"Eh, ramai orang yang tanya aku, bila aku nak balik kampung", aku mengadu pada member aku. "Malu pulak aku duduk Cherating nih sebab aku dah tak kerja", aku kata gitu. Aku ada beritahu diaorang yang aku nak balik kampung jer, aku tak beritahu pun option-option lain. Diaorang tak perlu tahu.
"Duduk sini jer lah, nanti diaorang panggil semula untuk Fasa 2", kata member aku. "Ada siapa-siapa contact ker sejak lepas berhenti nih?", tanya member aku lagi.
"Dato' K (Senior GM) ada whatsapped aku ituhari, sembang lama. Dia macam tak percaya aku nak balik duduk kampung", aku jawab gitu.
"Balik duduk kampung jer lah nampak gayanya, ada 5 iklan kerja yang aku applied tapi senyap jer", aku kata gitu.
"Rilek lah, mung pitih belanar", kata member aku.
Pitih belanar? Damn how I wish ekekekeke. Aku adalah sesikit duit simpanan, yang kalau aku berkelimat (now, that's bahasa Pahang), boleh menyervivekan aku untuk a few months. Aku tahu yang soon aku akan terpaksa pecahkan tabung ayam aku yang tak seberapa berisi tuh, but that's ok.
"Eh, kalau aku keluar 4 bulan ikut Jemaah Tabligh, ok ker?", aku cuba tanya member aku, just to see what he has to say.
"Kawe raso, dari mung keluar Tabligh, baik mung gi ngaji pondok", kata kawan aku. I have full respect kat member aku nih sebab masa kerja dulu (kat office aku, memang aku sorang-sorang) dia selalu melepak kat tempat aku, sesambil bukak youtube/fb pasal benda-benda ugama. Dan adalah a few yang aku "terdengar" (sesambil aku membitcoin kat laptop) dan aku praktiskan sampai sekarang, every single day.
Aku kurangkan aktiviti mengajar pasal cryptocurrencies,(bukan sebab students aku lembab tapi diaorang macam hangat-hangat taik ayam), aku cari kat internet tempat-tempat untuk belajar ugama, yang full-time. Nan hadoo! Yang ada pun, a few days punya program. Adalah pondok pengajian kat Kelantan nun tapi di luar kemampuan aku sebab aku kena "beli pondok", macam yang mak aku buat kat Temerloh. Sedangkan plan aku cuma untuk at least sampai akhir tahun, (bold/underline lagi tuh ekekeke) sebab InsyaAllah tahun depan aku nak ******* dan nak ke ********
Jeng jeng jeng jeng jeng..........ekekekekke.
Aku dah berpengalaman cari kerja sukarela kat Pusat Tahfiz/Rumah Anak Yatim masa balik dari New York dulu. Memang susah. Memang tak ada, tak jumpa tempat-tempat yang nak terima. Diaorang lebih suka bantuan dalam bentuk kewangan, for reasons yang kita boleh faham lah kan?
Berbelas-belas tempat aku tanya, aku Whatsapped, aku pmed, aku emailed. Semuanya aku terangkan, termasuk the reason behind it. Aku ada join a few WA groups tempat aku commit derma on monthly basis gitu. Pun nan hadoo kaedahnya. Tapi yang buat aku geramnya, ada 2 atau 3 aje yang jawab, itupun pendek jer jawapannya. Tak ada. Ada tuh yang tak balas pun message aku, setakat aku nampak blue tick kat WA jer. Apa lah salahnya jawab pepanjang sikit, at least one full complete sentence, kan? Bukannya aku nak mintak derma, aku nak tawarkan service, for God sake!
Tak puas hati, aku buat jahat sikit. jahat yang baik lah kan? Ekekekekeke
Aku guna phone yang lagi satu, aku WA, aku message kat tempat-tempat tuh semula without them knowing yang I am the same person. Aku buat-buat tanya macamana caranya kalau nak derma duit,
And you know what? Semua messages aku dibalas, laju jer masing-masing jawab. Tahfiz Blue Tick tuh panjang lebar menjawab.
Terserlah ketaikpalatan masing-masing, kan?
About a week later aku came across satu iklan yang nak kan Penyelaras Madrasah/Tahfiz. Semua requirements tuh aku tak layak, nak kan yang grad di bidang ugama, pandai Bahasa Arab etc etc. Aku biarkan a few days, sebab pada pemikiran aku sure tak ada orang yang nak apply. Dan aku pun bukanlah nak apply for that post. Cuma aku tahu yang Tahfiz tuh perlukan someone untuk manage perntadbiran.
And so aku WA contact number Tahfiz tuh, aku tanya kalau-kalau diaorang perlukan sukarelawan untuk buat kerja-kerja "bodoh" i.e cuci tandas, basuh pakaian budak-budak, tolong-tolong-tolong masak etc. Kebetulan Ustaz tuh pun online, so "termalu" jugak aku nak mempresent diri aku kat dia. Then dia call, at the back of my mind aku tahu yang dia berminat dengan my offer. And so lamalah kitaorang sembang. Aku kata yang aku boleh datang ke KL (Tahfiz tuh kat pinggir KL) untuk bincang, aku nak diaorang nilaikan sendiri, dan aku pun nak tengok dulu macamana keadannya.
Aku suruh dia ceritakan kat Pengerusi dan AJK pasal aku, dan kalau diaorang setuju, baru lah aku ke KL. After a few messages, back and forth gitu, diaorang setuju nak jumpa aku Monday 2 April nanti, pukul 10 pagi.
Dan aku pun setuju.
Dan nak dijadikan cerita, masa aku tengah bersiap nak pergi jogging, aku dapat WA message dari one of the companies yang aku apply kerja dulu tuh. Boss tuh tanya kalau-kalau aku boleh start kerja secepat mungkin sebab site dia di Rawang perlukan Resident Engineer. Obviously I fit all the requirements, experienced, ada transport etc.
Aku jawab pendek jer sebab aku takut dipujuk rayu. Aku lemah kalau bab-bab rayu merayu nih. Dengan perempuan jer aku handal menangkis pujuk rayu diaorang ekekekek. Aku kata, Sorry Sir but you are a bit too late. I've already promised someone.
Tak jadi aku jogging, instead aku jalan jer sambil berfikir, semoga keputusan yang aku buat nih adalah yang terbaik untuk aku. Then again, apa pasal aku tolak offer kerja sedangkan kerja sukarela kat Tahfiz tuh pun belum confirm? Itulah, that's me, kalau aku dah janji dengan seseorang, aku akan tunaikan janji. If it doesn't work out, too bad lah kan? Terpaksa lah balik kampung.
Aku jadi macam emosional jer sepanjang aku jalan tuh, sampaikan aku tak berapa layan pun bila BabyJ tegur aku masa aku lalu depan rumah dia. Di kepala aku penuh dengan tanda tanya, persoalan, kenangan mengusik jiwa etc.
Aku terbayang yang kalaulah aku diterima kerja di Tahfiz tuh nanti, aku akan menyuci tandas, basuh pakaian budak-budak, memasak, kasi diaorang makan etc. Terbayang jer yang dulu masa di Philadelphia aku pernah kerja laundry, pernah kikis taik kering kat spender gagak. Terbayang jer aku yang nanti masa iron baju budak-budak tuh, aku buat kerja sambil airmata aku mengalir mengenangkan yang how my life nih berbalik-balik.