Thursday

Khamis - 25072013

Another morning being spent menyangkul, seriously, aku macam tak percaya dengan diri aku yang tak henti-henti kerja. Menyangkul I mean. Mengalahkan bulan tak Puasa lagi. So dapatlah sejalur tanah yang rasanya boleh aku tanam 4 atau 5 baris kacang. Esok aku boleh menanam. 

Lepas tuh aku merumput/merepih, dalam sesetengah jam kerja, aku buat kerja lain pulak. Mengopek kacang. Memang kerja orang perempuan tuh, ataupun bapok. Tapi, bapok punya kerja ker, bapoklah, aku tak peduli, aku kena sediakan jugak benih kacang. So, bertimpuh lah aku di sebelah gadang (nyiru), kadang berlunjur, kadang betimpuh, mengopek kacang. Sesambil tuh betulkan kain kemban, betulkan siput rambut ekekekek. 

Indon tuh (Bambang) datang nak meracun petang nih, right after kitaorang balik dari masjid (Zohor). Terus aku kasi dia RM 50 upah, sambil terangkan kat mana yang nak dikerjakan. Aku suruh dia tibai sekali a few pokok jagung sebab aku nak tanam kacang aje lah kat kawasan tuh, lagipun pokok jagung tuh macam nak tak nak jer hidupnya. 

Panas berbahang kat dalam rumah so aku ambik kipas, dan tidur kat beranda. Malu jugak aku pasal Bambang ada kerja kat depan tuh, kesian kat dia teruk-teruk kerja, aku sedap-sedap tidur. Then again, aku Boss kan?

Sedar-sedar dalam sejam setengah lepas tuh, gelap gelita kat luar. Besar kuasa Tuhan, tadi panas berdenting. Tiba-tiba nak hujan lebat pulak. Aku suruh Bambang balik aje lah walaupun dia cuma kerja 2 jam, dan aku dah pun bayar dia RM 50 tadi, kan? Kira burn lah, rezeki dia lah tuh. Cuma yang tak bestnya, dia meracun aje, hujan turun.

Hujan turun lebat selebat-lebatnya, saspen jugak aku kalau-kalau pokok cili yang dalam polybags tuh patah sebab semua pokok nya lanky-lanky. Hujan ker punya pasal tapi Streamyx aku tak ada signal, aku tak boleh online. Seharian. Tak apa, I don't give a shit anymore pada petty things like that. Call it takbur, whatever you want to call it but I really am a changed man hehehe

"Mengapa makan kat situ?", tanya this one guy bila dia perasan yang setiap malam aku makan kat dalam gelap di meja kat kedai sebelah masjid tuh.

"Saja jer, memang tiap malam makan kat sini, berbuka tadi kat masjid tapi makan nih kat sini, tak seronok makan sorang-sorang kat masjid. Kat sini tak apa, orang tak nampak", aku jawab gitu. 

Mamat nih dia Lone Ranger, (ramai pulak Lone Rangers, Kera Sumbangs kat kampung nih) dia sorang-sorang jer, susah nak bercakap dengan orang. Family dia kat Rawang, dengar ceritanya. 

"Mengapa tak balik rumah? Orang rumah mana?", dia tanya lagi. 

"Malaslah balik, rugi masa, kat sini senang sikit, cepat", aku kata gitu.

"Orang rumah?", dia tanya lagi.

"Tak ada", aku jawab. 

Lepas makan, biasalah, sesambil berihat sesekejap, fikiran aku melayang. Biasanya aku mengimbau perjalanan hidup aku seharian, tak ada komen, aku redha, aku bersyukur dengan apa yang aku lalui, dan kalau boleh aku nak esoknya lebih baik dari hari ini. 

Tapi tadi tuh aku asyik fikir pasal my life in general. True yang aku di sini tak ada kawan, tapi understandable lah pasal orang yang baya-baya aku nih patutnya dah bekeluarga dan beranak pinak. So aku yang tak berkeluarga nih, akan seterusnya lah jadi seekor kera sumbang. I'm cool with tnat buat masa nih.