Saturday

Jumaat - 09082013

Raya Kedua. Mana yang ke kebun, ke kebun. Mana yang pergi beraya, pergi beraya. Aku sama Long ke kebun. Aku menyangkul, merumput, mengclearkan kawasan untuk ditanam seterusnya. Minggu depan, aku kena tanam banyak sikit pasal nak cover yang minggu ini. 

Habis kawasan di depan dan sebelah kiri rumah, barulah aku nak berpindah menyediakan kawasan di Zone 2 dan 3 pulak. Luas kawasannya, tak ada sangat tempat berlindung, kalau di kawasan yang ada pokok pisang nih, tak terasa letih sangat pasal banyak tempat berihat. Tak buat kerja sangat pun tak apa, orang tak perasan.

Tak lama tuh Long join sekali. Tak lama kemudian, Z, suami Ani pun turut sama. Lega aku, at least bolehlah cepat sikit siapnya. Abang The sama Teh pun ikut sama lepas tuh, aku sama Teh menebang pisang. Teh pun macam aku, tak tahu nak bezakan pisang yang dah tua dengan pisang yang belum cukup ready untuk ditebang, nasib baik Abang The tahu, so dapatlah 4 tandan pisang.

Kemudian kitaorang beralih ke kawasan cili, best kerja ramai-ramai sesambil bersembang adik beradik nih. Sampai dekat waktu Sembahyang Jumaat kitaorag kerja, mengikat pokok cili yang tinggi-tinggi tuh, tak kalu, asyiklah terkulai dan terlentok aje pokok-pokok tuh.

Ini gambar yang aku ambik dari FB Teh.



Tak kira waktu, anak sedara aku nih (anak Lan/Rozi) asyiklah suruh aku tolak dia kat kereta tolak. He's such a riot, petah gila budaknya. 


Keadaanya di West Wing car park, nasib baiklah kawasan lapang nya luas, penuh dengan kereta adik beradik aku.


East Wing car park yang lebih sunyi dan tenang, lalu lintas pun tak heavy.

Panas harinih, tapi tak ada peluang nak tidur, tak ada space pun sama. Pui sekeluarga balik petang nih, I, suami Ida tumpang sama seba Ida sama anak-anak balik lusa. Long sekeluarga pun balik tapi Long akan balik ke sini semula berdua dengan anak dia dalam sesehari dua nanti sebab nak tolong aku sediakan polybags/cocopeat. Long ada kasi aku RM 700 untuk dapatkan barang-barang, dapat beli 70 guni cocopeat, satu guni boleh isi 6 polybags. Bermakna dalam 420 polybags aje yang dapat disediakan nanti, tak sampai setengah dari jumlah anak cili yang ada di tray semaian.

By Maghrib akhirnya siap clear kawasan yang dirumputi, Ipin pun ada tolong jugak sekejap. Aku mengharapkan hujan turun dalam masa terdekat nih, kalau tak, terpaksalah aku basahkan dulu tanah tuh dan barulah menyangkul dan menggemburkan tanah. 

Nasib baik aku balik ke rumah lepas Maghrib tadi, rupanya ada khenduri KFC. Ipin balik PJ malam nih jugak. Aku dah mula rasa macam tak best aje sebab sorang demi sorang adik beradik aku balik ke destinasi masing-masing. Sesehari dua lagi akan tinggal aku berdua dengan mak aje lah, dan routine biasa akan diteruskan semula.

Khamis - 08082013

Selamat Hari Raya untuk aku dan semua.

Lepas Subuh, terus tak tidur dah, bersiap awal-awal sebab ada berdozen-dozen manusia kat rumah nih, bilik air cuma 2. Makan segala jenis makanan yang ada, lemang, nasi impit, lontong. Seronok makan ramai-ramai nih.

A few minutes sebelum Sembahyang Raya, ada lah this one Bangla, terus dia ke depan sebab nak cari Amil zakat, dia nak bayar zakat Fitrah. Rupanya ramai lagi yang belum bayar zakat, so sembahyang dilambatkan sikit, nak kasi peluang orang nak jelaskan tanggung jawab bayar zakat.

Sedih gila aku dalam hati bila aku sorang jer tak kasi duit Raya kat anak-anak sedara aku, lepas bersalam-salaman, balik aje dari masjid. Tapi mungkin tak ada orang perasan kot, dan aku pun buat cool aje, aku redha yang aku tak berkemampuan untuk jadi macam adik-beradik aku yang lain. Macamana pun aku sentiasa berniat yang tahun-tahun akan datang aku akan "ganti" kemiskinan aku nih, InsyaAllah.

The rest of adik beradik aku yang lain, Ida sekeluarga, Pui sekeluarga, Akak The sekeluarga, tiba pagi nih. Most of them keluar beraya ke rumah sedara di Raub, yang tinggal cuma berdua bertiga aje. Macam biasa, convoy sedara mara aku di hari Raya memang meriah. Keluarga NgahRaub (kakak mak) memang happening.

Lepas Asar aku sama Long tetap turun ke kebun, aku merumput dan menanah (mengerjakan tanah) yang kat depan rumah tuh, hopefully minggu depan aku dapat mula menanam. Rasanya minggu nih aku tak ada pun menanam, kan? 

Abang Ngah sama Wazi (anak sedara) ada balik sekejap dari Putrajaya. Malam nih, segenap pelusuk rumah penuh dengan umat manusia bergelimpangan tidur, nak jalan pun terpaksa berjengkit-jengkit. One of the best Rayas rasanya. Too bad pak tak ada untuk sama merasakan kemesraannya.

Friday

Rabu -07082013

Cadangnya tak nak ke kebun pagi nih tapi Long nampak macam sibuk aje so aku pun ke kebun jugaklah. Long merepair kat kawasan cili yang aku tanam kat tanah dulu tuh, kat Zone 2 kacang. Boleh diselamatkan cili tuh gayanya, ada dalam 100 pokok. Ituhari, lepas aje aku pindahkan cili tuh ke situ, diaorang macam "terkejut" kot, iyalah, biasanya hidup dalam tray, tiba-tiba dibiarkan hidup di bumi yang luas. Itu yang masing-masing macam tak bermaya nak hidup. Dan aku pun macam tak bermaya nak menyelamatkan cili-cili tuh.

Seronok rasanya Raya kali nih pasal selain sibuk melayan anak sedara, adik beradik aku pun semuanya nampak macam best aje. Tak ada lah berpuak-puak, tak ada yang menyombong. Spouse masing-masing pun semuanya sekepala, pendek kata semuanya harmoni, masing-masing saling bantu membantu buat kerja.

Ipin ada balik harinih, Ida sekeluarga, Pui sekeluarga, Akak The sekeluarga akan balik esok. Nampak gayanya raya nih Nuar sama Ngah aje yang tak balik, Nuar beraya di Perlis, Ngah di Chicago. Aku baru tahu yang Ngah ke sana sorang-sorang aje sebab Abang Ngah masih di Malaysia.

Petang nih kitaorang sama mak ke kubur, merepair kubur yang dah mendap sikit sebab hujan ituahari. Sekali jer hujan, kubur tuh akan mendap pasal ada macam alur air hala ke kubur tuh.

Aku berbuka di rumah lagi malam nih, best gila makan besar sama adik beradik. Masakan pun semua masakan kampung, sambal tumis betik muda, gulai keladi, sambal belimbing hitam, gulai masam, sambal tumis tempoyak, masakan macam tuh. Siap dengan budu dan sambal belacan lagi. 

Malam nih melayan anak-anak sedar main bunga api, pasal orang lain semuanya sibuk dengan gadget masing-masing. 


Thursday

Selasa - 06082013

Kitaorang balik dari masjid, tengok-tengok Ani sekeluarga baru tiba dari Taiping, orang pertama yang balik kampung untuk Raya. Since masing-masing mengantuk, dan semuanya tidur, aku pun join sekali lah, lama sikit tidurnya pagi nih.

