Monday

Isnin 25 March 2019

Sabar jer lah, dari sehari ke sehari aku nak update blog tapi ketermalasan yang teramat sangat mengatasi segalanya. Dan lama-lama rasa seronok pulak sebab tak payah nak susah-susah nak menulis. Penyudahnya, dekat sebulan blog bersawang. Terakhir aku update, kisah di KL, sekarang nih aku di KL lagi so it's about time lah aku update mana-mana yang patut. Itupun kalau rajin. Masalahnya, aku dah macam selesa dah sekarang nih dengan kehidupan offline aku. 

Dalam sebulan aku offline nih, kehidupan aku biasa aje, macam dulu tu lah, berkebun dan memorex. Sekarang nih musim panas terlampau, dah sebulan lebih tak hujan, dan panas nya pulak memeritkan. So tak heranlah tanaman aku banyak yang mati kering walaupun setiap hari aku siram. Tanah jadi keras, so itu yang setiap hari ada aje tanaman yang kering, dan aku terpaksa melipatgandakan usaha menyiram. Fikir punya fikir, untuk menyelamatkan kacang harimau aku yang tengah membesar tuh, akhirnya aku beli pam air. Dan setiap hari aku menyiram guna air yang aku sedut dari parit yang jauhnya dalam 100 m dari kebun. Sejam lebih setiap kali aku menyiram, aku banjirkan kawasan, biar tanah jadi lembut, itupun petangnya tanah jadi kering dan keras semula. Aku tetap tak putus asa, kalau ikutkan hati, nak give up aje.

Memorex pulak, syukur Alhamdulillah yang aku dah withdraw modal yang aku gunakan untuk bukak account kat eToro dulu tuh. The first 2 weeks aku rugi, modal aku yang USD 1000 tuh tinggal dalam USD 500 aje, tapi syukur lah aku lama-lama semakin hati-hati trading yang akhirnya aku dapat withdraw modal dan tinggalkan another USD 1500 untuk terus trade. So account aku macam wave gitu, ada masanya naik sampai USD 2700 (patutnya aku withdraw lagi tapi aku terleka dengan keuntungan), dan kadang tuh turun sampai bawah dari USD 1000. Harinih equity ada dalam USD 1300, but things do not look good sebab aku rasa I am on the wrong side of the market. Tengoklah macamana, silap-silap aku close kan semua positions dan buat withdrawal lagi sikit, tinggalkan a few hundreds jer dalam account sebab aku punya plan nak withdrawl about USD 2000 a month, buat perbelanjaan aku.

Akaun yang lagi satu pun ok jugak, Ethereum aku bertambah setiap hari sebab aku cuma masuk a few positions dan aku tak mudah panik bila prices go against, aku biarkan aje sampai prices tuh berpatah balik.

As I said, aku sekarang nih di KL for a few days, Rabu nih balik Raub. Aku ada suruh one of the guys kat masjid untuk tolong tengok-tengokkan dan siram tanaman aku, so dia janji akan menyiram di sebelah petang (sebab dia kerja). Dan aku pun dah janji nak bayar dia RM 50 per session, aku tahu yang mahal gila sebab kerjanya tak sampai sejam pun. Macamana pun, aku tak rasa "ralat", infact aku yang offer dia RM 50 per session tuh. Harap-harap dia sedar dan bersyukur yang dengan dia selalu datang masjid, Tuhan bukak pintu rezeki dia.

Ok lah, itu jer lah untuk kali ini, mintak-mintak aku jadi rajin semula lah lepas nih untuk update blog, tapi kalau aku tetap malas, then tak boleh nak buat apa lah.

Sunday

Ahad 24 Febuari 2019

Pagi nih santai jer lah, ke Kopitiam kat area hotel, sesambil baca paper. Tak ramai orang pun kat Kopitiam tuh, kat open space tuh aku sorang jer, kat bahagian dalam jer yang agak sibuk sikit.

Then tak lama tuh ada this one guy, dia duduk kat seat depan aku, "dalam banyak-banyak seats kosong, dia boleh pilih duduk seat depan aku", aku fikir gitu. Aku buat selamba aje lah sambil terus baca paper. 

"Tak sedap", aku kata gitu, saja jer lah, tak kan tak sembang langsung, kan? Memang tak sedap pun Nasi Lemak Kampung tuh.

Lepas tuh terus lah sembang, peramah gila orangnya, ringan mulut gitu. Aku angguk-angguk aje lah bila dia cerita kisah dia. Dulu dia nih partnered dengan one very famous (famous for all the wrong reasons) Datuk Dr yang tak payah aku sebut nama penuh, buat berbagai jenis businesses. Tapi sebab dia tak bersetuju dengan modus operandi Datuk Dr tuh, dia pun quit, setahun lepas. Pernah drive Ferrari, BMW, dia siap tunjuk gambar-gambar lagi. 

That was then.

Sekarang nih dia "susah", baru nak bertapak semula, itu yang dia nak apply kerja kat Kopitiam tuh. 

Kesian aku mendengarnya dan bila dia tanya aku samada aku pernah mengalami zaman kejatuhan, aku kata pernah sangat, tapi aku sikit pun tak cerita kat dia kisah aku. 

Tak nak cakap banyak lah tapi aku terkasi RM 250 kat dia, harap-harap dia terus maju lah. Aku tak maju tak apa sebab aku rasa, InsyaAllah, aku boleh handle ketidakmajuan aku.

Then lepas melepak sekejap kat bilik, order Grab, nak ke MidValley, dah bertahun tak ke sana. Rasanya sejak tak duduk Bangsar, aku dah tak ke sana. Masuk AEON, nak beli barang dapur. Tak ada jual kurma rupanya, so dapat beli honey, cinnamon powder, benda-benda organic lain jer. 

Lewat aku lunch hari nih, sebab lepas Zohor aku tidur sampai Asar. Then menapak ke Bukit Bintang. Betul-betul kat Royale Chulan Bukit Bintang (yang dah nak dijual kat company Singapore), ada orang tegur aku, "Boss, Boss, ingat saya?".

Rupanya Bangla yang dulu kerja landscape kat Royale Chulan Cherating, yang selalu aku dulukan gaji dia sebab Boss dia kat Johor. Rupanya dia dah pindah Serdang, kerja kedai cenderamata. So Sundays biasanya dia jalan-jalan kat KL, katanya. Pakaiannya, siap ada bow tie lagi! Hiks!

Aku tanya dia, macamana dia boleh kenal aku, kan ker kawasan tuh ramai orang? Dia kata dia terperasan aku dari jauh lagi, dia kata aku sebijik macam masa kat site dulu, pakai jeans, topi, jalan sorang-sorang. Yang beza sikitnya, dulu aku sentiasa belek cellphone masa berjalan turun naik bukit kat site, tadi tuh aku tak pegang cellphone pun.

Aku ajak dia (sama kawan dia) temankan aku makan tapi sebab dia dah nak balik, nak tunggu bas, dan hari pun nak hujan, so dia mintak diri. Elok jer aku masuk restoran Paki kat Bukit Bintang tuh, hujan pun turun, so sejam lebih lah aku melepak kat restoran tuh.

Malam pun aku melepak kat Bukit Bintang jugak, entah apa lah aku cari, aku pun tak tahu. Apa yang aku tahu, aku buang masa. Dan baru aku teringat yang ada 2 tiga benda yang aku masih belum beli, yang nak beli pun dah tak sempat sebab barang-barang tuh tak ada kat Bukit Bintang. Esok dah nak balik, damn!

