Selasa 11 Disember 2018
Tak ke Pekan Sari Sungai Ruan pun pagi nih sebab pakaian aku kotor sangat, aku ke kebun awal jugak, itu yang by the time aku nak pergi breakfast, pakaian aku dah berselepet dengan tanah. Kerja nya tak seberapa tapi kalau ditengok pakaian, kemain lagi lah, tempekan tanah merata-rata.
Aku tanam sayur pagi nih, tanam dalam polybags, guna benih yang dah tua. Nak banyakkan tanam sayur lah, senang, dan biar ramai sikit orang dapat merasa. Sikit demi sikit, semakin hari semakin banyak polybags berisi tanaman yang aku dapat, aku susun di sepanjang pagar, dah nak sampai ke areah rumah jiran dah.
So all in all pagi nih memang productive.
Tak ada Ustaz malam nih as expected, kalau cuti sekolah memang Ustaz tuh turut cuti. So lepas Maghrib aku tak melepak kat masjid as usual, aku ke surau sebab biasanya malam hari Selasa ada jugak Kuliah Maghrib kat surau tuh tapi malang nya malam nih tak ada.
Terus aje lah aku ke kedai Omar untuk dinner, dan seperti biasa, ada lah yang mengekori aku, tak kisah lah, at least aku tak makan sorang-sorang. Aku malas nak tunggu lepas Isyak baru nak makan sebab malam nih ada bola, so orang sure ramai.
Minggu nih, sejak minggu lepas, agaknya minggu susah nak tidur. tergolek-golek atas katil, tak lena, so aku cuba tidur kat lantai. sama jugak, tetap tak lena, so pindah semula ke katil, jugak tak dapat nak lena kan mata. Last-last aku bangun mandi dan buat apa-apa yang patut. Dan biasanya aku akan terlena dalam pukul 3 ke 4 pagi tapi so far ok jer untuk bangun bila alarm berbunyi pukul 4-45 pagi.
12 Disember 2018
Since malam semalam kurang tidur, so pagi nih aku sambung lah tidur ku yang terkurang tuh. Ker aku nih elok nya berjaga malam dan tidur di siang hari? Tak boleh jugak, nanti kebun tak terurus, lagipun orang akan fikir yang aku nih tidur aje kerja nya.
So lambat lah aku ke kebun pagi nih, dekat pukul 9 barulah aku mula buat kerja yang walaupun tak selama mana tapi banyak jugak yang aku buat. Cuaca pun mendung so tak terasa letih. Aku jarang letih masa bekerja di kebun. sebab aku akan berihat sebelum aku letih ekekekke
Terpaksa berkereta ke masjid for Zohor and Asar sebab hujan turun renyai-renyai sepanjang hari, takut jugak terlebat, so akan terstuck aku kat masjid, kalau aku pergi naik basikal.
Member lama kat Cherating ada WA, ada hal lah tuh kan kalau contact aku ekekekke. WA status aku, "I only exist when you need something" tuh is so true ekekeke. Macamana pun member tuh kata yang projek Fasa 3 dah siap, Fasa 2 tak jadi buat sebab "dah tukar Government nih". So semua staff kontraktor akan pindah ke project di KL lepas Raya Cina, kemungkinan. Diaorang ajak aku datang Cherating sebelum diaorang pindah.
Hujan turun selebat-lebatnya malam nih, masa mengaji tadi kena baca kuat-kuat sebab tak pakai mikrofon. Kebetulan ada orang buat tahlil so ada jamuan menyusul lepas tuh.