Lepas beli barang kat kedai (santan etc), aku ke kebun, menyiram. Tak lama tuh ada orang datang, nak kan kacang tanah untuk dibawak balik kampung. So teruslah aku mencabut kacang. Setengah jam aje mencabut, dapatlah dalam 5 kilo.

Ke kedai beli baja, then singgah kat Pusat Serenti punya kawasan pertanian tapi tak ada orang, aku intai dari luar aje lah, dah berbuah cili besar SarjanK, dan dah ada ditanam pokok yang baru. Tak kan SarjanK dah cuti, so aku ke gate utama Pusat Serenti. Kebetulan ada a few Sarjans lain, so diaorang yang talipun SarjanK, sebab aku nak jumpa dia sekejap, nak sembang dan nak kasi kacang.

"Awak tunggu lah, dia ada tuh, tengah "isi minyak", kata SarjanM sambil senyum-senyum.

Baik dan peramah diaorang nih, kata aku dalam hati. Mati-mati aku ingatkan SarjanK isi minyak kat Shell Station di sebelah sana tuh so aku terus start kereta nak pergi jumpa SarjanK. Then aku ternampak dia keluar dari main gate Pusat Serenti tuh. So kitaorang sembang-sembang gitu ajelah sekejap sebab aku pun ada hal lain nak buat. By the way aku tak sampai hati nak beritahu SarjanK yang kat bibir dan mulut dia ada kesan macam habuk. Habuk apa tah aku pun tak tahu, tak kan dia tak Puasa kot?

Then again, apa maksud "isi minyak" tadi tuh? Dan cara SarjanM cakap tadi tuh pun, sambil senyum-senyum, buat aku tertanya-tanya jugak.

Lepas tuh teruslah aku pergi hantar kacang yang diorder.

Teh sekeluarga sampai petang nih, so lepas Asar tuh ramai jugak kat kebun, buat apa-apa yang patut. Mencabut kacang, membersihkan kawasan sekeliling.

"Awak tak berbuka di masjid ker?", mak tanya aku bila dah dekat waktu nak berbuka tapi aku tak ada gaya macam nak ke masjid pun.

"Berbuka kat rumah jer lah", aku jawab gitu.

"Mengapa tak berbuka di masjid?", mak tanya lagi.

"Saja jer nak meraikan adik beradik yang balik", aku jawab gitu.

"Masa Long balik, mengapa awak tak berbuka di rumah?", mak cuna corner aku.


"Long selalu balik.....", aku jawab gitu jer.

Apa motif mak tanya macam tu? Nak cari salah aku ker? 

"Chu suruh singgah di rumah dia, ambik kuih Raya", kata mak, masa habis Tarawikh.

"Esok boleh ambik, dah lewat nih", aku kata gitu.

"Entah, beria dia suruh datang", kata mak.

Rupanya ada udang di sebalik mee kot, nak beritahu yang Tihah baru beli kereta baru, Volkswagen Golf. Tihah ni budak muda lagi, single, dan dia buat Takaful.

"Chu kata harga kereta Tihah tu boleh beli sebuah rumah", kata mak.

"Memanglah, tapi bukan dia bayar sebanyak itu sekali gus, dia bayar dalam RM 20,000 jer, lepas tuh bula-bulan bayar RM 1600", aku kata gitu.

Wednesday

Isnin - 05082013

"Kita kena ke Raub kang, mak nak keluarkan duit Tabung Haji, nak bagi ke Long. Yami (anak sedara) accident di Kuantan, orang nyer tak mende tapi kereta nyer teruk", kata mak masa balik dari Subuh.

Patutlah lewat malam semalam talipun berdering. Tentu Long tengah desperate nih sebab tuh terpaksa resort pada duit Tabung Haji mak. Satu pengajaran tuh, Yami nih budak lagi (first year student kat UTM), aku tengok pun macam bebas ke sana sini aje. Tapi kali nih rasanya dia guna kereta ayah kawan dia kot.

Long nih, pelik aku, duitnya banyak tapi dilabur sana sini sampai tak ada cash kat tangan, patutnya adalah duit untuk beda-benda kecemasan macam nih. Mungkin Long banyak projek lain tapi semuanya nak kan duit, projek cili fertigasi nih for example, nak kan about RM 2000 untuk sediakan coco peat, polybags, itupun kitaorang tak ada duit. Anak cili yang kat tray semaian semuanya dah besar-besar, silap-silap nanti tanam kat tanah jer lah, mampos nak tanam semuanya tuh, ada dalam 1000 pokok. 

Sementara mak ke surau bertadarus, aku buat lah apa yang patut kat kebun. Mulanya menyangkul, dan merepair baris-baris kacang. Then membaja. Pokok kacang yang dah aku baja ituhari, since aku dah tambun dan kambus, pun aku taruk baja lagi sekali sebab rasa macam tak banyak jer baja yang aku taruk ituhari. harap-harap janganlah itu satu kesilapan besar, iyalah kan, dibaja dua kali dalam masa singkat. payah jugak, niat aku baik, nak menyuburkan pokok kacang tapi diaorang nih kalau terlebih baja pun boleh mati dibuatnya. 

Aku seterusnya mencabut kacang kat Zone 3a, tak banyak yang aku cabut sebab hasilnya boleh tahan jugak, aku pun surprised, bergogos-gogos. 

Gugusan hari-hari
Indah bersamamu Camelia kacang tanah
Bangkitkan kembali
Rinduku mengajakku ke sana

Inginku berlari
Mengejar seribu bayangmu Camelia kacang tanah
Tak peduli kau ku terjang
Biar pun harus ku tembus padang ilalang

Tiba-tiba langkah ku terhenti
Sejuta tangan telah menahan ku
Ingin ku maki mereka berkata
Tak perlu kau berlari
Mengejar mimpi yang tak pasti
Hari ini juga mimpi
Maka biarkan ia datang
Di hatimu... di hatimu...

And so pukul 10-30 kitaorang ke Tabung Haji, settled urusan semuanya terus aje balik. Dapatlah berihat lama sikit sementara tunggu Zohor. 

Petang, aku uruskan pasal cili pulak, membaja. Pelik aku, bila nak berbuahnya cili-cili tuh sebab pokok-pokoknya tinggi-tinggi tapi buahnya belum ada gaya nak muncul pun. Pokok lain yang baru aku pindahkan ke polybags, nampak macam ok jer, dulu tuh macam tak nak menjadi jer semuanya. 

Malam nih Tarawikh dibuat 8 rakaat jer sebab Ustaz Simon Cowell ajak buat Sembahyang Tasbih. Apasal lah aku tak jadikan sembahyang Tasbih nih satu kebiasaan sebab bagi aku, sembahyang ni lah yang paling senang nak kusyuk, sebab sibuk nak bilang Tasbih, so kena betul-betul concentrate. Lagipun, sembahyang nih lama, itu yang "best" tuh.


Tuesday

Ahad - 04082013

Aku tengah syok layan mimpi bodoh bila terdengar bunyi enjin motor Ariff, dia datang nak mencabut kacang. So terus aku bersiap nak usung pam etc sebab kena disembur kaw-kaw dulu barulah senang dicabut kacang tuh, tanah kering sangat sebab dah lama tak hujan.

Then tiba-tiba mak laung dari rumah, suruh Ariff balik sebab mak dia baru jer talipun suruh Ariff pergi ikut sapa tah, memunggah kelapa sawit.

"Esok jer lah cabert (cabut) kacang, esok jer ah cabert kacang", kata Ariff sambil terus start motor. Cara dia cakap, ulang-ulang ayat tuh sebijik macam Dustin Hoffman (Raymond Babbit) dalam film Rain Man.

Charlie: Listen, Ray, our dad died, that means he's not with us anymore. Did they tell you about that?
Raymond: I don't know.
Charlie: You don't know if they told you or you don't know what death is?
Raymond: I don't know.

