Thursday

SelasaRabu1112Disember2018


Selasa 11 Disember 2018

Tak ke Pekan Sari Sungai Ruan pun pagi nih sebab pakaian aku kotor sangat, aku ke kebun awal jugak, itu yang by the time aku nak pergi breakfast, pakaian aku dah berselepet dengan tanah. Kerja nya tak seberapa tapi kalau ditengok pakaian, kemain lagi lah, tempekan tanah merata-rata.

Aku tanam sayur pagi nih, tanam dalam polybags, guna benih yang dah tua. Nak banyakkan tanam sayur lah, senang, dan biar ramai sikit orang dapat merasa. Sikit demi sikit, semakin hari semakin banyak polybags berisi tanaman yang aku dapat, aku susun di sepanjang pagar, dah nak sampai ke areah rumah jiran dah.

So all in all pagi nih memang productive.

Tak ada Ustaz malam nih as expected, kalau cuti sekolah memang Ustaz tuh turut cuti. So lepas Maghrib aku tak melepak kat masjid as usual, aku ke surau sebab biasanya malam hari Selasa ada jugak Kuliah Maghrib kat surau tuh tapi malang nya malam nih tak ada. 

Terus aje lah aku ke kedai Omar untuk dinner, dan seperti biasa, ada lah yang mengekori aku, tak kisah lah, at least aku tak makan sorang-sorang. Aku malas nak tunggu lepas Isyak baru nak makan sebab malam nih ada bola, so orang sure ramai.

Minggu nih, sejak minggu lepas, agaknya minggu susah nak tidur. tergolek-golek atas katil, tak lena, so aku cuba tidur kat lantai. sama jugak, tetap tak lena, so pindah semula ke katil, jugak tak dapat nak lena kan mata. Last-last aku bangun mandi dan buat apa-apa yang patut. Dan biasanya aku akan terlena dalam pukul 3 ke 4 pagi tapi so far ok jer untuk bangun bila alarm berbunyi pukul 4-45 pagi.

12 Disember 2018

Since malam semalam kurang tidur, so pagi nih aku sambung lah tidur ku yang terkurang tuh. Ker aku nih elok nya berjaga malam dan tidur di siang hari? Tak boleh jugak, nanti kebun tak terurus, lagipun orang akan fikir yang aku nih tidur aje kerja nya. 

So lambat lah aku ke kebun pagi nih, dekat pukul 9 barulah aku mula buat kerja yang walaupun tak selama mana tapi banyak jugak yang aku buat. Cuaca pun mendung so tak terasa letih. Aku jarang letih masa bekerja di kebun. sebab aku akan berihat sebelum aku letih ekekekke

Terpaksa berkereta ke masjid for Zohor and Asar sebab hujan turun renyai-renyai sepanjang hari, takut jugak terlebat, so akan terstuck aku kat masjid, kalau aku pergi naik basikal.

Member lama kat Cherating ada WA, ada hal lah tuh kan kalau contact aku ekekekke. WA status aku, "I only exist when you need something" tuh is so true ekekeke. Macamana pun member tuh kata yang projek Fasa 3 dah siap, Fasa 2 tak jadi buat sebab "dah tukar Government nih". So semua staff kontraktor akan pindah ke project di KL lepas Raya Cina, kemungkinan. Diaorang ajak aku datang Cherating sebelum diaorang pindah.

Hujan turun selebat-lebatnya malam nih, masa mengaji tadi kena baca kuat-kuat sebab tak pakai mikrofon. Kebetulan ada orang buat tahlil so ada jamuan menyusul lepas tuh.


Sunday

Isnin10Disember2018

Tak lama lepas balik dari masjid, aku dah ke kebun, walaupun keadaan sekeliling masih gelap. Entah, aku rasa macam attached sangat kat tanaman aku. Aku sekarang pay more attentions kat sayur dan tanaman dalam polybags, mungkin sebab kacang harimau aku tuh dah tak ada apa yang nak dikerjakan sangat pun. Nak kambus pangkal nya, tak ada space nak buat kerja, so pasrah aje lah, setakat kambus mana yang boleh aje lah. Ralat jugak aku bila mengenangkan yang batch pertama nanti tuh, kalau mengikut keadaan sekarang, tak akan berisi banyak sebab pangkalnya tak properly kambussed.

Since hujan selalu turun, tanah yang aku kambus jadi mendap dan nampaklah akar nya. Kalau nak kacang tuh banyak hasil, dikambus macam bukit gitu from time to time. Itulah aku, dah berapa lama tanam kacang, masih buat silap. Tamak lah punya pasal. Kononnya nak jimat space, tanam rapat-rapat. Aku patut ikut style arwah Pak, ditanam sebatas yang jarang-jarang dan jauh jaraknya. Tak apa, akan datang akan aku buat yang terbaik.

Sempat tidur sekejap sebelum Zohor sebab aku tak nak tidur lepas balik dari masjid. So banyak lah masa aku merempit online, terkejut gila aku bila terdapat info yang The Phantom Of The Opera is coming to KL in June 2019. 

Nasib baik lah sempat berfikir, tak kalu dah terbeli ticket. Macamana pun aku dah aim untuk beli tickets yang depan stage, tapi tak betul-betul kat tengah sebab kalau serupalah macam yang kat Broadway yang aku tengok 2 kali dulu tuh, akan ada satu masa diaorang buat "surprise yang mengerikan".

Tengah online, ternampak kereta MN masuk gate, then dia park betul-betul dekat rumah. Ini macam nak lama jer nih, kata aku dalam hati. Dia kata dia datang nak sayur, sabar jer lah, aku tak expect orang macam nih ujud. Iyalah kan, tak kan dia tak fikir kemaluan, Friday lepas dah datang ambik, kan? Hilang pahala aku nak kasi sayur free, timbul menyampah pulak. Tapi itu lah, kat mana-mana, ada jer orang yang suka ambik kesempatan.

"Mewah makanan harinih, ker sebab "ganti" yang dua hari lepas?", aku berbisik kat one one of the jemaahs, masa makan lepas mengaji malam nih. Itu lah, kadang makanan bermacam jenis, pelbagai juadah. Kadang tuh tak ada langsung.

Saturday

Ahad9Disember2018

Aku tak expect pun Long akan balik minggu nih sebab semalam masa Mak sama Ida tanya kalau-kalau ada sayur untuk dipetik, Long akan balik. Dan aku kata lah yang tak ada sayur sangat pun sebab dah dipetik orang. Tapi tadi masa nak ke kedai Samad untuk tunggu kawan yang janji nak jumpa tuh, aku ternampak kereta Long, ke destinasi sama. 

Rupanya kawan aku tuh terus ke alamat yang aku share location kat WA, so aku patah balik untuk jumpa diaorang lah. Singgah sekejap kat kebun, tak ada apa pun sangat, semalam kan ker hujan lebat. Keluasan kebun aku kali ini cuma like one fifth dari yang masa memula aku bertanam kacang harimau a few years dulu tuh, so aku rasa macam malu nak tunjukkan kebun aku yang cuma sekangkang kera bunting tuh.