Saturday

Jumaat/Sabtu 22/23 Febuari 2019

Jumaat 22 Febuari 

Agaknya sebab bersemangat sangat nak ke KL, aku tak breakfast pun pagi nih. Balik aje dari masjid terus aku berkemas apa yang patut. Berita terbaru, Mak mungkin akan balik esok, Pui, Ida nak bawak Mak pergi khenduri di Jerantut, dan lepas tuh Mak berkemungkinan akan balik ke Raub sama Pui. Aku akan teruskan plan aku untuk ke KL. Dulu aku dah lah terpaksa "patah balik", kan?

Lepas tuh baru lah ke kebun sekejap, setakat menyiram mana yang sempat. Biasanya balik dari KL akan ada lah tanaman dalam polybags yang aku terpaksa buang sebab mati kering. 

Aku tinggalkan kereta kat tempat service, suruh Cina tuh check dan tukar apa yang patut. Then terus lah tunggu bas yang tak kunjung tiba, nasib baik ada teksi. Tak sempat jugak nak breakfast sebab bas ke KL dah nak jalan, aku tak nak terkejar-kejar sangat nanti untuk Sembahyang Jumaat. Kepala aku dah mula pening, masuk angin lah tuh. Ingatkan takat pening lalat gitu aje tapi semakin dekat nak sampai KL, semakin teruk pulak, rasa memantak-mantak gitu. 

Lepas check in kat Citin, terus ke KFC, then beli Panadol etc. Sempat melepak sekejap sebelum ke Pudu Sentral untuk sembahyang. Lepas tuh tidur jer lah kerja nya, bangun tuh kepala dah ok, syukur. 

Lepas Isyak baru lah keluar, ke The Robertson untuk dinner sebelum ke Bukit Bintang. Merayau-rayau gitu lah, jalan slow-slow, sampailah ke Pavilion. 

Sabtu 23 Febuari

Sebenarnya hari nih ada khenduri wedding tapi aku tak hantar RVSP sebab event tuh kat tempat kelas sangat, aku rasa kalau aku call kawan aku tuh sure dia suruh datang jugak tapi memandangkan yang dibuat kat hotel 5 bintang, dan yang datang pun semuanya yang berbintang-bintang, aku tak rasa macam bersalah jer tak memunculkan diri. Iyalah, aku nih manusia tak berbintang. 

Lepas breakfast roti canai kat kedai Mamak, aku ke Sungai Wang, nak ambik contact lenses yang aku order bulan lepas. Awal sangat, kedai tak bukak pun lagi, so aku merayau-rayau sekejap. Bukan niat nak berhenti pun tapi aku terberhenti depan stand yang jual scrub ker apa tah, coffee scrub. Aku buat tak layan jer mulanya bila Minah tuh explain cara penggunaan, then aku jadi terkesian pulak kat dia sebab puas dia cerita itu ini sedangkan aku tak ada niat nak beli pun. Dan sebab terkesian tuh yang buat aku terbeli 2 botol coffee scrub tuh.

Balik ke hotel, teruslah aku lumurkan kopi tuh, aku nih dah lah botak, itu yang bila dilumurkan ke muka, kepala, seluruh badan, sebijik macam orang minyak. Macam toyol pun iya. Yang best nya jadi orang buruk macam aku nih, ko buat apa pun tak rasa malu, sebab ko dah sememang buruk, kan?

Tengahari sampai ke malam aku buat kerja, aku memorex. Memanglah Forex tak bukak weekends tapi aku trade cryptocurrencies yang open 24/7. Aku baru bukak fiat money account kat one of the biggest brokers in the world. Company tuh tak guna MT4, dia ada platform nya tersendiri, itu yang aku tekun jer belajar trade ikut cara company tuh. Untuk bukak Islamic account, minimum deposit nya USD 1000, so aku deposit sebanyak itu dan submit aku punya documents (scanned ICs, bank statement, bills etc) dan by Asar aku dah boleh trade.

Maknanya sekarang aku ada 2 accounts, satu account guna cryptocurrencies (Ethereum, Bitcoin Cash) tapi aku trade foreign currencies, dan satu lagi account (yang baru bukak nih) aku guna fiat money tapi aku nak trade cryptocurrencies, Bitcoin, Ehereum, Ripple etc. Mungkin jugak commodities dan stocks. Tengoklah macamana nanti.

Sebelum Maghrib aku cuba-cuba trade, aku beli Bitcoin dan Ethereum, beli sikit jer, minimum. So bila ada open positions nih, asyik nak tengok cellphone ajelah, nak check movement. Sepanjang aku menapak dari Citin ke Bukit Bintang, even masa order makanan kat Subway, mata asyik tertumpu kat cellphone. Malu kat orang jer, macam mangsa-mangsa gadgets jugak aku nih rupanya.

Aku dah on my way untuk balik bila tiba-tiba harga Bitcoin jatuh by USD 400 dalam masa a few seconds. Semua harga cryptos pun gitu. Dan bila tak ada gaya macam nak naik semula, selamba aje lah aku cut loss, rugi dalam USD 60. Tak apa, itu harga satu pengajaran. 


Thursday

Rabu/Khamis 20/21 Febuari 2019

Rabu 20 Febuari

Aku jadi malas sangat pagi nih, takat pergi kebun just nak tengok kalau ada apa-apa yang perlu aku buat. Tak ada rupanya. So aku melepak breakfast lama sikit, lepas tuh melepak kat rumah pulak, memorex. 

Aku dah buat keputusan untuk ke KL Jumaat nih, mulanya nak contact MN kalau-kalau dia boleh hantar aku ke stesyen bas Raub, tapi aku nih bukanlah jenis yang selalu menyusahkan orang, so aku rasa aku nak hantar kereta for service, then tinggalkan kat workshop tuh, Monday aku ambik semula. Dulu pernah buat macam tuh. 

Terralit pulak petang nih, mulanya nak buat withdrawal tapi aku delay kan sekejap, tiba-tiba positions aku menghijau, syukur lah. Sekarang nih aku tak lah serakus dulu, aku lebih pada hati-hati aje tiap kali masuk positions. Dan aku tak cepat gelabah kalau prices go against me, aku biarkan aje, dan aku reload. Aku rasa aku lebih matang sekarang nih.

Mengaji malam nih macam tak bersemangat jer sebab yang datang cuma 4 orang, lepas turn aku baca, aku terus habiskan baca Quran kat apps aku pulak.

Tak ada jamuan malam nih so aku ke kedai Redha Jer Lah sebab the other kedai yang bukak, kedai Omar, ramai sangat orang. Tak lama tuh ImamTua pun sampai, aku buat tak nampak jer sebab sibuk melayan Forex, dan ada orang lain yang bersembang dengan dia. Masa aku nak bayar, rupanya ImamTua dah bayarkan harga makanan aku. Tercapai jugak niat dia agaknya. 

Khamis 21 Febuari

Aku jadi malas jugak pagi nih, lepas menyiram ala kadar tuh terus aku masuk rumah. Sebab aku nak buat withdrawal. Dapatlah 4.14 Eth, aku tinggalkan dalam 0.5 Eth untuk aku trade. Modal aku dulu 0.5 Eth, ada dalam 2 bulan kot dari 0.5 Eth tu jadi 4.7 Eth, not bad.

Lepas Asar aku ke Sungai Ruan nak duplicate kunci sebab esok nak tinggalkan kunci untuk Lukman, so buat 2 sets, mahal, RM 52 semuanya. Tersinggah pulak kedai peralatan pertanian, beli baja etc, habis dekat RM 200. Damn, sekejap jer, beratus habisnya. Entah apa-apa lah aku nih.