Bengang jugak aku mulanya, sebab dah janji pun malam semalam yang pagi nih nak habiskan cabut kat Zone 3a. Mak Ariff nih tiap kali Ariff datang ke sini, sure dia akan call. Bukanlah Ariff tuh anak manja tapi dia tuh kadangya lurus bendul, not to mention yang ada banyak jugak screws yang loose, so faham-faham jer lah kan? Aku tak pernah kenal mak bapak Ariff nih, diaorang tinggal bertiga, so Ariff lah yang jaga parents dia, adik beradik dia support dari segi kewangan.

So tak jadi lah aku nak mencabut kacang, instead aku menyangkul, memperelokkan baris-baris kacang aku. This is it, kata aku dalam hati, kali ini sure banyak isinya kacang aku nih. Cuma aku bimbang yang aku hanya rajin di permualan nih aje, nanti bila dah banyak kacang ditanam, aku dah tak ada masa nak look after my nuts, last-last aku biarkan gitu aje sambil kata, lantak ko lah kacang. Dulu memang macam tuh, mula-mula tuh elok, kemas dan lawa tersusun rapi aje tanaman aku but once masing-masing dah besar panjang, tak terjagalah dek aku, itu yang rumput rampai semak samun bermaharajalela tumbuh.

Kali ini aku nak pastikan kacang-kacang aku menghasilkan hasil yang banyak, jangan nak menyundal aje kerjanya, tumbuh pokok panjang-panjang, tinggi-tinggi, rimbun, tapi hasilnya mengecewakan.

Since harinih Sunday, aku rasa macam nak melepak lah sikit, so aku ke Sungai Ruan, beli papers. Aku cari spot tersorok kat kebun, sesambil melepak baca papers tuh. Kebetulan pulak mak tak lama bertadarusnya pagi nih, aku intai jer mak yang macam melilau sana sini, nak tahu apa aku buat. Rimas gila macam nih tau dak, ker mak nih ingatkan aku nih pun macam Ariff? 

Mak tak perasan kot, so aku tengok aje mak mengemaskan, menyapu sampah-sampah kulit kacang yang berterabur bawah pokok. Biasalah, lelaki punya style, buat kerja bersepah sana sini. Aku ada niat nak bersihkan semua tuh tapi once aku dah siap buat kerja lah kan? With mak, setiap hari kena bersihkan kawasan, setiap kali lepas buat kerja.

Mana boleh macam tuh kan? Buang masa. Dah lah masa tak cukup. Lagipun macam tak masuk akal, tak praktikal gitu.

Semenjak akhir Ramadhan nih, makin tak ada orang hantar makanan ke masjid untuk berbuka. Kalau dulu tuh adalah mertabak, mee kari, kadang tuh bertimbun-timbun kuih. Sekarang nih harapkan dua tiga bijik kuih aje, nasib baik ada kurma. Dan mak pun dah tak buat sandwich, mungkin sebab aku tak macam dulu. Dulu hari-hari aku beli roti.

Dan syukur puji Tuhan, malam nih hujan turun lebat selebat-lebatnya sampaikan mak suruh aku balik sekejap lepas Maghrib tuh, nak sendal pintu takut tempias air hujan. 

Since budak Tahfiz dah tak ada, Tarawikh macam melepaskan batuk di tangga aje, entahlah, aku pun tak faham jugak dengan pengurusan masjid nih, banyak sangat pantang larangnya. 

Monday

Sabtu - 03082013

"La, apasal Makcik Esah jalan kaki, ngapa dia tak tumpang kita aje?", aku tanya mak bila dari kejauhan aku nampak orang bertelekung jalan kaki laju jer, yang aku sure memang Makcik Esah. 

"Orang tu dah mintak maaf ke saya, The", kata Makcik Esah, bila dia masuk aje dalam kereta.

Penasaran sangat aku nak tahu apa lah yang mak sama Makcik Esah punya cerita nih tapi aku tak berani tanya sebab dua-duanya macam tak nak aku tahu. Rasanya macam ada orang tegur atau komen apa-apa pasal Makcik Esah, yang melibatkan mak jugak.

"Sibuk jer deme nyer tuh....", kata mak.

Aku ke Pekan Sehari pasal harinih tak ada plan nak mencabut kacang pun. Habislah jugak puluhan ringgit beli bunga api, anak sedara ramai nanti nih, dah lah aku tak dapat nak kasi diaorang duit Raya, dapat happykan diaorang dengan bunga api pun kira ok lah tuh. 

"Mat nyer makcik tak nak pergi sembahyang sama kome dah?", aku tanya Makcik Esah bila bertembung dengan dia. 

"Laaa, deme berbuka di masjid, makcik berbuka di rumah, tu sebabnya", kata Makcik Esah.

"Awak tau dak, lagipun baru ni ada orang kata ke makcik, "Anak keliling pinggang tapi pergi masjid menumpang orang". Dia cakak gitu ke makcik", kata Makcik Esah lagi. 

"Laaa, sapa cakak gitu?", aku dah agak dah yang lambat laun sure akan ada cerita pasal nih walaupun dah lebih lima bulan kot kitaorang tumpangkan Makcik Esah ke masjid untuk Maghrib/Isyak sama Subuh.

"Tapi orang tu dah mintak maaf dengan makcik", kata Makcik Esah lagi. 

"Sapa hah cakak gitu? Orang kome ker?", aku tanya lagi. Maksud aku, either mak atau Chu.

"Bukan, bukan puak-puak deme. Tapi Makcik tak nak lah sebert (sebut) sapa dia nyeh. Macamana perasaan awak kalau orang cakak gitu. Memanglah anak makcik ramai di sekeliling tapi cakak tu patertnya (patutnya) berpada-pada lah", kata Makcik Esah lagi. 

"Awak ingat dak masa Subuh sekali terh mak awak pening kepala, dia tak ke masjid, awak suruh jugerk Makcik naik kereta sama awak, itupun orang terh cerita", kata Makcik Esah lagi. 

Tiba-tiba airmata dia mengalir. Ish, ini kes teruk dah nih, kata aku dalam hati.

"Buat tak tahu jer lah, kome tak fikir benda-benda pun, orang lain yang sibuk-sibuk. Lagipun memang kome nak ke masjid pun, lalu depan rumah makcik pulak tu, apa salahnya pergi sekali?", aku kata gitu.

"Lepas Raya nanti buat macam biasalah, jangan peduli orang nak kata apa. Kome tak mende-mende", aku kata lagi.

"Itulah, sedih makcik sebab The, awak, punyalah baik, punyalah ikhlas, tapi ada orang kata bukan-bukan", kata Makcik Esah lagi.

Tak ada Aiman datang so sorang-sorang aku kerja, mula tuh menyiram, then merepih, menyangkul rumput yang dah tinggi tumbuhnya. Sampai dekat Zohor jugak aku kerja, tak dapat nampak gayanya aku nak siapkan menanam kat kawasan di depan rumah tuh pasal masih ada 2 jalur tanah (yang muat 5 baris of kacang each) yang belum pun aku clearkan. 

Risau jugak aku sebab kacang kat Zone 3 masih banyak belum dicabut, nak kena disiram dulu tuh (untuk lembutkan tanah) harinih sebab Isnin nanti Ariff nak datang tolong cabut. Kalau boleh aku nak siapkan mencabut di Zone 3a sebelum Raya sebab kacang kat situ dah tua, pokok-pokoknya semua dah layu. 

Lepas Asar aku masih menyangkul kat kawasan kacang yang dah berusia sebulan dan 3 minggu tuh, aku tambun seeliling mana-mana yang dah aku bajakan ituhari. 

Lepas Tarawikh malam nih lama jugak melepak kat masjid, malam terakhir budak-budak tahfiz tuh kat sini. Aku noticed yang jemaah perempuan jer yang hulur packet duit kat budak-budak tuh, jemaah lelaki tak ada sorang pun, masing-masing sibuk makan. Aku adalah jugak kasi, duit yang Ida kasi kat aku minggu lepas tuh.