Then kitaorang ke kedai Ameno, mengeteh kat situ. Rasa nak tergelak, rasa real jer bila aku beritahu yang ada a few watak-watak kat blog aku nih kat situ tapi aku tak lah kasi details who's who. Yang ada, Tok Siak masjid yang selalu datang kutip kangkung, then orang kuat Tabligh yang baru balik dari Pakistan, yang aku "respect tapi pelik" sebab dia tak kerja, asyik melepak dari satu kedai ke satu kedai dan dia selamba jer suruh bini sama anak perempuan dia kerja kat kedai makan. Tapi dia tuh banyak tanah. Imam yang suka "blend in" dengan geng gelak kuat baru jer blah. Then of course tokay kedai yang aku sama adik aku pernah halau suruh balik (sebab dah nak Maghrib) masa berkempen suruh Mak pangkah UMNO masa Pilihanraya GE 13. Tapi sekarang aku sama tokay tuh baik-baik jer.

Tak sampai sejam pun kitaorang lepak, sebab couple tuh pun ada wedding nak attend. Macamana pun aku rasa comfortable jer sembang dengan diaorang, infact aku rasa seronok pulak sebab selama ini aku di kelilingi, aku bersembang dengan orang-orang yang "wavelength" nya tak sama, ada yang "tak ada signal" pun kan? So itu yang bila sembang dengan diaorang aku rasa macam sembang dengan kawan lama, aje tuh. Itu yang aku rasa macam "terkilan" sebab apa pasal kitaorang tak bercommunicate dari dulu, sebab orang macam diaorang lah yang elok dibuat kawan. 

Aku tak ke kebun pun lepas tuh, Long aje yang memesin rumput sesikit. Nasib baik tadi ada kawan datang, so at least Long tahu yang aku ada lah jugak aktiviti sosial nya, aku rasa ini kali kedua bilamana aku tak buat apa-apa kecuali melepak di bilik waktu Long ada balik.

Syukur lah petang nih tak hujan walaupun mendung semacam. Kalau hujan pun aku bersyukur sebenarnya sebab aku tak payah nak menyiram. Bersyukur bila tak hujan nih sebab esok boleh lah aku ke kebun. So pengajarannya, kita kena bersyukur pada setiap waktu dan ketika, pada setiap keadaan.

Awal jugak aku ke rumah Chu untuk ambik makanan yang aku order, sebab nak bersembang dengan sepupu-sepupu aku yang ada balik. Tak nak lah aku setakata tegur-tegur gitu aje, nak lah jugak sembang lama-lama.

Bertiga jer yang mengaji malam nih. 3 kali seminggu aku mengaji dengan 3 different Ustazs, baru aku perasan yang ketiga-tiga nya berbeza, ada cara dan style diaorang masing-masing. Macam Ustaz yang malam nih, dia lebih suka kalau kitaorang baca perlahan-lahan, baca pendek-pendek, so that sebutannya jelas dan tepat. Sedangkan aku baca laju macam yang Ustaz hari Isnin sarankan. Dan aku baru jugak terperasan yang aku sorang jer yang ikut ketiga-tiga kelas (itu pun masih tergagap-gagap), orang lain cuma ikut satu kelas/Ustaz aje.kat kampung nih.

Tak berapa cukup makanan malam nih, roti canai sama kuih pau, Isyak tadi ramai jugak jemaah kat surau, dalam 20 lebih. Dan one of the jemaahs yang mengaji tuh beritahu yang minggu depan aku tak payah bawak makanan sebab dia nak sponsor. Mula nya aku nak suruh dia bawak hari Sabtu malam Ahad dan aku tetap bawak hari Ahad malam Isnin, sebab Sabtu aku ke masjid, tak mengaji di surau. That way kedua-dua malam ada jamuan. Tapi dia tetap jugak nak bawak hari Ahad, aku senyapkan aje lah.

Thursday

Sabtu8Disember2018

Awal aku ke Pekan Sari pagi nih sebab harinih macam sibuk, Chu lah yang sibuk, aku macam biasa jer. Semua kedai makan tutup, so beli apam balik aje lah untuk breakfast. Chu aje yang banyak beli barang, as usual, dua kali aku ulang alik ke kereta nak memunggah barang pembelian Chu.

"Nak kekebun pulak lah", saja jer aku jawab gitu bila Chu tanya apa pasal aku macam tergesa-gesa jer. Saja nak kasi Chu rasa guilty sebab aku rasa aku macam orang suruhan dia jer. Memang pun, apa yang disuruh, aku buat, so memang orang suruhan lah kan? Kalau adik beradik aku tahu yang how helpful aku, macamana aku menurut perintah Chu, sure kena perli bertubi-tubi. Truth is, aku "menurut titah perintah" tuh sebab aku memang tak dapat mengelak, lagipun aku fikir yang itu aje lah aku boleh tolong pun. Lagipun aku fikir, since aku tak dapat nak berkhidmat untuk Mak, berkhidmat untuk adik Mak pun kira ok lah. 

Janjinya nak ke jemputan khenduri kawin lepas Zohor sebab orang dah tak berapa ramai kebiasaannya, tapi pukul 11 lebih tuh Chu talipun ajak pergi dalam pukul 12. Terserempak dengan MH sekeluarga, so bersembang sama dia aje lah sementara menunggu Chu yang "lama" makannya. Chu pembekal some of the kuih for khenduri tuh. Lepas hantar Chu balik, aku sempat jugak balik, nak tukar my mode of transportation dari kereta ke fatbike.

Petang nih masa aku tengah online, dapat message dari one of my blog readers, long-time reader, dari zaman-zaman dulu. Dia tanya pasal kacang harimau, kebetulan beberapa tahun lepas aku ada kirim kat dia a kilo of kacang kalau tak salah aku. Dia ada kat Raub for a wedding, bukan dia nak kawin tapi anak buah dia. Since aku dah ada program malam nih so tak dapat lah kitaorang mengeteh, kitaorang janji nak jumpa esok pagi. Dari ayat-ayat dia kat WA, dia nih tahu secara details pasal "pergerakan" aku, makna nya dia baca blog aku. 

Damn aku tak tahu langsung pasal readers blog nih, aku sikit pun tak ambik port pasal sapa yang ada baca. Aku memang tak sangka yang Mamat tuh masih baca, aku ingatkan blog readers nih jenis yang come and go tapi ada jugak yang here to stay rupanya. Itu yang buat aku curious dan excited nak mengeteh dengan Mamat tuh sekeluarga. Ada jugak orang yang "nampak" aku, kata aku dalam hati. 

"Eh, Chu tak jadi lah ke masjid malam ni, budak-budak tu (anak-anak Chu) nak balik", Chu talipun.

Hujan selebat-lebatnya malam nih masa Kuliah Maghrib/Tasauf, dan yang buat kitaorang pelik nya, tak ada jamuan disediakan. Nan hado kaedahnya! Sentap jugak aku tau dak, iya lah kan, kalau aku jadi Ustaz tuh sure aku "terasa hati" sebab bila Ustaz lain kasi Kuliah, ada jamuan disediakan, tapi bila turn dia malam nih, sebijik kuih pun tak ada. Kalaupun yang handle bahagian makanan tuh sibuk ada hal, sepatutnya beritahu lah AJK yang lain, kan? Tak kan lah sebab dia tak dapat datang masjid, jamuan pun tak dapat didatang kan? 

"Tak patut lah deme nya buat gini, derma hari Jumaat dapat enam tujuh ribu sebulan, tak kan lah makanan masa ada Ustaz pun tak ada?", one of the jemaahs bisik kat aku. Exactly apa yang aku fikir.

