Aku tak buat apa-apa pun harinih, melepak kat bilik the whole day. Cuma keluar untuk potong rambut dan makan. Tak ada nak ke mana-mana pun, the thought yang aku di KL tu pun dah cukup. Kalau dulu masa di Cherating, selalu ingat nak turun KL, dan bila di KL, aku biasanya akan just melepak kat bilik hotel mengadap laptop. Jauh bezanya melepak kat bilik depan laptop di KL dan di Cherating.
MatBTC2 sama MatRempit ada berkeliaran di Bukit Bintang sejak petang, tapi aku kata aku tak dapat join sebab ada kerja sikit. Lepas Isyak aje barulah aku menapak ke tempat orang busking, MatRempit sorang jer yang tunggu aku sebab MatBTC2 dah balik.
Hujan turun renyai-renyai, macam tak ada gaya nak berhenti so aku ajak MatRempit makan sebab siang tadi aku makan awal, sekali tu jer lah, dalam pukul 11 pagi. Aku singgah CIMB jap nak cucuk duit, MatRempit pergi check motor yang dia park kat area tuh.
"Tayar motor pancit pulak", kata dia.
Tapi dia selamba jer bila aku tanya apa dia nak buat then. Dia kata terpaksalah balik nanti bawak motor slow-slow.
Lama dah aku mengidam nak makan kat Bintang Walk tapi sebab aku sorang-sorang memanglah aku tak masuk situ. Now that kitaorang berdua-berdua, aku nak ambik lah peluang untuk makan kat situ.
"Tempat mahal ni bang, buang duit jer, cari tempat lainlah. Jom pergi kedai Mamak depan Low Yatt Plaza nak?", dia kata gitu.
"Aku tak suka makan kat kedai Mamak", aku kata gitu.
Aku tak beritahu yang aku geli makan kat kedai Mamak. Memang pun, aku memang tak suka ke kedai Mamak, kalau aku pergi pun, setakat untuk minum. Tapi aku suka makan Mee Goreng Mamak Style.
Bengang jugak aku (tapi aku tak tunjukkan kebengangan aku tuh) bila MatRempit dua tiga kali ulang-ulang kisah semalam, yang aku nak naik teksi balik hotel. Bagi dia, "issue besar" sangatlah sebab aku kena keluarkan duit untuk tambang teksi. Bagi aku benda tuh remeh sangat. So dari situ aku sedar yang ada "jurang besar" dalam segi pemikiran kitaorang.
Mungkin salah aku jugak, aku tak cerita langsung kat dia pasal aku, aku cuma jawab sesikit apa yang dia tanya. Aku kata aku in between jobs sekarang, belum decide kat mana nak duduk. Dia tahu aku pernah 13 tahun duduk overseas. Itu aje. Dia ingatkan aku kerja biasa-biasa aje (as if jadi Resident Engineer tuh kerja "luar biasa kan? ekekeke) so dia suruh aku cari kerja kat KL aje lah, then sewa flat kat mana-mana, so boleh selalu lepak sama dia dan kawan-kawan seflatan dia.
And so aku dengar jer lah dia bercerita, dari satu kisah ke satu kisah, yang kadang-kadang aku menyampuk just nak let him know yang aku "dengar" cerita dia tuh. Tapi sebenarnya aku ada jugak terfikir, macamana aku boleh ngam pulak dengan MatRempit nih sedangkan dia kelindan lori jer (sorry, bukan aku pandang rendah tapi itulah hakikatnya). Mana kawan aku dulu yang kata aku memilih kawan, nak berkawan dengan yang "kelas-kelas" jer. Mana kawan aku yang sambil gelak-gelak kata aku nih snobbish. Nih aku nak tunjukkan yang aku berkawan dengan MatRempit, orang Bajau yang kerja jadi Kelindan Lori. Bukan sekali dua aku lepak-lepak dengan dia, ini kali ketiga.
"Bagus jugak aku nih orangnya, tak memilih sesiapa untuk berkawan, tak judge orang", kata aku dalam hati.
"Saya dulu kaki rempit, bang. Ke sana sini merempit. Tapi sekarang saya dah berubah, saya nak sorang-sorang, nak menyendiri. Itu yang saya tiap-tiap malam datang sini tengok orang busking. Saya dah kenal dua tiga orang yang macam saya, datang sini tiap-tiap malam", kata MatRempit.