Semoga budak-budak tuh tamat pengajian diaorang, I'm sure suatu hari nanti aku akan pergi ke tempat diaorang, bantu dan tolong apa-apa yang patut. 

Semoga Tuhan panjangkan umur aku dan limpahkan rezeki kat aku. Amin 


Sunday

Jumaat - 02082013

"Moh kita ke Raub karang, nak beli barang nak Raya nih. Nak tunggu Pekan Sari esok susah lah, uko penuh oghang", kata mak masa balik dari Subuh tadi.

"Nak pergi pukul berapa?", aku tanya mak.

"Awak datang jempert (jemput) mak di Surau kang dedalam pukul 10, lepas kome habis bertadarus", kata mak.

"Tinggalkan lah dokumen siap-siap, surat kematian pak, salinan IC, semuanya tu, saya nak ke Telekom nak pulangkan cek (arwah) pak semalam tu", aku kata gitu.

Kebetulan semalam dapat cek yang dialamatkan kat (arwah) pak, TM pulangkan deposit talipun sebanyak RM 200, so aku nak settlekan benda tu lah.

So awal lah sikit aku ke kebun, aku membaja kat sebidang tanah yang kacangnya aku tanam sebulan lepas tuh. Bukan pasal mak bising semalam tapi memang dah plannya gitu. True yang ada a few pokok kacang yang kekuningan sebab kurang makanan. Dan aku perasan yang ada 3 empat anak kacang yang termati, mati dengan sendiri. Ha, itu satu lagi sumber isu yang kontroversi. Haruslah mak akan kata yang kacang tuh mati pasal banyak sangat baja. Macam masa second round dulu, ada a few pokok kacang yang mati, so aku beritahu mak. Mak, as always, ada jer lah jawapannya. 

"Terlebih baja lah tu, tak pun baja tu terkena pokok, itu yang kena buat berambi sikit tu masa membaja", kata mak. 

Aku tak terus jawab, aku tunggu lama sikit, then baru aku kata, "Sini belum letak baja lagi..." 

Mak selamba aje, tak ada pun reaksi bila serkap jarang mak tak mengena. Alah bisa tegal biasa kot ekekekek.

So kali ini aku sure yang jawapan yang sama akan mak kasi, kacang tuh mati sebab terlebih baja atau sebab baja terkena pokok kacang masa membaja.

Kali ini aku taruk sikit jer baja, pengalaman lepas mengajar aku. Dulu tuh aku taruk berlebihan baja, overdose, sampaikan banyakkkkkkkk pokok kacang yang mati. Kali ini, Alhamdulillah, aku belum lagi buat benda-benda bodoh gitu, lawa tersusun jer anak-anak kacang aku.

Tengah ralit membaja, aku nampak ada kereta datang. Hmmm, balau mana pulak nih? Why don't people just leave me alone? Biar lah kera sumbang sekor nih sorang-sorang, kalau nak kacau kera pun, pergi lah zoo.

Rupa-rupanya member kat internet yang datang berempat dulu tuh, Neocortex dari Bentong. Tak ada call pun nak datang, nasib baik aku ada. Dia datang nak beli kacang, mulanya aku ingatkan nak beli sesekilo dua tapi bila dia kata dia nak beli banyak, terus aku senyum dalam hati. 

Tuhan maha kaya, semalam mak beria-ia tanya aku pasal kacang tuh nak dijual kat mana, harinih Tuhan beri jawapan in the form of Neocortex. Dan kebetulan pulak mak tak jadi ke surau (and I don't know why) so right infront of her eyes mak tengok (melalui dapur) aku menimbang 12 kilo kacang untuk dikasi kat Neocortex. Hope mak sedar pengajaran yang Tuhan tunjukkan tuh. 

Aku suka kalau benda-benda macam nih buatkan aku ingat Tuhan, buatkan aku relate kan kepada kebesaran Tuhan. Macam tadi tuh, masa aku tengah nak pindahkan polybag petola ke bawah pokok, tengah aku ralit berjalan tuh aku terpijak lubang, then jatuh berdebuk. Terus aku cuba ingat kalau-kalau kaki aku ada buat dosa pagi nih. Tak ada rasanya. Then aku cuba ingatkan kalau ada benda-benda yang aku buat salah. Pun tak ada rasanya.

Nasib baiklah cuma ada 12 kilo kacang, kalau tak sure dia ambik semuanya sebab tak kan dia nak kalah dengan Pakcik Kacang yang beli 20 kilo ituhari kan? And so, sampai ke Bentong lah kacang aku akhirnya. Cawangan Bentong dah ada, cawangan Ulu Dong dah ada, sapa lagi nak beli kacang untuk dimakan dan ditanam?

Eh, aku rasa nak sorok lah cili yang disemai tuh pasal tiap kali orang datang nak beli kacang, ada jer yag mintak anak cili tuh ekekkeke. "Lawo lah lada deme terh, bak ke kome dua tiga batang", "Bagi aku empat lima batang cili tuh, nampak macam lawa jer", "Kome ambik lima nang batang lada aok nih boleh ker?", selalu pertanyaan-pertanyaan macam tuh keluar dari mulut pembeli kacang yang terpaku menengok anak cili yang tersusun rapi tuh.

Dalam pukul 10 kitaorang ke Raub. Aku ingatkan banyaklah benda yang nak dibeli tapi bila aku nak hantar mak ke Tunas Manja, mak suruh hanta ke kedai runcit Big Onion Grocery jer. Aku ingatkan sure lah macam yang dalam quiz show Supermarket Sweep tuh kan, tapi setakat 2 bag plastik jer barang yang dibeli.

Tak settle masalah kat TM so aku kena datang sekali lagi nanti, kena bawak Sijil Kahwin mak lah pulak. Kalau nak dialamatkan ke orang lain, kena bawak Surat Beranak, tak cukup dengan bawak IC aje. 

Sampai rumah dalam pukul 11 (tak sampai sejam pun kitaorang kat Raub), so banyaklah jugak masa untuk aku online, dah lama tak rileks-rileks dalam pukul sebelasan gitu.

Lama dah Aiman tak datang tolong aku so sorang-sorang aje lah aku menyiram petang nih. Bosan gak jadi pekebun nih, kena kerja hari-hari, pagi petang. 

Tarawikh malam nih Imam tuh tertinggal 2 rakaat, Bilal yang tersalah. Tak ramai orang sedar, aku pun mulanya ingatkan aku yang salah tapi aku perasan yag Imam tuh tak sempat habiskan Surah Yaasin, Tarawikh dah pun 20 Rakaat.

Besok malam terakhir budak-budak Tahfiz tuh kat masjid nih, so aku nak kasi lah jugak duit poket untuk diaorang balik kampung. 

Khamis - 01082013

Aku habis meleraikan kacang yang dicabut kat Zone 3a pagi nih, yang tinggal belum bercabut sekarang cuma a few baris yang aku rasa nak habiskan sebelum Raya. Tak boleh biarkan banyak tak bercabut, nanti ramai yang nak, ooppsss. 

Berjaya jugak aku menanam a few baris kacang pagi nih, aku tak nak tunggu siap sejalur/sebidang tanah, baru ditanam. Lambat jadinya kalau macam tuh sebab nak menyediakan, menyangkul tanah, that's the hardest part. So, bila dah siap dicangkul sesikit, aku tanam a few baris, gitu lah seterusnya. 

Aku sambung mengopek kacang lepas tuh, dalam sejam setengah kerja boleh dapat sekilo benih kacang. I still have a few more kilo kacang yang nak dijadikan benih. Sure pelik mak agaknya, nak buat mende lah benih bebanyak. Bagi aku, biar banyak benih dari ada kawasan nak ditanam tapi tak ada benih, macam masa mak yang mengepalai operasi menyediakan benih dulu tuh. 