Ingatkan Chu dah ke KL, rupanya esok anak dia jemput. So malam nih Chu suruh jemput dia, dia ada nak bawak kuih ke masjid. Aku tak dapat nak concentrate sangat masa Ustaz tuh kasi Kuliah Maghrib, dah lah dia cakap slow, meleret-leret, asyik ulang benda-benda politik, lagipun aku sesambil memorex. Aku kena hati-hati sebab modal aku dah kecik (lepas buat withdrawal tadi tuh).

Esok nak ke KL Yay!

Monday

Isnin/Selasa 18/19 Febuari 2019

Isnin 18 Febuari

Tak ada apa yang boleh aku kerjakan kat kebun sebab tanah becak, hujan lebat malam semalam. Aku mulanya ingatkan yang air akan bertakung tapi sebab dah lama tak hujan, air meresap ke dalam tanah. Rasa-rasanya dua hari aku tak payah nak menyiram. Cuaca pun redup jer sepanjang pagi.

So melepak aje lah, aku ambik kesempatan tuh untuk memorex. Sekali sekala bukak yotube. Then bukak apps yang aku selalu guna. Itu aje lah kerja aku sepanjang hari nih. 

Ida tanya samada aku ada di kampung weekend nih sebab Lukman anak dia nak balik, sama kawan-kawan sekoleg. Mulanya aku nak kansel pemergian aku ke KL tapi bila difikir balik yang buat apa aku menyusahkan diri untuk menyenangkan orang, aku beritahulah yang Friday nih aku tak ada, sampai Monday. Pandai-pandailah diaorang bawak diri, aku rasa diaorang akan lebih enjoy melepak sesama diaorang tanpa ada orang dewasa. 

Macamana pun itu semua belum confirm, mungkin aku tukar fikiran, aku ada beritahu Ida yang kalau macam tuh, aku ke KL Rabu aje lah, balik sini semula Friday. Tengoklah macamana nanti.

Chu pun tak ada weekend nanti, dia nak ke Mersing, ada khenduri kawin, anak dia akan jemput Friday nanti.

Mengaji malam nih ok, aku semakin konfiden, dah kurang gelabah, aku baca slow-slow, tak lah laju sangat. Baca laju nih mudah tersalah. Harap-harap aku akan terus ada keyakinan diri untuk baca dengan lebih lancar, macam bila aku baca sorang-sorang kat rumah.

Selasa 19 Febuari

Sejak Subuh hujan turun, tak lebat tapi renyai-renyai, kadang-kadang aje deras. So lagi sehari aku tak ke kebun nampak gayanya. Cadangnya nak ke Pekan Sari Sungai Ruan tapi bila difikirkan yang sure nya tak ada orang berniaga dalam keadaan hujan macam nih, aku batalkan niat.

So, apa aku buat? Aku bantai tidur. 

Masa aku lunch lepas Zohor tadi, ImamTua tuh datang, dia nak lunch sama, meja asing-asing. Aku ternampak dia terus bayar, sambil tunjuk arah aku, maksudnya nak bayarkan lunch aku lah. Lepas makan tuh aku buat-buat nak bayarlah kononnya tapi tokay tuh kata yang ImamTua dah kasi duit. Masalahnya, dia cuma kasi RM 10, tak cukup. So aku suruh dia pulangkan balik duit ImamTua tuh, dan aku bayarkan harga makanan kitaorang. 

I'm not keeping scores tapi selama ini baru sekali ImamTua tuh berjaya belanja, bayarkan harga makanan aku, dan aku pun dah lose count ( I don't count) berapa kali aku belanja dia. Alah, makan kat kedai kampung, berapa lah sangat, kan?

Asar tadi ada pengumuman beritahu yang malam nih Ustaz Sekolah Sains tuh ada untuk Kuliah Maghrib tapi tak ada jugak, so aku berbelah bagi jadinya samada nak melepak di masjid sampai Isyak atau terus pergi dinner then sembahyang kat surau, that way aku akan dapat save masa, dan lepas Isyak nanti terus aje balik, so dapatlah lama sikit online. 

Tapi syukurlah aku dapat lawan bisikan-bisikan durjana tuh, aku terus aje melepak kat masjid, lepas Isyak barulah aku ke kedai Redha Jer Lah. I'm beginning to like makan kat situ sebab kedai kecik, orang tak ramai. Dan I have no problem menunggu makanan yang aku order sebab aku nih manusia yang kenal erti kesabaran.


Sunday

Ahad 17 Febuari 2019

Pagi nih air paip kuat sikit walaupun tak macam air paip kat rumah orang, so aku ambik kesempatan tuh untuk menyiram di awal pagi sebelum breakfast. See, punyalah siksa nya, dah lah cuaca panas, air paip pulak jarang ada. Tuh orang Selangor yang selalu komplen tak ada air, kat tempat aku nih lagi teruk tapi tak ada pun kitaorang nak komplen. Dulu-dulu ada orang kampung komplen, sampai masuk tv, tapi macam tak ada perubahan pun. Raub akan sentiasa dikenali sebagai kawasan ada masalah bekalan air.

Biasanya aku breakfast kat kedai Ameno kalau hari minggu tapi tadi sebab awal jugak, aku ke kedai lain. Then ternampak kereta Long, dan kat kedai tuh banyak muka-muka yang familiar. MH pun ada, sama bini dia. 

"Ramai orang nak membayar makanan kita, memang selalu gini ker?", Long tanya aku bila masa kitaorang nak bayar, ada dua orang yang nak settle kan, termasuk MH. Terdetik jugak kat hati aku, apa pasal masa Long ada nih baru lah masing-masing berebut nak belanja kitaorang? Lagipun, tak boleh bayar senyap-senyap ker? Macamana pun, syukur lah sebab ada orang yang belanja kitaorang, MH yang bayar. 

Since Long ada, terpaksa lah aku lama sikit kat kebun, and since tadi dah menyiram, aku menyangkul, menanam another 2 baris kacang harimau. Itu jer lah yang termampu aku buat, itupun sebab Long ada, tak kalu, sorry lah aku nak menyangkul tanah keras berbatu tuh. Macam melombong jer rasanya.

Aku bekalkan Long timun, kacang buncis dan kacang harimau. Ada dalam seguni lagi kacang harimau yang aku nak buat benih semuanya, tapi tak nak dikopek sekarang sebab benih akan jadi kering dan mengecut kalau dibiarkan lama-lama. 

"Mana nasi nya?", aku tanya Chu masa nak ambik makanan untuk dibawak ke surau. Yang ada cuma setalam kuih.

"Tadi CikY talipun, dia kata dia ada buat mee goreng, dia kata Chu tak payah sediakan makanan lain selain kuih", kata Chu.

CikY nih bini HajiR, kawan baik M (jugak kawan arwah Pak) so selain Chu, diaorang lah yang paling rapat dengan aku, aku respect gila kat diaorang.

Since aku sampai awal kat surau, aku bersihkan segala pinggan mangkuk, cawan, yang bergelimpangan, bertitiran, terumbang-ambing di sana sini. Geram akuh, orang Tabligh nih, apa, diaorang ingatkan yang ibadat tuh cuma sembahyang bang aje ker? Ha, dah dapat!

Jadi satu kerja pulak nak membersihkan peralatan yang diaorang gunakan, dah lah bahan-bahan nya kitaorang sediakan, gula, susu, Nescafe, teh etc.

