Saturday

Ahad9Disember2018

Aku tak expect pun Long akan balik minggu nih sebab semalam masa Mak sama Ida tanya kalau-kalau ada sayur untuk dipetik, Long akan balik. Dan aku kata lah yang tak ada sayur sangat pun sebab dah dipetik orang. Tapi tadi masa nak ke kedai Samad untuk tunggu kawan yang janji nak jumpa tuh, aku ternampak kereta Long, ke destinasi sama. 

Rupanya kawan aku tuh terus ke alamat yang aku share location kat WA, so aku patah balik untuk jumpa diaorang lah. Singgah sekejap kat kebun, tak ada apa pun sangat, semalam kan ker hujan lebat. Keluasan kebun aku kali ini cuma like one fifth dari yang masa memula aku bertanam kacang harimau a few years dulu tuh, so aku rasa macam malu nak tunjukkan kebun aku yang cuma sekangkang kera bunting tuh.

Then kitaorang ke kedai Ameno, mengeteh kat situ. Rasa nak tergelak, rasa real jer bila aku beritahu yang ada a few watak-watak kat blog aku nih kat situ tapi aku tak lah kasi details who's who. Yang ada, Tok Siak masjid yang selalu datang kutip kangkung, then orang kuat Tabligh yang baru balik dari Pakistan, yang aku "respect tapi pelik" sebab dia tak kerja, asyik melepak dari satu kedai ke satu kedai dan dia selamba jer suruh bini sama anak perempuan dia kerja kat kedai makan. Tapi dia tuh banyak tanah. Imam yang suka "blend in" dengan geng gelak kuat baru jer blah. Then of course tokay kedai yang aku sama adik aku pernah halau suruh balik (sebab dah nak Maghrib) masa berkempen suruh Mak pangkah UMNO masa Pilihanraya GE 13. Tapi sekarang aku sama tokay tuh baik-baik jer.

Tak sampai sejam pun kitaorang lepak, sebab couple tuh pun ada wedding nak attend. Macamana pun aku rasa comfortable jer sembang dengan diaorang, infact aku rasa seronok pulak sebab selama ini aku di kelilingi, aku bersembang dengan orang-orang yang "wavelength" nya tak sama, ada yang "tak ada signal" pun kan? So itu yang bila sembang dengan diaorang aku rasa macam sembang dengan kawan lama, aje tuh. Itu yang aku rasa macam "terkilan" sebab apa pasal kitaorang tak bercommunicate dari dulu, sebab orang macam diaorang lah yang elok dibuat kawan. 

Aku tak ke kebun pun lepas tuh, Long aje yang memesin rumput sesikit. Nasib baik tadi ada kawan datang, so at least Long tahu yang aku ada lah jugak aktiviti sosial nya, aku rasa ini kali kedua bilamana aku tak buat apa-apa kecuali melepak di bilik waktu Long ada balik.

Syukur lah petang nih tak hujan walaupun mendung semacam. Kalau hujan pun aku bersyukur sebenarnya sebab aku tak payah nak menyiram. Bersyukur bila tak hujan nih sebab esok boleh lah aku ke kebun. So pengajarannya, kita kena bersyukur pada setiap waktu dan ketika, pada setiap keadaan.

Awal jugak aku ke rumah Chu untuk ambik makanan yang aku order, sebab nak bersembang dengan sepupu-sepupu aku yang ada balik. Tak nak lah aku setakata tegur-tegur gitu aje, nak lah jugak sembang lama-lama.

Bertiga jer yang mengaji malam nih. 3 kali seminggu aku mengaji dengan 3 different Ustazs, baru aku perasan yang ketiga-tiga nya berbeza, ada cara dan style diaorang masing-masing. Macam Ustaz yang malam nih, dia lebih suka kalau kitaorang baca perlahan-lahan, baca pendek-pendek, so that sebutannya jelas dan tepat. Sedangkan aku baca laju macam yang Ustaz hari Isnin sarankan. Dan aku baru jugak terperasan yang aku sorang jer yang ikut ketiga-tiga kelas (itu pun masih tergagap-gagap), orang lain cuma ikut satu kelas/Ustaz aje.kat kampung nih.

Tak berapa cukup makanan malam nih, roti canai sama kuih pau, Isyak tadi ramai jugak jemaah kat surau, dalam 20 lebih. Dan one of the jemaahs yang mengaji tuh beritahu yang minggu depan aku tak payah bawak makanan sebab dia nak sponsor. Mula nya aku nak suruh dia bawak hari Sabtu malam Ahad dan aku tetap bawak hari Ahad malam Isnin, sebab Sabtu aku ke masjid, tak mengaji di surau. That way kedua-dua malam ada jamuan. Tapi dia tetap jugak nak bawak hari Ahad, aku senyapkan aje lah.