Friday

Isnin-Jumaat23-27April2018

Sama jer routine aku di minggu terakhir di KL nih, nak tulis kat blog pun dah tak tau apa. But then aku kena tulis jugak, tak nanti melarat-larat kemalasan aku yang akhirnya aku berhenti berblog. Tak bestlah sebab aku baru mula semula berblog, kan? 

As usual pepagi aku online sampai dalam pukul 10, then naik ke Medan Selera kat Pudu Sentral untuk brunch. Balik hotel aku online semula sampailah pukul 3 lebih gitu. Then for the last few days, aku makan kat The Robertson, tersuka pulak aku kat situ sebab kedai aku pergi tuh memang tak ada orang sangat pun. Kedai Nasi Kukus. Ingatkan ownernya Melayu tapi geng Mamak jugak, tapi bukanlah macam-mamak Mamak tuh, ini yang Mamak bersih, geng Mamak tak ada bulu. Unlike kedai Mamak yang kat sebelahnya tuh yang sentiasa penuh dengan manusia, sepenuh bulu-bulu yang basah dengan peluh kat badan pekerja kedai Mamak tuh. Boleh tahan jugak harganya, boleh makan dua kali kalau kat gerai biasa. 





Lepas Asar either aku tidur sekejap atau aku online. Harga Bitcoin (dan altcoins lain) tengah naik seseminggu nih, so itu yang buat aku macam mudah ralit baca forum-forum, news etc. Tak baca tuh pun tak apa sebenarnya, tapi aku dah tak ada kerja lain nak buat so layanlah apa-apa news asalkan berita pasal cryptocurrencies.

Kalau dulu aku selalu jugak layan Instagram, Youtube, FB etc, tapi sekarang nih aku dah tak ambik port langsung dah pasal semua tuh. Buang masa aje. So diri aku sekarang nih suci dari najis-najis cerita-cerita yang selalu melintas kat timeline aku. Kalau dulu tuh asyik-asyik penuh dengan cerita-cerita pasal Dato Aliff Shukri, Neelopak, Dato Seri Vida etc sampai meluat-luat aku. 

Tapi, kadang tuh "macam terhibur" jugak dengan perangai diaorang nih, apa taknya, sekor-sekor menggeletik menari, menyanyi. Apa cerita kisah sedara Yap Ah Loy yang putus tunang tu, hah? 

Setiap malam lepas Isyak, merempit kat Bukit Bintang. Rajin pulak MatBTC1, MatBTC2, MatRempit keluar malam, sanggup tuh datang dari Selayang, semata-mata nak melepak minum. MatBTC1, MatBTC2 kerja shift kat Hospital Selayang so diaorang tak lama merempitnya, aku join diaorang pun pukul 9 lebih masa diaorang dah nak balik. So aku merempit dengan MatRempit jer lah, kebetulan pulak dia tengah mogok seminggu (sama kawan sekerja) pasal dah 2 bulan tak dibayar gaji, diaorang tak masuk kerja untuk seminggu nih. So dia banyak masa melepak, aku layan aje lah sebab aku pun banyak masa.

Benarnya aku tak lah suka sangat pun melepak sampai tengah malam, aku sedar yang aku nih orang tua, tapi aku rasa macam aku banyak jugak "belajar" pasal hidup dari MatRempit tuh. So kitaorang macam ngam gitu walaupun banyak benda yang tak berapa ngam dengan aku. Macam yang aku cakap dulu, aku nih bukanlah judgemental orangnya tapi aku suka peratikan kelakuan orang. 

Ok, MatRempit tuh Kelindan Lori, sekolah setakat Form 2 aje. Aku pulak, walaupun sempoi orangnya tapi aku masih tetap classy cara pemikiran nya ekekekke. Aku ada class yang tersendiri, kan? So banyaklah benda-benda yang buat aku terpaksa bersabar, contohnya bila dia bercerita pasal benda-benda yang aku anggap remeh-temeh. 

Tapi yang buat aku sukanya, aku banyak jugak belajar dari MatRempit tuh. Dia nih (bagi aku lah) orang yang susah tapi dia tak tunjukkan susah dia tuh. Dan dia tak suka ambik kesempatan. Iyalah, dah 2 bulan tak bergaji, aku boleh faham sendiri. Dia ada beritahu yang sebenarnya, masa aku kasi duit kat dia dulu tuh, dia cuma ada RM 8 dalam wallet. Dia pun tak suka aku bayar makan, sebab tuh dia makan siap-siap sebelum keluar merempit. Nak belanja dia ajak makan, memang payah. Dan kalau sekali belanja pun, sampai dua tiga hari dia bercerita. Kitaorang makan kat KFC sekali malam tuh, dia tak habis-habis berterima kasih kononnya belanja dia makan kat tempat mahal. 

Aku jadi makin kesian bila dia cakap gitu. Tapi aku tak lah tunjukkan yang aku kesian.

Ituhari dia tertinggal rokok murah dia, sama lighter, kat kedai makan. Berkali-kali dia suruh aku pergi semula ke kedai tuh, tanya kalau-kalau diaorang ada simpan. "Ko pasal rokok tuh pun beria-ia sangat?", aku jawab gitu. Then dia kata dia kena pergi Chow Kit untuk beli rokok murah.  Otak aku yang lembab nih tak boleh fikir yang dia sanggup ke Chow Kit (dari Bukit Bintang) semata-mata nak beli rokok murah. 

Pernah sekali tuh dia sanggup melintas jalan semata-mata nak beli mineral water kat KK yang harganya seringgit sebotol, sedangkan masa tuh kitaorang kat 7-Eleven. 

Benda-benda kecik macam tuh yang buat aku tersedar yang aku nih suka take for granted jer apa-apa hal. So dengan lain perkataan, MatRempit nih dah menyedarkan aku yang terleka nih, tentang hidup. 

"Ko ambik nih, aku dah beli yang baru", aku bagi dia Lenovo aku yang dah aku formatkan. Aku terbeli cellphone baru, malaslah aku cakap banyak ekekekek. Memang susah jugaklah dia nak terima tapi bila aku kata yang aku nak buang jer Lenovo tuh (aku ada 2 phones) sebab aku memang tak guna dah, barulah dia ambik. 

Aku tak nak cakap banyak tapi bagi dia, aku nih baik sangat orangnya. Entah, aku biasa-biasa jer, aku tak rasa pun aku "banyak tolong" dia, macam apa yang dia selalu cakap tuh.  Ker sebab aku nih baik sangat orangnya sampaikan aku dah lali, dah tak rasa apa-apa dah? Aku selalu cakap dalam hati, "ayooo, itu pun nak berterima kasih banyak-banyak kali?".

Wednesday

Ahad22April2018

"Bosan dah asyik beli emas jer, nak beli Bitcoin lah pulak", kata Ida masa kitaorang bersembang pasal cryptocurrencies. Ida nih "terjoined" BitneworkClub yang aku anti sangat tuh so itu yang aku nasihat dia suruh beli sendiri apa-apa coins instead of join scheme dan program yang lebih ke arah MLM macam BitnetworkClub tuh. 

"Kalau duit yang awak guna untuk join BNC tuh awak beli ocins, kan ker berbaloi, tak payah nak susah-susah", aku kata gitu.

"Itulah, kawan saya ajak join. Dia kata adik dia ok jer, dah bertahun dah", diaorang nih memang tegar.