"Moh makan di Sungai Ruan, aku belanja, tapi tumpang kereta awak sebab aku bawak motor", kata MH, dia kata dia datang ke masjid sebab nak cari aku. Terfikir jugak aku, seseminggu nih selalu sangat pulak dah aku bertembung dengan MH nih. Ini dah bulan 12 nih, dulu MH ada beritahu yang dia nak menyuarakan isi hati yang lama terperap, bulan 12 nih. Thanks to Chu, aku tahu apa yang terperap nya, dia nak kenen kan aku dengan adik atau kakak ipar dia. Aku jer yang buat-buat tak tahu. Apa yang aku tahu, a few people termasuk Chu, will be disappointed nanti nih. Aku tak pernah memberi harapan tapi ada a few yang menaruh harapan. And that is not my problem. 

"Balik rumah aku kejap, nak ambik dompet", kata MH.

"Tak apa-tak apa, aku belanja", aku kata gitu, tapi sempat jugak aku fikir yang kalau memang dia niat nak belanja aku macam yang dia sebut tadi tuh, apa pasal tak bawak wallet? Lagi satu, MH nih selalunya banyak agenda lain, tu pasal aku malas nak melencong ke mana-mana, kang kalau ke rumah dia, entah-entah dia ajak ke tempat lain, buat benda lain. Masak sangat dah aku dengan dia nih.

Ada bola lah pulak kat tv, sure lama nih. Macamana aku nak melarikan diri, nih, aku fikir gitu.

"Liverpool lawan Jerman, kalah lah Liverpool", kata MH yang khusyuk tengok tv.

Sekarang baru aku tahu yang orang yang suka tengok bola tuh tak semestinya tahu dan faham. Kan ker ada tulis Premier League, kan ker ada nama teams yang main, Bournemouth vs Liverpool? Apa ke jadah nya kata Jerman lawan Liverpool? Agaknya dia terconfused Bournemouth tuh dengan Borrusia Dortmond atau Borussia Monchengladbach kot. Tapi, tahu pulak dia yang both teams tuh dari Germany? Apa pun, itu lah yang membezakan antara aku dengan kawan aku kat kampung. 

Tak lama tuh jiran aku, couple yang baru balik Umrah tuh, datang, then this guy S jugak, so aku sembang dengan S aje lah. S nih macam outkast gitu, orang tak tegur dia, biasanya dia sama bini dengan 2 anak dia tu lah ke mana-mana pun. Aku pun pelik apa pasal aku boleh ngam dengan S sekeluarga sedangkan orang lain langsung tak ambik tahu, langsung tak bertegur sapa dengan S nih. Mungkin sebab dulu masa mak S berniaga di Pekan Sari, aku lah pembekal kacang mentah kat dia, itu yang jadi rapat jugak tuh. 

Aku tahu sebab-sebab apa pasal S nih macam tak ujud kat kampung nih, aku kasi sikit contoh jer lah, aku bukan mengumpat nih, aku cuma nak mengdescribe ekekekeke. S nih tak pernah ke masjid hatta untuk sembahyang Jumaat pun, tak pernah pergi khenduri (sebab tak pernah dapat jemputan lah kot) dan yang paling parah, S nih jenis pakai gasak jer. Kadang tuh dia berburu babi hutan, then jual kat Cina Sungai Ruan.


Aku rasa macam happy dan puas hati dapat belanja couple jiran aku tuh, tanpa diaorang sedar. Dah lama, dah banyak kali aku nak bayar sebenarnya (diaorang makan kat luar sekali sekala jer)  tapi ada jer penghalang. 


Sabar jer lah, sebelum hantar MH ke masjid untuk ambik motor dia, dia ajak aku lepak sampai habis bola, tapi aku berkeras kata yang aku kena balik sebab nak memorex. Sedangkan manalah Fore bukak weekends.

Wednesday

Jumaat7Disember2018

Lepas Subuh tadi aku terralit online sampailah pukul 8 then tidur sekejap. Pukul 9 lebih baru tersedar, dekat pukul 10 baru lah jejak kaki ke kebun. Pemalas sungguhlah aku nih. Tapi dalam malas-malas aku tuh ada kemajuan, ada peningkatan.

Lepas Sembahyang Jumaat aku tengok ada kereta kat depan rumah, then aku nampak MN tengah memetik sayur. Kurang asam, kata aku dalam hati. Memang lah aku akan suruh dia kutip tapi at least tunggu lah sampai tuan punya tiba, kan? Tapi nak buat macamana, kawan yang berkualiti macam tu lah yang aku dapat pun.

Rupa nya MN dalam mood ceria, dia baru "tebus" kereta dia tuh, dulu tuh kereta tuh kena tarik then KN adik dia yang settled kan kat bank so KN yang "pegang" kereta tuh. So sekarang dia dah bayar kat KN so dapat balik lah kereta tuh kat dia.

"Belas-belas ribu (Ringgit) jugak habis nya pasal kereta nih", kata MN.

Aku tak tanya pun dia dapat duit kat mana sebab tak nak nampak macam pembawang sangat. Tapi aku curious nak tahu sebab dia nih tak kerja, cuma berniaga makanan seminggu sekali kat Pekan Sari Ulu Gali. Dan dia pun duduk sorang, bini dia duduk rumah mak bapak sendiri.

"Awak nak ke mana-mana, kabar lah, aku boleh hantar", MN kata gitu.

"Waaa, ini dah bagus ni, kalau aku nak ke KL, boleh awak tolong hantar ke stesen bas Raub. Aku bayar lah", aku kata gitu. Then aku teringat yang aku kena ke Kuantan minggu lagi satu, plan aku nak ke KL dulu then baru ke Kuantan tapi kalau MN setuju jadi supir, lagi bagus. Walaupun lebih mahal tapi jimat masa, dan aku tak akan lama di KL, dan tanaman aku tak ditinggalkan lama. Tengok lah macamana nanti.

"Kereta awak ni rosak ker, tak bergerak-gerak", kata MN lagi.

Amboi, mentang-mentang dah dapat balik kereta, kata aku dalam hati.

Dah jadi habit dah yang aku akan tidur lepas Zohor/Jumaat, bangun sebelum Asar. Aku tak berapa puas hati sebab malam dah susah nak tidur, tapi, aku tetap jugak tidur. Dan dengan tak ada buat exercise langsung semenjak dua tiga menjak nih, tak heran lah perut aku semakin menggelembung. 

Tak sabar nak tunggu tahun baru untuk buat azam.

Tuesday

Khamis6Disember2018

Malam semalam hujan, tapi tak lebat, so ke kebun jugak lah aku pagi nih. Ada kerja yang boleh buat, menyangkul kat kawasan yang tanah dia agak poros yang kalau hujan pun tanah tuh tetap kering dan tak lembik. The whole morning kerja dapatlah sesepuluh polybags yang aku penuhkan dengan tanah then digaul sama tanah baja, tanah hitam dan sabut. 

Posman datang lagi hantar parcel, dah tertakut aku tengok posman, kalau dulu aku tertunggu-tunggu kedatangan posman tapi tadi bila nampak dia masuk ke area rumah, terus aku kata dalam hati, "now what?" Hehehe. Bitcoin table lamp aku dah sampai. 

Tengah aku kemas-kemas shed tempat segala macam peralatan dan sampah berkebun, terjumpa satu envelop yang isinya benih melon/cantaloupe yang aku beli kat ebay lama dulu. Benih dari Taiwan, supposed to be of different varieties dan colors tapi benihnya sama jer except tulisan kat setiap packet, tapi tulisan Cina. Tak nak buang masa nak check kat internet, terus aje lah aku semai 5 benih dari setiap packet. So ada 50 di situ, kalau semuanya hidup, mampos aku nak pindahkan ke tanah/polybags. Dan macam biasa, aku tak menaruh sekelumit harapan pun yang benih tuh akan tumbuh. 

