"Bosan dah asyik beli emas jer, nak beli Bitcoin lah pulak", kata Ida masa kitaorang bersembang pasal cryptocurrencies. Ida nih "terjoined" BitneworkClub yang aku anti sangat tuh so itu yang aku nasihat dia suruh beli sendiri apa-apa coins instead of join scheme dan program yang lebih ke arah MLM macam BitnetworkClub tuh.
"Kalau duit yang awak guna untuk join BNC tuh awak beli ocins, kan ker berbaloi, tak payah nak susah-susah", aku kata gitu.
"Itulah, kawan saya ajak join. Dia kata adik dia ok jer, dah bertahun dah", diaorang nih memang tegar.
"Memanglah ok setakat ini tapi kalau awak beli sendiri, itu lagi ok", aku kata gitu.
"Cuba awak withdraw BTC yang awak ada tuh ke wallet, tengok macamana", aku kata gitu.
Tak nak cakap banyaklah, Ida tak ada pun BTCwallet. Kalau nak involve dengan cryptocurrencies, pertama-tamanya kena ada wallet untuk simpan coins, at least untuk bitcoin. Aku ada 5 wallets, walaupun isinya tak banyak tapi at least they are all berisi.
"Itulah, awak tak nak ajar. Bila Teh tanya jer terus awak kata nak datang ke Rawang nak ajar Teh", Ida kata gitu.
Ituhari dalam group keluarga, Teh ada mintak links pasal Bitcoins etc so aku tawarkan diri untuk ajar Teh, aku boleh datang ke Rawang mentara aku free nih. Bukan apa, aku tak nak Teh pun terjebak pasal skim-skim yang merapu, aku nak Teh tahu yang benda-benda macam nih, kena belajar, buat sendiri. "Kawan ajak join", ha, itu term yang ke arah kelingkupan tuh.
Jalan tak jem langsung so before 10 kitaorang dah sampai Raub, aku berdua dengan Ida jer. Berhenti sekejap kat Pasar Minggu Raub yang famous tuh, Ida nak beli cili. Macamlah kat KL tak ada jual cili, kan? Itu satu lagi perangai perempuan yang aku tak faham.
Mak, Akak The, Pui sekeluarga dah ada kat rumah masa kitaorang sampai tuh. Sebenarnya kitaorang nak ke Bentong nak pergi khenduri kawin anak kawan baik mak. Aku tak sempat keluar meronda sekitaran rumah pun sebab nak cepat. Iyalah kan, nak tengoklah jugak macamana keadaannya sebelum aku pindah duduk kat kampung nanti tuh, yang kalau mengikut plan nya, awal bulan depan. Itu semua kalau masih belum ada news pasal projek kolej di Bentong tuh.
Aku tinggalkan bag aku yang berisi pakaian, mulanya nak tinggalkan dalam kereta Ida aje sebab senang sikit aku nak ambik, kalau kata aku kena start kerja awal bulan depan. So nanti aku balik Cherating, ada satu bag aje lah, lemas aku kalau nak bawak 2 bags macam dulu tuh.
Khenduri kawin tuh kat Dewan Penjara Bentong di Mempaga. Grand jugak majlisnya, ramai orang yang datang. Seramai orang yang balik lah kot. Nuar sekeluarga ada jugak datang, dia ajak aku balik sama dia tapi aku nak ikut Ida, Kak The hantar mak balik ke tempat mak di Kerdau, Temerloh.
Ada dalam sesejam kitaorang kat "pondok" kompleks tempat mak belajar ugama tuh, aman jer tempatnya. Kitaorang memang puas hati dengan tempat tuh, dah nak masuk tahun ketiga mak kat situ, kalau tak salah aku. Dulu tuh kat Jerantut Ferri, daif tempatnya dengan pondok kayu macam rumah panjang. Dah lah sentiasa kena banjir bila hujan lebat. Tapi kat tempat sekarang nih memang semuanya moden, pendek kata semuanya ok, terbaik.
Aku ke surau kat kompleks tuh nak sembahyang, aku masuk jer dewan sembahyang, aku nampak ada 3 orang tengah baring-baring. Then aku dengar macam ada orang nyanyi, yang rupanya bunyi radio. Aik, dalam surau pasang radio? Kalau dengar ceramah atau pelajaran ugama kat radio, ok lah. Ini tak, semuanya lagu. Aku mulanya macam tak percaya tapi sesambil buat pura-pura susun sejadah-sejadah, aku dengar betul-betul, lepas satu, satu lagu.
Terfikir jugak aku, is it normal macam tuh? Tak apa ker bagi diaorang pasang lagu kat dalam surau, kat pondok pengajian dan Tahfiz? Entahlah, aku terfikir yang aku nih cerewet ker pasal benda-benda "kecik" macam tuh. Apa pasal aku selalu terserempak dengan benda-benda di luar tabi'i, that I don't know.
"Banyaknya duit mak, mat nyer tak masukkan dalam bank?", aku tanya Ida masa Ida mengemaskan purse, beg tangan mak. Berkepul-kepul duit.
"Tak payahlah, biar mak senang nak sedekah ke mana-mana", kata Ida. Betul jugak tuh.
Ngantuk gila masa balik ke KL, aku layan tak layan jer ida sembang.
"Awak nak duduk Raub, ada duit ker?", Ida tanya aku.
"Ada lah sesikit. Kalau duduk Raub, boleh tahan sampai tahun depan. Tapi kalau duduk KL, sesehari dua boleh habis duit aku", aku kata gitu.
"Buatlah mende yang awak rasa elok, tak payah risau, buat rileks jer", kata Ida lagi.
Rileks sangatlah nih sampai dekat sebulan duduk hotel, kata aku dalam hati. Bila Ida tanya aku duduk kat mana di KL, aku kata aku duduk kat Bangsar, rumah kawan. Kalau aku kata aku duduk hotel, aku rasa Ida akan jawab, "Pandir!".