"Awak jangan layan sangat bebudak tuh, jangan tinggalkan susu ker, mende ker", kata CikY sambil pulangkan balik susu, Nescafe aku. Lepas tuh aku dok melayan CikY membawang aje lah kerjanya.

Punya lah besar kuasa Tuhan, diturunkan hujan malam nih, dari sebelum Maghrib sampai lah kitaorang habis mengaji, just before Isyak. Lebat selebat-lebatnya. 

"Nih nak kabor ke awak nih, tapi awak jangan terasa hati", CikY kata gitu kat aku masa makan.

"Awak tak payah bawak makanan lah, kalau nak bawak pun bawak sekali sekala jer" CikY kata gitu.

"Lah, mengapa?", terkejut aku bila dia cakap gitu.

"Bukan apa, tak sedap lah nanti orang kata, mengapa awak jer yang bawak makanan", HajiR pulak menyampuk.

"Tak lah, tak kan ada orang kata gitu", aku jawab gitu.

"Lah, Chu awak tuh, dia tanya, mengapa nya tak pungut duit, balik-balik awak yang sponsor makan", kata CikY pulak.

"Ya Rabbi, Chu kata gitu?", aku tanya CikY.

"Yerrrr........", kata CikY sambil gelak-gelak.

"Ish, bukannya mahal pun, tak sampai seratus. Lagipun, patutnya dia suka lah sebab tiap-tiap minggu dia dapat upah sediakan makanan", aku kata lagi.

"Gini lah, awak bawak makanan sekali sekala jer lah. Sebelum melarat jadi besar. Nanti semua orang tahu", kata HajiR pulak.

Entah lah, susah aku nak terima hakikat yang bawak makanan ke surau pun jadi macam satu kesalahan pulak. Tak membebankan aku langsung lah, sementara aku ada rezeki nih aku bawak lah, nanti kalau aku tak ada duit, aku tak bawak dah. 

Tapi itulah, orang perempuan punya fikir lain caranya, tak terlintas pun kat kepala aku yang akan ada orang mengata.

Thursday

Sabtu 16 Febuari 2019

Awal jugak aku ke rumah Chu nak jemput dia untuk ke Pekan Sari, tapi dia pulak tertidur, dalam 15 minit gitu aku tunggu dia bersiap. Aku tak beli apa pun kecuali bekalan susu kurma untuk seminggu, agaknya ini kali terakhir beli kat situ sebab minggu depan aku nak buat sendiri aje lah. Dapatlah save sikit kalau buat sendiri, rasanya lagi sedap pun gamaknya. Tapi, knowing myself, aku tak akan tergamak untuk tak beli dah dari penjual tuh, mungkin aku beli 4 pek (RM 10) aje, buat syarat. Chu pun beli 4 pek setiap minggu.

Lepas berbeli belah, Chu ajak ke Sungai Ruan, dia nak beli baja. Jugak tilam. Pelik aku, anak dia nak balik petang nih, patutnya pergi sama anak dia lah kan? On our way tuh, Chu cerita kat aku pasal that one peniaga yang berniaga depan rumah Chu tuh, jugak setiap kali Pekan Sari. Ituhari perempuan tuh suruh Chu cari orang untuk main kutu, so Chu ajak aku join. Aku setuju jer lah sebab cuma RM 300 sebulan, aku beritahu Chu yang aku nak bayar full, RM 3000 sebab leceh lah kalau nak kasi duit bulan-bulan. And so Chu beritahu lah perempuan tuh. Perempuan tuh boleh cakap kat Chu yang dia tak nak aku join sebab, dia tanya Chu, "dia tuh ada duit ker? Macam orang tak berduit jer gayanya...."

Aku gelak aje lah (walaupun hati aku macam terasa jugak dengan komen perempuan tuh. Dapat berniaga kecil-kecilan gitu, terus lah fikir yang orang lain tak berduit, macam lah dia sorang ada duit ekekekek) bila Chu kata dia jawab, "Eh, dia tuh banyak duit. Tiap-tiap minggu dia sponser makanan ke surau". Memang itu jer lah jawapan Chu sedari dulu, kalau orang tanya pasal aku.

Chu nih orang yang dikenali, arwah Pak Chu dulu cikgu, so tak ada masalah nak beli barang walaupun daripada Cina. Itu yang dia cuma bawak RM 10, sedangkan nak beli tilam yang harga RM 650. Tokay tuh ok kan aje, tapi bila difikirkan yang takut nanti Chu ajak aku ke Raub untuk ambik duit, teruslah aku dulu kan dengan duit aku.

"Eh apa pasal itu tulis RM 2888?", aku tanya tokay tuh bila tengok tanda harga terpampang besar sedangkan harga nya cuma RM 650.

"Itu KL punya harga, ma", selamba jer tokay tuh jawab gitu.

Aku tak ke kebun pun sebab tak ada air nak menyiram. Instead aku bersihkan kawasan rumah, then merayau memetik manggis, jambu batu etc. 

Lepas Asar baru lah dapat menyiram sesikit, seharian aku menadah air paip yang menitik-nitik tuh, setengah tong pun tak penuh. Sabar jer lah.

Malam nih tak ada Kuliah Tasauf sebab Ustaz tuh ke KL, sepatutnya aku ke surau lah kan sebab di surau ada mengaji. Tapi aku decided untuk lepak kat masjid aje lah. Tengahari tadi aku sepatutnya beritahu Chu suruh masak makanan untuk dibawak ke surau tapi bila difikir balik yang nanti Chu akan kata yang aku nih banyak duit pulak, sampai 2 kali seminggu bawak makanan ke surau, itu yang aku buat keputusan tak nak ke surau tuh. Esok aje lah. Lagipun, aku baca Quran sendiri-sendiri, lebih banyak pages yang dapat dibaca.

Ramai lah pulak orang kat kedai Omar so aku ke kedai Redha Jer Lah, tak lama tuh datang one of the jemaahs surau, dia order jer makanan, terus dia bayarkan sekali makanan aku, "Tak kan awak jer yang bayar, bagi lah aku pulak", kata dia gitu.

Wednesday

Jumaat 15 Febuari 2019

Since pagi nih lambat sikit selesainya sembahyang (Surah Sajdah), aku melepak aje dalam kereta lepas tuh, bila dah cerah aku terus ke gerai roti canai nih yang memang bukak awal pagi. Too bad diaorang layan regulars jer, aku yang tak pernah-pernah makan kat situ, dibiar melangut sampai dekat setengah jam.

Then ke kubur, terakhir aku ke sana, masa pengkebumian Mak MN hari Selasa lepas, masa tuh aku tengok yang pokok-pokok yang aku tanam kat kubur (arwah) Pak, dah layu semacam. Tapi syukurlah Selasa petang tuh hujan, bernyawa balik pokok-pokok tuh.

Aku tak tahu apa pasal tapi aku jadi termalas lepas balik ke rumah, dah siap nak tukar pakaian untuk ke kebun, aku boleh baring kat sofa, then tidur. Sedar pun masa Ita bini Ipin datang, hantar nasi lemak, dia mintak benih kacang harimau, Mak dia nak cuba-cuba tanam.

Masa Sembahyang Jumaat pun aku ngantuk semacam, balik rumah pun aku tidur lagi, alasannya kat luar panas sangat, memang seronok layan tidur. Lepas Asar aku rasa macam lemau aje badan, ke kebun sekejap takat buat syarat jer.

Masa tengah mandi, Jemaah Tabligh ada datang ziarah, bukan Jemaah dari luar tapi orang tempatan. Biasalah, ajak aku turut sama majlis diaorang malam nih, too bad kat masjid pun ada Kuliah Maghrib. Kalau tak ada majlis pun aku tak pergi jugak. 

