Rabu 4 April 218
Awal pagi lagi aku dah keluar walaupun semalam tiba kat Cherating dalam pukul 2 pagi. Aku nak make full use of my last few days kat Cherating nih, fikir aku dalam hati. Singgah kejap rumah Mak Long kat belakang rumah, kebetulan ada a few ahlis keluarga dia tengah sembang so aku join sekali. Aku kasi duit nak suruh dia masak untuk buat Doa Selamat malam Jumaat nanti. Dengan Mak Long nih senang jer, apa-apa hal, kasi dia duit, semua dia boleh uruskan. Diaorang tanya aku pasal perkembangan aku, so aku ceritalah.
"Mung nok letok manna kete mung?', bila aku kata aku tak bercadang nak bawak kereta ke KL. Buat sementara waktu, at least. Dulu memang rencananya nak bawak kereta, fatbike etc tapi aku dah tukar fikiran. Membazir duit dan tak nak nak dipergunakan, di ambik kesempatan.
"Tingga sining doh la, bior Mok Long jage", dia kata gitu bila aku kata mungkin aku nak tinggalkaan kereta kat rumah BabyJ di sebelah tuh.
Diaorang nih banyak kereta semuanya, kat sekeliling rumah, berderetan kereta, so kalau aku tinggalkan kereta kat rumah diaorang, tak lah macam jadi rebutan sangat pun kot?
"Cucu Mok Long baru bulih leseng, siang die taddok kete", kata Mak Long lagi. Aku tak fikir panjang pun, terus aku setuju nak tinggalkan kereta kat rumah Mak Long, yang dalam pemikiran aku, akhirnya nanti aku akan bagi saja jer kereta tuh kat dia. Alah, dah tak ada nilai dah kereta tuh, ok sikit jer dari besi buruk.
"Pah, sika mung nok letok manna? Jual ke kite lah", anak Mak Long pulak tanya.
"Basikal saya nak bawak kot, nanti saya mungkin ajak adik saya datang ambik, dia ada pick-up", aku kata gitu.
Ramai dah yang tanya pasal basikal tuh, tapi yang buat aku bengangnya, ituhari Pak Sahak kata nak beli RM 50. Excuse me, basikal tuh harga ribu-ribu lah. Daripada aku bagi atau jual kat orang dengan harga murah, aku lebih rela campak basikal tuh ke dalam laut. Kalau boleh aku tak nak berpisah dengan basikal tuh, aku lebih rela bagi kereta kat orang daripada bagi basikal tuh.
Aku melepak minum kat kedai Pak Sahak, then ternampak member aku. Aku talipun dia, terus dia ajak aku ikut dia ke Kemaman sebab dia nak beli barang, sesambil tuh bolehlah aku update kan dia pasal aku. Hampir semua benda yang aku ceritakan kat dia, dia tak berapa setuju. Tapi nak buat macamana, aku dah buat keputusan.
"Dari mung kijo Tahfiz, baik mung kijo di Rumah Anak Yatim". "Bakpo dok caghi di kawase2 sining, di Kuante ko?". "Bakpo mung bui keto mung ko Mok Long?" "Parking ghumoh kawe so keto lagi bulih muat. Mung bui ko set2 tu, mung tau lah ore kapong, ore Cherating pulok". "Hok aloh, rumoh sewo kawe banyok bilik kosong, mung nok letok bare mung bulih"."Mung jage royak ko set2 tuh (orang Madrasah) mung dulu kijo Enginiar, mung kato mu Supervisor, buke apa Boh, kito tak sir ore ambik kesempate".
"Awalnyo, Zohor pukul berapo?", pelik aku bila member aku masuk ke parking masjid Kemaman.
"Eh dok, kawe nak buat Dhuha metar", kata member aku. "Kawe nok berterimo kasih pado demo, demo loh hok ngajar kawe istiqomah buat Dhuha", kata member aku lagi.
"Aku pong banyok nak terima kasih pado mung", aku kata gitu.
"So lagi sebab kawe selalu pinje pitih demo", kata member aku tuh sambil gelak-gelak.