Cuaca mendung jer sepanjang hari, hati aku pun mendung jugak mengenangkan permasalahan aku tuh. Dan walaupun penyelesaiannya dah ada tapi selagi tak betul-betul confirm, selagi itu lah aku tak tenteram. Macamana pun aku tetap bersyukur yang Tuhan tunjukkan jalan penyelesaiannya, aku tak boleh imagine apa akan jadi kalau sebaliknya.

And so basically harinih aku sambung "jadi bodoh" aku yang semalam tuh, aku tak memorex pun, tak bukak MT4 pun. Instead aku layan youtube, dengar lagu Krismas, especially my all-time favorite song, Fairytale Of New York City. 





Monday

Rabu5Disember2018

Luas jugak kawasan yang dapat aku bersihkan, yang aku cangkul. Cumanya part of the area tuh berbatu so tak boleh nak ditanam apa-apa. And at the same time aku penuhkan polybags dengan tanah, soon akan banyak polybags yang aku perlukan sebab banyak tanaman yang tumbuh. 

Kadang aku nih macam tamak gitu, dah tahu yang aku nih malas, aku keep on tanam dan semai bijik benih. Jagung pun dah mula nak tumbuh, aku akan terpanik dan tertension sendiri jer nanti tuh nak pindahkan kat mana since kawasan belum sedia sangat pun. Kacang panjang, bendi pun aku dah tanam jugak lagi batch baru. 

Aku semakin bersemangat nak banyakkan tanam sayur-sayuran sebab aku suka, aku rasa puas hati tengok orang datang petik hasil. Tak lah sesusah mana pun tanam sayur tuh, dan yang buat aku peliknya, lebat gila hasilnya. Petola for example, cuma dua pokok jer tapi buahnya berjuntai-juntai. Timun lagi lah, sentiasa ada buah. Sayur-sayuran macam bayam, sawi, malas lah aku tanam dah, cerewet sikit, hasilnya tak seberapa. 

Apa yang aku tahu, kita jangan mudah berpuas hati dengan hasil pekerjaan kita, kita kena sentiasa tingkatkan hasil usaha. Macam beribadat jugak, jangan mudah sangat puas hati dengan apa yang kita buat, kita kena pertingkatkan amalan kita dari semasa ke semasa. 

Chu sama cousins aku dari Raub ada datang, diaorang ambik pisang, nangka (yang ditanam kat tanak Pak Sedara aku tuh) etc, then aku petikkan cili jugak sayuran lain untuk diaorang sebab aku tahu diaorang segan nak pungut sendiri. Chu jer yang aku tengok ligat ke sana sini mencari benda yang boleh diambik, jagung tua untuk dibuat benih pun diambil a few tongkols, very lah the tamak, kan? Jagung pun habis diambiknya, aku yang suruh clearkan sebab senang aku nak bersihkan kawasan. Tapi dengan diaorang nih, bila petik jagung, diaorang takat ambik jagung tuh aje. Patutnya pokok jagung tuh dicabut lah sama. Or at least patahkan. 

Yang buat aku bengkek jer dengan orang bandar yang turun kebun nih, diaorang pijak-pijak jer tanaman aku, kacang harimau, tembikai. Kacang tuh ok lagi, tapi bila pokok tembikai aku dipijak, aku rasa hati aku macam dipijak sama. 

"Jagung yang Chu ambik dulu tuh Chu rebus lepas tuh Chu jual", kata Chu innocently.

"Ya Rabbi Chu nih, semua benda dia jual, orang bagi ke dia untuk makan, untu bagi ke jiran, dia pergi jual pulak", aku kata gitu kat cousin aku.

Memang aku expect posman akan datang sebab masih ada a few barang aku yang belum sampai so bila posman datang tengahari nih, terus lah aku berkejar. Ada satu parcel (tshirt), then ada satu registered letter. Bila aku baca surat tuh terus peluh keluar. Now, ini masalah besar nih, masalah paling besar dalam sejarah hidup aku. Yang tak payah lah aku cerita kat blog. 

And so tak aman lah hidup aku seharian.

Tapi yang best nya dengan aku nih, aku tak mudah gelabah. Lepas aku berihat fikir macamana nak settle kan masalah aku, aku call a few yang terbabit. Ada jalan penyelesaiannya, InsyaAllah. Tapi tak betul-betul confirm. I have to make a few arrangements, aku kena ke Kuantan, ke KL dalam masa terdekat untuk settlekan permasalahan tuh. So hopefully semuanya akan berjalan lancarlah, Aamin.

The rest of the day aku jadi macam bodoh jer. Aku nih dah lah sedia bodoh so bertambah-tambah bodoh lah jadinya. 

Sunday

Selasa4Disember2018

Aku nih kan, kuat sungguh lah berdrama dengan diri sendiri. Aku dah sedia maklum yang sebab semalam hujan, aku tak boleh nak buat kerja sangat kat kebun, tapi masa itu lah aku nak kebun nya pun. Menyangkul kejap, tak boleh, sebab tanah lembik. Mencabut rumput kejap, jugak tak boleh sebab berkepal-kepal tanah turut tercabut sampaikan nak tumbang pokok sebab akar terkeluar. Last nya pakaian jadi kotor sedangkan tak ada kerja pun yang dapat aku buat.

Ke Pekan Sari Sungai Ruan for breakfast, then beli limau oren 2 kilo, aku nak kan bijik nya, aku nak semai, nak jadi tokay ladang limau oren lah pulak now that benih yang aku semai lama dulu tuh dah tumbuh.

On my way balik tuh aku terbertentang mata lah pulak dengan one of the guys yang jual Avocado cream, so terus dia tarik aku, dan aku pun teruslah keluarkan wallet sebab aku tahu yang aku tak akan dapat melawan desakan diaorang. Aku pun takut aku termencarut kat diaorang. 

"Gini lah Bang, Abang tambah lagi 20 Ringgit, saya bagi Abang sekotak dan satu tube free", kata Mamat tuh, agaknya dia ternampak duit berkepul kat wallet aku kot.

Terus aje aku ambik cream yang aku nak beli tuh then aku letak duit RM 30 atas meja. Geram jer nak kata, "aku beli nih pun sebab kesian kat ko jer, jangan nak ambik kesempatan ke atas insan yang lemah dan tak berdaya macam aku nih pulak.

Bila dah agak panas sikit, aku turun ke kebun semula. Aku pindahkan anak limau oren ke tanah, pindahkan 5 batang jer untuk test, takut nanti mati pulak semuanya. Pindahkan tembikai punya polybags jugak ke tempat lain, ada 10 bags yang setiap bag ada dua batang pokok. Tamak aku nih kan, orang lain tuh, satu bag satu pokok, aku, satu bag 2 atau 3 batang pokok. 

Aku tapau jer lunch harinih, nak buat kelainan sikit, nak makan kat rumah. Itu jer lah kelainan yang aku mampu buat ekekekek

Dekat nak Asar, sebelum Euro session mula, ada pergerakan pairs Yen, so account aku jadi makin cantik, walaupun aku tak close kan positions tapi confirmed yang aku akan untung, sikit atau banyak jer. 

