Saturday

Ahad2Disember2018

Aku betul-betul bersemangat pagi nih, before 8 aku dah di kebun. Bagai nak rak aku menyangkul membuang semak samun. Rasa puas hati bila peluh banyak keluar. Selebihnya aku memindahkan anak-anak tanaman kat polybags. Ada benih lain yang cambah kat polybags yang ada anak pokok misteri yang aku rasa besar kemungkinan anak betik tuh. Tunggu besar sikitlah baru tahu anak pokok apa. Tumbuh serentak pulak tuh kat 5 enam bags. 

Anak lemon pun tumbuh sepokok. Limau oren pun ada dalam 10 pokok yang tumbuh. Semua tuh buat aku penasaran, rasa bersemangat pun ada jugak, akan aku jaga betul-betul biar menjadi. Sure gempak kalau limau oren tuh berbuah. Aku ada beratus bijik benih yang dah aku rendam, nak aku semai semuanya. Walaupun berkurun nak tunggu cambah, akan aku tunggu, aku tak kira, aku tak ke KL sebab nak tunggu benih limau oren cambah pun, aku sanggup. 


Ada jemputan khenduri lepas Zohor, bersyukur aku sebab biasanya Sunday aku ada masalah nak makan, dua-dua kedai tutup, kedai Redha Jer Lah pun yang ada kemungkinan bukak. Sempat jugak aku melawat ladang cili jiran yang buat khenduri tuh, ada beratus polybags pokok cili yang berbuah tapi pokoknya macam layu nak mati, dan cili nya tak berpetik. Rasa nak jer ajak orang kampung buat gotong royong petik cili tuh, daripada terbiar macam tuh. Pokok cili memang tak boleh selalu kena air, macam tu lah jadinya kalau saban hari terendam. Ada a few ladang cili lain yang macam tuh jugak tapi tak lah sebanyak itu pokoknya. 

Semalam one of the jemaahs yang sama mengaji dengan aku tuh kata yang malam nih tak payah bawak makanan sebab ada orang lain yang sponsor, nasib baik dia beritahu, kalau tidak, banyak pulak makanan sedangkan jemaah kat surau tak ramai.

Bertiga jer yang mengaji malam nih, ada dua orang tuh dah lama tak nampak muka. One of them tak nampak pun kat masjid, biasanya ada setiap waktu, masa Kuliah Maghrib pun jugak.tapi semalam aku ada ternampak dia kat Pekan Sari. 

So hari nih satu sen pun aku tak keluar duit untuk makan, semuanya makan free.