Tak ada pulak Aiman datang pagi nih, so aku kerja sorang-sorang aje. Mainly menyangkul, bila dah letih tuh baru aku buat kerja lain yang tak macho, mengopek kacang.
Long sama Lan balik ke destinasi masing-masing tengahari nih, so rumah jadi senyap semula. Aku tak rasa apa-apa sangat bila ada adik beradik aku balik sebab aku maintain buat apa yang aku buat hari-hari, tak ada lah aku nak bermanja-manja dengan adik beradik aku, nak bersembang sakan. Diaorang balik kampung pun sebab nak berihat kan?
Rizal kata dia nak beli 2 kilo kacang, yang aku kasi ituhari dah habis, lagipun adik dia ada balik dari KL. Dan nasib baik lah Aiman ada datang petang nih, so aku pasang pam, suruh dia sembur air kat baris-baris kacang yang aku nak cabut. Sesehari dua nih panas terik, tanah jadi keras. Siksa jugak nak mendapatkan 2 kilo kacang tuh, aku dah agak yang kat Zone 3a nih hasil dia tak lah memberangsangkan pasal kawasan berbukit sikit, masa hujan lebat tak henti-henti dulu tuh banyak pokok yang tercabut, dan tanah banyak mengalir ke tempat lain. Tak apa lah, nama pun rezeki Tuhan kan, terima aje lah apa yang diberiNya.
"Talipun kita kena potong, Ida kata esok aje lah dia bayar", kata mak masa nak ke masjid untuk berbuka.
"Tak, tak. Tak mungkin", aku kata gitu.
Mak senyapkan aje. Aku kata tak mungkin tuh sebab aku sure yang Ida dah bayar bill, bulan lepas aku dah kasi tahu dia jumlah yang kena bayar, tak kan cepat sangat digantung perkhidmatan, kan?
Tapi masa lepas Maghrib tuh baru aku terfikir, entah-entah memang betul bil talipun tak dibayar? Bills kitaorang Ida yang bayar (guna CIMBClicks account mak/duit pencen arwah pak), dulu lagi dah aku kata biar aku yang uruskan pasal leceh jugak aku terpaksa talipun Ida suruh settlekan bill, tiap kali bill datang, kan? Aku tak tahu (dan aku tak nak tahu pun, untuk mengelakkan possible fitnah) password CIMB mak tuh, cuma Ida sorang yang tahu, dia yang created nya pun.
Bila confirmed yang memang betul service talipun digantung perkhidmatan (masa aku check line, balik jer dari Tarawikh), aku jadi bengang. Aku tak marah tapi aku betul-betul disappointed dengan Ida.
Tak kan sampai 2 bulan dia "lupa" nak bayar bill? Lagipun, bukan guna duit sendiri pun. Lagipun, dia yang beria-ia nak settlekan semua bills. Bukannya dia jarang check account mak, sampaikan lupa nak bayar bills. She knows exactly bila pencen (arwah) pak masuk, she knows yang (arwah) pak punya bonus Raya dah dapat, she knows bila cek yang aku masukkan dulu tuh diclear. She knows semua details pasal account mak tuh.
Terfikir jugak aku, mungkin Ida sibuk menguruskan pasal emas ArRahnu dia sampai sampai 2 bulan terlupa.
Eh, jumlah pencen bulan lepas, sama cek, sama bonus (arwah) pak tuh boleh beli at least 20 gm physical gold kan? Hmmmm.......