Wednesday

"Wei maghi lah make ning, Mok Bedah ada sipe nasik utok mung, lamo do mung dok maghi sining", member aku talipun ajak breakfast.

"Eh aku di Kolumpo lah", aku jawab gitu. 

"Buat godio Kolumpo, baru duo tiga hari balik Kolumpo, peggi mula? Gilo mung", kata member aku.

Aku tak beritahu dia pun yang aku nak ke MadrasahTahfiz, infact aku tak jumpa sesiapa sangat pun the last few days, aku banyak melepak kat rumah aje. 

Aku ke KL Khamis, walaupun "interview" nya Monday. Ha, nak pergi tengok dangdut lah tuh! ekekekekek. Entah, walaupun aku tak buat apa sangat, tapi aku suka melepak KL. Kadang tuh seharian melepak kat bilik hotel, online. Paling pun aku menapak ke Subway di Pavilion, sebab Subway kat Fahrenheit dah tutup.

Cumanya kali ini aku ada jumpa a few kawan-kawan. Aku ke KLCC on Friday, jumpa one Brader nih yang jual crypto t-shirts. Beli 4 helai baju Bitcoin dan Ethereum. Ada beratus-ratus altcoins, dan kalau semuanya dit-shirtkan, akan banyaklah aku kumpul nanti. Best sembang ngan Brader tuh sebab selama ini aku tak ada bersembang, aku tak ada kawan yang tahu sangat pasal Bitcoin and altcoins. Tapi Brader tuh knowledgable orangnya, banyak juga tips yang aku dapat dari dia. Dalam hati aku kata, orang macam ni lah yang patut aku buat kawan. Sama-sama minat dengan mendalam pasal cryptocurrencies. 

Petang tuh aku melepak sama Poii (kawan se Reban), peminat no 1 aku ekekekekke. Aku melaram pakai t-shirt Bitcoin aku tuh. Banyak jugak yang Poii cuba cungkil pasal tempat kerja aku yang baru nih, tapi yang buat aku tergelak dalam hati bila dia tanya "kat tempat baru nih gaji dia ok ker?".

"Ko tunggu aku update dalam blog jer lah", aku jawab gitu. 

Saturday, aku keluar lepas Asar, setelah seharian melepak kat bilik. Aku ke Jalan Masjid India, ke Jalan TAR, ke Sogo. Ya Rabbi ramainya orang, rimas aku dibuatnya. Apa yang diaorang cari hah? Macam aku jugak ker, meraya-rayau tanpa tujuan. Aku menyusur Dang Wangi, sampai ke Pavilion. Depan Menara Boustead aku macam senyum jer, 3 tahun lebih yang lalu aku first set foot kat tower tuh, untuk interview for Cherating project. Dan aku berjaya menyiapkan project as planned. 

Dan aku terfikir jugak, kalau diaorang panggil aku semula untuk fasa 2, berkemungkinan besar aku tak nak dah. Tengoklah macamana nanti.

Masa kat escalator untuk ke surau for Maghrib, aku ternampak member aku masa kat overseas dulu, sekeluarga. Mulanya aku nak tegur dia tapi bila mengenangkan yang dia mungkin tak kenal, lupa kat aku, so aku tak jadi tegur. Iyalah, masa kat overseas dulu aku tak campur langsung sangat dengan Melayu yang makan nasik sampai 3 kali sehari, duduk sesama Melayu etc. So tak heranlah aku tak ada in touch pun dengan hatta seorang pun yang sesama belajar kat UK dulu. Aku cuma join group member sekelas masa Form 4-5, group ITM, selain group Reban Hayam dan a few group Pusat Tahfiz/Anak Yatim

Aku pun dah lupa apa aku buat on Sunday. Probably tak buat apa-apa, sebab tuh aku lupa. Cumanya malam tuh aku ada wassap kat Ustaz Tahfiz tuh, tanya dia samada jadi atau tidak esok punya appointment. Masa tu lah dia baru nak kasi alamat, location, sedangkan janjinya nak kasi aku info tuh dua tiga hari lepas. Nasib baik aku bukan cepat sentap orangnya. 

"Lagi satu, kalau boleh jangan cerita pasal you punya kewangan, masa jumpa AJK nanti. Buat macam biasa, macam tak ada duit......", pesan Ustaz tuh.

Hmmmmm......pemikiran aku dah ke tempat lain tapi it's too early to tell. I'll find out the whole story nanti pastinya. 

Aku tak breakfast pun, terus aje naik LRT sampai ke stesyen terakhir. Then naik Grab. Driver tuh ingat aku nak pergi melawat anak ekekekeke. Aku cakaplah yang aku nak kerja volunteering kat situ. Habis, kalau tak ada gaji, income dari mana?", dia tanya gitu. 

"Saya adalah savings sesikit, pastuh saya ada a few investments, macam...you tau tak pasal Bitcoin?", aku jawab gitu.

"Bitcoin? Saya baru jer berjinak-jinak dalam cryptocurrencies, dalam sesebulan nih", kata Driver tuh. Lepas tuh laju jer kitaorang bersembang. 

"Nasib baik Abang beritahu, kalau tidak saya dah nak join dah......", kata mamat tuh.

"Benda-benda macam nih, ko kena buat sendiri, jangan nak join sapa-sapa. Kalau ko ada duit, ko beli coins, atau beli mining equipments, mine sendiri. Tapi saya tak recommend dah kalau nak mine, tak berbaloi", aku jawab gitu. 

"Jangan sekali-kali ko bagi duit kat orang, kononnya untuk join scheme apa-apa, atau untuk jadi member. Jangan! Itu semua menipu tuh", aku tambah lagi.