"Memanglah ok setakat ini tapi kalau awak beli sendiri, itu lagi ok", aku kata gitu.
"Cuba awak withdraw BTC yang awak ada tuh ke wallet, tengok macamana", aku kata gitu.

Tak nak cakap banyaklah, Ida tak ada pun BTCwallet. Kalau nak involve dengan cryptocurrencies, pertama-tamanya kena ada wallet untuk simpan coins, at least untuk bitcoin. Aku ada 5 wallets, walaupun isinya tak banyak tapi at least they are all berisi. 

"Itulah, awak tak nak ajar. Bila Teh tanya jer terus awak kata nak datang ke Rawang nak ajar Teh", Ida kata gitu.

Ituhari dalam group keluarga, Teh ada mintak links pasal Bitcoins etc so aku tawarkan diri untuk ajar Teh, aku boleh datang ke Rawang mentara aku free nih. Bukan apa, aku tak nak Teh pun terjebak pasal skim-skim yang merapu, aku nak Teh tahu yang benda-benda macam nih, kena belajar, buat sendiri. "Kawan ajak join", ha, itu term yang ke arah kelingkupan tuh. 

Jalan tak jem langsung so before 10 kitaorang dah sampai Raub, aku berdua dengan Ida jer. Berhenti sekejap kat Pasar Minggu Raub yang famous tuh, Ida nak beli cili. Macamlah kat KL tak ada jual cili, kan? Itu satu lagi perangai perempuan yang aku tak faham.

Mak, Akak The, Pui sekeluarga dah ada kat rumah masa kitaorang sampai tuh. Sebenarnya kitaorang nak ke Bentong nak pergi khenduri kawin anak kawan baik mak. Aku tak sempat keluar meronda sekitaran rumah pun sebab nak cepat. Iyalah kan, nak tengoklah jugak macamana keadaannya sebelum aku pindah duduk kat kampung nanti tuh, yang kalau mengikut plan nya, awal bulan depan. Itu semua kalau masih belum ada news pasal projek kolej di Bentong tuh.

Aku tinggalkan bag aku yang berisi pakaian, mulanya nak tinggalkan dalam kereta Ida aje sebab senang sikit aku nak ambik, kalau kata aku kena start kerja awal bulan depan. So nanti aku balik Cherating, ada satu bag aje lah, lemas aku kalau nak bawak 2 bags macam dulu tuh.

Khenduri kawin tuh kat Dewan Penjara Bentong di Mempaga. Grand jugak majlisnya, ramai orang yang datang. Seramai orang yang balik lah kot. Nuar sekeluarga ada jugak datang, dia ajak aku balik sama dia tapi aku nak ikut Ida, Kak The hantar mak balik ke tempat mak di Kerdau, Temerloh.

Ada dalam sesejam kitaorang kat "pondok" kompleks tempat mak belajar ugama tuh, aman jer tempatnya. Kitaorang memang puas hati dengan tempat tuh, dah nak masuk tahun ketiga mak kat situ, kalau tak salah aku. Dulu tuh kat Jerantut Ferri, daif tempatnya dengan pondok kayu macam rumah panjang. Dah lah sentiasa kena banjir bila hujan lebat. Tapi kat tempat sekarang nih memang semuanya moden, pendek kata semuanya ok, terbaik.

Aku ke surau kat kompleks tuh nak sembahyang, aku masuk jer dewan sembahyang, aku nampak ada 3 orang tengah baring-baring. Then aku dengar macam ada orang nyanyi, yang rupanya bunyi radio. Aik, dalam surau pasang radio? Kalau dengar ceramah atau pelajaran ugama kat radio, ok lah. Ini tak, semuanya lagu. Aku mulanya macam tak percaya tapi sesambil buat pura-pura susun sejadah-sejadah, aku dengar betul-betul, lepas satu, satu lagu. 

Terfikir jugak aku, is it normal macam tuh? Tak apa ker bagi diaorang pasang lagu kat dalam surau, kat pondok pengajian dan Tahfiz? Entahlah, aku terfikir yang aku nih cerewet ker pasal benda-benda "kecik" macam tuh. Apa pasal aku selalu terserempak dengan benda-benda di luar tabi'i, that I don't know.

"Banyaknya duit mak, mat nyer tak masukkan dalam bank?", aku tanya Ida masa Ida mengemaskan purse, beg tangan mak. Berkepul-kepul duit.

"Tak payahlah, biar mak senang nak sedekah ke mana-mana", kata Ida. Betul jugak tuh. 

Ngantuk gila masa balik ke KL, aku layan tak layan jer ida sembang.

"Awak nak duduk Raub, ada duit ker?", Ida tanya aku.

"Ada lah sesikit. Kalau duduk Raub, boleh tahan sampai tahun depan. Tapi kalau duduk KL, sesehari dua boleh habis duit aku", aku kata gitu.

"Buatlah mende yang awak rasa elok, tak payah risau, buat rileks jer", kata Ida lagi.

Rileks sangatlah nih sampai dekat sebulan duduk hotel, kata aku dalam hati. Bila Ida tanya aku duduk kat mana di KL, aku kata aku duduk kat Bangsar, rumah kawan. Kalau aku kata aku duduk hotel, aku rasa Ida akan jawab, "Pandir!".

Tuesday

Sabtu21April2018

Harinih buat kelainan sikit dari biasa, lepas Subuh aku dah siap bersiap. Bersiap? Macamlah nak ke mana-mana sedangkan aku cuma breakfast kat kopitiam kat bawah tu jer. Cumanya aku lepak lama, sesambil baca The Star. 

Walaupun aku tak ambik port langsung pasal Pilihanraya akan datang nih tapi aku nak lah jugak tahu sedikit sebanyak pasal politik semasa. Aku baca news bab-bab pembangkang jer, yang pasal BN tuh aku skip jer. 

Lepas tuh jalan-jalan kat The Robertson, serviced apartment/mall yang baru jugak bukak nya tuh. Ada GM. Masa mula-mula aku terduduk kat hotel area Pudu nih dulu tuh, projek tuh baru nak start, sekarang nih dah siap pun dah. Aku selalu berangan yang satu masa nanti kalau aku ada duit, kalau aku nak beli rumah ker apa ker, The Robertson tuh pilihan utama aku. Pilihan kedua, tuh yang sebelah Apartment Abdullah Hukum, tempat lama aku. 

Dah dekat 12 tengahari aku keluar lagi, untuk menguji kekentalan hawa nafsu serakah aku. Nak tengok samada aku terbeli apa-apa yang terlintas di kepala aku. Aku ke Jalan TAR, menyusur Jalan Masjid India. Then sampai ke area dekat Sogo. Best pulak makan kat area tuh, ada a few cafes yang agak hipster, yang agak moden. Tapi harganya boleh tahan, aku makan beriyani kambing, minum teh ais, harganya RM 20. Mahal jugak, kan? Then again, what's that dua puluh Ringgit, kan? 

Langsung aku tak tergoda dengan kawasan Jalan TAR tuh, tak ada apa pun benda yang aku beli, bukan standard aku pun sebenarnya untuk bershopping kat Jalan TAR/Jalan Masjid India tuh. And so aku naik monorail ke Jalan Imbi station, aku ke Plaza Low Yat. Ha, kat sini jantung aku selalu berdegup, ini lah medan peperangan yang sejati. Medan perang melawan hawa nafsu. 

