Harinih buat kelainan sikit dari biasa, lepas Subuh aku dah siap bersiap. Bersiap? Macamlah nak ke mana-mana sedangkan aku cuma breakfast kat kopitiam kat bawah tu jer. Cumanya aku lepak lama, sesambil baca The Star.
Walaupun aku tak ambik port langsung pasal Pilihanraya akan datang nih tapi aku nak lah jugak tahu sedikit sebanyak pasal politik semasa. Aku baca news bab-bab pembangkang jer, yang pasal BN tuh aku skip jer.
Lepas tuh jalan-jalan kat The Robertson, serviced apartment/mall yang baru jugak bukak nya tuh. Ada GM. Masa mula-mula aku terduduk kat hotel area Pudu nih dulu tuh, projek tuh baru nak start, sekarang nih dah siap pun dah. Aku selalu berangan yang satu masa nanti kalau aku ada duit, kalau aku nak beli rumah ker apa ker, The Robertson tuh pilihan utama aku. Pilihan kedua, tuh yang sebelah Apartment Abdullah Hukum, tempat lama aku.
Dah dekat 12 tengahari aku keluar lagi, untuk menguji kekentalan hawa nafsu serakah aku. Nak tengok samada aku terbeli apa-apa yang terlintas di kepala aku. Aku ke Jalan TAR, menyusur Jalan Masjid India. Then sampai ke area dekat Sogo. Best pulak makan kat area tuh, ada a few cafes yang agak hipster, yang agak moden. Tapi harganya boleh tahan, aku makan beriyani kambing, minum teh ais, harganya RM 20. Mahal jugak, kan? Then again, what's that dua puluh Ringgit, kan?
Langsung aku tak tergoda dengan kawasan Jalan TAR tuh, tak ada apa pun benda yang aku beli, bukan standard aku pun sebenarnya untuk bershopping kat Jalan TAR/Jalan Masjid India tuh. And so aku naik monorail ke Jalan Imbi station, aku ke Plaza Low Yat. Ha, kat sini jantung aku selalu berdegup, ini lah medan peperangan yang sejati. Medan perang melawan hawa nafsu.
I know very well yang aku tak ada tab, dan aku selalu tension sebab both my cellphones tuh selalu hang tiba-tiba. My Lenovo tuh, button yang sebelah kiri macam termasuk ke dalam, aku nak off kan kena tekan kuat-kuat. Memang banyaklah cacat celanya phone aku yang satu tuh, selama ini aku bersabar, aku menanggung sengsara yang tidak terperi-peri sakitnya.
Dan dari dulu jugak aku perasan yang aku cuma guna Lenovo yang harganya cuma a few hundred Ringgits. Masa kerja dulu, aku lah yang pakai cellphone yang paling kodi, orang lain semuanya phone yang harganya dua ribu Ringgit ke atas. Dan aku tetap dengan Lenovo aku yang aku rasa sesuai dengan gaya kehidupan aku yang merendah diri nih.
Cellphone is never that important dalam hidup aku, tambah-tambah sekarang nih, aku cuma jadikan alarm aje. Tapi sejak aku berkecimpung dalam dunia cryptocurrencies, Bitcoin etc, aku perlukan cellphones yang canggih sikit. Walaupun aku sedar yang selama ini pun ok jer guna cellphones yang sedia ada, mengapa pulak nak tukar beli yang baru, kan?
So aku masuk this one kedai, terus tanya Samsung yang latest, yang paling mahal. Cina tuh macam tak percaya kot yang aku berkemungkinan besar akan beli, so dia macam tak layan jer aku. Aku lagilah, lagi buat macam aku ke situ just untuk browsing, macam orang lain jugak. Padan muka kau, dah aku tak terbeli, kata aku dalam hati bila aku keluar dari kedai tuh dengan sedikit kehampaan sebab Cina tuh langsung tak layan aku.
Bodoh diaorang tuh, diaorang nih tak tahu yang aku nih mudah cair kalau dilayan atau even ditanya sikit-sikit. Aku punya style, kalau aku nak beli something aku akan ke satu kedai dan terus beli, Tak adanya lah aku nak pergi dari satu kedai ke satu kedai. Tanya itu ini tapi tak beli. Kesian kat pekerja kedai tuh kan? Macam tadi masa kat Jalan Masjid India, orang punyalah ramai so terpaksa jalan slow-slow. Aku tengok jer dua orang pompuan nih, setiap baju, pakaian, kain yang bergantungan tuh dipegang, dibelek. Belinya tak. Dari satu kedai ke satu kedai. Pompuan nih, kalau diaorang ke kedai, diaorang jadi hilang akal gitu, jadi tak ada perasaan. Perasaan kesian kat pekerja yang terpaksa susun dan atur semula barang-barang yang dipegang dan dibelek oleh setiap pompuan yang lalu lalang.
Hari macam nak hujan so aku terus jalan kaki balik ke hotel, dengan perasaan macam tak percaya yang aku berjaya melawan nafsu untuk beli cellphones dan benda-benda lain yang setaraf. Harapnya aku akan terus berjaya melawan nafsu aku, punyalah susah nak kawal bila ada duit sikit nih. Sebenarnya aku dah banyak habiskan duit duduk kat hotel, itu punca utama yang membuatkan aku tak nak membazir beli benda-benda lain.
Petang nih tidur jer kerjanya, sebab malam nanti MamatBTC1, MamatBTC2 dan MatRempit ajak minum-minum kat Bukit Bintang. Nak ajak tengok buskers dangdut lah tu, bosan dah aku. Aku tak boleh nak lepak lama-lama malam nih sebab kena tidur awal, esok awal pagi dah nak balik Raub sama Ida, adik aku.