Mamposlah termalas pulak nak update, setakat buat untuk melepaskan batuk di tangga jer nih.
Rabu18April2018
Spent the whole day doing absolutely nothing kecuali pergi hantar laundry. Dan keluar makan. Masa yang lain tuh just melepak dalam bilik pagi petang siang sampailah ke malam. Buat kerja sesikit dan selebihnya tengok tv series yang aku suka, Survivor, The Big Bang Theory dan Young Sheldon. Kalau dulu aku sentiasa up to date dengan episodes yang aku tengok tapi sekarang aku macam tak ksiah kalau aku dah terkebelakang for about 3 weeks.
Aku merayau jugak kat ebay, aliexpress,alibaba mencari idea-idea apa yang nak dibeli now that kemungkinan aku duduk kat kampung so aku nak buat macam dululah, nak penuhkan masa aku selain dari kemungkinan aku berkebun semula macam dulu tuh. Banyak benih-benih pokok dan tanaman yang aku macam teruja nak beli, dan ada a few items yang aku berkenan. Tengoklah nanti macamana, kalau aku jadi balik kampung dan aku rasa nak bercucuk tanam semula macam dulu, aku dah tahu apa yang nak ditanam.
Aku biasalah, akan tanam benda yang pelik-pelik, tanaman yang orang belum pernah tanam. Kali ini mungkin aku nak tanam pokok-pokok yang dari South America, ada a few tanaman yang cepat berbuah. Benih kacang harimau (dan a few jenis kacang tanah yang lain) pun aku dah tahu kat mana nak beli, kat China. Memang kat Malaysia nih dah tak ada orang jual benih kacang tuh rasanya. Kacang harimau mesti tetap ditanam legacy (arwah) pak aku tuh.
Tengoklah macamana nanti, kalau aku jadi balik kampung dan terus nak duduk di kampung sebelum aku embark on the biggest journey of my life tahun depan, aku akan bercucuk tanam aje lah. Tapi gayanya macam nak buat sikit-sikit jer, tak berkudrat dah aku rasanya nak buat macam dulu, tanam kacang tanah sampai dapat beribu kilo hasil.
Hujung minggu nih kemungkinan aku balik kampung sekejap, adik beradik aku ramai jugak yang nak balik, mak pun akan balik.
Khamis19April2018
Aircond bilik aku rosak apa tah, pukul 3 lebih (pagi) lepas aku komplen kat reception, aku disuruh pindah ke bilik yang lebih mahal sikit. Tapi ikut harga bilik sekarang. And so pagi nih bila aku nak bayar untuk nak extend, aku dah serba salah samada nak pindah semula ke bilik lama, yang aircondnya dah dibaiki. Kalau ikutkan hati nak jer terus kat bilik yang baru tapi memandangkan aku akan stay for up to 2 more weeks kat sini, aku balik semula ke bilik lama. Perlu berjimat cermat ekekekke
Roughly aku dah buat keputusan yang minggu depan minggu terakhir aku di sini, kalau tak ada apa-apa news aku akan ke Cherating dan angkut semua barang termasuk kereta dan fatbike, bawak balik Raub. Aku dah dapat terima hakikat yang that is the best and only option yang aku ada. Tak salah kalau aku duduk di Cherating sampai after Raya (or even sampai akhir tahun) tapi tak productive lah pulak, kan? Kalau kat kampung, aku akan lebih "bekerja keras", at least untuk membuktikan kat mak, kat adik beradik yang aku bukan setakat makan tidur aje di kampung, tapi aku bercucuk tanam jugak. Dan aku pun tak akan terdengar soalan macam "dia buat mendenya duduk sorang-sorang", dari orang kampung.
Aku keluar awal untuk ke Shah Alam sebab takut jadi macam masa aku last ke sana dulu tuh masa nak jumpa Nuar, sampai nak tumbuh sisik kat kulit aku menunggu komuter. Bengang jer aku kat makcik cleaner Indon kat station komuter Shah Alam tuh, aku ke surau nak solat, agaknya dia ingatkan aku nak melepak tidur kot. Aku terperasan yang dia jeling, tengok semacam jer. Aku pulak tak perasan yang kasut tak boleh dibawak masuk ke dalam, itu yang tah apa-apa dijeritnya kat aku.
"Sorry, sorry, sorry", aku jawab gitu.
Lepas solat, masa nak keluar dari station, aku terpaksa lalu kat kawasan yang dia mop, sekali lagi dia jeling aku semacam, setiap langkah aku diperatikannya, sampaikan aku nak tanya, apa salah aku.
Apa salah dan dosaku, sayang
Cinta suciku kau buang-buang
Lihat jurus yang kan ku berikan
Jaran goyang, jaran goyang
Cinta suciku kau buang-buang
Lihat jurus yang kan ku berikan
Jaran goyang, jaran goyang
Ekekekek,padah tengok orang busking kat Bukit Bintang.
Janjinya pukul 3 so pukul 2-45 aku dah sampai. Tunggu punya tunggu, dah siap isi form bagai, tetap tak muncul Boss nya.
"Boss solat sekejap", kata CikNor HR yang selalu berWA dengan aku tuh.
"Dah tahu janjinya pukul 3, solatlah cepat-cepat", aku kata gitu. "Solat apa pukul 3 lebih?", aku kata lagi. Sebab aku dah terbiasa dengan CikNor itu yang aku berani cakap macam tu tuh.
Tak lama mana pun interviewnya, Boss tuh puas hati dengar explanation aku apa pasal aku nak apply for that particular post sedangkan aku well over qualified. Aku pun tak berapa bersemangat benarnya sebab project nya kecik dan gaji maksimum yang (gomen punya projek, gajinya ikut gomen punya scale) diaorang boleh kasi tuh separuh dari gaji yang aku dapat masa kerja Cherating dulu. Tapi bila difikirkan yang aku bukannya kisah sangat pasal duit, aku cuma nak "habiskan masa" sampai suatu masa nanti, itu yang aku kata aku ok aje dengan offer dia, jugak dengan project yang maha kecik tuh.
Satu jer masalahnya, projek tuh walaupun signboardnya dah dipasang (weekend nih bila balik Raub, aku nak survey-survey tempat) tapi surat perlantikan Contractor belum keluar lagi. Maknanya Contractor belum masuk lagi untuk preliminary works macam buat site office etc. Bila site office dah siap dan berfungsi, masa tu lah Consultant akan masuk site. So, Boss tuh tak tahu bila project akan mula. Mungkin minggu depan, mungkin bulan depan, mungkin 2 tiga bulan depan. Kalau aku boleh standby, ok lah.
Macamlah project Fasa 2 Royale Chulan kat Cherating tuh, dah bertahun kata nak mulakan tapi sampai sekarang masih belum boleh start sebab nak dapatkan all that kelulusan dari Local Authorities etc.
So aku kena balik kampung aje lah dulu, tunggu panggilan bila boleh mula kerja, if ever projek tuh akan mula. Kalau tak ada jugak then bukan rezeki aku lah. Aku akan terus aje duduk kampung tanam kacang ajelah kalau macam tuh.
Aku perasan, tiga kali aku naik Grab kat Shah Alam, ketiga-tiga drivers nya Keling, keretanya pulak Honda City warna gray.