I know very well yang aku tak ada tab, dan aku selalu tension sebab both my cellphones tuh selalu hang tiba-tiba. My Lenovo tuh, button yang sebelah kiri macam termasuk ke dalam, aku nak off kan kena tekan kuat-kuat. Memang banyaklah cacat celanya phone aku yang satu tuh, selama ini aku bersabar, aku menanggung sengsara yang tidak terperi-peri sakitnya. 

Dan dari dulu jugak aku perasan yang aku cuma guna Lenovo yang harganya cuma a few hundred Ringgits. Masa kerja dulu, aku lah yang pakai cellphone yang paling kodi, orang lain semuanya phone yang harganya dua ribu Ringgit ke atas. Dan aku tetap dengan Lenovo aku yang aku rasa sesuai dengan gaya kehidupan aku yang merendah diri nih.  

Cellphone is never that important dalam hidup aku, tambah-tambah sekarang nih, aku cuma jadikan alarm aje. Tapi sejak aku berkecimpung dalam dunia cryptocurrencies, Bitcoin etc, aku perlukan cellphones yang canggih sikit. Walaupun aku sedar yang selama ini pun ok jer guna cellphones yang sedia ada, mengapa pulak nak tukar beli yang baru, kan? 

So aku masuk this one kedai, terus tanya Samsung yang latest, yang paling mahal. Cina tuh macam tak percaya kot yang aku berkemungkinan besar akan beli, so dia macam tak layan jer aku. Aku lagilah, lagi buat macam aku ke situ just untuk browsing, macam orang lain jugak. Padan muka kau, dah aku tak terbeli, kata aku dalam hati bila aku keluar dari kedai tuh dengan sedikit kehampaan sebab Cina tuh langsung tak layan aku.

Bodoh diaorang tuh, diaorang nih tak tahu yang aku nih mudah cair kalau dilayan atau even ditanya sikit-sikit. Aku punya style, kalau aku nak beli something aku akan ke satu kedai dan terus beli, Tak adanya lah aku nak pergi dari satu kedai ke satu kedai. Tanya itu ini tapi tak beli. Kesian kat pekerja kedai tuh kan? Macam tadi masa kat Jalan Masjid India, orang punyalah ramai so terpaksa jalan slow-slow. Aku tengok jer dua orang pompuan nih, setiap baju, pakaian, kain yang bergantungan tuh dipegang, dibelek. Belinya tak. Dari satu kedai ke satu kedai. Pompuan nih, kalau diaorang ke kedai, diaorang jadi hilang akal gitu, jadi tak ada perasaan. Perasaan kesian kat pekerja yang terpaksa susun dan atur semula barang-barang yang dipegang dan dibelek oleh setiap pompuan yang lalu lalang. 

Hari macam nak hujan so aku terus jalan kaki balik ke hotel, dengan perasaan macam tak percaya yang aku berjaya melawan nafsu untuk beli cellphones dan benda-benda lain yang setaraf. Harapnya aku akan terus berjaya melawan nafsu aku, punyalah susah nak kawal bila ada duit sikit nih. Sebenarnya aku dah banyak habiskan duit duduk kat hotel, itu punca utama yang membuatkan aku tak nak membazir beli benda-benda lain.

Petang nih tidur jer kerjanya, sebab malam nanti MamatBTC1, MamatBTC2 dan MatRempit ajak minum-minum kat Bukit Bintang. Nak ajak tengok buskers dangdut lah tu, bosan dah aku. Aku tak boleh nak lepak lama-lama malam nih sebab kena tidur awal, esok awal pagi dah nak balik Raub sama Ida, adik aku. 

Monday

Jumaat20April2018

"Mengapa nak keluarkan semua, Encik?", kerani bank tuh tanya aku masa aku nak "pecahkan tabung". Aku antara orang pertama kat bank, datang awal-awal pagi sebab macam "excited" sikit nak dapat duit.
"Saya nak pergi haji, ikut pakej", aku tipu kerani tuh gitu. Tak apa kot. Dia tak patut tahu tujuan aku keluarkan duit yang aku simpan.

"Rugi jer kalau Encik keluarkan semua, tak dapat dividen nanti", dia kata gitu. Keluarkan separuh aje lah", dia kata lagi.

"Tak apalah, saya keluarkan semua, nanti kalau "tak habis pakai", saya masukkan semula", aku jawab gitu. Pandai diaorang nih, kata aku dalam hati.

Last-last aku keluarkan tak sampai separuh pun, masukkan ke dalam account aku. Since prosesnya tak sesusah mana, kalau aku nak guna duit nanti, aku boleh keluarkan balancenya. Cumanya, kalau boleh aku nak keluarkan semua sekaligus, biar rasa best sikit knowing yang ada duit dalam bank, so aku bolehlah goyang telor aje, kan? 

And so ranaplah satu tabung. Aku keluarkan duit tuh untuk perbelanjaan sampai akhir tahun, InsyaAllah. Kalau aku duduk di kampung, tak kerja, InsyaAllah boleh bertahan selama itu. Tapi kalau macam aku sekarang, duduk hotel kat KL, dalam a few months boleh habis, kot?

Tak payah kerja pun tak apa nampak gayanya nih, kata aku dalam hati. Funny how my plan macam boleh bertukar gitu. The power of money, kan? Tengoklah, at least kalau aku tak kerja pun, dan duduk di kampung (or even duduk di Cherating kalau aku decide macam tu), InsyaAllah dapur akan tetap berasap. Dapur kedai makan lah kan? 

Rasa macam panjang jer langkah aku the moment aku keluar dari bank. Macam padu jer langkah aku. Cadangnya nak ke Sungei wang sebab nak order contact lens, nak tukar glasses. dah dekat 3 tahun aku pakai glasses yang sama, aku pun naik bosan. Sebelum nih aku tak terfikir pun nak tukar glasses, nak beli new contacts. Tah macam mana tetiba dapat idea macam tuh pagi nih.

Tapi itulah, iman aku kuat, itu semua dugaan alam, kata aku dalam hati. Aku berjaya tidak menurut hawa nafsu, aku terus balik ke hotel. Tengahari pulak, lepas Sembahyang Jumaat, aku tak mengeluarkan diri dari bilik hotel, aku melepak aje.

Aku tak rasa aku "membazirkan" duit bila aku terus aje beli a few cryptocurrencies macam BitcoinCash, Ethereum, Litecoin, Ripple dan Cardano. Aku tak beli Bitcoin sebab yang tuh aku kumpul sendiri, collect dari mana-mana, lagipun harga Bitcoin tinggi, baik aku beli coins lain yang murah-murah. Aku simpan jer semua coins nih, tak sentuh pun (unlike Bitcoins yang aku selalu "sentuh", i.e trade ataupun cash kan ke PayPal. 




RabuKhamis1819April2018

Mamposlah termalas pulak nak update, setakat buat untuk melepaskan batuk di tangga jer nih.

Rabu18April2018

Spent the whole day doing absolutely nothing kecuali pergi hantar laundry. Dan keluar makan. Masa yang lain tuh just melepak dalam bilik pagi petang siang sampailah ke malam. Buat kerja sesikit dan selebihnya tengok tv series yang aku suka, Survivor, The Big Bang Theory dan Young Sheldon. Kalau dulu aku sentiasa up to date dengan episodes yang aku tengok tapi sekarang aku macam tak ksiah kalau aku dah terkebelakang for about 3 weeks. 

