Friday

Isnin-Jumaat23-27April2018

Sama jer routine aku di minggu terakhir di KL nih, nak tulis kat blog pun dah tak tau apa. But then aku kena tulis jugak, tak nanti melarat-larat kemalasan aku yang akhirnya aku berhenti berblog. Tak bestlah sebab aku baru mula semula berblog, kan? 

As usual pepagi aku online sampai dalam pukul 10, then naik ke Medan Selera kat Pudu Sentral untuk brunch. Balik hotel aku online semula sampailah pukul 3 lebih gitu. Then for the last few days, aku makan kat The Robertson, tersuka pulak aku kat situ sebab kedai aku pergi tuh memang tak ada orang sangat pun. Kedai Nasi Kukus. Ingatkan ownernya Melayu tapi geng Mamak jugak, tapi bukanlah macam-mamak Mamak tuh, ini yang Mamak bersih, geng Mamak tak ada bulu. Unlike kedai Mamak yang kat sebelahnya tuh yang sentiasa penuh dengan manusia, sepenuh bulu-bulu yang basah dengan peluh kat badan pekerja kedai Mamak tuh. Boleh tahan jugak harganya, boleh makan dua kali kalau kat gerai biasa. 





Lepas Asar either aku tidur sekejap atau aku online. Harga Bitcoin (dan altcoins lain) tengah naik seseminggu nih, so itu yang buat aku macam mudah ralit baca forum-forum, news etc. Tak baca tuh pun tak apa sebenarnya, tapi aku dah tak ada kerja lain nak buat so layanlah apa-apa news asalkan berita pasal cryptocurrencies.

Kalau dulu aku selalu jugak layan Instagram, Youtube, FB etc, tapi sekarang nih aku dah tak ambik port langsung dah pasal semua tuh. Buang masa aje. So diri aku sekarang nih suci dari najis-najis cerita-cerita yang selalu melintas kat timeline aku. Kalau dulu tuh asyik-asyik penuh dengan cerita-cerita pasal Dato Aliff Shukri, Neelopak, Dato Seri Vida etc sampai meluat-luat aku. 

Tapi, kadang tuh "macam terhibur" jugak dengan perangai diaorang nih, apa taknya, sekor-sekor menggeletik menari, menyanyi. Apa cerita kisah sedara Yap Ah Loy yang putus tunang tu, hah? 

Setiap malam lepas Isyak, merempit kat Bukit Bintang. Rajin pulak MatBTC1, MatBTC2, MatRempit keluar malam, sanggup tuh datang dari Selayang, semata-mata nak melepak minum. MatBTC1, MatBTC2 kerja shift kat Hospital Selayang so diaorang tak lama merempitnya, aku join diaorang pun pukul 9 lebih masa diaorang dah nak balik. So aku merempit dengan MatRempit jer lah, kebetulan pulak dia tengah mogok seminggu (sama kawan sekerja) pasal dah 2 bulan tak dibayar gaji, diaorang tak masuk kerja untuk seminggu nih. So dia banyak masa melepak, aku layan aje lah sebab aku pun banyak masa.

Benarnya aku tak lah suka sangat pun melepak sampai tengah malam, aku sedar yang aku nih orang tua, tapi aku rasa macam aku banyak jugak "belajar" pasal hidup dari MatRempit tuh. So kitaorang macam ngam gitu walaupun banyak benda yang tak berapa ngam dengan aku. Macam yang aku cakap dulu, aku nih bukanlah judgemental orangnya tapi aku suka peratikan kelakuan orang. 

Ok, MatRempit tuh Kelindan Lori, sekolah setakat Form 2 aje. Aku pulak, walaupun sempoi orangnya tapi aku masih tetap classy cara pemikiran nya ekekekke. Aku ada class yang tersendiri, kan? So banyaklah benda-benda yang buat aku terpaksa bersabar, contohnya bila dia bercerita pasal benda-benda yang aku anggap remeh-temeh. 

Tapi yang buat aku sukanya, aku banyak jugak belajar dari MatRempit tuh. Dia nih (bagi aku lah) orang yang susah tapi dia tak tunjukkan susah dia tuh. Dan dia tak suka ambik kesempatan. Iyalah, dah 2 bulan tak bergaji, aku boleh faham sendiri. Dia ada beritahu yang sebenarnya, masa aku kasi duit kat dia dulu tuh, dia cuma ada RM 8 dalam wallet. Dia pun tak suka aku bayar makan, sebab tuh dia makan siap-siap sebelum keluar merempit. Nak belanja dia ajak makan, memang payah. Dan kalau sekali belanja pun, sampai dua tiga hari dia bercerita. Kitaorang makan kat KFC sekali malam tuh, dia tak habis-habis berterima kasih kononnya belanja dia makan kat tempat mahal. 

Aku jadi makin kesian bila dia cakap gitu. Tapi aku tak lah tunjukkan yang aku kesian.

Ituhari dia tertinggal rokok murah dia, sama lighter, kat kedai makan. Berkali-kali dia suruh aku pergi semula ke kedai tuh, tanya kalau-kalau diaorang ada simpan. "Ko pasal rokok tuh pun beria-ia sangat?", aku jawab gitu. Then dia kata dia kena pergi Chow Kit untuk beli rokok murah.  Otak aku yang lembab nih tak boleh fikir yang dia sanggup ke Chow Kit (dari Bukit Bintang) semata-mata nak beli rokok murah. 

Pernah sekali tuh dia sanggup melintas jalan semata-mata nak beli mineral water kat KK yang harganya seringgit sebotol, sedangkan masa tuh kitaorang kat 7-Eleven. 

Benda-benda kecik macam tuh yang buat aku tersedar yang aku nih suka take for granted jer apa-apa hal. So dengan lain perkataan, MatRempit nih dah menyedarkan aku yang terleka nih, tentang hidup. 

"Ko ambik nih, aku dah beli yang baru", aku bagi dia Lenovo aku yang dah aku formatkan. Aku terbeli cellphone baru, malaslah aku cakap banyak ekekekek. Memang susah jugaklah dia nak terima tapi bila aku kata yang aku nak buang jer Lenovo tuh (aku ada 2 phones) sebab aku memang tak guna dah, barulah dia ambik. 

Aku tak nak cakap banyak tapi bagi dia, aku nih baik sangat orangnya. Entah, aku biasa-biasa jer, aku tak rasa pun aku "banyak tolong" dia, macam apa yang dia selalu cakap tuh.  Ker sebab aku nih baik sangat orangnya sampaikan aku dah lali, dah tak rasa apa-apa dah? Aku selalu cakap dalam hati, "ayooo, itu pun nak berterima kasih banyak-banyak kali?".