Monday


Jumaat 6 April 2018

Awal pagi aku keluar minum kat gerai Mak Bedah, the 'usual suspects' semua ada kat situ. Masa aku mula datang Cherating dulu aku pelik sebab tak pernah lagi tengok perempuan-perempuan bersidai kat gerai. Biasanya orang lelaki jer yang melepak mengeteh lelama, kan? Tapi di sini, di Cherating nih, lain pulak kaedahnya. Siap berlunjur lagi, memang sederet kerusi kayu tuh memang dipenuhi dengan orang yang sama, kalau kerusi tuh kosong pun orang lain tak berani nak duduk.

"Kite bayorlah sesiket hutang kite", kata one of them kat aku, macam berbisik gitu.

"Tak payah, tak payah, saya sedekah jer", aku jawab gitu.

Dah dekat 3 tahun rasanya dia hutang aku, biasalah kan, walaupun buat bisness tapi nak bayar hutang tuh memang liat. Walaupun a few hundreds jer pun. Semalam pun ada terserempak dengan one of orangs yang berhutang dengan aku, mana yang hutang bawah dari RM 500, aku sedekahkan aje. Mana yang hutang dalam seribu ke atas, ha yang tuh aku nak diaorang bayar balik. Ada yang janji kalau-kalau dapat bonus Raya nanti.

Masih tak siap jugak aku berkemas lepas Jumaat, siap pinjam wheel barrow untuk ulang alik pergi buang sampah. What I can say is, setengah buang, setengah simpan, macam balanced gitu.

"Batper mung bui ke CijguF gas mung tuh? Mok Long nok", kata Mak Long bila dia nampak aku balik dari kedai CikguF. Aku perasan dia jerit-jerit nama aku masa aku tolak wheel barrow tuh tapi aku ingatkan "jeritan" biasa sebab dia selalu jerit nama aku ajak makan kat rumah dia, ataupun every time nampak aku lalu atau naik basikal.

Mak Long nih kaya orangnya, seriously, emas yang dia pakai hari-hari puluhan ribu harganya. Aku tahulah sebab aku selalu menyakat dia, aku kata lah yang kalau aku, aku hantar ArRahnu jer semuanya tuh. Pastuh dia akan selak tudung dia, "hok nih 30 ribu", kata dia. Damn kaya-kaya orang Cherating nih. Belum cerita pasal tanah lagi, semuanya harga juta-juta. Tapi itulah, walaupun kaya, diaorang nih jenis yang nak semua benda  hatta benda kecik-kecik dan tak berharga sekalipun.

"Dok apa lah, Mok Long gi mitok dari CikguF, Mok Long kata Mok Long nok", dia kata gitu.

"Eh jangan, saya dah bagi ke dia", aku jawab gitu.

"Pah dier bui duit dok ke mung?", dia tanya lagi.

"Laa, saya bagi jer ke dia", aku kata gitu.

Aku nak pergi lunch (late one) tapi terserempak pulak dengan a few geng Chinese (contractor staff), so diaorang ajak aku masuk site Fasa3 sebab the guy yang I hate tuh (Contract Manager) cuti. Fasa3 nih turnkey contract, maknanya Contractor buat sendiri tanpa ada Consultants, kecik jer projeknya, dalam RM 22 juta. Dan pekerja Indon diaorang baru sampai dari project Bukit Jalil. Diaorang tuh semua baik dengan aku, iyalah masa Fasa 1 dulu aku selalu sembang dengan diaorang, in Indonesian, dan aku ada jugak ceritakan kat diaorang my experience dengan orang Indo masa kat US dulu.

Lagi lah diaorang respect kat aku sebab aku masuk site tuh semata-mata nak jumpa diaorang, diaorang tengah berpeluh-peluh kerja, aku selamba jer peluk, tepuk bahu masing-masing. Damn, memang susah nak cari orang sebaik aku, kan? Ekekekekekke

Petang nih lepas Asar, aku berfatbike untuk kali terakhir.


Aku tengah update crypto portfolio aku (tudia, ekekekek), letrik terpadam. Adus, banyak pulak benda yang aku kena settlekan sebelum aku berangkat nih. Iyalah, kat Madrasah nanti at least untuk sementara waktu aku tak akan online sangat kot. So aku kena get ready apa-apa yang patut. Ingatkan sekejap jer tak ada letriknya sebab rumah jiran lain semuanya ok. Damn, malam terakhir aku kat sini, buat hal pulak. Aku beritahu landlady aku, orang yang in-charge pasal rumah sewa nih tak ada pulak. Aku dah nak pergi tidur kat surau dah bila mamat tuh datang repair, ada benda yang rosak katanya. And so malam nih, basically aku siap berkemas.

Sabtu 7 April 2018.

Sebab teksi datang jemput aku pukul 11-30 pagi so aku ada masa lagi untuk mengeteh untuk kali terakhir di gerai Mak Bedah. Kebetulan member sekerja dulu ada jugak so adalah dalam sejam kitaorang bersembang.

Then hantar kereta kat rumah Mak Long sambil kasi sedikit penerangan, penjelasan. Aku bukan kasi kereta tuh kat diaorang, mungkin aku akan datang ambik semula nanti (which is very unlikely. I know that for sure). Aku cuma nak simpan kat situ dan diaorang bolehlah tolong hidupkan enjin once a while kan? Kalau aku "survive" sampai akhir tahun, then it will be another story.

"Mung ning Mok Long tengok, dok pernooooh la mitok tolong orang",kata Mak Long bila dia tanya aku macamana aku nak ke stesen bas Geliga, Chukai. "Pok Long kang ade bulih hator?", kata Mak Long lagi.