Aku merayau jugak kat ebay, aliexpress,alibaba mencari idea-idea apa yang nak dibeli now that kemungkinan aku duduk kat kampung so aku nak buat macam dululah, nak penuhkan masa aku selain dari kemungkinan aku berkebun semula macam dulu tuh. Banyak benih-benih pokok dan tanaman yang aku macam teruja nak beli, dan ada a few items yang aku berkenan. Tengoklah nanti macamana, kalau aku jadi balik kampung dan aku rasa nak bercucuk tanam semula macam dulu, aku dah tahu apa yang nak ditanam. 

Aku biasalah, akan tanam benda yang pelik-pelik, tanaman yang orang belum pernah tanam. Kali ini mungkin aku nak tanam pokok-pokok yang dari South America, ada a few tanaman yang cepat berbuah. Benih kacang harimau (dan a few jenis kacang tanah yang lain) pun aku dah tahu kat mana nak beli, kat China. Memang kat Malaysia nih dah tak ada orang jual benih kacang tuh rasanya. Kacang harimau mesti tetap ditanam legacy (arwah) pak aku tuh.

Tengoklah macamana nanti, kalau aku jadi balik kampung dan terus nak duduk di kampung sebelum aku embark on the biggest journey of my life tahun depan, aku akan bercucuk tanam aje lah. Tapi gayanya macam nak buat sikit-sikit jer, tak berkudrat dah aku rasanya nak buat macam dulu, tanam kacang tanah sampai dapat beribu kilo hasil.

Hujung minggu nih kemungkinan aku balik kampung sekejap, adik beradik aku ramai jugak yang nak balik, mak pun akan balik. 


Khamis19April2018

Aircond bilik aku rosak apa tah, pukul 3 lebih (pagi) lepas aku komplen kat reception, aku disuruh pindah ke bilik yang lebih mahal sikit. Tapi ikut harga bilik sekarang. And so pagi nih bila aku nak bayar untuk nak extend, aku dah serba salah samada nak pindah semula ke bilik lama, yang aircondnya dah dibaiki. Kalau ikutkan hati nak jer terus kat bilik yang baru tapi memandangkan aku akan stay for up to 2 more weeks kat sini, aku balik semula ke bilik lama. Perlu berjimat cermat ekekekke

Roughly aku dah buat keputusan yang minggu depan minggu terakhir aku di sini, kalau tak ada apa-apa news aku akan ke Cherating dan angkut semua barang termasuk kereta dan fatbike, bawak balik Raub. Aku dah dapat terima hakikat yang that is the best and only option yang aku ada. Tak salah kalau aku duduk di Cherating sampai after Raya (or even sampai akhir tahun) tapi tak productive lah pulak, kan? Kalau kat kampung, aku akan lebih "bekerja keras", at least untuk membuktikan kat mak, kat adik beradik yang aku bukan setakat makan tidur aje di kampung, tapi aku bercucuk tanam jugak. Dan aku pun tak akan terdengar soalan macam "dia buat mendenya duduk sorang-sorang", dari orang kampung.

Aku keluar awal untuk ke Shah Alam sebab takut jadi macam masa aku last ke sana dulu tuh masa nak jumpa Nuar, sampai nak tumbuh sisik kat kulit aku menunggu komuter. Bengang jer aku kat makcik cleaner Indon kat station komuter Shah Alam tuh, aku ke surau nak solat, agaknya dia ingatkan aku nak melepak tidur kot. Aku terperasan yang dia jeling, tengok semacam jer. Aku pulak tak perasan yang kasut tak boleh dibawak masuk ke dalam, itu yang tah apa-apa dijeritnya kat aku. 

"Sorry, sorry, sorry", aku jawab gitu.

Lepas solat, masa nak keluar dari station, aku terpaksa lalu kat kawasan yang dia mop, sekali lagi dia jeling aku semacam, setiap langkah aku diperatikannya, sampaikan aku nak tanya, apa salah aku. 

Apa salah dan dosaku, sayang
Cinta suciku kau buang-buang
Lihat jurus yang kan ku berikan
Jaran goyang, jaran goyang

Ekekekek,padah tengok orang busking kat Bukit Bintang.

Janjinya pukul 3 so pukul 2-45 aku dah sampai. Tunggu punya tunggu, dah siap isi form bagai, tetap tak muncul Boss nya.

"Boss solat sekejap", kata CikNor HR yang selalu berWA dengan aku tuh.

"Dah tahu janjinya pukul 3, solatlah cepat-cepat", aku kata gitu. "Solat apa pukul 3 lebih?", aku kata lagi. Sebab aku dah terbiasa dengan CikNor  itu yang aku berani cakap macam tu tuh.

Tak lama mana pun interviewnya, Boss tuh puas hati dengar explanation aku apa pasal aku nak apply for that particular post sedangkan aku well over qualified. Aku pun tak berapa bersemangat benarnya sebab project nya kecik dan gaji maksimum yang (gomen punya projek, gajinya ikut gomen punya scale) diaorang boleh kasi tuh separuh dari gaji yang aku dapat masa kerja Cherating dulu. Tapi bila difikirkan yang aku bukannya kisah sangat pasal duit, aku cuma nak "habiskan masa" sampai suatu masa nanti, itu yang aku kata aku ok aje dengan offer dia, jugak dengan project yang maha kecik tuh.

Satu jer masalahnya, projek tuh walaupun signboardnya dah dipasang (weekend nih bila balik Raub, aku nak survey-survey tempat) tapi surat perlantikan Contractor belum keluar lagi. Maknanya Contractor belum masuk lagi untuk preliminary works macam buat site office etc. Bila site office dah siap dan berfungsi, masa tu lah Consultant akan masuk site. So, Boss tuh tak tahu bila project akan mula. Mungkin minggu depan, mungkin bulan depan, mungkin 2 tiga bulan depan. Kalau aku boleh standby, ok lah. 

Macamlah project Fasa 2 Royale Chulan kat Cherating tuh, dah bertahun kata nak mulakan tapi sampai sekarang masih belum boleh start sebab nak dapatkan all that kelulusan dari Local Authorities etc.

So aku kena balik kampung aje lah dulu, tunggu panggilan bila boleh mula kerja, if ever projek tuh akan mula. Kalau tak ada jugak then bukan rezeki aku lah. Aku akan terus aje duduk kampung tanam kacang ajelah kalau macam tuh.

Aku perasan, tiga kali aku naik Grab kat Shah Alam, ketiga-tiga drivers nya Keling, keretanya pulak Honda City warna gray. 

Friday

Isnin, Selasa16,17April2018

Isnin 16 April 2018

Rasa macam lama sangat dah aku di KL nih, aku dah start rasa bosan dengan routine seharian. Tiap pagi aku keluar beli paper, pergi makan. Either makan porridge kat KFC (favorite aku) atau ke Level 4 Pudu Sentral. Semua gerai kat situ aku dah cuba. Sekali sekala makan kat Kopitiam.

Then balik bilik, memerap depan laptop sampailah lewat petang, then turun beli makanan. Lepas Isyak keluar ke Bukit Bintang, kecuali malam nih. Bukan sebab hujan tapi saja jer malas. Kadang tuh bila bosan, melepak kat lobby hotel, bersembang dengan hotel staff. 

Kat deretan bangunan nih ada dekat sesepuluh bijik hotel 3 star, sentiasa penuh. Kebanyakannya tourist China, Indonesia dan India. Dan separuh lagi dipenuhi oleh sex workers. Staff tuh kata yang most of them Indonesians, datang Malaysia on visitor pass, dan ada jugak yang duduk sampai berbulan-bulan. After like a month, diaorang akan ke JB for a few days (ada lah sindiket nya tuh) then datang balik ke KL. Kebanyakannya lelaki. Diaorang duduk ramai-ramai sebilik so bila one of them ada "customer", yang lain tuh akan melepak kat lobby hotel atau berpeleseran di sekitaran. 