Punyalah malas aku nak kemas-kemas barang, aku berbelah bagi samada nak kemas barang sekarang atau nak tunggu bila aku datang semula ke Cherating, in maybe 2 weeks' time. Dalam hidup aku biasanya bila aku pindah, aku bawak satu dua beg aje, more like sehelai sepinggang gitu. Tapi kali ini, bila aku toleh kiri kanan, rasa macam banyak jugak benda yang aku perlu bawak. Rasa macam membazir jer kalau aku buang benda-benda yang aku hoard selama ini. Periuk belanga, pinggan mangkuk , stove(macamlah banyak sangat, kan?) bolehlah aku tinggalkan kat surau tapi things like elect kettle, sterika?
Plan aku, nanti kalaulah aku selesa kat Madrasah tuh dan tak ada masalah lain, aku akan ke Cherating lagi untuk ambil semua barang aku, aku nak mintak tolong adik aku, Pui. Ituhari masa mula dapat tahu yang aku dah habis kontrak kerja dan aku bercadang nak balik duduk di kampung, ada Pui WA aku tanya kalau-kalau aku perlukan dia untuk angkut barang. He's in KL.
That caught me by surprise sebenarnya, "simple" gesture macam tuh tapi means a lot pada aku. Sampaikan termengalir airmata aku. Iyalah, aku nih kan ker jenis menyendiri, tak suka mintak tolong sapa-sapa. So bila Pui menawarkan diri nak tolong aku, itu yang aku jadi macam sebak jer tuh. Ada jugak orang nak tolong aku. Aku masukkan ke dalam WA family group, to show my appreciation , jugak supaya my siblings tahu yang how thoughtful Pui is. Tapi ada pulak yang kata akau macam Diva, berlakun-lakun pulak, sampai keluar airmata. Ekekekekke, tak sampailah ke takat itu pemikiran aku,
Aku tak update mak aku pasal kisah aku ke Madrasah Isnin lepas, so bila mak talipun petang nih, nak bertanya khabar, barulah aku rasa bersalah sangat. Sepatutnya aku talipun beritahu kisah terbaru. Dengan my siblings aku tak perlu beritahu sebab mak for sure nya akan cerita kat diaorang. Macam yang terbaru tuh, almost semua adik beradik aku tahu yang aku nak ke Madrasah Tahfiz Isnin lepas. Mulanya aku pelik jugak hari Isnin tuh sebab for the first time ever, ramai adik beradik aku yang contact aku, semuanya dalam masa sehari. Semuanya macam tak tahu apa-apa cerita, kononnya lah kan? Ekekekeke. Rupanya mak dah beritahu.
"Awok talipern lah kabor ke mak, masa awok ke Madrasah minggu depan ni", kata mak aku.
Ok ok ok mak.
"Balik duduk di Raub buat menyakit ker hati jer, Abang Tam", kata one of my siblings. Nasib baik aku dah buat keputusan untuk duduk di Madrasah, so aku tak tanya details apa maksud "menyakitkan hati" tuh. Rupanya bukan aku sorang yang "tak suka" duduk kampung.
Dari hujung kampung sampai ke hujung laut aku berfatbike petang nih. Damn I'm gonna miss this place, aku kata macam tuh dalam hati. Bila terjumpa orang yang aku kenal rapat, aku beritahu diaorang yang aku dah nak pindah. Yer lah kan, 3 tahun lebih aku kat Kampung Cherating Lama , ramai yang aku kenal rapat.
"Ala, En XXX dah nak pindah, kalau tak boleh ajar saya pasal Bitcoin", kata Fatin, adik BabyJ bila aku singgah minum kat kedai diaorang, dia perasan aku pakai t-shirt Bitcoin. "Kawan saya ada ajak saya join Bitcoin", kata Fatin lagi.
"Jangannnnnnnn........kalau awak join, awak akan jadi salah sorang dari orang-orang terbodoh kat dunia nih", aku kata gitu, so terus lah aku explain kat dia, aku tak nak dia terjebak join BitClubNetwork, yang berselindung di sebalik pool mining tuh. Adik aku, sepupu aku, ada a few kawans aku, kononnya involved dalam dunia cryptocurrencies, so bila aku tanya, diaorang kata diaorang join "pool mining". Aku tak nak cakap banyaklah tapi jangan sekali-kali join BitClubNetwork, I know orang marah sebab aku anti sangat dengan scheme tuh tapi, in a few years nanti, masa korang tersedar yang korang tertipu, masa tu lah korang akan ingat aku.