Aman aku round kali nih sebab mak langsung tak turun padang tolong. Aku suka macam nih, aku bebas buat ikut kehendak aku, dan yang pentingnya fikiran aku lapang, selapang kawasan tanaman kacang aku. kalau tak tuh, Tuhan aje lah yang tahu, itu tak betul, ini tak betul, dan banyak pertanyaan lain, as if aku nih memang digajikan untuk buat kerja tanam kacang. 

Aku tiba-tiba macam termalas nak ke kebun petang nih. Sebab utama, aku ada a few things nak buat online, iyalah kan, dah semiggu tak ada internet, ada banyak gossip-gossip yang tertinggal, blog pun nak diupdate, FB pun nak dicheck, twitter nak dijenguk. So lepas Asar tuh selamba jer lah aku tak turun ke kebun, aku melepak dalam bilik aje, online. Ala, kalau ke kebun pun cuma dapat kerja dalam sesejam aje kan?

"Kacang yang awak tanam terh tak berbaja, kuning jer. Cer awak bubuh baja", kata mak masa aku tengah menyediakan bekal untuk dibawak ke masjid for Berbuka.

Mula aku nak kata tak ada masa tapi itu macam bola tanggung pulak sebab lepas Asar tadi aku tak ke kebun, kan? 

"Memang nak bubuh baja pun, nanti-nantilah", aku kata gitu.

Rupanya masa aku di dalam bilik tadi tuh, mak meronda-ronda menengok keadaan sekeliling. Ada aje kan? 

"Kacang yang awak rendam terh awak nak juei ke mana?", mak tanya pasal kacang pulak.

Ada 2 besen kacang yang aku rendam, lepas aku bersihkan semalam. Aku tak kisah, kalau tak ada orang nak beli, aku nak buat benih aje. So itu yang aku beritahu mak.

"Cer pergi rumah Makcik Lijah, dulu terh dia kata dia nak beli", kata mak. 

Mak kelentong.

"Tak, dulu dah tanya anak dia, dia tak nak beli kacang sebab ini bulan Puasa, mana dia jual makanan di Pekan Sari", tegas jer aku kata gitu. Untuk menunjukkan yang fakta aku betul, walaupun aku pun kelentong jugak. 

"Kalau dibiar lama dalam air, nyer cambah jadi benih", kata mak. 

As if aku tak tahu tuh. 

"Mak, benda-benda gitu mak jangan risau, saya tahulah macamana nak uruskan", aku kata gitu.

Mak senyap. Then mak terus hala ke bilik. Sambil membebel.

I mean, for God sake, aku tak ada lah cakap kasar, cuma aku cakap direct, what's so wrong? I wish mak nih berfikiran lebih terbuka, sanggup terima pendapat. Then again aku teringat yang Pak Andak, Chu dan Nyang yang senada kata, "Mak deme terh memang gitu, tak pernoh nok dengo cakak oghang, dia sokmo lah yang beterl (betul) nyerh". 

Apasal Melayu mudah sangat jadi macam tu hah? Mat Saleh (yang Islam pun) kalu, tak ada langsung buat perangai macam tuh, anak-anak cakap direct jer dengan mak bapak. Dan mak bapak pun tak ada pun sentap. Tapi Melayu nih, cakap tuh kena jaga-jaga, kena hati-hati, kena dibelit-belitkan, sebab mak bapak mudah terasa hati. Walaupun mak bapak tuh salah. Melayu jer yang macam tuh. Bangsa lain tak pun. 

I'm always between the devil and the deep blue sea.

Eh Dear Diary, kau tahu apa yang aku fikir?

Lama dah aku fikir nih Dear Diary. Dari dulu lagi. Yang aku, kalau boleh, aku tak nak kawin dengan perempuan Melayu (Malaysian), sebab aku tak suka nak layan benda-benda yang macam ni lah. 

Laaa, kau jangan gelakkan aku, Dear Diary!



Rabu - 31072013

Semakin tak terkejar dah aku dengan kerja sekarang nih, semakin banyak benda yang aku kena buat. Itupun baru lebihkurang 20% aje dari jumlah keseluruhan kacang yang aku baru tanam. Haruslah tercungap-cungap nanti aku dibuatnya nak menjaganya bila semua kacang dah ditanam, yang by that time dah ada pun yang ready untuk diharvest. 

Tap apa, buat aje lah mana termampu. Tak pun aku biar kan aje, lantaklah, apa nak jadi, jadi. 


Nak menjaga cili (jugak petola, peria, tomato dan tembikai) dah satu hal, nak menyangkul, membersihkan kawasan, menanam kacang pulak satu hal lain. Kacang yang ditanam sebulan lepas dah sepatutnya aku taruk baja. Kacang yang aku tanam 3 minggu lepas, dah penuh dikelilingi rumput-rumput, itu kena diclearkan tuh. Kacang yang aku tanam 2 minggu lepas, tanah sekelilingnya dah nak digembur. Dan semuanya tuh nak disiram at least every other day. 

So, memang banyak kerja yang aku kena buat. Nampak gayanya lepas Puasa nanti pun aku terpaksa kerja sampai 12 lebih jugak hari-hari, harap-harap aku tak kembali ke habit mengeteh masa break. 

At last internet service aku dah ok petang nih, talipun line semalam lagi dah ok nya. Walopun gue lagi penasaran justru ga bisa internetan hampir sepekan tapi gue tenang aje, gue ga keburu. Gue online cuma iseng-iseng, makanya contohilah gue.

Tiba-tiba jer aku malas nak update pepanjang.....


Saturday

Selasa - 30072013

Since tak ada tanda-tanda yang talipun service dah back to normal, aku SMS Ida tanya, rupanya bill baru saja dibayar like a few minutes sebelum tuh. Itupun orang lain yang bayarkan. I guess internet service memang down sampaikan Ida tak boleh access CIMB, semalam pun Pui ada talipun aku tanya pasal internet yang kat office dia pun turut down. 

Bagus jugak tak ada internet nih sebab aku jadi rajin, sampai betul-betul dekat Zohor baru aku berhenti buat kerja. Dalam sepagian sampai 3 kerja yang aku buat, menyiram, meleraikan kacang, kopek kacang untuk dibuat benih. Selamba jer aku buat semua tuh. Kadang aku menyangkul walaupun aku terfikir nak slow kan sikit proses penanaman pasal kalau aku keep on tanam tanam tanam, nanti bila nak harvest, terkejar-kejar pulak aku. So might as well slowkan sikit, but still, setiap minggu akan ada yang aku tanam. Kalau boleh, sampai 13 minggu (jangakamasa hayat kacang) aku nak buat gitu so that akan ada kesinambungannya, bekalan kacang tak putus. 

Ada jugak aku terfikir, apa lah yang mak fikir sebab aku asyiklah mengopek kacang aje setiap hari, dan dalam fridge dah ada 5 kilo kacang yang berkopek (bukan kacang ada tetek tapi kacang yang telah diasingkan dari kulitnya). Aku boleh bayangkan mak senyap-senyap periksa tabung bekas duit (tempat aku taruk duit hasil jualan kacang), sambil fikir, apasal sikit jer duitnya kali ni, entah-entah aku poketkan duit tuh. 

So far duit jualan cuma lebihkurang one third dari jumlah hasil jualan round pertama dulu tuh, tapi, banyak yang aku jadikan benih jer. Lagipun ini bulan Puasa, Makcik Lijah (my number one customer) tak nak beli kacang di bulan Puasa. Aku tak kisah langsung, kalau tak ada orang nak kacang, aku boleh jadikan benih aje. 

Harinih hari ke21 kita berpuasa, so far so good. Aku ingat yang dulu masa berpuasa di tahanan kat Buffalo, New York, aku rasa itulah Puasa yang terbaik yang pernah aku buat sepanjang hayat aku. Well, that was then. And this is now. Tak ada lah aku puas hati sangat Puasa aku kali ini, I could have done better tapi aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Kita dah masuk ke fasa ke3 Ramadhan, masih belum terlambat kalau kita nak tingkatkan ibadat, buat apa-apa yang kita terlupa nak buat. It's never too late. 