So kat kawasan nih memang sentiasa sibuk, sentiasa ada orang, tak kiralah pukul berapa pun. Ituhari aku terbangun pukul 3 pagi lebih sebab lapar, turun ke 24-hour store nak beli sandwich, aku tengok macam ramai jer orang yang berlegar-legar. Sekarang nih kan ker banyak apps pasal sex service.

(Gila malas nak update, sebab tak ada apa nak dicerita pun. Mulanya, since tak ada cerita, aku nak buat update macamana nak kumpul free Bitcoin and lain-lain coins tapi sebab panjang, aku lupakan hasrat murni aku tuh. Selain daripada trading, cloud mining, aku kumpul free coins jugak. Been doing this for almost a year now, tak lah banyak coins yang aku ada tapi adalah sesikit. Sapa-sapa yang nak tahu macamana aku buat, yang ada basic pasal cryptocurrencies, ini no WA aku +60129792016. Seriously, bagi aku lah kan, orang-orang yang tak tahu menahu pasal blockchain technology nih macam ketinggalan sangatlah. Sebab tuh aku nak cuba educate sapa-sapa yang ada keinginan untuk belajar. 

Tapi kalau WA aku dan tanya aku, "Eh, Bitcoin tu apa hah, serious aku tak tahu Bitcoin tu apa benda", maka bersedialah untuk dicarutkan. 

Selasa17April2018

Aku tengah buat kerja (check pasal trading account) bila ada call dari company yang di Puchong tuh. MissTeh tanya kalau-kalau aku ada "change of heart' sebab dia nak forwardkan nama aku ke Hong Leong/Guocoland untuk second interview. 3 nama jer yang dia nak submit, nama aku salah satunya. Lepas cerita-cerita, aku kata aku tak nak nama aku diforwardkan sebab project tuh besar sangat bagi aku, durationnya pun lama. Aku pun dah tua, aku tak nak lah terkejar-kejar sangat, tak naklah banyak tanggung jawab. So aku kata kat dia yang project tuh tak sesuai dengan aku. 

Every now and then aku tengok kalau-kalau ada iklan yang sesuai, tak banyak iklan sebagai Resident Engineer, tambah-tambah yang sesuai dengan jiwa raga aku. Iklan untuk kerja sebagai Site Enginner berlambak-lambak lah, tapi tak kan aku nak apply jadi Site Engineer, gaji ciput, kerja dengan kontraktor pulak tuh. 

Aku terbaca this one iklan, nak cari Assistant Resident Engineer, untuk projek gomen kat Kelantan. Besar jugak projeknya sampaikan nak pakai ARE (Assistant Resident Engineer). Aku hantar jugaklah CV aku walaupun aku tak berapa suka dengan post tuh, iyalah kan, aku belum pernah kerja di "bawah" orang lain. Biasanya aku yang paling 'besar", tak ada orang lain dah antara aku dan Boss. 

Tak lama tuh ada call dari HR company tuh, tanya pasal CV aku, apparently aku lupa nak update pasal gaji, gaji yang tertlis kat CV tuh gaji yang aku dapat masa  kat Cherating dulu. So dia kata kalau aku boleh adjust gaji tuh then dia akan forwardkan nama aku. Projek gomen, ada dia punya scale gajinya sendiri, which is lower lah kan? Tapi aku tak kisah sangat pun.

Sembang punya sembang, HR tuh beritahu diaorang pun tengah cari Clerk of Works untuk projek kat Bentong, Pahang. Clerk of Works (Cow) nih macam Supervisor lah, assistant kepada Resident Engineer. Diploma holder yang biasanya jadi CoW tapi kalau project besar, Degree holders pun ramai yang jadi CoWs. 

Since project nya kecik jer, buat bangunan tambahan college, so project duration nya pun kejap, dalam 18 bulan. Tapi, gaji nya pun keciklah kan, sebab CoW aje, bukannya R E. Fikir punya fikir, this one is much better than the one yang aku apply tuh so aku kata kat HR tuh suruh kensel my previous application. Sebab aku berminat dengan the one kat Bentong instead. 

Manalah HR tuh nak percaya, tak kan dari R E nak turun pangkat jadi CoW, kan? Turun gaji? Ish, biar betul. Then bila aku explain kat dia yang aku kerja sekadar nak "buang masa" jer, bukannya nak kira sangat pasal gaji, barulah dia faham yang aku nak "santai-santai". Lagipun Bentong tuh dah kira macam kampung aku lah kan, berapa minit jer drive balik Raub, kan?

"Kalau Encik nak tahu details, saya pass kan line nih kat Boss saya, dia tengah pening tuh sebab masih belum dapat orang lagi nih. Dah banyak kali iklan tapi tak ada yang layak", kata HR tuh lagi.

"Tapi saya nih way over qualified", aku kata gitu gelak-gelak.

"Tak macam nih, you ceritakan kat Boss you pasal saya, iyalah, apa pasal saya lebih berminat kat post di Bentong tuh walaupun projek kecik, gaji kecik semuanya kecik tuh', aku kata gitu.

"Ini Boss company &^&^& tu ker?', macam kurang ajar jer aku tanya gitu bila a few minutes later ada call dari nombor office tuh, dan yang call aku tuh lelaki.

"Haah", kata suara tuh.

And so aku ceritakan kat dia pasal aku, even kisah aku ke Madrasah tuh pun, walaupun aku cuma kata "but it didn't work out macam yang saya harapkan". Aku kata aku minat dengan projek Bentong tuh sebab it fits nicely dengan my plan, tak kisahlah gaji kecik dan turun pangkat. Ala, kalau aku di Madrasah dulu tuh, atau balik kampung, langsung tak ada income kan? Ala, lagipun projeknya kecik sangat, belasan juta jer. Kacang putih bagi aku. 

"You boleh datang office di Shah Alam tak, boleh kita bincang lebih lanjut", kata Boss tuh.

And so Khamis nih aku akan ke Section 13 Shah Alam untuk interview.

"Saya CikNor, HR company project Bentong tu", keluar satu WA.

"Encik, kampung kat Ulu Gali ker?", dia tanya lagi.

Obviously dia dapat info tuh dari CV aku.

"Haah", aku jawab gitu jer.

"Kakak saya duduk kat sebelah Kg Ulu Gali, entah-entah Encik kenal keluarga dia. Dulu dia kerja blah blah blah blah.........",kata CikNor.

Aku layan jer lah dia bercerita pasal keluarga kakak dia tuh tapi malam pun dia sambung WA, siap kasi gambar keluarga kakak dia lagi. Aku kenal sangatlah keluarga tuh. WA dari dia tetap tak berhenti sampaikan aku terfikir, "eh, dia nih nak mengorat aku ker?". 

Seriously, aku tak reti baca "hati" perempuan. Kadang-kadang tuh bila bersembang biasa jer, aku ingatkan orang nak mengorat aku. Tapi kadang tuh bila bersembang, diaorang macam kasi hints tapi aku ingatkan sembang biasa aje. 

Kalau semua kita Melayu nih buat style Mat Salleh, kan ker best? Cakap jer direct-direct, tak yah nak berkias bagai. Ini, aku sorang jer yang style Mat Salleh, susah lah kan?

Mentara aku rajin dan ada mood nih, meh aku bagi satu contoh. 