Terfikir jugak aku, ada jugak orang datang ziarah aku. Dua kali Jemaah Tabligh datang kampung, tak ada pun datang ziarah, aku pun pelik sebab apa. Biasanya memang sini lah yang mula-mula dituju. Agaknya diaorang dah berpatah arang sebab aku tak pernah pun join diaorang kat surau.

MamatPaki yang jual kain tuh pun dah lama tak datang, ada sesekali sekala aku ternampak dia kat masjid, so aku ingatkan dia akan datang ke rumah macam biasa, jual kain. Tapi, tiap hari aku intai melalui tingkap, bayang MamatPaki tak nampak jugak. Ker sebab dia dah kaya, dah tak nak layan aku yang cuma beli satu kain pelikat? 

Ada Kuliah Maghrib malam nih sebab Ustaz/Imam HuhaHuha tuh free, program dia yang lain dikansel. Aku tunggu jugak, sambil fikir, lagu apa lah dia nak nyanyi malam nih, bergelek macam dulu jugak ker kali ini? Tapi, tak ada lah pulak. Tapi ada dia mentioned nama-nama lagu yang masuk Anugerah Juara Lagu dulu tuh, aku tertahu tuh sebab dulu ada member se reban diskuss, so bila Ustaz/Imam tuh sebut satu-satu nama lagu, itu yang aku rasa macam respect jer kat dia sebab dia knowledgeable

Tak cukup lah pulak makanan yang disediakan, mee goreng. Aku dah nak kaut mee goreng tuh, tengok-tengok ramai lagi jemaah yang tengah ambik pinggan, so aku simpan balik pinggan dan gelas, aku pergi makan kat kedai aje lah.

Tuesday

Khamis 14 Febuari 2019

Sepatutnya aku dah boleh sambung menanam kacang harimau sebab kawasan dah tersedia, cuma perlu dibersihkan sesikit, tapi pagi nih aku menggembur dan mengambus barisan-barisan kacang yang dah mula merimbun. Aku perasan ada pokok yang mati kering, sure nya angkara semut merah. Memang sebahagian dari benih yang aku tanam dulu tuh, aku tanam kat kawasan perumahan semut-semut tuh.

Dan aku perasan jugak yang ada a few pokok yang dikerumuni hama, ulat-ulat hitam yang sebelum ini tak ada pun. Dulu tuh pokok kacang panjang aku dipenuhi ulat tuh sampaikan semuanya mati tak mendatangkan hasil, sekarang pulak diaorang kerumuni kacang harimau. Aduh, tak aman agaknya diaorang nih kalau tak menyusahkan hidup aku. Kalau kerumun kat tanaman lain, aku tak kisah, lantak korang lah, aku cabut jer tanaman tuh. Tapi, ini diaorang mengerumuni kacang harimau aku, yang aku sayang, yang tak akan aku cabut, yang akan aku protect come what may.

Esok lusa aku nak sembur dengan ubat, kot-kot berkesan. Ituhari aku tersalah beli, ingatkan baja, rupanya cecair nyah serangga, mahal pulak tuh. Harap-harap berkesan, tak kalu hama tuh membiak dan berpindah, berkumpul kat pokok-pokok kacang harimau yang lain, habislah aku.

Dah 2 hari kedai sebelah masjid tuh tak bukak, maknanya dua kali jugaklah aku terpaksa lunch kat kedai yang di seberang jalan tuh pulak. Dah lah makanan nya ala kadar tak sampai hati nak kata tak sedap, ada pulak sorang Mamat nih yang aku "takut" yang memang setiap kali aku pergi, dia ada mengeteh, baca papers kat kedai tuh. "Apa buruk nau ko botak?" "Tak bagus berbekam nih, ko tuh benda tak bagus semua ko buat", ayat-ayat gurauan dia.

Aku nak menyiram lepas Asar tadi, tengok-tengok tong tuh kosong, walaupun aku dah on kan paip sejak sebelum pergi Zohor tadi lagi. Sabar jer lah, pressure tak kuat sampaikan air tak dapat nak memanjat masuk ke tong tuh.

Kuliah Maghrib malam nih masuk tafsiran Surah AlBaqarah, so sebelum tuh Ustaz tuh terangkan a few fadhilat dan kebaikan Surah AlBaqarah tuh yang pernah aku baca, dan aku tahu, antaranya rumah yang dibaca surah tuh, tak dimasuki syaitan. So aku rasa I am on the right track lah sebab setiap malam aku on kan Surah AlBaqarah tuh sebelum tidur.

Lepas jamuan tadi, laju jer aku makan, then terus tunggu Chu dalam kereta, sesambil memorex. Seseminggu dua nih "macam senang" jer, tiap kali aku masuk positions, semuanya untung, then aku jadi macam tamak, masuk positions yang lebih besar. Pun untung jugak.

Monday

Rabu 13 Febuari 2019

Balik dari masjid Subuh tadi, tak sabar rasanya nak ke kebun sebab nak mencabut kacang harimau. Ini jer lah masa yang sesuai untuk cabut kacang sebab tanah dah lembut ditimpa hujan semalam, kalau tak dicabut harinih, tanah akan jadi keras balik semula nanti.

Aku rasa ini peluang yang harus aku pergunakan sebaik mungkin. Macam kehidupan kita jugak, Tuhan kasi kita peluang untuk beramal ibadat, bertaubat etc, so gunakan lah sebaik mungkin sebelum terlambat.

So habislah akhirnya kacang harimau aku, aku cabut semuanya. 

Sepatutnya teruskan aje buat kerja lain, menyangkul etc now that tanah agak lembut, dan cuaca pun macam redup aje. Tapi aku termalas lah pulak, terus masuk rumah rebus kacang, jugak buat benda-benda lain, cuci pakaian, etc.

Masa nak ke kedai, terserempak dengan MamatTabligh jiran aku, motor dia rosak, aku offer nak tolong tolak sambil dia cuba start tapi dia kata dia heret aje lah. Dan masa bersembang dengan dia baru lah aku terperasan yang selama ini aku macam pandang dia semacam sebab dia tak kerja, dan anak perempuan sama bini dia aje yang kerja kat kedai makan, kat kantin sekolah. Rupanya dia ada penyakit lelah, tercungap-cungap dia masa sembang dengan aku. Kalau waktu-waktu lain, biasa aje tapi agaknya tak boleh keletihan. 

Tak ke kebun petang nih sebab sibuk memorex, the thing with Forex nih, kadang tuh sibuk, kadang tuh membosankan. Ethereum aku dah jadi 3 lebih, soon aku nak buat withdrawal, nak simpan dalam "tabung".

Mengaji di kansel malam nih sebab ada Kadhi Raub kasi Kuliah Maghrib, aku suka peratikan Kadhi tuh, tawadhuk jer orangnya. 

Selasa 12 Febuari 2019

Aku baru nak start kereta untuk ke Sungai Ruan bila dapat WA message dari MN, "siren yg bunyi pg td tuh mak ak meninggal", kata dia.

Kat kampung nih, kalau ada orang meninggal, masjid akan bunyikan siren, ada code nya sendiri untuk beritahu samada yang meninggal tuh lelaki atau perempuan.

Mak MN meninggal di Hospital Kuala Lipis, 2 hari lepas admittednya. Sebelum ini Mak dia duduk di rumah KN (adik MN, Tok 4 yang buat renovation works rumah kitaorang tuh), rumah Mak dia, adik dia yang bujang duduk sorang-sorang. 