Panjanglah kitaorang sembang sampaikan aku tak tahu pun aku dah kat mana, sedangkan aku nak lah tengok-tengok kat kawasan mana aku berada. Last-last aku kasi WA number aku, bila mamat tuh beria-ia nak tahu, sampaikan dia sanggup tunggu aku sampai aku habis urusan. Since aku tak tahu berapa lama aku akan berada kat Madrasah tuh so I let him go. 

Ngam-ngam pukul 10 aku sampai, dah ada 2 orang yang tunggu, sementara menunggu Pengerusi datang, kitaorang sembang-sembang gitu lah. Diaorang ingatkan aku datang untuk proper interview, sedangkan aku kata yang aku bukan nak apply kerja, aku nak offer diri untuk volunteering works. 

As I said, memang susah orang nak percaya. Just imagine, diaorang tak tahu apa-apa pun pasal aku, tiba-tiba aku muncul menawarkan diri. Macam too good to be true, kan? I can't blame them, kalau aku macam diaorang pun aku akan berfikir benda yang sama. Sewarak mana orang pun, sebesar mana serban pun, kalau orang Malaysia lah, it's very unlikely diaorang akan terus kata, "Ya Alhamdulillah syukur, ada orang nak buat amal jariah. Ok, you're in". 

Ada a few times aku macam nak tersentap dengan soalan-soalan diaorang tapi aku cool aje, aku tak tunjukkan yang aku macam tak comfortable.

"Tapi awak Engineer, tak kan nak suruh awak buat kerja yang macam awak cakap, kerja bodoh-bodoh , cuci tandas, basuh pakaian gitu tuh. Apa kepakaran awak?", Pengerusi tuh tanya aku lagi.

"Cuci tandas, basuh pakaian", selamba jer aku jawab gitu. Sakan masing-masing gelak.

Aku macam dah nak tarik diri bila aku rasa tak puas hati dengan soalan diaorang, bila aku fikir yang some of them masih ragu-ragu, masih tak percaya. Tapi bila one of them kata, "Gini lah, awak cuba dulu seseminggu dua, kalau awak suka, Alhamdulillah. Kalau awak tak suka, tak payah teruskan".

Dipendekkan cerita, aku setuju untuk mula kerja Isnin depan (9 April), aku kena jadi Pembantu Tukang Masak sebab dia nak berhenti akhir bulan nanti. Ya Allah, janganlah ada keracunan makanan, cirit-birit pulak nanti kalau aku yang masak. 

Oh ok, masa tengah bersembang tuh Pengerusi tuh tegur one of the kids, so dia keluar sekejap. Tak lama tuh talipun dia berbunyi. Ring tone dia lagu zaman 60an dulu, kuat jer. Max volume gitu. Aku tak tahu lagu apa tapi memang lagu 6oan. I was like, what?

Then again dalam hidup nih banyak benda yang tak selari, kan? Aku nih lurus sangat ker orangnya? Tak tahulah but I do pay attention to small things like that. Terfikir aku yang aku tertengok dangdut kat Bukit Bintang dulu tuh ain't that bad lah kan? 

Mamposlah aku kalau nanti dah duduk kat Madrasah tuh, bila nak ke KL kena naik grab. Aku cadangnya nak bawak kereta dan fatbike aku ke KL nih tapi kena sewa lorilah gamaknya, macam membazir duit aje, kan? I can live without a car. Tengoklah macamana nanti.

Aku ke KLCC sebab nak jumpa Brader Pendekar Kripto tuh, nak beli 4 lagi t-shirts sebab semalam aku tukar profile WA aku, gantikan dengan gambar masa aku melepak ngan Poii kat NU Sentral, pakai baju Bitcoin tuh. Adalah member Indon terperasan , so diaorang nak. Aku tak kisah sebab diaorang kat Indo. Aku tak nak orang kat Malaysia yang pakai baju yang sama, aku nak biar aku sorang jer ekekekek. What a selfish bastard aku nih kan?


(Sapa nak beli t-shirts macam nih, let me know. Murah gila, RM30 sehelai. Korang tak rasa rendah diri, tak rasa hina ker tak tahu what HODL stands for? ekekekekke Itulah, nak tunggu bila lagi nak tahu pasal Blockchain technolgoy?)

Sementara tunggu Brader tuh turun, aku war-warkan kat group WA Reban Hayam aku, kot-kot ada anak-anak ayam yang berkeliaran di KLCC. Ada sorang jer yang dapat jumpa, Elf. Kitaorang sembang-sembang sambil makan kuih kat La Cucur. Memang pandai Elf nih (ke memang semua perempuan macam tuh?), selamba jer dia tanya aku itu ini, sampaikan bila aku tercakap nama tempat Tahfiz tuh, baru tuh aku terperasan yang aku dah dicornered. 

"Eh, ko jangan beritahu diaorang aku kerja kat mana, ko sorang jer yang tahu", aku warning Elf.

"Nanti malam kita mengeteh, nak?", one of the Bros kat tahfiz tadi tuh talipun aku masa aku on my way balik ke hotel.

"Mengeteh? Kat mana?", pelik aku, ingatkan istilah mengeteh tuh tak digunapakai bagi orang-orang macam diaorang.

"Awak duduk hotel mana?", dia tanya lagi.

"Royale Chulan kat Bukit Bintang", aku jawab gitu. 

"Ok, malam karang kita mengeteh", dia jawab gitu.

Terlintas di kepala aku, kalau aku dah duduk di madrasah nanti, mamposlah kalau selalu diajak mengeteh sedangkan aku dah lah tak bergaji, aku nak berkelimat dengan duit yang aku ada. "Diaorang" lain lah, kan? ..........Hmmmmm