Isnin 16 April 2018
Rasa macam lama sangat dah aku di KL nih, aku dah start rasa bosan dengan routine seharian. Tiap pagi aku keluar beli paper, pergi makan. Either makan porridge kat KFC (favorite aku) atau ke Level 4 Pudu Sentral. Semua gerai kat situ aku dah cuba. Sekali sekala makan kat Kopitiam.
Then balik bilik, memerap depan laptop sampailah lewat petang, then turun beli makanan. Lepas Isyak keluar ke Bukit Bintang, kecuali malam nih. Bukan sebab hujan tapi saja jer malas. Kadang tuh bila bosan, melepak kat lobby hotel, bersembang dengan hotel staff.
Kat deretan bangunan nih ada dekat sesepuluh bijik hotel 3 star, sentiasa penuh. Kebanyakannya tourist China, Indonesia dan India. Dan separuh lagi dipenuhi oleh sex workers. Staff tuh kata yang most of them Indonesians, datang Malaysia on visitor pass, dan ada jugak yang duduk sampai berbulan-bulan. After like a month, diaorang akan ke JB for a few days (ada lah sindiket nya tuh) then datang balik ke KL. Kebanyakannya lelaki. Diaorang duduk ramai-ramai sebilik so bila one of them ada "customer", yang lain tuh akan melepak kat lobby hotel atau berpeleseran di sekitaran.
So kat kawasan nih memang sentiasa sibuk, sentiasa ada orang, tak kiralah pukul berapa pun. Ituhari aku terbangun pukul 3 pagi lebih sebab lapar, turun ke 24-hour store nak beli sandwich, aku tengok macam ramai jer orang yang berlegar-legar. Sekarang nih kan ker banyak apps pasal sex service.
(Gila malas nak update, sebab tak ada apa nak dicerita pun. Mulanya, since tak ada cerita, aku nak buat update macamana nak kumpul free Bitcoin and lain-lain coins tapi sebab panjang, aku lupakan hasrat murni aku tuh. Selain daripada trading, cloud mining, aku kumpul free coins jugak. Been doing this for almost a year now, tak lah banyak coins yang aku ada tapi adalah sesikit. Sapa-sapa yang nak tahu macamana aku buat, yang ada basic pasal cryptocurrencies, ini no WA aku +60129792016. Seriously, bagi aku lah kan, orang-orang yang tak tahu menahu pasal blockchain technology nih macam ketinggalan sangatlah. Sebab tuh aku nak cuba educate sapa-sapa yang ada keinginan untuk belajar.
Tapi kalau WA aku dan tanya aku, "Eh, Bitcoin tu apa hah, serious aku tak tahu Bitcoin tu apa benda", maka bersedialah untuk dicarutkan.
Selasa17April2018
Aku tengah buat kerja (check pasal trading account) bila ada call dari company yang di Puchong tuh. MissTeh tanya kalau-kalau aku ada "change of heart' sebab dia nak forwardkan nama aku ke Hong Leong/Guocoland untuk second interview. 3 nama jer yang dia nak submit, nama aku salah satunya. Lepas cerita-cerita, aku kata aku tak nak nama aku diforwardkan sebab project tuh besar sangat bagi aku, durationnya pun lama. Aku pun dah tua, aku tak nak lah terkejar-kejar sangat, tak naklah banyak tanggung jawab. So aku kata kat dia yang project tuh tak sesuai dengan aku.
Every now and then aku tengok kalau-kalau ada iklan yang sesuai, tak banyak iklan sebagai Resident Engineer, tambah-tambah yang sesuai dengan jiwa raga aku. Iklan untuk kerja sebagai Site Enginner berlambak-lambak lah, tapi tak kan aku nak apply jadi Site Engineer, gaji ciput, kerja dengan kontraktor pulak tuh.
Aku terbaca this one iklan, nak cari Assistant Resident Engineer, untuk projek gomen kat Kelantan. Besar jugak projeknya sampaikan nak pakai ARE (Assistant Resident Engineer). Aku hantar jugaklah CV aku walaupun aku tak berapa suka dengan post tuh, iyalah kan, aku belum pernah kerja di "bawah" orang lain. Biasanya aku yang paling 'besar", tak ada orang lain dah antara aku dan Boss.
Tak lama tuh ada call dari HR company tuh, tanya pasal CV aku, apparently aku lupa nak update pasal gaji, gaji yang tertlis kat CV tuh gaji yang aku dapat masa kat Cherating dulu. So dia kata kalau aku boleh adjust gaji tuh then dia akan forwardkan nama aku. Projek gomen, ada dia punya scale gajinya sendiri, which is lower lah kan? Tapi aku tak kisah sangat pun.