Cuti sekolah, memang Ustaz Sekolah Sains tuh tak ada kasi Kuliah Maghrib, so tak ada lah jamuan makan. Aku nak ke kedai Redha Jer Lah (kedai lain tutup) tapi bila nampak macam ada orang , terus tak jadi sebab aku tahu yang aku tak ada masa nak bazirkan masa menunggu.

So malam nih makan fries dan cheese omelete perbuatan sendiri jer lah.


Isnin3Disember2018

Hari Isnin memang hari aku bersemangat, lepas memorex, terus tak tidur dah. Buat breakfast dan terus ke kebun. As usual, banyak kerja yang aku boleh dan sepatutnya buat tapi, as usual jugak, aku buat itu sikit, buat ini sikit.

Susah nak tengok aku concentrate buat satu kerja sampai siap. Itu yang kebun aku tak siap-siap tuh, tak siap menyiapkan yang ini, aku dah bersiap-siap nak siapkan yang itu yang sepatutnya siap tapi masih tak siap-siap jugak.Tengah siap kan yang itu, teringat pulak yang aku patut siap kan yang ini sebab yang itu tuh macam boleh dikategorikan sebagai dah siap walaupun masih belum siap. 

Biasanya habis masa gitu aje lah, kerja tak siap-siap sebab banyak sangat yang kena disiapkan. Last-last aku bersiap nak balik masuk rumah jer lah.

Then MN datang, nasib baik lah aku di kebun, kalau di rumah, sure mati kutu nak melayannya. Di kebun nih, aku boleh buat-buat buat kerja. Aku suruh dia ambik sayur-sayur yang boleh diambik so sibuklah dia memetik sayur timun, kangkung, petola, kacang panjang dan cili. Dia ada jeling-jeling kat jagung tapi aku buat takmtahu jer, nak kasi orang lain lah pulak, tak kan dia nak bolot semuanya. 

"Ini pokok betik nih", kata MN bila aku tanya dia kalau-kalau dia tahu anak pokok misteri yang banyak cambah tuh. So it's confirmed anak pokok betik. 

Keletihan kononnya, balik aje dari Zohor aku terus tidur, sedar-sedar dah 3 lebih. Elok jer aku siap bersiap untuk ke masjid for Asar, MH sama bini dia datang. Nak mintak sayur. Nak buat Rojak Lumut katanya.

Mulanya aku biarkan aje diaorang petik dan kutip apa yang ada tapi bila tengok diaorang terkemut-kemut jer mengutip sayur, aku pun join sekali, aku petik cili. Rasanya ini kali pertama aku memetik cili dengan serious, sebab aku nak cepat, nak ke masjid. Diaorang nih datang tak ikut waktu, ikut suka jer. MH ajak aku datang ke rumah dia lepas Asar, nak merasa rojak tuh tapi aku kata yang aku tak boleh datang, aku ada kerja. So dia kata dia akan hantar, aku senyapkan aje sebab aku tahu yang dia tak akan hantar nya lah.

Nasib baik MH ambik banyak anak pokok betik yang cambah tuh, tinggal dalam 20 pokok untuk aku. Aku akan rasa guilty kalau biarkan tanaman yang tumbuh tu aku biarkan mati gitu aje, 

Tak lebat hujan turun malam nih tapi berterusan gitu, dari sebelum Maghrib lagi. Mengaji pun ok malam nih, aku baca slow, tak laju gitu, so tak ada pun Ustaz tuh tegur.

Saturday

Ahad2Disember2018

Aku betul-betul bersemangat pagi nih, before 8 aku dah di kebun. Bagai nak rak aku menyangkul membuang semak samun. Rasa puas hati bila peluh banyak keluar. Selebihnya aku memindahkan anak-anak tanaman kat polybags. Ada benih lain yang cambah kat polybags yang ada anak pokok misteri yang aku rasa besar kemungkinan anak betik tuh. Tunggu besar sikitlah baru tahu anak pokok apa. Tumbuh serentak pulak tuh kat 5 enam bags. 

Anak lemon pun tumbuh sepokok. Limau oren pun ada dalam 10 pokok yang tumbuh. Semua tuh buat aku penasaran, rasa bersemangat pun ada jugak, akan aku jaga betul-betul biar menjadi. Sure gempak kalau limau oren tuh berbuah. Aku ada beratus bijik benih yang dah aku rendam, nak aku semai semuanya. Walaupun berkurun nak tunggu cambah, akan aku tunggu, aku tak kira, aku tak ke KL sebab nak tunggu benih limau oren cambah pun, aku sanggup. 


Ada jemputan khenduri lepas Zohor, bersyukur aku sebab biasanya Sunday aku ada masalah nak makan, dua-dua kedai tutup, kedai Redha Jer Lah pun yang ada kemungkinan bukak. Sempat jugak aku melawat ladang cili jiran yang buat khenduri tuh, ada beratus polybags pokok cili yang berbuah tapi pokoknya macam layu nak mati, dan cili nya tak berpetik. Rasa nak jer ajak orang kampung buat gotong royong petik cili tuh, daripada terbiar macam tuh. Pokok cili memang tak boleh selalu kena air, macam tu lah jadinya kalau saban hari terendam. Ada a few ladang cili lain yang macam tuh jugak tapi tak lah sebanyak itu pokoknya. 

Semalam one of the jemaahs yang sama mengaji dengan aku tuh kata yang malam nih tak payah bawak makanan sebab ada orang lain yang sponsor, nasib baik dia beritahu, kalau tidak, banyak pulak makanan sedangkan jemaah kat surau tak ramai.

Bertiga jer yang mengaji malam nih, ada dua orang tuh dah lama tak nampak muka. One of them tak nampak pun kat masjid, biasanya ada setiap waktu, masa Kuliah Maghrib pun jugak.tapi semalam aku ada ternampak dia kat Pekan Sari. 

So hari nih satu sen pun aku tak keluar duit untuk makan, semuanya makan free.

Thursday

Sabtu1Disember2018

Awal pagi aku jalan kaki jer ke Pekan Sari sebab nak breakfast, round kedua nanti sama Chu pulak sebab dia suruh jemput lewat sikit, nak ke Sungai Ruan. Tak ramai orang berjualan, sedara aku tuh pun tak ada berniaga so lepas hantar kuih kat Makcik BFFs aku, terus lah balik, berlenggang, tak beli apa pun.

Sempat ke kebun sekejap, menengokkan tanaman. Tanaman misteri tuh rasanya bukan cili sebab daunnya semakin meruncing, boleh jadi anak pokok betik kot. Bukan limau seperti yang aku harapkan, ah well, apa-apa lah, at least tanaman tuh hidup akhirnya.

Dalam pukul 9 pergi jemput Chu, mengekor dia aje lah kat Pekan Sari, dia breakfast, dan beli barang untuk bahan memasak malam esok, aku suruh dia buat Mee goreng ayam untuk dibawak ke surau.

"Dua Ringgit sebanyak ni", kata Chu sambil tunjukkan aku 1 ikat kangkung.

"Ya Rabbi, berapa batang jer, jual lima posen pun saya tak beli kalau setakat lima batang kangkung", aku kata gitu.

Kitaorang ke Sungai Ruan lepas tuh, Chu nak beli dapur/burner. Tak ada lah pulak burner satu tunku macam yang Chu nak, yang ada, 2 tunku. Sesambil Chu membelek barang, aku terbeli a few items untuk kebun.

"Moh kita ke Raub jer lah", Chu kata gitu.

Aku tak jawab, dalam hati aku tertanya-tanya, anak-anak Chu ada balik dua hari lepas mengapa tak ajak diaorang . Apasal nak kena aku jugak yang temankan?