Bagi aku sama jer, memang sedari dulu lagi, kalau aku suruh sapa-sapa hantar aku ke Kemaman ker, tumpang member (yang balik) ke Kuantan ker, aku akan bayar, kasi duit kat diaorang, at least sama dengan harga kalau aku naik teksi/Grab, so, it makes no difference lah kan?

"Senangnya hidup ko, aku boleh datang jemput ko nanti", aku ingat lagi member aku cakap macam tuh kat aku ituhari bila aku suruh dia turunkan aku kat Kemaman, dan aku balik naik Grab (sebab aku ada hal sikit, nak repair cellphone), lepas kitaorang pergi makan, farewell lunch.

No, hidup aku bukannya senang cuma aku tak suka menyusahkan orang.

Shit aku rasa macam sedih gila masa teksi datang, kebetulan budak-budak ramai tengah bermain kat depan rumah, dan a few jiran pun ada.

"Pokcik nok pergi dah ker? Kiter mitok maaf sebab selalu mitok seng dari Pokcik", kata one of the kids.

"Pah bile maghi mular Cherating", tanya one of my neighbours.

"Tengoklah seseminggu dua nih kot, sewa saya habis hujung bulan nih", aku kata gitu.

"Maghi-maghi lah jengjalang sini kalu ade mase", the other neighbour kata gitu.

"Saya maghi lagi, saya maghi lagi", aku jawab gitu.

Dekat nak Maghrib baru sampai KL sebab jammed teruk kat Karak Highway, ada accident, bas express menyontot lori. Sebab aku ada dua bags, berat pulak tuh, aku naik Grab jer lah untuk ke hotel. Tak daya lah aku nak menapak ke stesyen LRT, pulak tuh nak ke hotel tuh nanti kena menapak lagi sebab aku tak stay kat Royale Chulan (dah tak ada vouchers ekekekke)

"Encik kata nak ke XXXXX esok, mengapa tak duduk hotel kat belah-belah sana jer. Dari Pudu kan ker jauh?", Grab driver tuh tanya aku.

"Dak, esok saya nak pergi khenduri kawin anak kawan saya kat Metro Pudu, tu pasal", aku jawab gitu. 

Aku stay kat one of the hotels kat Jalan Pudu, dekat Pudu Sentral (Puduraya). Sejarahnya gini, sebab apa aku selalu stay kat situ bila aku datang KL. Lagipun member aku kat Bangsar tuh dah pindah Bukit Jalil. Masa mula aku tiba di Malaysia dulu, mulanya aku stayed kat hotel di Chinatown, semalam. Then aku pindah kat hotel dekat Puduraya nih. For more than a month aku stayed situ dulu tuh sementara nak dapatkan all my documents, MyKad, Surat Beranak etc. Masa check ASB, rupanya ada duit yang beranak pinak, so dengan duit tu lah aku mulakan hidup baru aku. Lepas tuh baru aku cari bilik sewa, dan dapat kat Bangsar tuh.

I purposedly mintak bilik yang sama kalau aku stay kat hotel nih, dan kalau bilik tuh unavailable, aku akan stay kat bilik di level yang sama. Loyal aku nih, hotel nih banyak kenangannya bagi aku, for a month or so dulu tuh aku tak keluar ke mana-mana sangat sebab aku "takut", iyalah kan, after 10 years kat overseas, bila balik aku jadi blank seblank-blank nya. Sesebulan tuh aku memerap kat bilik, menulis dan menyiapkan blog Kisah Seorang Banduan aku tuh.

Sempat jugak tuh aku meround sampai ke Pavilion walaupun aku rasa macam mengantuk dan letih sangat. Dan aku bersyukur sebab aku tak terralit dan tersinggah kat mana-mana tempat yang melaghokan. Rasa guilty tuh ada, iyalah kan, in a day or so aku dah nak duduk Madrasah, kan? 

Ahad 8 April 2018

Aku tak breakfast pun sebab terralit online menyiapkan benda yang belum siap, update blog pun jugak. So aku keluar awal untuk ke khenduri kawan aku tuh. Aku jalan kaki jer sebab aku rasa macam dekat jer tempat tuh tapi bila tanya orang, diaorang kata lebih baik naik teksi. Driver tuh pulak tak tahu kat mana Metro Pudu, pusing punya pusing, aku suruh dia turunkan aku kat Velocity Mall, naik cab lain dari situ untuk pusing balik. 

Sekejap jer aku di majlis tuh, aku antara orang yang terawal datang. Bukan apa, aku tak nak jumpa kawan-kawan lama yang lain, kawan masa sekolah dulu.Diaorang semuanya berkedudukan, aku jer yang terduduknya. 

Petang nih aku WA ke AJK Madrasah, nak tanya samada jadi tak plan untuk aku datang besok. Iyalah kan, manalah tahu kalau ada apa-apa yang menghalang. InsyaAllah jadi dan aku disuruh contact Penyelaras Madrasah. Aku kata yang aku akan sampai dalam pukul 12 tengahari gitu.

"Datang naik Grab, mengapa tak drive?", dia tanya gitu.

Hmmmmm..........

Lepas Isyak aku merayau kat Bukit Bintang, I keep telling myself yang ini kali terakhir aku merayap-rayap kat kawasan tuh. Sampai pukul 11 lebih aku ke sana ke sini tanpa tujuan. 

Esok aku akan memulakan hidup baru di tempat baru dalam suasana baru. Harap-harap aku akan jadi lebih baik dalam segala segi. Iyalah kan, selama ini aku duduk sorang-sorang, berfikir pun cuma untuk diri sendiri saja. 

Sekurang-kurangnya kalau aku sakit pening pun nanti, akan ada orang yang tahu. Tak ada benda dah yang aku nak kejar kat dunia nih. Eleh, kononnya tak kejar dunia. Tapi Bitcoin apa pasal dikejar pulak? Ekekekekke