Raya Kedua. Mana yang ke kebun, ke kebun. Mana yang pergi beraya, pergi beraya. Aku sama Long ke kebun. Aku menyangkul, merumput, mengclearkan kawasan untuk ditanam seterusnya. Minggu depan, aku kena tanam banyak sikit pasal nak cover yang minggu ini.
Habis kawasan di depan dan sebelah kiri rumah, barulah aku nak berpindah menyediakan kawasan di Zone 2 dan 3 pulak. Luas kawasannya, tak ada sangat tempat berlindung, kalau di kawasan yang ada pokok pisang nih, tak terasa letih sangat pasal banyak tempat berihat. Tak buat kerja sangat pun tak apa, orang tak perasan.
Tak lama tuh Long join sekali. Tak lama kemudian, Z, suami Ani pun turut sama. Lega aku, at least bolehlah cepat sikit siapnya. Abang The sama Teh pun ikut sama lepas tuh, aku sama Teh menebang pisang. Teh pun macam aku, tak tahu nak bezakan pisang yang dah tua dengan pisang yang belum cukup ready untuk ditebang, nasib baik Abang The tahu, so dapatlah 4 tandan pisang.
Kemudian kitaorang beralih ke kawasan cili, best kerja ramai-ramai sesambil bersembang adik beradik nih. Sampai dekat waktu Sembahyang Jumaat kitaorag kerja, mengikat pokok cili yang tinggi-tinggi tuh, tak kalu, asyiklah terkulai dan terlentok aje pokok-pokok tuh.
Ini gambar yang aku ambik dari FB Teh.
Tak kira waktu, anak sedara aku nih (anak Lan/Rozi) asyiklah suruh aku tolak dia kat kereta tolak. He's such a riot, petah gila budaknya.
Keadaanya di West Wing car park, nasib baiklah kawasan lapang nya luas, penuh dengan kereta adik beradik aku.
East Wing car park yang lebih sunyi dan tenang, lalu lintas pun tak heavy.
Panas harinih, tapi tak ada peluang nak tidur, tak ada space pun sama. Pui sekeluarga balik petang nih, I, suami Ida tumpang sama seba Ida sama anak-anak balik lusa. Long sekeluarga pun balik tapi Long akan balik ke sini semula berdua dengan anak dia dalam sesehari dua nanti sebab nak tolong aku sediakan polybags/cocopeat. Long ada kasi aku RM 700 untuk dapatkan barang-barang, dapat beli 70 guni cocopeat, satu guni boleh isi 6 polybags. Bermakna dalam 420 polybags aje yang dapat disediakan nanti, tak sampai setengah dari jumlah anak cili yang ada di tray semaian.
By Maghrib akhirnya siap clear kawasan yang dirumputi, Ipin pun ada tolong jugak sekejap. Aku mengharapkan hujan turun dalam masa terdekat nih, kalau tak, terpaksalah aku basahkan dulu tanah tuh dan barulah menyangkul dan menggemburkan tanah.
Nasib baik aku balik ke rumah lepas Maghrib tadi, rupanya ada khenduri KFC. Ipin balik PJ malam nih jugak. Aku dah mula rasa macam tak best aje sebab sorang demi sorang adik beradik aku balik ke destinasi masing-masing. Sesehari dua lagi akan tinggal aku berdua dengan mak aje lah, dan routine biasa akan diteruskan semula.