Isnin - 29072013

Malas sungguh lah aku nak ke kebun pagi nih, banyak benda-benda negatif, benda-benda kecik yang buatkan aku macam hilang mood nak kerja. Pasal bill talipun tak berbayar lah, pasal internet service tak ada lah, pasal kedisappointedtan aku kat Ida lah, pasal kacang kat Zone 3a tuh macam tak banyak isi lah, pendek kata memang aku mengalamai Monday Blues yang parah. Orang kampung pun ada gak Monday Blues nya. Kelas gituh. 

Tapi, Ariff pulak ada datang sebab memang dah janji nak mencabut kacang pagi nih. Pundek arrr Ariff nih, biasanya kalau dia "nampak aku tak ada", dia akan terus blah, walaupun sebenarnya dia "tak nampak aku ada". Tapi tadi tuh walaupun dia "nampak aku tak ada", dia tunggu jugak as if dia "tak nampak aku tak ada". Lama jugak aku intai dari rumah, dalam hati kata, mintak-mintak Ariff blah lah, tak payah nak cabut kacang pagi nih. Tapi, doa-doa, permintaan-permintaan macam tuh jarang dimakbulkan.

And so mencabut kacanglah kitaorang berdua, or rather Ariff sorang. Aku mengumpul dan meleraikan kacang, bersepah di sana sini . Aku tak berapa faham Ariff nih so memang aku tak akan tegur salah dia, memang aku jaga hati dia, aku kasi dia happy-happy aje. Entah macamana lah gamaknya kalau dia nih sentap, harus terpelanting screw sana sini kot? Ekekekkeke

As expected, tak berapa menjadi kacang kat Zone 3a tuh, dan aku akur yang semuanya tuh berpunca dari kebodohan dan keserakahan aku yang tanam rapat-rapat. Ditambah pulak hujan yang tak henti-henti dulu tuh, so tanam rapat-rapat bukanlah punca utama (tak nak mengaku kalah/salah gak tuh aku nih). Dan semua tuh buat aku bertekad yang round seterusnya nanti nih, aku nak buat yang terbaik, infact memang dah aku buat macam tu pun dah, tanam jarak-jarak, dalam sejalur/sebidang tanah cuma tiga atau empat baris kacang aje yang aku tanam. Kalau mengikut piawaian dulu, selagi boleh muat ditanam, aku akan tanam, itu yang boleh muat sampai enam tujuh baris tuh. 

Dan aku tanam pun dalam-dalam, infact ada kacang yang aku tanam 2 minggu lepas pun masih belum menampakkan butirnya kat permukaan tanah. It takes about 5 or 6 days nak tumbuh, kalau tanam tak berapa dalam, dalam tanah. So aku boleh imagine yang next round nih bountiful harvest lah kot, InsyaAllah.

Petang nih Aiman datang tolong menyiram, pasal aku sibuk sambung kerja meleraikan kacang yang dicabut tadi tuh. Slow kerjanya pasal macam tak bersemangat jer aku denga hasil yang dapat, itu yang tak ada lah aku beria-ia sangat nak buat cepat-cepat. Kesian pasal dia jalan kaki (tayar basikal bocor), aku hantar Aiman balik ke rumah. 

"Ini rumah Atuk saya, rumah saya lain, kat belakang Pekan Sari", kata Aiman bila aku sampai kat depan rumah Atuk dia.

Mati-mati selama ini aku ingatkan Nasir duduk di situ. Rupanya rumah diaorang ada tak jauh dari situ, kat belakang. Dan bila aku tengok jer rumah tu, aku rasa sayu, rasa kesian aje. Sebab keadaannya teruk. 

Eh, aku lagi teruk kan? Rumah sendiri pun tak ada, tak kerja, tak ada harta, duduk sama mak pulak tuh.

Friday

Ahad - 28072013

Tak ada pulak Aiman datang pagi nih, so aku kerja sorang-sorang aje. Mainly menyangkul, bila dah letih tuh baru aku buat kerja lain yang tak macho, mengopek kacang.

Long sama Lan balik ke destinasi masing-masing tengahari nih, so rumah jadi senyap semula. Aku tak rasa apa-apa sangat bila ada adik beradik aku balik sebab aku maintain buat apa yang aku buat hari-hari, tak ada lah aku nak bermanja-manja dengan adik beradik aku, nak bersembang sakan. Diaorang balik kampung pun sebab nak berihat kan? 

Rizal kata dia nak beli 2 kilo kacang, yang aku kasi ituhari dah habis, lagipun adik dia ada balik dari KL. Dan nasib baik lah Aiman ada datang petang nih, so aku pasang pam, suruh dia sembur air kat baris-baris kacang yang aku nak cabut. Sesehari dua nih panas terik, tanah jadi keras. Siksa jugak nak mendapatkan 2 kilo kacang tuh, aku dah agak yang kat Zone 3a nih hasil dia tak lah memberangsangkan pasal kawasan berbukit sikit, masa hujan lebat tak henti-henti dulu tuh banyak pokok yang tercabut, dan tanah banyak mengalir ke tempat lain. Tak apa lah, nama pun rezeki Tuhan kan, terima aje lah apa yang diberiNya.

"Talipun kita kena potong, Ida kata esok aje lah dia bayar", kata mak masa nak ke masjid untuk berbuka.

"Tak, tak. Tak mungkin", aku kata gitu. 

Mak senyapkan aje. Aku kata tak mungkin tuh sebab aku sure yang Ida dah bayar bill, bulan lepas aku dah kasi tahu dia jumlah yang kena bayar, tak kan cepat sangat digantung perkhidmatan, kan?

Tapi masa lepas Maghrib tuh baru aku terfikir, entah-entah memang betul bil talipun tak dibayar? Bills kitaorang Ida yang bayar (guna CIMBClicks account mak/duit pencen arwah pak), dulu lagi dah aku kata biar aku yang uruskan pasal leceh jugak aku terpaksa talipun Ida suruh settlekan bill, tiap kali bill datang, kan? Aku tak tahu (dan aku tak nak tahu pun, untuk mengelakkan possible fitnah) password CIMB mak tuh, cuma Ida sorang yang tahu, dia yang created nya pun. 

Bila confirmed yang memang betul service talipun digantung perkhidmatan (masa aku check line, balik jer dari Tarawikh), aku jadi bengang. Aku tak marah tapi aku betul-betul disappointed dengan Ida.

Tak kan sampai 2 bulan dia "lupa" nak bayar bill? Lagipun, bukan guna duit sendiri pun. Lagipun, dia yang beria-ia nak settlekan semua bills. Bukannya dia jarang check account mak, sampaikan lupa nak bayar bills. She knows exactly bila pencen (arwah) pak masuk, she knows yang (arwah) pak punya bonus Raya dah dapat, she knows bila cek yang aku masukkan dulu tuh diclear. She knows semua details pasal account mak tuh.

Terfikir jugak aku, mungkin Ida sibuk menguruskan pasal emas ArRahnu dia sampai sampai 2 bulan terlupa. 

Eh, jumlah pencen bulan lepas, sama cek, sama bonus (arwah) pak tuh boleh beli at least 20 gm physical gold kan? Hmmmm.......


Thursday

Sabtu - 27072013

Pagi nih first time yang pertama aku tak ke Pekan Sehari, tak ada apa nak dibeli dan bulan Puasa pulak tuh. Ariff awal-awal lagi dah datang untuk tolong mencabut kacang. Kalau bab nih Ariff memang boleh diharap, very punctual.

So kitaorang berdua aje lah yang kerja, dia mencabut kacang dan aku meleraikan kacang-kacang tuh. Cadangnya semalam, harinih nak habiskan kacang kat Zone 1 dan mula kat Zone 3 pulak tapi macam banyak sangat kerja nanti, so aku janji sama Ariff yang Isnin nanti kitaorang nak mencabut kacang kat Zone 3a. 

