Pagi nih first time yang pertama aku tak ke Pekan Sehari, tak ada apa nak dibeli dan bulan Puasa pulak tuh. Ariff awal-awal lagi dah datang untuk tolong mencabut kacang. Kalau bab nih Ariff memang boleh diharap, very punctual.
So kitaorang berdua aje lah yang kerja, dia mencabut kacang dan aku meleraikan kacang-kacang tuh. Cadangnya semalam, harinih nak habiskan kacang kat Zone 1 dan mula kat Zone 3 pulak tapi macam banyak sangat kerja nanti, so aku janji sama Ariff yang Isnin nanti kitaorang nak mencabut kacang kat Zone 3a.
"Awak nak balik, baliklah", aku kata kat Ariff bila dah 2 jam dia kerja. Terus aje dia blah. Lurus bendul betul lah dia nih kadang tuh.
So bila tinggal aku sorang memetik kacang, Long pun datang-datang jenguk. Sebelum tuh Long asyik lah kat tempat cili, sembur sana sembur sini. Leceh sungguhlah tanam cili dalam polybags nih, kena dijaga rapi. Kalau tanam kat tanah, tak seteruk itu. Tanam, baja sesikit, dan dia akan berbuah/mengeluarkan hasil sampai naik cemuih kita mengutipnya.
Long asyiklah komplen, or rather mencurahkan ketidakpuashatian dia pasal one of our siblings. Pasal business deal went sour gitu lebih kurang. Aku dengar jer lah, aku boleh rasa yang Long jadi bosan sembang dengan aku sebab not a word datang dari mulut aku pasal that brother of ours. Aku setakat, "Yer ker?, "Laaa", Haaa", gitu. Tak ada lah aku nak campur urusan orang, jauh sekali nak mengata, mengungkit, menceritakan pasal adik beradik aku. Aku sedar yang taik palat aku masih terpalit kat setiap adik beradik aku, so I better keep my mouth shut.
Sepupu kitaorang, Iwan, ada datang. Dia nih duduk kat Balok, Kuantan. So lepas sembang-sembang, kasi kat dia sesekilo kacang. Harinih aku ada kasi kacang kat Rizal sama satu Cikgu yang ramai anak nih. Kat orang di Pusat Serenti aje yang aku belum ada kesempatan nak kasi.
Ida sekeluarga balik KL petang nih so tinggal Long sama Lan dengan keluarga masing-masing aje.
Malam nih ada Majlis Berbuka Puasa anjuran Persatuan Bekas Tentera Cawangan Raub, mula nya dalam 6 setengah gitu, ada Tahlil etc.
"Patutnya benda-benda macam nih mak tak payah pergi, baiklah berbuka Puasa sama anak cucu kat rumah. Tapi mak pergi jugak. Mengalahkan lelaki", aku kata kat Long masa dalam kereta.
"Ha ah, benda nih sunat jer tapi mak macam beria sangat sampai macam tak peduli anak cucu", kata Long.
Lepas berbuka, aku melepak kat luar aje sama Nasir. Dia beritahu aku yang minggu depan dia dah mula kerja kat KL. Kesian jugak aku kat dia nih sebab dia ada anak-anak, harga getah turun sekarang nih, mana lah cukup nak makan, itu yang terpaksa cari kerja kat KL. Yang buat aku kesiannya bukan apa, dia nih (at least) ada Diploma UITM kalau tak salah aku.