatikan Sham tuh lagaknya ada lebih sikit. Aku rasa dia driver aje tapi lagaknya mengalahkan tokay lagi. Jalan seiring dengan Pinky, sambi suruh aku buat itu ini.
"Kayu-kayu ni, kumpulkan setempat, buang", kata dia.
"Tak, kayu ni untuk tahan ban, tengok tuh, setiap ban ada aku pacak kayu", aku jawab gitu.
"Daun-daun, akar-akar ni potong, menyemak aje", kata dia lagi. Aku dah hangat hati dah masa tuh tapi aku diamkan aje.
"Itu semua kena mesin ka?", dia tanya Pinky sambil tunjuk belukar kat Kolam 2 dan 3.
"Ya lorr, Boss mau itu macam", kata Pinky.
So aku tahulah yang semua semak samun tuh kena ditebas. Mamposlah, sedangkan rumput pun dah terkial-kial aku nak memotongnya, inikan pulak semak samun yang kat tebing-tebing kolam tuh.
"Kau angkat nih", kata Sham sambil bukak bonet kereta, ada 7 pellets makanan ikan. Haram dia nak tolong aku mengangkat guni-guni tuh ke stor.
Lepas diaorang blah, mulalah aku fikir, nampak gayanya dah ada satu penyebab untuk aku berhenti kerja nih. Biasanya aku boleh buat apa aje kerja tapi kalau bab peel dan kelaku orang, aku tak boleh tahan.
Internet connection aku teruk gila malam nih, kejap ada kejap tak dapat. Dah lah banyak positions aku yang against. Puncanya, aku ikut signal orang, aku macam teruja nak cuba signal-signal Forex yang dikasi, so aku masuk aje GBPJPY, EURCAD, GBPUSD sama USDCHF. Yang EURUSD aku tak ikut signal tu pun, aku memang dah ada open positions. Last-last rugi, nasib baik lah tak banyak sebab aku closekan awal, bila nampak macam nak against aje. Nasib baiklah semua positions yang semalam tuh dah aku closedkan tengahari tadi. And so aku janji yang from now on aku tak nak sekali-kali guna signal orang, dan aku tak nak main pair yang aku tak tahu menahu.
Susah pulak aku nak tidur malam nih, asyik-asyik bangun, on kan laptop. Then after a few minutes, cuba-cuba tidur. Tapi tak nak lena jugak. Itu aje kerjanya, sampailah ke pagi.