Dulu, zaman-zaman sebelum aku ke US, aku nak pergi Umrah & Ziarah, 2 minggu Umrah dan 2 minggu ke London/Paris. Tapi aku extend for another month sebab aku ada kakak kat Norwich masa tuh. Kat bandar baru dekat tempat aku kerja tuh ada satu bank baru bukak, ada promotion, buat Personal Loan. So aku buat loan tuh, ada 2 tiga staff jer bank tuh, iyalah kan, bank baru bukak. Minah yang attend aku tuh "selalu" talipun aku tanya details sampaikan aku jadi terbiasa bercakap kat dia on the phone. Dipendekkan cerita, masa aku nak berangkat aku call dia, aku tanya dia, apa dia nak, iyalah kan, aku nak ke Mekah, Paris, London. 

Apa dia jawab? 

Dia kata, "I tak nak apa-apa, I nak you jer yang balik".

Why in the world aku tak boleh "baca" apa yang dia kata tuh, itu aku tak tahu.

Wednesday

Ahad15April2018

Aku tak buat apa-apa pun harinih, melepak kat bilik the whole day. Cuma keluar untuk potong rambut dan makan. Tak ada nak ke mana-mana pun, the thought yang aku di KL tu pun dah cukup. Kalau dulu masa di Cherating, selalu ingat nak turun KL, dan bila di KL, aku biasanya akan just melepak kat bilik hotel mengadap laptop. Jauh bezanya melepak kat bilik depan laptop di KL dan di Cherating.

MatBTC2 sama MatRempit ada berkeliaran di Bukit Bintang sejak petang, tapi aku kata aku tak dapat join sebab ada kerja sikit. Lepas Isyak aje barulah aku menapak ke tempat orang busking, MatRempit sorang jer yang tunggu aku sebab MatBTC2 dah balik. 

Hujan turun renyai-renyai, macam tak ada gaya nak berhenti so aku ajak MatRempit makan sebab siang tadi aku makan awal, sekali tu jer lah, dalam pukul 11 pagi. Aku singgah CIMB jap nak cucuk duit, MatRempit pergi check motor yang dia park kat area tuh.

"Tayar motor pancit pulak", kata dia. 

Tapi dia selamba jer bila aku tanya apa dia nak buat then. Dia kata terpaksalah balik nanti bawak motor slow-slow. 

Lama dah aku mengidam nak makan kat Bintang Walk tapi sebab aku sorang-sorang memanglah aku tak masuk situ. Now that kitaorang berdua-berdua, aku nak ambik lah peluang untuk makan kat situ.

"Tempat mahal ni bang, buang duit jer, cari tempat lainlah. Jom pergi kedai Mamak depan Low Yatt Plaza nak?", dia kata gitu.

"Aku tak suka makan kat kedai Mamak", aku kata gitu. 

Aku tak beritahu yang aku geli makan kat kedai Mamak. Memang pun, aku memang tak suka ke kedai Mamak, kalau aku pergi pun, setakat untuk minum. Tapi aku suka makan Mee Goreng Mamak Style.

Bengang jugak aku (tapi aku tak tunjukkan kebengangan aku tuh) bila MatRempit dua tiga kali ulang-ulang kisah semalam, yang aku nak naik teksi balik hotel. Bagi dia, "issue besar" sangatlah sebab aku kena keluarkan duit untuk tambang teksi. Bagi aku benda tuh remeh sangat. So dari situ aku sedar yang ada "jurang besar" dalam segi pemikiran kitaorang.

Mungkin salah aku jugak, aku tak cerita langsung kat dia pasal aku, aku cuma jawab sesikit apa yang dia tanya. Aku kata aku in between jobs sekarang, belum decide kat mana nak duduk. Dia tahu aku pernah 13 tahun duduk overseas. Itu aje. Dia ingatkan aku kerja biasa-biasa aje (as if jadi Resident Engineer tuh kerja "luar biasa kan? ekekeke) so dia suruh aku cari kerja kat KL aje lah, then sewa flat kat mana-mana, so boleh selalu lepak sama dia dan kawan-kawan seflatan dia. 

And so aku dengar jer lah dia bercerita, dari satu kisah ke satu kisah, yang kadang-kadang aku menyampuk just nak let him know yang aku "dengar" cerita dia tuh. Tapi sebenarnya aku ada jugak terfikir, macamana aku boleh ngam pulak dengan MatRempit nih sedangkan dia kelindan lori jer (sorry, bukan aku pandang rendah tapi itulah hakikatnya). Mana kawan aku dulu yang kata aku memilih kawan, nak berkawan dengan yang "kelas-kelas" jer. Mana kawan aku yang sambil gelak-gelak kata aku nih snobbish. Nih aku nak tunjukkan yang aku berkawan dengan MatRempit, orang Bajau yang kerja jadi Kelindan Lori. Bukan sekali dua aku lepak-lepak dengan dia, ini kali ketiga. 

"Bagus jugak aku nih orangnya, tak memilih sesiapa untuk berkawan, tak judge orang", kata aku dalam hati.

"Saya dulu kaki rempit, bang. Ke sana sini merempit. Tapi sekarang saya dah berubah, saya nak sorang-sorang, nak menyendiri. Itu yang saya tiap-tiap malam datang sini tengok orang busking. Saya dah kenal dua tiga orang yang macam saya, datang sini tiap-tiap malam", kata MatRempit.

Oooo, ada gaya-gaya macam aku jugak perangai dia nih, patutlah kitaorang boleh ngam.

"Ok, aku tak nak ko fikir apa-apa sebab aku pun tak fikir yang bukan-bukan, tapi ko ambik nih", aku hulur kat dia duit RM 150. Aku up kan another RM 50 kan, semalam aku cuma nak kasi RM 100. Iyalah, tayar moto dia pancit pulak tuh.

Berkeras dia tak nak ambik, dia sorong balik duit tuh kat aku. Puas aku merayu, ugut suruh dia ambik, tetap dia tak nak ambik. 

"Ko tak ambik duit nih aku tak anggap ko kawan aku, aku tak nak dah lepak-lepak macam nih", aku kata gitu.

"Ish, janganlah sampai gitu sekali.....", kata MatRempit.

"Payahlah ko nih, banyak sangat dalihnya. Bukannya banyak mana pun!", aku kata gitu. Terus aku panggil waiter.

"Ko ambik, aku nak blah dah nih", aku kata gitu bila MatRempit hulur aku duit tuh masa kitaorang sampai kat tempat dia park motor.

"Lepak dulu lah bang", kata MatRempit. 

So kitaorang bertenggek kat depan CIMB, sesambil menengok orang lalu lalang. 

"Ko tahu tak, dalam Islam, lebih afdal kalau kita bersedekah masa kita kekurangan harta.", aku kata gitu. 

"Macam nih, aku sekarang tak kerja dan duit pun semakin kurang. Tapi, kalau aku berderma atau belanjakan untuk kebaikan masa keadaan macam nih, itu lebih afdal, lebih bagus dari aku berderma masa aku banyak duit. Ko faham tak?', aku sambung lagi.

"Jadi, ini bukan untuk kebaikan ko aje, ini jugak satu kebaikan untuk aku", aku kata lagi tapi I doubt it dia faham.

"Abang nih tak ada perasaan lah"?, Matrempit kata gitu.

"Apasal?", terkejut jugak aku dia kata gitu.