Sembang punya sembang, HR tuh beritahu diaorang pun tengah cari Clerk of Works untuk projek kat Bentong, Pahang. Clerk of Works (Cow) nih macam Supervisor lah, assistant kepada Resident Engineer. Diploma holder yang biasanya jadi CoW tapi kalau project besar, Degree holders pun ramai yang jadi CoWs.
Since project nya kecik jer, buat bangunan tambahan college, so project duration nya pun kejap, dalam 18 bulan. Tapi, gaji nya pun keciklah kan, sebab CoW aje, bukannya R E. Fikir punya fikir, this one is much better than the one yang aku apply tuh so aku kata kat HR tuh suruh kensel my previous application. Sebab aku berminat dengan the one kat Bentong instead.
Manalah HR tuh nak percaya, tak kan dari R E nak turun pangkat jadi CoW, kan? Turun gaji? Ish, biar betul. Then bila aku explain kat dia yang aku kerja sekadar nak "buang masa" jer, bukannya nak kira sangat pasal gaji, barulah dia faham yang aku nak "santai-santai". Lagipun Bentong tuh dah kira macam kampung aku lah kan, berapa minit jer drive balik Raub, kan?
"Kalau Encik nak tahu details, saya pass kan line nih kat Boss saya, dia tengah pening tuh sebab masih belum dapat orang lagi nih. Dah banyak kali iklan tapi tak ada yang layak", kata HR tuh lagi.
"Tapi saya nih way over qualified", aku kata gitu gelak-gelak.
"Tak macam nih, you ceritakan kat Boss you pasal saya, iyalah, apa pasal saya lebih berminat kat post di Bentong tuh walaupun projek kecik, gaji kecik semuanya kecik tuh', aku kata gitu.
"Ini Boss company &^&^& tu ker?', macam kurang ajar jer aku tanya gitu bila a few minutes later ada call dari nombor office tuh, dan yang call aku tuh lelaki.
"Haah", kata suara tuh.
And so aku ceritakan kat dia pasal aku, even kisah aku ke Madrasah tuh pun, walaupun aku cuma kata "but it didn't work out macam yang saya harapkan". Aku kata aku minat dengan projek Bentong tuh sebab it fits nicely dengan my plan, tak kisahlah gaji kecik dan turun pangkat. Ala, kalau aku di Madrasah dulu tuh, atau balik kampung, langsung tak ada income kan? Ala, lagipun projeknya kecik sangat, belasan juta jer. Kacang putih bagi aku.
"You boleh datang office di Shah Alam tak, boleh kita bincang lebih lanjut", kata Boss tuh.
And so Khamis nih aku akan ke Section 13 Shah Alam untuk interview.
"Saya CikNor, HR company project Bentong tu", keluar satu WA.
"Encik, kampung kat Ulu Gali ker?", dia tanya lagi.
Obviously dia dapat info tuh dari CV aku.
"Haah", aku jawab gitu jer.
"Kakak saya duduk kat sebelah Kg Ulu Gali, entah-entah Encik kenal keluarga dia. Dulu dia kerja blah blah blah blah.........",kata CikNor.
Aku layan jer lah dia bercerita pasal keluarga kakak dia tuh tapi malam pun dia sambung WA, siap kasi gambar keluarga kakak dia lagi. Aku kenal sangatlah keluarga tuh. WA dari dia tetap tak berhenti sampaikan aku terfikir, "eh, dia nih nak mengorat aku ker?".
Seriously, aku tak reti baca "hati" perempuan. Kadang-kadang tuh bila bersembang biasa jer, aku ingatkan orang nak mengorat aku. Tapi kadang tuh bila bersembang, diaorang macam kasi hints tapi aku ingatkan sembang biasa aje.
Kalau semua kita Melayu nih buat style Mat Salleh, kan ker best? Cakap jer direct-direct, tak yah nak berkias bagai. Ini, aku sorang jer yang style Mat Salleh, susah lah kan?
Mentara aku rajin dan ada mood nih, meh aku bagi satu contoh.
Dulu, zaman-zaman sebelum aku ke US, aku nak pergi Umrah & Ziarah, 2 minggu Umrah dan 2 minggu ke London/Paris. Tapi aku extend for another month sebab aku ada kakak kat Norwich masa tuh. Kat bandar baru dekat tempat aku kerja tuh ada satu bank baru bukak, ada promotion, buat Personal Loan. So aku buat loan tuh, ada 2 tiga staff jer bank tuh, iyalah kan, bank baru bukak. Minah yang attend aku tuh "selalu" talipun aku tanya details sampaikan aku jadi terbiasa bercakap kat dia on the phone. Dipendekkan cerita, masa aku nak berangkat aku call dia, aku tanya dia, apa dia nak, iyalah kan, aku nak ke Mekah, Paris, London.
Apa dia jawab?
Dia kata, "I tak nak apa-apa, I nak you jer yang balik".
Why in the world aku tak boleh "baca" apa yang dia kata tuh, itu aku tak tahu.