Lepas dapatkan details pasal jangkaan ketibaan jenazah, masa untuk dikebumikan, aku teruskan jugak ke Pekan Sari Sungai Ruan. Tak ada beli apa pun kecuali lemon dan cilantro/coriander/daun ketumbar. Nak buat juice, lama dah tak minum, asyik minum juice yang manis aje, sekali sekala nak jugak minum juice pahit melepang. 

Aku ke kebun untuk menyiram, berbelah bagi jugak samada nak ke rumah KN tapi jenazah nya belum tiba, aku pun tak tahu rumah KN kat mana, dengar ceritanya terpencil. Rumah orang kaya. 

Aku ke masjid naik fatbike macam biasa, rupanya jenazah dah tiba dari Hospital, terus dibawak ke masjid untuk disembahyangkan. MN ajak aku naik motor dia ke kubur so aku ok aje. 

Lepas pengkebumian aku ajak MN makan so kitaorang ke kedai Nasi Ayam kat Pintu Padang. Aku ingatkan lepas tuh terus lah dia nak balik, rupanya dia bawak aku masuk kampung pergi dusun durian Musang King kawan dia. Lama lah melepaknya kat dusun tuh, pelik aku, tak ada gaya macam "sedih" Mak dia baru meninggal. Kalau tak "sedih" pun, at least ..... I don't know.... 

Tak dapat aku nak describe macamana rasa bersyukur nya aku petang nih bila hujan turun, tak lebat tapi membasah bumi. Beberapa kali aku intai, tengok hujan turun sambil fikir yang betapa besar nya kuasa Tuhan. Selama ini aku cuma mampu berharap supaya hujan turun, tapi petang nih hujan betul-betul turun.

Kuliah Maghrib harinih dipendekkan sikit sebab ada Tahlil, ada 2 tapi dicombinekan. So mewah lah jamuannya kali ini.

Isnin 11 Febuari 2019

Mula-mula jer bersemangat kat kebun, habis jer menyiram terus semangat aku jadi kering gitu bila mengenangkan yang betapa siksa nya nak menyangkul, menanam kacang harimau dalam keadaan tanah kering berbatu. Ada sekelompok lagi kacang yang belum dicabut, aku tak ada masa nak siram untuk kasi tanah nya lembut (so senang untuk cabut) sebab air yang dapat disimpan cuma cukup untuk menyiram. Semalam tuh hampir the whole day aku biarkan paip air on, tapi pressure tak kuat, setengah tong aje yang dapat. 

Mungkin aku kena berihat sekejap dari berkebun kot, rasa macam orang bodoh jer bercucuk tanam sekarang nih dalam keadaan cuaca panas terlampau, ditambah pulak bekalan air tak konsisten. Kadang tuh aku akui memang aku bodoh sebab bila tengokkan projek orang lain yang guna sistem fertigasi, elok aje tanaman diaorang. Dan tak payah nak susah-susah macam aku, yang setiap pagi dan petang kena menyiram. 

Ituhari MN ada tanya aku kalau-kalau aku nak pasang, buat sistem fertigasi, sebab dia sama adik ipar dia ada tanam cili guna sistem tuh. Aku suka berkebun cara tradisional, guna cangkul, menyiram sendiri. Lagipun, aku berkebun bukannya serious, just untuk buang masa, jugak untuk mengaburi mata orang kampung, at least ada yang tahu yang aku nih "berkebun", bukannya takat makan tidur aje, yang akan mengundang banyak persoalan lain. 

Bukan semua orang yang suka pergi memancing tuh nak kan ikan, kan? Sama lah macam aku, aku bukannya nak kan sayur tanaman sangat pun walaupun aku suka berkebun.

Aku sembahyang Asar kat surau aje (instead of di masid) sebab lepas tuh terus nak ke rumah ChuBekam. Aku nak bekam kat kepala jugak so kena dicukur dulu 2 spots kat kepala aku, alang-alang gitu, might as well cukur sampai botak licin, so aku suruh anak dia botakkan aku. Mesin cukur rambut rosak lah pulak, so terpaksa dicukur guna pisau cukur. Sampai luka-luka kepala aku sebab pisau cukur cuma ada 2, terus aku teringat pengalaman bercukur sampai botak masa kat Detention Center dulu, Dexter bapok Jamaica tuh yang botakkan aku sampaikan bertompok-tompok luka.

Aku mintak nak buat 10 cups aje, 2 kat kepala, 6 kat badan dan 2 kat tapak kaki tapi banyak pulak dibuat kat badan, masa nak bayar tuh baru aku tahu jumlahnya 17 cups. Ok lah tuh, dulu, bapak diaorang bekam aku sampai 36 cups, sampai pengsan aku, kan? Dia boleh tanya aku samada aku ada bela hantu pulak tuh ekekekek

Macamana pun aku rasa puas hati, kepala dan badan rasa ringan aje. 

Tak berapa ramai yang datang mengaji malam nih, dan bacaan aku kali nih ok pulak, lancar jer, macam tak ada pressure gitu bila baca.

Sunday

Ahad 10 Febuari 2019

Balik aje dari masjid, Mak, Long, Kak Long ke Pekan Benta, ada Pasar Minggu. Diaorang ajak aku tapi mana lah aku nak pergi jauh-jauh gitu, dalam 30 km dari sini. So sementara diaorang ke sana, aku melepak tunggu cerah, then terus breakfast. 

Banyak kacang yang aku kena cabut harinih sebab bini Imam tuh nak, untuk Long bawak balik, dan masa aku tengah bersihkan kacang tuh, cousins aku dari Raub ada datang, diaorang nak tengok belimbing buluh, yang mengikut kata Chu, dah berbuah banyak. Tapi, setahu aku, ada beberapa gugus aje, serba salah jugak kalau nak petik, nak buat apa sesikit itu. Kalau nak buat belimbing hitam, kena banyak belimbingnya.

Aku dah siapkan sebungkus kacang harimau untuk cousins aku tuh tapi aku macam berat hati nak kasi sebab bekalan pun tak banyak dah, lagipun diaorang ramai, manalah cukup setakat yang aku nak kasi tuh. Dan nanti kalau diaorang beritahu cousins yang lain, dah tak ada dah kacang nak dikasi, so might as well tak payah kasi lah. 

Bengang Mak agaknya sebab semua makanan yang di beli, bila Mak nak tinggalkan untuk aku, aku kata aku tak nak, aku suruh Mak atau Kak Long bawak balik aje. Aku nih jenis yang tak makan makanan-makanan lain selain breakfast, lunch atau dinner. Perempuan pulak kalau ke Pasar Minggu, Pasar Malam, segala macam makanan dan jajan dibelinya. Banyak pulak tuh. Beli apam balik banyak-banyak nak buat apa? Nak buat kapal layar? Popia, beli banyak-banyak, nak buat tiang pagar ker? 

Sebelum Zohor diaorang berangkat balik, Long akan terus hantar Mak ke Pondok. Banyak jugak kacang yang aku kasi kat Long, aku siap offer lagi kalau-kalau nak lebih. Mak cuma bawak balik kacang buncis yang kitaorang sama-sama petik. Semalam aku beli 2 dozen susu kurma, habis semuanya harinih, masing-masing suka. Sekarang nih setiap kali Pekan Sari, aku habiskan at least RM 50 untuk beli susu kurma tuh, niatnya untuk bekalan seminggu tapi hari pertama, kedua dah habis. 

Minggu depan aku nak ke KL, nak cari kurma kedai Arab, nak try buat sendirilah susu kurma.