"Iyalah, semalam masa abang marah, sikit pun abang tak tunjuk, abang cool jer, abang cakap pun rileks macam biasa. Kalau orang lain tuh kan bang, harus dah bertumbuk", dia kata gitu.

Lega aku mendengarnya. 

"Laaa, aku tak marah pun cuma aku tak suka", aku kata gitu.

"Ini pulak abang kasi duit, abang selamba jer, saya tak tahu nak baca isi hati abang. Airmuka abang selamba jer", kata MatRempit.

"Tak ada apa-apa, tak ada apa-apa, cuma satu jer. Apa yang ko cakap tuh memang betul, aku tak pernah tunjukkan reaksi aku, aku marah ker, aku malu ker, aku happy ker, tak akan ada orang tahu", aku kata gitu.

And so MatRempit ambik duit RM150 tuh. 






Sabtu14April2018

The whole morning melepak kat bilik (tak breakfast pun sebab nak makan khenduri), aku kena cari kerja lain now that project Cheras tuh macam tak menggiurkan aku sangat. Lagipun prosesnya tentu lama, dalam sesebulan gitu, iyalah kan, nak kena tunggu second interview pulak. 

Aku plan nak kasi tempoh sebulan nak duduk KL nih, kalau tak ada apa-apa offer, aku besar kemungkinan akan balik kampung. Nak duduk Cherating, rasa macam malaslah pulak, orang kampung tahu aku dah tak kerja, kan? Lagipun duduk kat kampung di Raub, aku tak payah nak fikir pasal sewa rumah. Dan kalau ada interview pun boleh pergi balik hari. 

So aku dah prepare untuk duduk kat hotel nih for another few weeks, maksimum sebulan. Rileks jer aku kan, duduk hotel sebulan. Nak buat macamana, tak kan aku nak pura-pura iktikaf kat masjid Seri Petaling (Markas Tabligh), pulak kan? Macamana pun minggu depan aku terpaksa pecahkan satu tabung, duit dah tinggal sikit nih.

Aku rasa bersyukur yang dalam masa 2 minggu nih aku dapat attend kawan aku punya khenduri, selama ini tak pernah lah aku pergi jemputan diaorang. Tak pernah. Tapi, sebab aku terberada di KL dan khenduri pun dekat-dekat jugak, so aku berusaha menghadirkan diri.

Aku pakai ketayap juga keluar ke Kajang harinih, naik komuter sampai ke station UKM, pastuh naik Grab. Macam biasa aku orang yang pertama sampai (among kawan-kawan). Grand majlisnya yang di buat di dewan kat German Malaysia Institute (GMI Kajang) tuh. Sebab aku sorang, aku makan kat luar, bertenggek kat road shoulder, ramai orang, meja penuh semuanya. 

Aku sempat jumpa 2 orang jer member, Todd sama Man. Lama sembang sama Todd, dulu member baik masa kat ITM. Dengan Man aku kurang sikit, takat sembang gitu-gitu aje. Todd tanya apa yang aku buat sekarang, aku ceritakanlah kat dia sedikit sebanyak.

"Aku tak nak cerita sangat kat ko, nanti ko tak percaya", aku kata gitu bila sampai bab aku keluar dari Madrasah after just 3 days.

"Eh, aku percaya. Company aku dulu (dia kerja Maybank), banyak dapat permohonan sumbangan tapi dalam 10 Tahfiz tuh, satu dua jer yang genuine, yang lain tuh semuanya disangsikan", kata Todd.

"Pelik kan, apa pasal diaorang buat macam tuh. Melayu, Islam pulak tu", kata Todd lagi.

"Entahlah, aku sendiri pun rasa macam tak percaya, tapi aku dah rasa sendiri", aku jawab gitu. 

"Satu lagi, kalau nak memohon dana nak buat bangunan tambahan, harga mahal-mahal, kan?, kata Todd lagi.

"Ha, itu satu lagi, aku dah lama dah perasannya", aku kata gitu. 

Selalu aku nampak iklan memohon derma untuk dana pembinaan bangunan tambahan, untuk buat surau atau bilik tambahan etc. Bangunannya kecik jer, tapi harganya juta-juta. Itu harga bina bangunan kosong jer, tak termasuk harga tanah. Dalam group WA aku, selalu aku ternampak iklan macam tuh. Dan aku sebagai Engineer yang dah lama kerja, kerja kat site pulak tuh, aku tahu sangatlah anggaran harga untuk buat bangunan. Kalau setakat nak buat kediaman guru, bilik kuliah, satu bangunan aje, berapa sangatlah harganya. Tak sampai juta-juta pun. Ini tak, bangunan simpel jer tapi harganya nak sama dengan harga rumah Dato Seri Aliff Shukri tuh.

Tak tahu lah aku kalau-kalau setiap tandas nak dipasang chandelier, kan? Then again, harga tuh cuma untuk bina bangunan kosong. Tanpa kelengkapan. 

Sepatutnya pihak pentadbiran Tahfiz tuh survey lah mana-mana company atau buat sebutharga. Ini tak, dengar jer cakap kontraktor, dan kontraktor tuh pulak tahu yang Tahfiz ada banyak duit sumbangan, so diaorang apa lagi, kan? 

Serba serbi nya tak betul lah kat Malaysia nih. 

Aku dah keluar dari dewan, nak ke surau di seberang jalan, bila dapat messages yang dah ramai kawan (semuanya perempuan) yang baru tiba. Tak kan aku nak patah balik, aku dah kasi duit salam, dah ambik door gift pun. Lantaklah, sapa suruh diaorang datang lewat.

Nak ke surau tuh ada short cut yang melalui cafe institute, ramai bebudak bercople-couple, berkumpulan, tengah study. Kononnya lah. Tak mudahlah bebudak zaman sekarang, kan? Macam bagus jer gayanya diaorang tuh. Aku peratikan jer sekali imbas masa terpaksa melalui open-concept cafe tuh. (Tengok tuh, kerja aku nih nak mengomplen jer kan? Ekekekekek)

Lagaknya semacam bebudak nih, entah-entah satu perkataan "Willkomen" tu jer lah German word yang diaorang tahu, sebab perkataan tuh ada terpampang kat pintu masuk GMI tuh. Diaorang tak tahu yang aku dulu pernah Goethe Institut Jalan Langgak Golf tawarkan scholarship untuk sambung belajar Bahasa German kat Germany sebab aku jadi best student. 

Grab apps aku tah apa silapnya, tak boleh dibukak. Bila aku re-install, pun tak boleh jugak nak access. Panik jugak aku, kat mana nak cari teksi untuk ke stesen komuter. Then aku ternampak 3 orang budak tengah tunggu Grab, so aku mintak tolong diaorang untuk book a ride untuk aku. 

Aku nih kan, sebab tak suka mintak tolong dengan orang, so bila orang tolong macam tuh pun aku rasa macam dah terhutang budi sangat dah. So aku hulurkan budak bertiga tuh RM 10. Memanglah bebudak tuh tak nak terima tapi aku nih kan ker rakus, pantang kalau orang tak terima pemberian aku. So aku tarik handbag one of the girls dan aku masukkan duit ke dalamnya. Lantaklah kalau diaorang fikir aku nih weird tapi kat kepala aku ada ketayap. At least dapat cover diaorang punya Grab ride kan?

Kebaikan aku tak berhenti di situ. Ekekekek

"Kasi saya 40 ringgit dah lah", aku kata kat Grab driver bila aku tengok dia meraba-raba mencari duit untuk pulangkan balance, aku kasi dia note RM 50, tambang cuma RM 5.