Masa tuh nanti aku akan selak jubah jer tonggeng bontot kat korang ekekekekek.
Khamis 5 April 2018
Khamis tengahari barulah aku start mengemas barang, aku ambik a few kotaks kat kedai, dan mulalah mempacking. Kalau ikutkan hati, aku nak kemaskan pakaian aje, yang lain tuh nak dibuang aje. A few helais baju dan seluar, jugak my lemon crusher (alat pemerah lemon) , itu aje barang yang berharga buat aku. Then again aku rasa macam membazir sebab kat tempat baru nanti tak payah nak keluar duit beli basic necessities.
Kat rumah sewa aku nih tak ada almari, semua baju aku bergantungan kat besi-besi, sebijik macam kat kedai bundle. Aku terperasan yang banyak rupanya baju-baju aku sebab dah 2 kotak penuh tapi pakaian yang belum dikemas masih banyak. So, aku jadi curious nak tahu, berapa banyak pakaian aku sebenarnya. So akupun kira berapa hangers (baju) yang ada. Itu tak termasuk t-shirts yang dilipat sebab tak cukup hangers. Aku kira dan kira. Aku sempat tanya kat WA group Reban Hayam, berapa banyak hangers kat almari masing-masing. Ada yang kata less than 50, ada yang kata dalam 20 ke 30, ada yang kasi gambar almari laki dia yang aku rasa banyak jugak pakaiannya.
Terkejut memasing bila aku kata aku ada 387 hangers. 387? My God, aku ingatkan aku nih zuhud sangatlah, tapi kalau sampai 387 pakaian, aku tak tahu nak kata apa lah. Aku sayang nak buang some of the pakaians tuh sebab yang aku dah buang pun adalah berkarung-karung.
Jadi insaf aku sekejap, so terus aku berhenti mengemas barang.
Lepas Asar aku keluar lagi mengayuh basikal, aku mula rasa macam tak best aje. So aku ke pantai, sesambil melayan perasaan, sambil menganalisa apa yang buat aku rasa macam tak best jer tuh.
Sesehari dua lagi aku akan meninggalkan Cherating, no doubt about it yang itu faktor utama yang buat aku rasa down, meninggalkan orang-orang yang selama ini aku took for granted, for whatever that means lah kan?
Aku dah banyak keluar duit (masa di KL), dan bila jumpa sesiapa, aku belanja makan, aku belanja bebudak aiskrim sampaikan habis satu tong aiskrim Mamat Kemboja tuh. Aku bayar itu ini. Duit yang aku ada dah semakin kurang, yang bermakna aku akan terpaksa pecahkan tabung aku soon than dari aku expect. Itu pun buat aku rasa macam down jugak.
Tapi, ada satu benda yang buat aku rasa tak berapa sedap hati. Aku tak tahu lah kalau aku over analyse, tapi the thought yang AJK Madrasah tuh macam tak seeager aku untuk menerima (aku) kerja kat situ, itu yang buat aku rasa macam tak best tuh. Bagi aku, diaorang masih was-was dengan aku.
"Simple jer sebenarnya tapi nak buat macamana, diaorang tak kenal aku, tak tahu aku, so diaorang sure rasa macam ragu-ragu gitu", aku kata kat member aku masa minum petang, bila aku ceritakan "kebimbangan" aku.
"Memanglah Boh, simple jer sebenarnya tapi macam di sini, kita semua dah kenal Boh, tahu Boh nih macamana orangnya. Tapi orang di sana tuh dia tak tahu Boh ni sapa", kata member aku.
"Rilek lah Boh, kalau benda baik tuh, InsyaAllah Tuhan tunjuk jalan", kata member aku lagi.
Lepas makan masa khenduri Doa Seklamat, aku blah awal. Tak ada lah aku makan lama-lama sambil menyembang dengan diaorang sebab aku tak nak ramai yang tahu aku nak ke duduk kat Madrasah, cukuplah sekadar diaorang tahu yang aku dah nak blah dari Cherating, duduk kat kampung.