Sunday

Isnin3Disember2018

Hari Isnin memang hari aku bersemangat, lepas memorex, terus tak tidur dah. Buat breakfast dan terus ke kebun. As usual, banyak kerja yang aku boleh dan sepatutnya buat tapi, as usual jugak, aku buat itu sikit, buat ini sikit.

Susah nak tengok aku concentrate buat satu kerja sampai siap. Itu yang kebun aku tak siap-siap tuh, tak siap menyiapkan yang ini, aku dah bersiap-siap nak siapkan yang itu yang sepatutnya siap tapi masih tak siap-siap jugak.Tengah siap kan yang itu, teringat pulak yang aku patut siap kan yang ini sebab yang itu tuh macam boleh dikategorikan sebagai dah siap walaupun masih belum siap. 

Biasanya habis masa gitu aje lah, kerja tak siap-siap sebab banyak sangat yang kena disiapkan. Last-last aku bersiap nak balik masuk rumah jer lah.

Then MN datang, nasib baik lah aku di kebun, kalau di rumah, sure mati kutu nak melayannya. Di kebun nih, aku boleh buat-buat buat kerja. Aku suruh dia ambik sayur-sayur yang boleh diambik so sibuklah dia memetik sayur timun, kangkung, petola, kacang panjang dan cili. Dia ada jeling-jeling kat jagung tapi aku buat takmtahu jer, nak kasi orang lain lah pulak, tak kan dia nak bolot semuanya. 

"Ini pokok betik nih", kata MN bila aku tanya dia kalau-kalau dia tahu anak pokok misteri yang banyak cambah tuh. So it's confirmed anak pokok betik. 

Keletihan kononnya, balik aje dari Zohor aku terus tidur, sedar-sedar dah 3 lebih. Elok jer aku siap bersiap untuk ke masjid for Asar, MH sama bini dia datang. Nak mintak sayur. Nak buat Rojak Lumut katanya.

Mulanya aku biarkan aje diaorang petik dan kutip apa yang ada tapi bila tengok diaorang terkemut-kemut jer mengutip sayur, aku pun join sekali, aku petik cili. Rasanya ini kali pertama aku memetik cili dengan serious, sebab aku nak cepat, nak ke masjid. Diaorang nih datang tak ikut waktu, ikut suka jer. MH ajak aku datang ke rumah dia lepas Asar, nak merasa rojak tuh tapi aku kata yang aku tak boleh datang, aku ada kerja. So dia kata dia akan hantar, aku senyapkan aje sebab aku tahu yang dia tak akan hantar nya lah.

Nasib baik MH ambik banyak anak pokok betik yang cambah tuh, tinggal dalam 20 pokok untuk aku. Aku akan rasa guilty kalau biarkan tanaman yang tumbuh tu aku biarkan mati gitu aje, 

Tak lebat hujan turun malam nih tapi berterusan gitu, dari sebelum Maghrib lagi. Mengaji pun ok malam nih, aku baca slow, tak laju gitu, so tak ada pun Ustaz tuh tegur.