"Awak ada hal ker?", Chu tanya gitu bila aku tak jawab.

"Kita tengok kat kedai lagi satu tuh, ada agaknya", aku kata gitu.

Belum bukak lah pulak kedai tuh, so Chu ke kedai sebelah, kedai peralatan pertanian. Chu tengah belek-belek barang, aku tercapai a few items untuk aku. Then ke supermarket kat sebelah, Chu baru start nak belek barang, aku dah siap bayar pembelian aku. Aku beli apple cider vinegar + honey, biasanya aku beli products perbuatan Malaysia, yang ada tulis words like minuman sunnah, tahfiz etc tapi kali ini cuma ada perkataan halal, selebihnya ayat-ayat biasa. So obviously product tuh dari overseas. Malas dah aku beli product sunnah tapi tokay nya Cina macam yang dalam paper tuh. 


By the time Chu siap beli barang, kedai peralatan letrik tuh dah buka, dan syukurlah ada burner yang Chu hajati walaupun Chu tak berapa puas hati, tak macam yang apa dia hendak, saiz nya a little bit kecik. Macamana pun Chu beli lah jugak, mungkin Chu tahu yang aku tak nak ke Raub. 


Then sebelum hantar Chu balik, singgah kebun sekejap, suruh Chu petik, kutip apa yang boleh diambil. Timun, petola, kacang panjang, kangkung, cili dan jagung. Penuh seguni semua tuh, penuh kereta dengan barang-barang Chu. 

Tak sempat dah nak buat kerja berat lepas hantar Chu balik, aku cuma pindahkan tanaman misteri tuh aje, betik gayanya sebab daunnya meruncing. Jugak sediakan polybags berisi tanah, sabut etc, tembikai yang aku tanam dah hidup, dalam 20 pokok. Aku beli benih tuh dari kedai lain, so nampak gayanya kena beli lagi lah sebab aku nak tanam tembikai banyak-banyak, berperingkat-peringkat.

Dah lama tak bersihkan rumah, so petang nih aku kemas-kemas apa yang patut, menyapu etc. 

Aku semakin suka Kuliah Tasauf lepas Maghrib, walaupun pendek sebab Ustaz tuh ada parkinson, dan dia ulang-ulang pembelajaran lepas-lepas, tapi isinya padat dan jelas. Tasauf nih pasal hati so Ustaz tuh selalu menyentuh dan mengetuk hati kitaorang, itu yang buat aku suka tuh.


Wednesday

KhamisJumaat2930November2018

Khamis 29 November 2018

Tak dapat buat kerja sangat pun pagi nih sebab tanah lembik, so aku berkeliaran kat kawasan polybags jer lah. Aku pindahkan anak pokok misteri tuh ke polybags, dapatlah 15 polybags. Ada berpuluh lagi tuh, rasanya nak pindahkan ke tanah aje lah nanti, buat rugi polybags jer.

Ada jemputan makan kat surau lepas Asar tapi tak ramai jemaah dari masjid yang datang. Mungkin sebab cuaca mendung macam nak hujan sangat. Dah start ker musim hujan, ini hari kedua berturut-turut hujan turun, habis jer majlis, hujan pun turun membawak ke malam.

Anak Chu ada balik so Chu suruh aku datang ambil tempahan makanan untuk dibawak ke masjid, dia tak pergi masjid Maghrib, cuma Isyak jer dia datang. Tak ramai yang dengar Kuliah Maghrib malam nih walaupun hujan dah lama berhenti. Sebab ada bola, Suzuki Cup, kot? Mewah sungguh jamuan malam nih sebab ada orang lain sponsor jugak.

Malam nih aku pindahkan accounts aku ke satu account jer, Bitcoin Cash ABC. Dapatlah 1.230 BCHABC, rasa macam kekok jer sebab dah seminggu lebih tak masuk positions.

Jumaat 30 November 2018

Bila ada positions nih mula lah tak teratur jadinya hidup aku. Semalam tuh a few times terbangun, check kedudukan positions aku, pagi nih, bangun jer terus memorex kejap, then baru lah buat hal lain.

Nak keluar breakfast pun malas, in a way bagus jugak sebab aku tak buang duit, so breakfast kat rumah jer makan roti selek kaya, sama telur separuh masak + honey+ cinnamon powder.

Berkat ketabahan dan kegigihan aku yang tak kenal erti penat lelah, akhirnya kawasan tanaman aku bersih akhirnya. Walaupun masih banyak rerumput dan semak samun tapi in general, ada perubahan . Bila kebun dah bersih, semangat untuk bercucuk tanam jadi naik, so aku fikir apa yang aku nak buat next. Aku semai jagung, just in case aku ketandusan tanaman untuk ditanam. Sekarang nih ada 2 batches jagung yang dah membesar tapi satu group tuh hijau pekat daun nya, tegap subur. Yang group lagi satu, macam hidup segan mati tak mau, yang di kawasan yang selalu air bertakung. Silap-silap aku cabut semuanya tuh, buat malu kat orang jer, pokoknya cenonet, daun kaler kekuningan.

Dan aku kena stand by kawasan untuk pindahkan anak pokok misteri yang banyak tuh. Malaslah aku tanam kat polybags, nak isikan polybags dengan tanah, baja, sabut, itu yang aku malasnya. Polybags akan aku tanam sayur dan tembikai aje, aku jadi macam seronok pulak nak banyakkan tanam sayur sebab itu yang paling senang. Seronok tengok bergugus-gugus timun, petola, kacang panjang walaupun cuma 4 pokok each yang aku tanam. Peria katak banyak, ituhari ada jemaah masjid kasi benih, suruh aku tolong tanam kan. 

Hati-hati sungguh aku memorex sejak semalam, tak masuk banyak positions pun, 8 paling banyak at any one time. Dan by Maghrib, dapatlah untung sikit, dari 1.230 BCHABC dah jadi 1.285 BCHABC.

Ya Allah, murah kan lah rezeki kat orang yang bawak makanan ke masjid malam ni walaupun tak ada Kuliah Maghrib.


Tuesday

Rabu28November2018

Puas hati aku pagi nih sebab I spent like 3 hours kat kebun, mostly mencabut rumput dan mengambus pangkal pokok kacang harimau. Aku saspen jugak nih sebab kacang tuh merimbun semacam jer, takut nanti harapkan rimbun tapi tak berisi. 

The rest of the morning belek-belek tanaman kat polybags, tanaman mistri yang banyak cambah tuh masih belum confirmed apa sebenarnya, could be cili tapi I don't remember semai cili. Tapi daunnya macam licin, macam daun jenis-jenis lemon atau limau, I'm hoping limau sebab rasanya ada aku semai dulu tuh, then again, tak kan banyak sangat, macam sawi pulak. Tak ada gaya macam anak betik pun kalaulah yang tumbuh tuh anak betik, memang aku ada semai, or rather curahkan segerombolan benih betik kat dalam one of the polybags. 