"Awak nak balik, baliklah", aku kata kat Ariff bila dah 2 jam dia kerja. Terus aje dia blah. Lurus bendul betul lah dia nih kadang tuh.

So bila tinggal aku sorang memetik kacang, Long pun datang-datang jenguk. Sebelum tuh Long asyik lah kat tempat cili, sembur sana sembur sini. Leceh sungguhlah tanam cili dalam polybags nih, kena dijaga rapi. Kalau tanam kat tanah, tak seteruk itu. Tanam, baja sesikit, dan dia akan berbuah/mengeluarkan hasil sampai naik cemuih kita mengutipnya. 

Long asyiklah komplen, or rather mencurahkan ketidakpuashatian dia pasal one of our siblings. Pasal business deal went sour gitu lebih kurang. Aku dengar jer lah, aku boleh rasa yang Long jadi bosan sembang dengan aku sebab not a word datang dari mulut aku pasal that brother of ours. Aku setakat, "Yer ker?, "Laaa", Haaa", gitu. Tak ada lah aku nak campur urusan orang, jauh sekali nak mengata, mengungkit, menceritakan pasal adik beradik aku. Aku sedar yang taik palat aku masih terpalit kat setiap adik beradik aku, so I better keep my mouth shut. 

Sepupu kitaorang, Iwan, ada datang. Dia nih duduk kat Balok, Kuantan. So lepas sembang-sembang, kasi kat dia sesekilo kacang. Harinih aku ada kasi kacang kat Rizal sama satu Cikgu yang ramai anak nih. Kat orang di Pusat Serenti aje yang aku belum ada kesempatan nak kasi. 

Ida sekeluarga balik KL petang nih so tinggal Long sama Lan dengan keluarga masing-masing aje. 

Malam nih ada Majlis Berbuka Puasa anjuran Persatuan Bekas Tentera Cawangan Raub, mula nya dalam 6 setengah gitu, ada Tahlil etc. 

"Patutnya benda-benda macam nih mak tak payah pergi, baiklah berbuka Puasa sama anak cucu kat rumah. Tapi mak pergi jugak. Mengalahkan lelaki", aku kata kat Long masa dalam kereta.

"Ha ah, benda nih sunat jer tapi mak macam beria sangat sampai macam tak peduli anak cucu", kata Long.

Lepas berbuka, aku melepak kat luar aje sama Nasir. Dia beritahu aku yang minggu depan dia dah mula kerja kat KL. Kesian jugak aku kat dia nih sebab dia ada anak-anak, harga getah turun sekarang nih, mana lah cukup nak makan, itu yang terpaksa cari kerja kat KL. Yang buat aku kesiannya bukan apa, dia nih (at least) ada Diploma UITM kalau tak salah aku.

Jumaat - 26072013

Nasib baik pagi nih Aiman anak Nasir tuh ada datang tolong aku kerja sebab banyak jugak benda yang nak dibuat, so sempena cuti Nuzul Quran nih dia kerja sepagian. Aku suruh dia menyiram, aku suruh dia kopek kacang, aku concentrate menyangkul.

Internet masih tak boleh pakai, aku syak yang ada masalah besar nih pasal ituhari masa buat lapuran pasal kerosakan line talipun, masa dial 100 tuh, ada notice pasal kedownan internet nih, so I guess bukan aku sorang aje lah yang ditimpa malang. Apa pun, aku tak terasa sangat ketidakdapatan untuk online tuh pasal as I said, aku sekarang nih sibuk. Sibuk kat kebun tu lah. Bukanlah aku mengejar dunia tapi looks like dunia mengejar aku ekekekeke. 

Lan, Ida, Long sekeluarga ada balik petang nih, so meriah lah kat rumah, walaupun aku tak spend masa kat dalam rumah pun most of the time. Aku, either kat kebun atau kat masjid. 

Bambang datang lagi petang nih, together with his 2 sons, budak sekolah rendah. Daripada budak-budak tuh bermain basikal kat laman rumah (aku nak tidur, bising) so aku upah diaorang kopek kacang. Sesambil sembang dengan diaorang jugak, aku respek kat one of them sebenarnya, yang Darjah 6 tuh. Pasal dia nih rajin, selalu aku ternampak dia pakai boots kerja, selalu dia membonceng motor ayah dia dengan tong racun kat belakang dia. Now, samada memang dia tolong meracun, atau dia pakai tong racun tuh sebab nak duduk kat seat motor, itu aku tak tahu but he gives me the impression yang dia anak yang bagus, kecik-kecik lagi dah diajar buat kerja kampung. Aku, aku nak meracun pun tak reti. 

"Kerja rajin-rajin, tengok abah awak tu, pagi kerja tempat lain, petang pulak kerja kat sini. Kuat ayah awak", aku kata gitu, sambil kasi semangat kat dua beradik yang terkial-kial nak dapatkan tune nak kopek kacang guna pliers (playa).

"Ayah tak Puasa", selamba jer budak tuh cakap. 

Sempat aku menanam a few baris kacang petang nih, nak dapatkan sebanyak tuh pun susah sebenarnya, kadang tuh terfikir jugak aku, with that amount of work, berbaloi ker apa yang aku buat nih? Nasib baik lah aku bukan bekerja under pressure, aku berkebun nih cuma untuk mengisi masa lapang (then again, uko penuh sendat masa lapang aku aku isi, kan?). Selagi aku duduk di kampung nih, selagi itu lah aku akan tetap mengacang. (Note: Mengaceng - Bahasa Indon yang bermaksud kote stim)

Oh the rhythm of my heart is beating like a drum
With the words I love you rolling off my tongue
No never will I roam for I know my place is home
Where the ocean meets the sky
I'll be sailing

(Rod Stewart - Rhythm Of My Heart)

"Awak bagi dia berapa?", mak tanya, masa aku balik dari isi minyak kereta.

"Tiga puluh", aku jawab gitu, sesambil fikir, ini ayat perangkap ker apa nih. 

"Mat nyer bagi 30 jer?", mak tanya lagi. 

Nasib baik aku tak tipu, manalah tahu kalau-kalau Bambang mengadu kat Long atau mak yang aku ada bayar dia sebanyak itu aje.

"Bambang kata dia nak datang lagi nanti sebab nak tengok mana-mana yang tak berapa kena racun sebab hari pun nak hujan", aku kelentong sikit. Aku tak beritahu pun yang semalam Bambang dah untung RM 30 sebab cuma kerja dua jam aje. Tak kan hari-hari nak bayar dia lebih kan? Haku vukannya tokay vavee.

"Mak nak ke masjid jugak ker? Kan ker anak-anak ada balik?", aku tanya Long, masa aku nak ke masjid for Bukak Puasa. Entah, bagi aku, apa salahnya berbuka kat rumah, meraikan anak-anak yang ada balik. Orang lain tuh, kalau anak-anak diaorang ada balik, diaorang berbuka sama-sama anak cucu diaorang. Tapi mak tak pulak macam tuh. Mak seolah-olah "mewajibkan" diri untuk sembahyang kat masjid come what may.

Khamis - 25072013

Another morning being spent menyangkul, seriously, aku macam tak percaya dengan diri aku yang tak henti-henti kerja. Menyangkul I mean. Mengalahkan bulan tak Puasa lagi. So dapatlah sejalur tanah yang rasanya boleh aku tanam 4 atau 5 baris kacang. Esok aku boleh menanam. 

Lepas tuh aku merumput/merepih, dalam sesetengah jam kerja, aku buat kerja lain pulak. Mengopek kacang. Memang kerja orang perempuan tuh, ataupun bapok. Tapi, bapok punya kerja ker, bapoklah, aku tak peduli, aku kena sediakan jugak benih kacang. So, bertimpuh lah aku di sebelah gadang (nyiru), kadang berlunjur, kadang betimpuh, mengopek kacang. Sesambil tuh betulkan kain kemban, betulkan siput rambut ekekekek. 