Masa Asar tadi, aku terduduk atas cellphone, tiba-tiba cellphone tuh berbunyi, tak kuat tapi aku terperasan berbunyi, so habis jer sembahyang terus aku nak off kan, tapi lain jadinya. Aku pakai Galaxy Note9, ada functions yang aku tak reti. Sampaikan tak ke kebun sebab nak access cellphone aku tapi tak dapat jugak tuh. Sampaikan dah terfikir yang esok aku kena ke kedai Samsung kat Raub, nak mintak tolong. Last-last dapat penyelesaiannya bila aku cari kat Youtube. Nasib baik lah ada tablet, laptop bagai, kalau nak harapkan satu tuh jer, memang menderita lah.

Terfikir jugak aku, cellphone buat hal tuh pun haywire jadinya hidup aku.

Menu minggu nih Nasi Goreng Sambal Hitam jugak, tapi tak sepedas minggu lepas punya nasi. Dan kuih koci. I have to admit yang kadang tuh aku tak aman jugak sembahyang bila memikirkan samada makanan yang aku bawak tuh cukup atau tidak untuk jemaah makan.


Thursday

Sabtu 9 Febuari 2019

Aku tak perasan pun kat WA group berlambak messages pagi nih, masa nak ke Pekan Sari baru aku tersedar. Since tak payah jemput Chu, aku jalan kaki aje lah ikut jalan pintas. Berita terbaru, Mak akan balik bermalam di kampung sebab Long offer diri nak datang jemput Mak esok untuk hantar balik ke Pondok.

Semalam katanya tak free, alih-alih harinih free pulak. So, Lan/Rozi akan jemput Mak, bawak ke Budu untuk pergi khenduri, dan hantar Mak balik ke rumah nih.

"Ya Rabbi.....", itu jer yang aku tulis kat WA, maksud aku, terkejut sebab banyak sangat perubahan plan sejak semalam.

"Ngapa Abang Tam? Awak pergi KL ker?", Ida tanya gitu.

"Ida nih bagi idea aku nak buat drama lah pulak", kata aku dalam hati.

"Haah......", aku kata gitu.

Terus lah Ida talipun aku, membawang pasal Long yang tukar plan di saat akhir. Masalahnya, aku, Ida dan Long aje yang ada kunci baru rumah. So aku terpaksa "patah balik", batalkan hajat untuk ke KL, plan yang aku buat semalam sebab ingatkan Mak tak jadi nak balik.

Long, bila tahu yang aku dah dalam perjalanan ke KL, terpaksa lah buat keputusan untuk balik sebelum petang.

So, Lan/Rozi jemput Mak, pergi khenduri dan balik sini, petang pulak Long akan sampai, bermalam di sini. Dan aku tak jadi lah nak ke KL sebab aku dah "patah balik".

Kelam kabut jugaklah aku dibuatnya, ingatkan boleh lah lepak lama kat Pekan Sari, tapi lepas beli a few things terus aje lah balik, mengemas apa yang patut dikemas, yang penting-penting aje lah.

Lan/Rozi sekeluarga, Mak, sampai masa aku kat masjid. Tak lama lepak nya, sebelum Asar diaorang dah nak balik, masa tuh jugak Long/Kak Long pun sampai. 

"Lama dah tinggal nya, lupa nak bawak balik", aku terdengar Kak Long kata gitu kat Mak sambil belek-belek, bukak a few karung barang dalam kabinet.

Laaa, rupanya Kak Long yang punya barang kelengkapan kahwin tuh, so terungkailah mister selama ini. Aku punyalah nak tergelak tapi bila tengok yang barang tuh banyak, aku boleh faham yang itu buat Mak curious nak tahu siapa yang punya. Sampaikan Mak ingat barang tuh aku yang punya, aku nak kawin tapi tak kasi tahu orang lagih. Gitu.

Ok, so selesai lah satu permasalahan. Permasalahan kedua yang nak aku settlekan, kes aku sama Long pulak. Panik jugak Long bila aku kata aku ada nak cakap something dengan dia, the moment aku masuk kereta Long untuk ke masjid for Asar. 

Since aku dah cool, dan aku pun tak nak fikir sangat pasal apa yang Long cakap kat Mak pasal aku, so aku cuma beritahu Long yang aku kurang puas hati dengan cara Long tuh, akan datang, kalau ada apa-apa yang nak aku buat, just let me know, InsyaAllah akan aku buat. Dari jawapan Long, aku tahu yang Long ada mengadu kat Mak pasal aku. Macamana pun, kira settle lah problem tuh, dan aku pun dah tak ada rasa marah dan bengang kat Long. 

Mulanya aku nak ikut Long berbekam lepas Isyak tadi tapi sebab malas nak tunggu turn, aku suruh Long book kan slot untuk aku, lepas Asar Isnin nanti.

Jumaat 8 Febuari 2019

Awal pagi aku keluar breakfast sebab cadangnya nak ke kubur, nak tahu jugak apa lah jadinya pokok-pokok yang aku tanam minggu lepas, panas berdenting nih entah-entah pokok-pokok tuh mati. Tapi, masa kat kedai terbersembang dengan Pet sekeluarga, then ada lah dua orang lain yang join, so itu yang terlama tuh.

Aku pun nak menyiram tanaman, so aku lupakan hasrat murni aku tuh untuk sementara waktu. Macamana pun aku kena pergi jugak sebab esok Mak dan yang lain-lain nya akan balik. 

Aku jadi terrajin lah pulak untuk membersihkan kawasan sekeliling rumah, biasanya aku setakat sapu sesikit daun kering, dan bakar. Tapi kali ini aku pulun buat betul-betul, aku nak biar kali ini tak ada sebutir pun daun kering yang tak dibersihkan. Ranting-ranting tua pun aku potong, aku bakar.

Terfikir jugak aku, kalaulah nanti masih ada kabar-kabar yang kata aku nih pemalas, then memang nasib badan lah. Aku rasa selama ini aku dah buat yang terbaik tapi my terbaik is never good enough di mata dan mulut orang.

Perasaan bengang, nak marah, kat Long dah hilang dah, sehari demi sehari. Aku anggap macam tak ada apa masalah jer lah, malas nak layan lebih-lebih. Dulu tuh memanglah, first time dengar, itu yang aku rasa macam bengang, down jer tuh. Tapi Syukur lah aku nih insan pemaaf. Aku lebih kepada yang semua tuh macam benda remeh jer, mungkin Long ada mention kat Mak pasal "kemalasan" aku tuh, dan Mak pulak, bila cerita kat Ida, Mak sedapkan cerita dengan menambah perisa. Kot-kot perisa tuh tertumpah kot. As usual.

Kepoh rupanya, iyalah, kitaorang ramai adik beradik, so masing-masing offer nak datang jemput dan hantar Mak. Mulanya Ngah yang kat Melaka, nak jemput Mak, then petang tuh jugak hantar semula Mak ke Pondok. Then Ipin pun offer, yang lebih flexible. Last-last nya Ida setuju yang Lan/Rozi akan jemput Mak, dan hantar balik ke Pondok petang esok jugak sebab diaorang nak balik semula ke Shah Alam.

At least itu lah keputusannya sehingga setakat malam nih. Tak tahu lah kalau ada perubahan lain esok.

So mengikut keputusan terlatest, Mak tak singgah balik rumah, Mak akan terus dihantar balik. Dan aku, bila dengar keputusan gitu, terus lah aku lupakan hasrat murni untuk kemaskan rumah yang bahagian dalam. Tak apa lah kat sinki ada pinggan mangkuk yang tak berbasuh. Tak kisah lah lantai tak di mop. Tak perlu lah aku membersihkan fridge yang biasanya penuh dengan makanan yang dah kering.