"Ada duit kecik rasanya", kata driver tuh lagi sambil terus seluk poket kiri dan kanan.

"Tak apa, bagi RM 40 tuh aje", aku kata gitu.

"Betul ker ni bang? Tambang 5 ringgit jer bang", kata dia lagi.

"Betul, bagi RM 40 tu jer. Itu kira tips untuk ko", aku kata lagi.

"Ish, tak pernah lagi saya dapat 100 percent tips", dia kata gitu sambil pulangkan RM 40.

"Rezeki ko, lagipun RM 5 jer", aku jawab gitu.

Awal MatRempit talipun, beritahu yang dia dah nak keluar ke area Bukit Bintang. Masa tuh dalam pukul 6. Aku tipu dia, aku kata aku ada kerja sikit, cuma free after 9. Geng-geng nih mana nya sembahyang bang, kalau aku keluar ikut diaorang, aku jugak yang susah nak cari tempat sembahyang. Aku cuma tahu surau kat Pavilion aje.

"Aku belum makan lagi nih benarnya", aku kata gitu. Bosan aku tengok buskers, asyik nyanyi lagu jiwang Melayu yang tah apa-apa tuh.

"Jom saya bawak abang ke tempat makan murah, saya ada bawak 2 helmet", MatRempit kata gitu.

"Tak payah lah, makan kat sini-sini dah lah", aku kata gitu.

"Sedap makanan dia bang, murah pulak tuh", kata MatRempit lagi.

"Jauh ker?", aku tanya gitu.

"Tak, dekat Gombak, Selayang. Ala, kita naik motor, kejap jer sampai", MatRempit jawab.

Aku ingatkan dia naik kapcai tapi motor dia Kawasaki Ninja.Tak sempat jauh, masa nak u-turn kat Jalan Pudu tuh pun aku jadi seriau bila MatRempit cilok kat selekoh, then sepanjang Jalan Pudu dia bawak laju. Di sepanjang jalan mula dari DBKL Building tuh dia asyik cilok sana sini. And to my horror dia mula speeding bila kat jalan belakang Muzium Negara, membawaklah ke jalan ke Selayang. 

Shit, kata aku dalam hati. Bila dia nih nak slow down? Makin laju, makin ke kiri ke kanan dia mencilok. Dan semakin ramai mat motor mat motor, dia kejar, dia potong, dia tambah speed. Damn, shit, fuck!

Punyalah kecut isi perut aku, nak suruh dia slow dia tak dengar sebab pakai full-face helmet, lagipun orang yang bawak motor nih jangan diganggu, nanti dia terkejut. Aku tak ada pilihan lain, terpaksa menahan sengsara. Yang mungkin tiada pengakhirannya. Terbayang di fikiran aku yang kalau apa-apa terjadi, accident ker, sure mati punya lah. Puas aku mengucap, beristighfar, baca apa-apa ayat yang terlintas kat fikiran. And at the same time rasa regret yang amat sangat. 

Ya Allah, dia naik highway nih pulak. Ya Allah, kat depan tuh ada corner baring. Ya Allah, dia sempat lagi angguk kepala kat mat motor yang dia potong tuh. Ya Allah, selamatkanlah aku, aku tak tahu dia nak buat gini. Belum pernah aku alami "near-death" experience macam nih, I can see my life flashing before my eyes.

*Terkekeh-kekeh aku gelak nih (sebab entry nih aku tulis har Rabu 18/4/2018) bila mengenangkan kisah malam tuh. Dengan aku yang tak putus-putus berdoa, berzikir, you name it. Dengan tangan kiri pegang bawah seat, tangan kanan pegang helmet, sambil gigit tali helmet takut helmet tuh terbang, aku terfikir jugak kalaulah accident dan aku mati, aku akan rasa "puas hati" sebab aku mati dalam keadaan bibir, hati, seluruh jiwa raga mengingati Tuhan.  

"Macam ni lah, lepas makan nanti ko balik rumah ko, aku balik hotel naik teksi", aku kata gitu bila kitaorang sampai kat gerai di Taman Sri Batu Caves.

"Eh ngapa bang?", dia terkejut.

"Aku tak suka cara ko bawak motor, laju, lepas tuh ko cilok sana-sini", aku jawab gitu.

"Ala, bukan sampai seratus pun saya bawak", dia kata lagi.

Langsung tak berselera aku nak makan, mungkin sebab pucat ketakutan, mungkin sebab marah (yang tetap aku pendamkan dan aku tak langsung tunjukkan kemarahan aku tuh. Aku cakap dengan nada baik jer, slow jer, macam biasa). 

"Tengok, ko kata nak bawak aku makan kat tempat murah. Berlambak lagi kedai lain. Tapi, ko pun tak makan, ko minum jer. Ko tak fikir ker apa yang aku fikir? Aku fikir, ko bukannya nak makan pun, ko setakat saja nak tunjukkan kat aku yang ko tuh terrer bawak motor. Dengan awek bolehlah ko buat macam tu", panjang lebar aku cakap.

"Awek mana berani naik motor, takut", MatRempit jawab. 

Melawak pulak dia.

"Ok, aku bukannya banyak duit tapi ko ambik nih, ko balik dan aku naik teksi", aku kata gitu sambil hulurkan 2 keping note RM 50.

"Eh, apa nih bang?", dia terkejut.

"Tak, tak, tak. Ko ambik jer, jangan banyak cakap. Tak ada apa-apa. Ambik jer, ambik jer", aku tinggalkan duit tuh atas meja, aku terus blah jalan kaki ke main road. Grab apps aku tak boleh access itu yang terpaksa cari teksi tuh.

Tak lama tuh MatRempit menyusul.

"Jom lah bang saya hantar abang, saya janji saya bawak slow-slow, kita ikut jalan dalam, Jalan Sentul", kata MatRempit.

"Saya tak boleh ambik duit nih", kata dia lagi sambil masukkan duit dalam poket jeans aku.

Lama jugaklah kitaorang berdolak-dalih gitu sampai jadi bosan aku dibuatnya, dua-dua tak nak mengalah. (Sebenarnya simple jer, aku nih kan ker suka ambik jalan mudah? Jalan mudahnya sekarang, naik Grab. MatRempit pulak, dia kan ker "penjimat", bagi dia buang duit sangat kalau naik teksi)

"Abang nak saya buat apa lagi, nak saya melutut kat abang?", dia kata gitu. Ish, berdrama pulak.

"Laaaa, aku tak marah pun, cuma aku nak balik naik teksi, itu aje. yang ko nih berdrama sangat apasal?", aku kata gitu. 

Last-last aku naik jugak motor MatRempit bila tak ada nampak macam aku nak menang. Ekekekekekke

Kalau dah MatRempit tuh MatRempit jugaklah kan? Bila dia tersedar dia bawak laju, dia slowkan sikit. Bila sampai Jalan TAR, dia lupa semula, dia speed, dia cilok sana sini. Macamana pun aku dah tak gigit tali helmet dah masa tuh. Ekekekekeke

"Saya mintak maaf banyak-banyak, saya tak akan buat dah", kata MatRempit masa kitaorang lepak kat lobby hotel.

"Itu ko punya hal, nah ambik duit nih", aku kata gitu sambil hulurkan duit.

Dan dia tetap tak ambik.

Pantang aku kalau aku bagi something kat orang, dia tak nak ambik. Tak apa, esok masih ada, dan dia pun nak datang melepak sama aku lagi.