Ok, pasal tembikai pulak. So far ada dalam belasan bijik buah of different sizes, and I'm sure akan datang akan ada puluhan bijik lagi sebab yang putik-putik tuh aku belum kira. (Masa kecik-kecik dulu, buah tembikai tak boleh ditunjuk dengan jari telunjuk, tak kalu buah tuh buruk, busuk, tak menjadi. Kalau nak tunjuk jugak, jari telunjuk tuh kena dikerekotkan, baru lah buah tembikai tuh tak rosak ekekekekke)

Now, ada at least 5 bijik yang dah besar, yang bergayut kat pagar, the rest tuh atas tanah. So aku kena buat buai untuk support tembikai yang semakin hari semakin membesar tuh. So tadi aku menyulam lah buat buai, guna plastik hitam dan dawai. Tembikai nih "fragile" sangat, sentuh sikit jer tercabut, tadi tuh terkulat-kulat aku bila sebijik tembikai yang tercabut, masa aku tengah nak masukkan dia ke dalam buai. Jangan lah roboh pagar tuh nanti sebab banyak tembikai bergantungan. 

Akan datang nih aku nak buat lain sikit, aku dah dapat idea supaya tak payah risau kalau aku ke KL for a few days. Semalam aku dah beli benih tembikai yang hopefully cambah, so aku nak buat sistematik sikit.

Damn I'm having fun bercucuk tanam. 

Dapat satu lagi parcel harinih, keychains isi nya. Esok aku akan start trading semula sebab aku nak convert kan Ethereum ke Bitcoin Cash ABC, hard fork dah selesai dan everything's back to normal. Aku akan cut loss a few of my British Pound pairs (dammit!), tapi tak apa lah, itu pun dah untung, I am trading on profits aje sebab modal (and some untungs) dah bawak keluar itu hari.

Lepas Zohor aku tiba-tiba jer buat keputusan untuk ke rumah ChuBekam, nak bekam kepala. Rumah dia tuh sentiasa ada orang sebab semua ahli keluarga dia boleh buat bekam. Aku suruh anak dia yang sekolah rendah tuh bekam kan aku sebab kalau husband dia yang buat, aku takut terbuat banyak pulak nanti sedangkan ituhari aku dah buat 21 cups semuanya. Aku bekam kat kepala dan tapak kaki, 2 cups each. Terpaksa dibotakkan sikit kepala aku, dua tompok. Aku nak biarkan gitu aje lah, tak nak botakkan kepala, sebab aku cuma keluar ke masjid (pakai ketayap) dan kalau ke tempat lain, aku pakai topi.

 Alah, botak tak botak pun bukan ada orang perati aku. 

Hujan turun lebat petang nih, syukur lah, dah lama jugak hujan tak turun, dalam 2 minggu kot. Lepas mengaji tadi ada jamuan, sponsored by a group of jemaah yang nak pergi buat Umrah bulan depan.


Monday

Selasa27November2018

Tak sempat ke masjid pagi nih sebab terlambat bangun, pukul 6. Kepala aku pening-pening kucing sebenarnya, kadang ada kadang tak ada. Tak lah teruk tapi rasa tak berapa comfortable. 

Tegak dan berdiri megah tanaman aku, especially tembikai, jauh beza nya dari semalam yang langsung tak bermaya. And so aku terus lah ke Pekan Sari Sungai Ruan, aku tetap beli limau manis tuh, aku nak kan biji nya. Then singgah kejap kedai peralatan pertanian, beli baja. Memang lah rugi selalu beli baja paket kecik tuh (instead of beli seguni yang harganya 300 lebih) tapi aku beli sikit-sikit gitu tak terasa sangat duit keluar. Tak terasa sangat yang bertani nih perlukan modal yang besar jugak.

Sempatlah di kebun dalam sejam gitu, membaja, menyiram dan mencabut rumput. Jugak mengambus pangkal kacang harimau yang boleh dikambus. Mana yang tak ada space nak buat kerja tuh lantak situ lah, rapat sangat tanaman aku sampaikan tak ada ruang untuk aku buat kerja. Silap aku, sepatutnya aku tak payah tanam kacang harimau dan jagung serentak, sepatutnya aku biarkan kacang dah rendang dan dikambus, then barulah disulam dengan pokok jagung. 

Chu talipun ajak ke Sungai Ruan, ayaa, apasal tak pergi tadi sekali harung? So lepas Zohor aku jemput Chu, dia nak ke Pejabat Pos nak masukkan duit, "tak berani nak pegang duit banyak-banyak", kata Chu. Duit "kutu" rupanya. Kiri kanan atas bawah depan belakang Chu nih dapat duit. 

Aku park kereta bawah pokok kat luar pagar Pejabat Pos tuh, terus Chu kata, "Lah, mat nya berenti sini, tak kan Chu nak jalan kaki".

"Lah, berapa langkah jer?", aku jawab gitu, pelik aku, aku ingatkan Chu bergurau. Tapi dia serious, dia tak bukak pintu (dia duduk seat belakang) sedangkan aku dah nak kunci. Hati aku menggeleng kepala bila aku dapat terima hakikat yang Chu nak aku drive up all the way ke depan pintu Pejabat Pos. Sebijik macam Mak, Chu nih, aku terfikir gitu. Pelik aku, I mean, memang perempuan-perempuan Melayu memang macam tuh ker perangai diaorang semakin usia bertambah. Bajet-bajet Diva, bajet-bajet Mak Datin gitu. 

Damn, aku tak nak kawin sama Melayu! ekekekeke

Aku tak ke kebun pun lepas Asar tadi sebab tersibuk dengan Forex. 

Tak ada Ustaz malam nih, dan tak ada jamuan, dan aku pun malas nak keluar makan so tak dinner lah. Tak apa lah, bukannya satu kewajipan pun dinner tuh.

Isnin26November2018

Aku ada hal sikit kat SunLife, pasal Takaful aku, so awal pagi aku dah keluar. Breakfast kat Maju Junction yang tak maju-maju tuh. Selesai urusan aku sempat meround Chow Kit jugak sebelum balik ke hotel untuk kemas-kemas. Biasanya aku check out dalam pukul 12 tapi kali ini pukul 10 lebih aku dah blah. Aku nak cepat balik Raub, tanaman aku dah lama tak bersiram tuh.

Sampai Raub dalam pukul 1, terus ambik teksi ke Sungai Ruan. Then ambik kereta yang siap diserviced, singgah kedai Redha Jer Lah untuk tapau lunch. Aku nak bukak aje gate, posman sampai, bawak satu bungkusan. Dan dalam mail box ada lagi satu parcel, so sepeninggalan aku, cuma satu parcel yang aku terima, tshirt yang seller nya kat Latvia. Rupa nya replica Litecoin yang aku beli kat ebay. 

Then melawat tanaman aku sekejap, layu selayu-layu nya pokok tembikai aku, takut lah pulak terbantut pembesarannya nanti. Dan pokok kacang harimau aku, tumbuh merendang, rasa macam kat ladang teh di Cameron Highlands jer suasananya. Boleh dah tu kalau nak buat shooting film Hindi.

Lepas Asar aku ke kebun, menyiram mana yang patut. Aku perasan yang kat one of the polybags, ada banyak bibit yang tumbuh, macam sawi gitu. Masalahnya, aku tak tahu (lupa) anak pokok apa. Seingat aku, dulu tuh, lama dah, ada aku semai benih betik, lemon dan jugak limau oren yang kecik tuh. Itu yang aku ingat lah. Tapi, could be cili jugak bila aku tengok benihnya macam benih cili. Tak mungkin tanaman lain. Itu yang buat aku curious nak tahu. 

Dan lemon yang aku semai dulu, ada cambah satu. Oh yes, akan aku belai elok-elok, punyalah susah nak kasi benih nya cambah, so dapat sepokok pun kira ok lah.