Indon tuh (Bambang) datang nak meracun petang nih, right after kitaorang balik dari masjid (Zohor). Terus aku kasi dia RM 50 upah, sambil terangkan kat mana yang nak dikerjakan. Aku suruh dia tibai sekali a few pokok jagung sebab aku nak tanam kacang aje lah kat kawasan tuh, lagipun pokok jagung tuh macam nak tak nak jer hidupnya. 

Panas berbahang kat dalam rumah so aku ambik kipas, dan tidur kat beranda. Malu jugak aku pasal Bambang ada kerja kat depan tuh, kesian kat dia teruk-teruk kerja, aku sedap-sedap tidur. Then again, aku Boss kan?

Sedar-sedar dalam sejam setengah lepas tuh, gelap gelita kat luar. Besar kuasa Tuhan, tadi panas berdenting. Tiba-tiba nak hujan lebat pulak. Aku suruh Bambang balik aje lah walaupun dia cuma kerja 2 jam, dan aku dah pun bayar dia RM 50 tadi, kan? Kira burn lah, rezeki dia lah tuh. Cuma yang tak bestnya, dia meracun aje, hujan turun.

Hujan turun lebat selebat-lebatnya, saspen jugak aku kalau-kalau pokok cili yang dalam polybags tuh patah sebab semua pokok nya lanky-lanky. Hujan ker punya pasal tapi Streamyx aku tak ada signal, aku tak boleh online. Seharian. Tak apa, I don't give a shit anymore pada petty things like that. Call it takbur, whatever you want to call it but I really am a changed man hehehe

"Mengapa makan kat situ?", tanya this one guy bila dia perasan yang setiap malam aku makan kat dalam gelap di meja kat kedai sebelah masjid tuh.

"Saja jer, memang tiap malam makan kat sini, berbuka tadi kat masjid tapi makan nih kat sini, tak seronok makan sorang-sorang kat masjid. Kat sini tak apa, orang tak nampak", aku jawab gitu. 

Mamat nih dia Lone Ranger, (ramai pulak Lone Rangers, Kera Sumbangs kat kampung nih) dia sorang-sorang jer, susah nak bercakap dengan orang. Family dia kat Rawang, dengar ceritanya. 

"Mengapa tak balik rumah? Orang rumah mana?", dia tanya lagi. 

"Malaslah balik, rugi masa, kat sini senang sikit, cepat", aku kata gitu.

"Orang rumah?", dia tanya lagi.

"Tak ada", aku jawab. 

Lepas makan, biasalah, sesambil berihat sesekejap, fikiran aku melayang. Biasanya aku mengimbau perjalanan hidup aku seharian, tak ada komen, aku redha, aku bersyukur dengan apa yang aku lalui, dan kalau boleh aku nak esoknya lebih baik dari hari ini. 

Tapi tadi tuh aku asyik fikir pasal my life in general. True yang aku di sini tak ada kawan, tapi understandable lah pasal orang yang baya-baya aku nih patutnya dah bekeluarga dan beranak pinak. So aku yang tak berkeluarga nih, akan seterusnya lah jadi seekor kera sumbang. I'm cool with tnat buat masa nih. 

Rabu - 24072013

Macam semalam jugak, aku ke kebun pukul 8 pagi. Spent the first 30 minutes tuh menjemur kacang tanah untuk dibuat benih, jugak memindahkan tray semaian cili. Lepas tuh barulah aku menyiram kacang. Kalaulah setiap hari aku kerja bersemangat macam nih, alangkah seronoknya. 

Sesambil kerja tuh aku asyik plan apa yang nak dibuat seterusnya, banyak kerja yang boleh dan patut aku dahulukan. Kopek kacang, potong akar pokok kacang yang dah menimbun di sana sini tuh, mencabut kacang, menyangkul dan menyediakan kawasan untuk ditanam seterusnya. Memang tak terbuat dek aku sorang tapi nak buat macamana, aku kena buat jugak. Kena buat yang terbaik dari 2 rounds yang lepas. Bagus jugak Puasa nih sebab kalau tak tuh, asyiklah nak mengeteh aje. Ini, asyik fikir apa yang nak dibuat next, dulu. 

Dan aku kerja pun sampai pukul 12 lebih, lebih rajin dari bukan bulan Puasa. Syukur aku tak rasa lapar, letih atau dehydrated pun. Mungkin sebab aku niatkan yang aku kerja tuh sebagai ibadah mencari rezeki. 

Lepas mencabut kacang aku menyangkul pulak, rasa nak terus aje mula menanam kacang tapi lebih baik esok aje, aku nak siapkan sejalur demi sejalur. Dalam sejalur tuh adalah 4 baris kacang. Kalau round yang lepas, sampai tujuh lapan baris aku tanam tapi kali ini aku nak jarakkan sikit, biar hasilnya lebih banyak. Kalau boleh aku nak siapkan tanam kat kawasan yang di depan rumah nih (Zone 1) sebab Raya dah dekat, akan nampak bersih aje nanti dengan anak-anak kacang yang mula tumbuh. Aku kena clearkan jugak batang-batang pisang, daun-daun pisang layu yang bersepah di sana sini. 

Aku ke Sungai Ruan beli segulung hose 30 m tuh, aku nak menyiram guna air parit (anak sungai) lah, kalau guna air paip nih leceh sikit sebab pressurenya tak kuat, kerja jadi slow. Lagipun, nanti risau pulak mak tengok bill air tinggi. 

Dapatlah dalam 6 kilo kacang yang aku cabut, leraikan. Not bad lah pasal aku buat tuh pun sekejap jer, aku spent banyak masa menyiram. Round yang lepas-lepas, aku boleh dapat dalam sesepuluh kilo sekali mencabut kacang, tapi itu aku concentrate satu kerja aje. So kaedahnya, kali ini cara kerja aku lain sikit, berbagai-bagai, bersimpang siur gitu. 

Indon tuh tak datang jugak lagi petang nih, haruslah dia ada hal tuh. Tak kan dia bawak lari duit beli racun tuh kan? 

Happy jer aku bila nak masuk Asar, hujan turun. Tapi, kejap jer turunnya, tak lebat pulak tuh. So terpaksalah aku ke kebun, menyiram. Akan datang nih aku nak suruh Aiman anak Nasir aje yang menyiram, aku boleh buat kerja lain. Itu aje kerja yang dia boleh diharapkan, so dia akan datang kerja untuk sejam, setiap petang. 

Semakin tak meriah dah suasana kat masjid masa malam. Malam-malam, cuma 3 orang (lelaki) aje yang berbuka di masjid. Aku, Bilal dan sorang Ustaz nih. UstazY nih pelik sikit, dia buat hal dia sorang-sorang, dia bawak bekal, dan berbuka kat balik tiang sorang-sorang. Waktu sembahyang lain pun dia gitu jugak, lepas aje jemaah, dia terus bangkit, solat sunat dan blah, tak ada nak tunggu sapa-sapa. Memang kera sumbang sungguh. Kera sumbang yang Islam.

So dia memang tak campur baur lah bab-bab bermasyarakat nih, jenis yang pergi khenduri pun dia tak nak.Yang buat orang tak berapa berkenan nak berjemaah kat masjid lepas Maghrib, sebab UstazY nih macam nak rush sangat, lepas aje berbuka terus dia cepat-cepat suruh Bilal tuh qamat, tak sampai 10 minit pun dari waktu Azan. Masalahlah bagi orang yang duduk dekat area masjid, berbuka cuma minum air, then terus ke masjid. Bagi aku memang tak ada masalah pasal aku berbuka di masjid, dan aku bawak bekal. Kalau cepat nak sembahyang, aku makan bekal aku lepas Maghrib, kan?

Tarawikh pulak, macam hambar jer, bila penghujung, cuma ada dalam 15 jemaah lelaki. Balik-balik muka tuh. Kuih berlambak tak habis tapi budak-budak Tahfiz tuh bawak balik.