Lepas Subuh tadi aku terralit online sampailah pukul 8 then tidur sekejap. Pukul 9 lebih baru tersedar, dekat pukul 10 baru lah jejak kaki ke kebun. Pemalas sungguhlah aku nih. Tapi dalam malas-malas aku tuh ada kemajuan, ada peningkatan.
Lepas Sembahyang Jumaat aku tengok ada kereta kat depan rumah, then aku nampak MN tengah memetik sayur. Kurang asam, kata aku dalam hati. Memang lah aku akan suruh dia kutip tapi at least tunggu lah sampai tuan punya tiba, kan? Tapi nak buat macamana, kawan yang berkualiti macam tu lah yang aku dapat pun.
Rupa nya MN dalam mood ceria, dia baru "tebus" kereta dia tuh, dulu tuh kereta tuh kena tarik then KN adik dia yang settled kan kat bank so KN yang "pegang" kereta tuh. So sekarang dia dah bayar kat KN so dapat balik lah kereta tuh kat dia.
"Belas-belas ribu (Ringgit) jugak habis nya pasal kereta nih", kata MN.
Aku tak tanya pun dia dapat duit kat mana sebab tak nak nampak macam pembawang sangat. Tapi aku curious nak tahu sebab dia nih tak kerja, cuma berniaga makanan seminggu sekali kat Pekan Sari Ulu Gali. Dan dia pun duduk sorang, bini dia duduk rumah mak bapak sendiri.
"Awak nak ke mana-mana, kabar lah, aku boleh hantar", MN kata gitu.
"Waaa, ini dah bagus ni, kalau aku nak ke KL, boleh awak tolong hantar ke stesen bas Raub. Aku bayar lah", aku kata gitu. Then aku teringat yang aku kena ke Kuantan minggu lagi satu, plan aku nak ke KL dulu then baru ke Kuantan tapi kalau MN setuju jadi supir, lagi bagus. Walaupun lebih mahal tapi jimat masa, dan aku tak akan lama di KL, dan tanaman aku tak ditinggalkan lama. Tengok lah macamana nanti.
"Kereta awak ni rosak ker, tak bergerak-gerak", kata MN lagi.
Amboi, mentang-mentang dah dapat balik kereta, kata aku dalam hati.
Dah jadi habit dah yang aku akan tidur lepas Zohor/Jumaat, bangun sebelum Asar. Aku tak berapa puas hati sebab malam dah susah nak tidur, tapi, aku tetap jugak tidur. Dan dengan tak ada buat exercise langsung semenjak dua tiga menjak nih, tak heran lah perut aku semakin menggelembung.
Tak sabar nak tunggu tahun baru untuk buat azam.