So the rest of the day rasa macam tenang aje gitu, tak ada pressure, esok pun lagi ok sebab tak payah nak hantar jemput Chu ke Pekan Sari sebab anak dia ada. Selfish gila aku nih kan? Lantak lah, asalkan aku happy. Kalau orang lain happy tengok aku happy, itu lagi bagus, masalahnya aku cuma happy dalaman, in real life aku selamba jer, itu yang buat orang tak reti nak baca aku. Itu masalahnya.




Wednesday

Rabu/Khamis 6/7 Febuari 2019

Rabu 6 Febuari

Sekarang nih, sebelum ke masjid for Subuh, aku on kan air paip untuk penuhkan tong untuk menyiram. Punya lah slow, by 8 pun biasanya tong belum dipenuhi air, so aku buat kerja lain dulu. Ada lagi satu tong kecik, so cukuplah kedua-dua tong tuh untuk aku menyiram. Aku tak tahu lah macamana kalau panas berterusan dan kawasan bertanam aku semakin luas, haruslah seharian gamaknya nak settlekan masalah nak menyiram. 

Aku rasa macam nak beli pam air jer lah, cuma masalahnya parit agak jauh, more than 100 m aways, air parit tuh tak pernah kering.Tapi macam tak berbaloi pulak kalau beli pam, unless kawasan tanaman aku luas. Dulu ada pam tapi kena curi. Kat kampung nih, pisang, kelapa pun orang selalu curi, ini kan pulak pam air, mesin rumput etc.

Tengoklah macamana, rasa macam nak give up jer kalau dengan keadaan sekarang, kacang yang belum dicabut tuh dah macam tertanam dalam konkrit jadinya, nak dibiarkan gitu aje, sayang. 

So basically masa berkebun aku dihabiskan untuk menyiram aje lah, kalau lah tak ada masalah air, dalam sesetengah jam boleh selesai semua tuh tapi sekarang nih berjam-jam pun tak selesai masalah. Apa pun aku redha, nak buat macamana, kan?

Tak lunch pun tengahari nih, kenyang minum air, petang lepas Asar barulah terasa lapar, goreng fries, buat omelet.

Since tak ramai yang datang mengaji malam nih, aku mintak nak baca a few pages, ok jer bacaan aku bila tak ramai orang, bila tak guna mic. Tak ada pun rasa gelabah. 

Tak ada pulak Tahlil malam nih so kena lah dinner kat luar. Semua kedai makan tak bukak so terpaksa ke Dataran Sungai Ruan, penuh dengan Cina, Indon so tapau aje lah. 

Khamis 7 Febuari

Breakfast lewat sikit sebab ke kebun dulu sekejap, aku punya rutin sekarang ikut sedap hati aje. Malam semalam aku tapau pecal so itu lah breakfast aku pagi nih. Tak lama aku di kebun, tiba-tiba jadi termalas gitu, terus masuk rumah, mandi etc. Then memorex. 

Too bad aku memorex tak guna USD, guna Ethereum, so aku tak rasa excited sangat (since harga crypto sekarang nih turun) walaupun hari demi hari Eth aku bertambah. 

Ada orang datang nak beli kacang harimau (bini Imam tuh yang nak) tapi aku tak sampai hati pulak nak jual kat dia sebab kat orang lain aku kasi free aje, lagipun tak sebanyak mana pun yang ada nya, selebihnya aku dah jemur untuk buat benih. So aku kasi lah sikit setakat untuk sekali makan.

MH ada datang petang nih lepas Asar, dia beritahu yang ada Jemaah Tabligh baru sampai pagi tadi, so aku bersedia jer lah kalau-kalau diaorang datang ziarah. Jemaah perempuan pun ada jugak, 15 orang, duduk kat rumah kosong one of the orang kuat Tabligh. Selalu pulak orang Tabligh datang kampung sekarang nih. 

Anak Chu ada balik tapi Chu suruh aku jemput dia jugak untuk ke masjid malam nih. 

Terkesan jugak aku dengan Kuliah Maghrib malam nih, itu yang balik aje dari masjid, check Forex sesikit, then terus tidur, kunci alarm setengah jam lebih awal dari biasa. 

Monday

Isnin/Selasa 4/5 Febuari 2019

Isnin 4 Febuari

Entah pukul berapa aku terlelap semalam, lena pulak tuh sampaikan alarm berbunyi pun aku tak sedar. Tengok-tengok dah 6 suku, dah tak sempat nak ke masjid. Terkilan jugak sebab maknanya aku dah break rutin berjemaah di masjid, terpaksa lah mulakan semula Zohor nanti, harap-harap tak ada lah tercicir nanti tuh.

Breakfast makan nasi goreng sambal hitam semalam, aku sempat tapau sikit semalam tuh. Sebelum ke kebun sempatlah buat carrot juice untuk bekal, panas sangat sekarang nih, menyangkul sekejap aje aku dah rasa dehydrated. Dapat 2 baris menanam kacang harimau pun dah kira ok sangat dah.

Aku dah tak nak cabut kacang yang tak banyak dah tinggal tuh, sebab 9 hb nanti Mak dan Long akan balik, mungkin siblings aku yang lain pun balik jugak. So aku nak reserve untuk diaorang, rasanya banyak dah benih yang aku ada so kacang yang masih belum dipetik tuh aku tak ralat dah kalau nak kasi kat orang. Aku pun tak nak tanam banyak sangat sebab tak terkejar nanti tuh nak menyiramnya, what with water supply macam air kencing slow nya. 

Sekarang nih aku malas betul nak update blog, bukan aku tak ada masa tapi aku sibuk (tak ada masa lah tuh, kan?), ada jer benda yang aku patut dulu kan daripada update blog. 

Ingatkan malam nih tak ada mengaji sebab esok cuti tapi ada pulak Ustaz tuh datang. Macam minggu lepas jugak, bacaan aku semakin teruk. Masa praktis baca petang nih, ok jer tapi bila nak baca depan Ustaz, depan jemaah lain, aku jadi gugup gitu. Bila kena tegur, mulalah gelabah.

Selasa 5 Febuari

Aku ke Sungai Ruan jugak pagi nih, nak cucuk duit kat bank. Kat wallet dah tinggal sikit, ingatkan boleh bertahan sampai hujung bulan (gitu plan nya) tapi nampak gayanya bulan nih bajet lari sikit. Aku, kalau dalam wallet tinggal RM 500, aku dah saspen, ini kan pulak tinggal RM 300 aje semalam tuh, ituhari aku tak kasi duit pun kat Luqman, anak Ida. Macamana pun aku tak rasa guilty sangat sebab minggu sebelum nya dah kasi, lagipun aku kasi dia 2 pasang sneakers aku.

Since Raya Cina, tak ada sangat orang berjualan, yang banyaknya kedai makan, gerai Melayu, yang dipenuhi dengan Cina. So selamat lah aku dari terbeli benda-benda tak perlu.

Lepas Zohor ada jemputan khenduri, so settle masalah nak makan sebab semua kedai yang dekat-dekat, semuanya tutup. The rest of the day macam semalam, lepak-lepak, memorex etc. Lepas Asar ke kebun, menyiram. Nak buat macamana, terpaksa dua kali menyiram setiap hari, tanaman yang dalam polybags tuh terutamanya.

Since malam nih tak ada Ustaz, jamuan pun tak ada lah, nasib baik kedai Redha Jer Lah bukak malam nih.