Alhamdulillah mengaji malam nih lancar, nafas tak semput pun. Ustaz tuh siap tegur, "panjang pulak nafas malam nih", ituhari aku banyak kali baca sangkut-sangkut. Kali ini, at the beginning of setiap ayat, aku tarik nafas panjang-panjang, itu cara nya rupanya, bukan pakat baca jer.


Saturday

SabtuAhad2425November2018

Sabtu 24 November 2018

Banyak plans aku harinih tapi satu pun tak menjadi. Lepas breakfast lontong kat Pudu Sentral punya food court, aku balik ke hotel kejap, habis jer baca paper, aku sambung tidur. Bangun tidur, aku tidur lagi. Sampai pukul 12 lebih. Then barulah keluar, menapak ke area Masjid Jamek, lepas Zohor aku sambung penapakan aku, ke area Sogo. Lunch kat Indo Cafe kat situ, makan rawon. Ga enak.

Lepas Asar aku balik, jalan kaki jugak, rimas aku menengok ramai orang, macam aku jugak, entah apa lah diaorang cari, tak paham akuh!

Malam, macam semalam jugak, sembahyang kat Pavilion, then turun makan kat subway. Gila lah bosan nya hidup aku nih, buat benda sama, makan benda yang sama 2 hari berturut-turut. Aku nak buat macamana, aku sorang-sorang, tak ada kawan.

Ahad 25 November 2018

Pagi nih aku ke Kuala Lumpur International Motor Show 2018 kat MITEC, aku pergi jalan kaki jer. Ke LRT Plaza Rakyat. Turun kat stesyen Semantan sebab dari situ ada disediakan coach untuk di bawak ke tempat show. Exhibition mula pukul 10 kalau weekends so aku ada sejam sebelum masuk, breakfast dulu kat cafe kat situ then merayau-rayau kat luar building.

Aku bukan lah peminat kereta motor dan it's very not me lah pergi exhibition-exhibition macam tuh, tapi, one of the reasons apa pasal aku datang sebab aku dah lama mengidam nak tengok MITEC tuh dari dekat. Dulu aku pernah dishortlisted untuk jadi Resident Engineer project tuh tapi under NAZA Group punya consultant. Aku suka follow (or rather ambik tahu) pasal NAZA Group nih, aku selalu "terserempak" dengan all things NAZA. Friday lepas, aku mengeteh sorang-sorang kat Dotty's Pastries & Coffee kat KLCC, itu under NAZA Group tuh. Dan aku pun memang dari dulu, nak sangat makan kat BLVD  House, kat NazaTower, tambah-tambah sekarang nih restoran tuh makin famous sebab ada a few scenes dalam film Crazy Rich Asians yang buat shooting kat situ. Masa kat New York dulu aku pernah terserempak dengan anak tokay (arwah) NAZA, yang perempuan tuh, yang kawin dengan anak tokay Holiday Inn kalau tak salah aku. Aku ingat lagi yang aku tengok diaorang dari kejauhan aje, tak berani nak tegur, masa nak pergi kerja kat apartment MamatGQ, iyalah kan, diaorang tuh rich and famous, aku pulak housekeeper jer.

Dan masa aku layan Instagram dulu-dulu tuh aku pernah bersembang dengan anak sulung tokay (arwah) NAZA

Sebab kedua apa pasal aku pergi Motor Show tuh, iyalah, mana lah tahu akan datang aku nak beli kereta, kan? Iyalah kan, tak kan sampai Proton yang aku pakai tuh jadi besi buruk baru nak beli kereta baru, kan?

Memang tak berbaloi lah dengan harga tiket RM 25 sebab aku spent less than an hour kat situ, aku dah kata yang aku tak minat, aku spent lama pun kat kereta yang kalau aku nak beli kereta nanti, memang kereta tuh yang aku beli. 

Aku buat appointment untuk berbekam pukul 2 so sempat lepak dulu kejap, lepas Zohor baru aku ke Kampung Baru. Aku dah 3 kali berbekam kat situ tapi rasanya dah setahun lebih tak buat kat situ. Sebab aku macam sentapz, kali terakhir aku berbekam di situ, ada lah parut kudis kat tangan aku, then Mamat tuh post kat instagram, dia kata aku nih ada masalah kulit tapi sekarang dah macam ok since berbekam kat tempat dia. 

Aku nak bekam kepala jugak sebab dah lama tak buat tapi bila mengenangkan yang aku terpaksa botak, kat KL, dan aku pun buat 21 cups, takut jugak nanti kalau pengsan ker apa ker sebab banyak darah keluar. So buat kat badan dan kaki jer lah. Tapi, memang best rasa badan lepas berbekam. Kalau boleh nak berbekam hari-hari rasanya.

Singgah lunch kat one of the kedais kat Kampung Baru tuh, then terus lah balik hotel, lena tidur aku lepas tuh.

Aku tak merayap sangat pun malam nih walaupun aku ke Bukit Bintang jugak, lepas aje makan aku terus balik. Pelik aku, kali ini aku tak pergi pun Low Yat Plaza, biasanya situ lah yang mula dan selalu aku tuju. So tak heranlah yang kali ini aku tak banyak keluar duit pun.

Friday

Jumaat23November2018

Sempat pergi Pasar Karat kejap pagi nih, itu antara tempat-tempat wajib dipergii kalau aku di KL. Tak ada apa pun benda yang aku beli, setakat pusing dua tiga rounds kat area tuh. Tak ada pulak terbump into orang yang aku kenal, or someone famous. "Orang-orang yang unik" jer biasanya yang suka ke Pasar Karat tuh, aku pernah terserempak dengan a few orang yang dikenali ramai kat situ. 

Ke KL Sentral lepas tuh for breakfast, jugak sebab nak guna ATM Bank Islam, yang kat Pudu Sentral tuh rosak. Then balik hotel, lepak seround, terus bersiap untuk ke KLCC nak jumpa NekRock sama Sempoii. Sementara tunggu Sempoii, kitaorang terus aje ke cafe yang mengadap fountain depan KLCC tuh, seronok sembang sama NekRock nih sebab dia nih pemikiran dia macam American tanpa meninggalkan ciri-ciri Melayu, so aku rasa best sangat. Too bad kitaorang tak dapat sembang lama. 

Aku tinggalkan diaorang sebab nak ke masjid KLCCC, diaorang pun dengar ceritanya nak ke kedai pandora or something. Perempuan kan, tak ada lah cerita lain bila berjumpa tuh, semuanya kisah pasal shopping, pasal barang kemas. ekekekeke



Aku turun kat LRT Masjid Jamek sebab ada misi. Aku nak beli tembikai, bijik nya aku nak buat benih. Benih yang aku beli biasanya tak tumbuh (mungkin sebab dah lama), benih yang fresh dari buah tembikai, semuanya hidup. So itu lah, dari satu kedai yang jual buah, ke satu kedai, aku tanya kalau-kalau ada jual tembikai yang ada bijik, tapi semuanya jual seedless tembikai, tak pun jual tembikai yang bijik dia masih putih. Sampai aku sampai ke hotel aku jalan, tak ada pun tembikai berbijik yang aku hajati. 

Pun tak ada perkembangan pasal forex accounts aku masa Euro session, so aku bersiap untuk keluar merempit lagi. Aku suka kat KL nih sebab banyak berjalan, kalau duduk kampung, dalam sehari tuh beberapa langkah jer yang aku berjalan. 

Maghrib kat Pavilion, then makan kat Subway sampai Isyak, naik surau, sembahyang Isyak, dan lepas tuh merempit  kat area Bukit Bintang.