Monday

Jumaat20April2018

"Mengapa nak keluarkan semua, Encik?", kerani bank tuh tanya aku masa aku nak "pecahkan tabung". Aku antara orang pertama kat bank, datang awal-awal pagi sebab macam "excited" sikit nak dapat duit.
"Saya nak pergi haji, ikut pakej", aku tipu kerani tuh gitu. Tak apa kot. Dia tak patut tahu tujuan aku keluarkan duit yang aku simpan.

"Rugi jer kalau Encik keluarkan semua, tak dapat dividen nanti", dia kata gitu. Keluarkan separuh aje lah", dia kata lagi.

"Tak apalah, saya keluarkan semua, nanti kalau "tak habis pakai", saya masukkan semula", aku jawab gitu. Pandai diaorang nih, kata aku dalam hati.

Last-last aku keluarkan tak sampai separuh pun, masukkan ke dalam account aku. Since prosesnya tak sesusah mana, kalau aku nak guna duit nanti, aku boleh keluarkan balancenya. Cumanya, kalau boleh aku nak keluarkan semua sekaligus, biar rasa best sikit knowing yang ada duit dalam bank, so aku bolehlah goyang telor aje, kan? 

And so ranaplah satu tabung. Aku keluarkan duit tuh untuk perbelanjaan sampai akhir tahun, InsyaAllah. Kalau aku duduk di kampung, tak kerja, InsyaAllah boleh bertahan selama itu. Tapi kalau macam aku sekarang, duduk hotel kat KL, dalam a few months boleh habis, kot?

Tak payah kerja pun tak apa nampak gayanya nih, kata aku dalam hati. Funny how my plan macam boleh bertukar gitu. The power of money, kan? Tengoklah, at least kalau aku tak kerja pun, dan duduk di kampung (or even duduk di Cherating kalau aku decide macam tu), InsyaAllah dapur akan tetap berasap. Dapur kedai makan lah kan? 

Rasa macam panjang jer langkah aku the moment aku keluar dari bank. Macam padu jer langkah aku. Cadangnya nak ke Sungei wang sebab nak order contact lens, nak tukar glasses. dah dekat 3 tahun aku pakai glasses yang sama, aku pun naik bosan. Sebelum nih aku tak terfikir pun nak tukar glasses, nak beli new contacts. Tah macam mana tetiba dapat idea macam tuh pagi nih.

Tapi itulah, iman aku kuat, itu semua dugaan alam, kata aku dalam hati. Aku berjaya tidak menurut hawa nafsu, aku terus balik ke hotel. Tengahari pulak, lepas Sembahyang Jumaat, aku tak mengeluarkan diri dari bilik hotel, aku melepak aje.

Aku tak rasa aku "membazirkan" duit bila aku terus aje beli a few cryptocurrencies macam BitcoinCash, Ethereum, Litecoin, Ripple dan Cardano. Aku tak beli Bitcoin sebab yang tuh aku kumpul sendiri, collect dari mana-mana, lagipun harga Bitcoin tinggi, baik aku beli coins lain yang murah-murah. Aku simpan jer semua coins nih, tak sentuh pun (unlike Bitcoins yang aku selalu "sentuh", i.e trade ataupun cash kan ke PayPal.