Oooo, ada gaya-gaya macam aku jugak perangai dia nih, patutlah kitaorang boleh ngam.
"Ok, aku tak nak ko fikir apa-apa sebab aku pun tak fikir yang bukan-bukan, tapi ko ambik nih", aku hulur kat dia duit RM 150. Aku up kan another RM 50 kan, semalam aku cuma nak kasi RM 100. Iyalah, tayar moto dia pancit pulak tuh.
Berkeras dia tak nak ambik, dia sorong balik duit tuh kat aku. Puas aku merayu, ugut suruh dia ambik, tetap dia tak nak ambik.
"Ko tak ambik duit nih aku tak anggap ko kawan aku, aku tak nak dah lepak-lepak macam nih", aku kata gitu.
"Ish, janganlah sampai gitu sekali.....", kata MatRempit.
"Payahlah ko nih, banyak sangat dalihnya. Bukannya banyak mana pun!", aku kata gitu. Terus aku panggil waiter.
"Ko ambik, aku nak blah dah nih", aku kata gitu bila MatRempit hulur aku duit tuh masa kitaorang sampai kat tempat dia park motor.
"Lepak dulu lah bang", kata MatRempit.
So kitaorang bertenggek kat depan CIMB, sesambil menengok orang lalu lalang.
"Ko tahu tak, dalam Islam, lebih afdal kalau kita bersedekah masa kita kekurangan harta.", aku kata gitu.
"Macam nih, aku sekarang tak kerja dan duit pun semakin kurang. Tapi, kalau aku berderma atau belanjakan untuk kebaikan masa keadaan macam nih, itu lebih afdal, lebih bagus dari aku berderma masa aku banyak duit. Ko faham tak?', aku sambung lagi.
"Macam nih, aku sekarang tak kerja dan duit pun semakin kurang. Tapi, kalau aku berderma atau belanjakan untuk kebaikan masa keadaan macam nih, itu lebih afdal, lebih bagus dari aku berderma masa aku banyak duit. Ko faham tak?', aku sambung lagi.
"Jadi, ini bukan untuk kebaikan ko aje, ini jugak satu kebaikan untuk aku", aku kata lagi tapi I doubt it dia faham.
"Abang nih tak ada perasaan lah"?, Matrempit kata gitu.
"Apasal?", terkejut jugak aku dia kata gitu.
"Iyalah, semalam masa abang marah, sikit pun abang tak tunjuk, abang cool jer, abang cakap pun rileks macam biasa. Kalau orang lain tuh kan bang, harus dah bertumbuk", dia kata gitu.
Lega aku mendengarnya.
"Laaa, aku tak marah pun cuma aku tak suka", aku kata gitu.
"Ini pulak abang kasi duit, abang selamba jer, saya tak tahu nak baca isi hati abang. Airmuka abang selamba jer", kata MatRempit.
"Tak ada apa-apa, tak ada apa-apa, cuma satu jer. Apa yang ko cakap tuh memang betul, aku tak pernah tunjukkan reaksi aku, aku marah ker, aku malu ker, aku happy ker, tak akan ada orang tahu", aku kata gitu.
And so MatRempit ambik duit RM150 tuh.
"Abang nih tak ada perasaan lah"?, Matrempit kata gitu.
"Apasal?", terkejut jugak aku dia kata gitu.
"Iyalah, semalam masa abang marah, sikit pun abang tak tunjuk, abang cool jer, abang cakap pun rileks macam biasa. Kalau orang lain tuh kan bang, harus dah bertumbuk", dia kata gitu.
Lega aku mendengarnya.
"Laaa, aku tak marah pun cuma aku tak suka", aku kata gitu.
"Ini pulak abang kasi duit, abang selamba jer, saya tak tahu nak baca isi hati abang. Airmuka abang selamba jer", kata MatRempit.
"Tak ada apa-apa, tak ada apa-apa, cuma satu jer. Apa yang ko cakap tuh memang betul, aku tak pernah tunjukkan reaksi aku, aku marah ker, aku malu ker, aku happy ker, tak akan ada orang tahu", aku kata gitu.
And so MatRempit ambik duit RM150 tuh.